Berita Dunia Hari Ini-AS takutkan Teluk: Iran


2010/02/03
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TEHERAN: Iran semalam menuduh Amerika Syarikat menanam perasaan takut kepada republik Islam itu di Timur Tengah dengan menghantar sistem pertahanan peluru berpandu ke rantau itu.

Sambil mengakui menjalin hubungan mesra dengan negara jiran, Teheran berkata, keselamatan di rantau itu mampu direalisasikan melalui kerja sama kolektif semua negara terbabit.

Jurucakap Kementerian Luar, Ramin Mehmanparast, berkata tindakan terbaru Washington itu adalah konspirasi negara asing menanam perasaan takut kepada Iran.

“Disebabkan tidak lagi bertapak di Iran dan mencari alasan untuk terus berada di Teluk, mereka membuat dakwaan itu,” katanya.

Ahad lalu, AS mengumumkan perluasan sistem pertahanan peluru berpandu dari darat dan laut ke beberapa negara Teluk bagi mengimbangi ancaman Iran.

Ia membabitkan peluru berpandu Patriot yang dipasang di Kuwait, Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain.

Kelmarin, Jabatan Pertahanan berkata, ujian tembakan dalam latihan menghadapi serangan Iran di Lautan Pasifik gagal akibat kegagalan radar berfungsi.

Ujian itu bernilai RM510 juta. Pada hari sama, Pentagon melaporkan Iran meningkatkan kemampuan peluru berpandunya dan memberi ancaman ketara kepada AS dan sekutunya di Timur Tengah.

AS mula meningkatkan persediaan menghadapi ‘ancaman’ Iran sejak pentadbiran George W Bush dan diteruskan penggantinya, Barack Obama.

Kini Obama cuba mengenakan sekatan terbaru ke atas Iran.

Sementara itu, Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani, turut mengkritik tindakan AS itu.

Stesen penyiaran Iran, IRIB, melaporkan Ali sebagai berkata, ancaman sebenar di Timur Tengah adalah AS.

“Semakin banyak artileri dihantar ke rantau ini, semakin banyak negara menghadapi kebimbangan,” katanya. -Reuters

About these ads

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s