Asal-usul Silat Seni Gayung Fatani


Asal-usul
Silat Seni Gayung Fatani

Seni Beladiri Melayu telah wujud sebelum kehadiran pengaruh luar di alam Melayu yang dikenali sebagai Ilmu Hulubalang atau Ilmu Parajurit yang menjadi penting untuk mengkuhkan pertahanan kerajaan Melayu tradisi seperti kerajaan Melayu Champa, Kemboja, Langkasuka, Kedah Tua dan Pattani yang meliputi Semenanjung Tanah Melayu.

Sejak kejatuhan kerajaan Melayu Tradisi di Semenanjung, silat telah terpinggir daripada istana dan pertahanan negara telah diperkenalkan dengan sistem pertahanan barat. Orang perang dan pahlawan telah kembali ke desa dan terus mengembangkan Ilmu Seni Perang Melayu atau institusi pendidikan kepahlawaan Melayu. Bagi mengelakkan ilmu kepahlawanan itu daripada pengetahuan penjajah lalu dijadikan satu permainan tradisi yang didalamnya terdapat serang dan beladiri, dinamakan Silat.

Oleh sebab silat ini diamalkan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang bersempadan dengannya, maka dinamakan Silat Melayu. Oleh sebab ramai ulama yang mengajarkan silat terdiri daripada orang Pattani yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu maka Silat Melayu tersebut dikenali sebagai Silat Patani.

Kurikulum Silat Gayung Fatani adalah berdasarkan kandungan pelajaran Silat Melayu yang diasaskan Syeikh Abdul Rahman Tahir. Kemudian kurikulum ini disusun oleh Tn. Haji Anuar Bin Abd Wahab.

Sheikh Abdul Rahman menurunkan ilmu Silat Melayu kepada anaknya juga seorang guru agama iaitu Haji Ramli bin Abdul Rahman yang dikenali sebagai Tok Yah Ramli. Syeikh Abdul Rahman juga mengajar kepada beberapa murid yang lain termasuk Tuan Haji Pak Teh Mohd Ali.
Tuan Haji Anuar

Pak Teh Ali kemudian menurunkan ilmu ini kepada Haji Imam Mansor Bin Ismail. Kemudian Haji Imam Mansur menurunkan ilmu kepada Pak Andak Embong kemudian menurunkan ilmu ini kepada Tuan Haji Anuar Bin Abd Wahab pada tahun 1965. Tuan Haji Anuar Bin Abd Wahab kemudiannya melengkapkan pelajaran silat dengan Tuan Haji Ramli Bin Abdul Rahman. Dan sekarang ini merupakan Pengasas dan Guru Utama, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia

Anak murid Haji Ramli Bin Abdul Rahman bernama Haji Abdullah Darus dan Haji Mat Isa(Awang Pendekar) telah membuka dan mengembangkan ilmu persilatan ini ke Batu Kurau, Perak dalam tahun 1948. Diantara anak murid Haji Mat Isa ialah Mohamad bin Mahat(Pak Long Aji).Tuan Haji Pak Teh Mohd Ali telah melahirkan Guru Tua Seni Gayung Fatani Perak iaitu Tuan Haji Imam Mansur Bin Ismail. Pak Andak embong, Guru Tua negeri Selangor telah melahirkan Tuan Haji Anuar Abd Wahab selaku Guru Utama dan Pengasas pertubuan ini.

Tuan Haji Anuar Abd Wahab telah melahirkan guru-guru kanan seperti Tuan Haji Ismail Saad(Pulau Pinang), Abdul Rahman Ismail, Roslan Salam(Selangor), Zaihan Mohd Isa, Haji Khairuddin(Kelantan), Aminnuddin Anuar, Azi Wahija Yop(Antarabangsa), Wan Jaafar Wan Zainal(Terengganu), Masliza(Guru Wanita), Haji Khalid dan Rosman(Melaka), Zulbairi(Perak), Bambang(Negeri Sembilan), Zakaria(Thailand) dan lain-lain yang menjadi guru peringkat negeri seperti, Halim(Perlis), Mazlan(Kedah), Mohd Arif(Melaka) dan Mazlan(Johor). Belia juga telah melahirkan jurulatih peringkat antarabangsa.

sila tegur jika saya silap.
dari blog:

http://www.keriswarisan.com/live/blog/view/id_18/title_asal-usul-silat-seni-gayung-fatani/

About these ads

23 responses to “Asal-usul Silat Seni Gayung Fatani

  1. kesilapan pd nama2 guru kanan serta perlantikan dan ada yg bukan dibawah jurai aruah. berhati hati dgn penyusunan nama2 tersebut.
    (paragraph terakhir)
    tq

  2. sila hubungi saya 0178764838 ada maklumat yang harus di betulkan kerana takut nanti salah tanggapan dan akan berpanjangan.

  3. Tu ore dari Silat Gayung Fattoni ada biar dia hok pejelas, beza silat gayung, main gayung, gayungan, gayuman dan antara Silat Pattani nge Fattoni. Biar betul kalau tak kita pakoh ha ha ha.

  4. Gayung, Silat, Pencak, Kali dan beberapa panggilan adala merujuk kepada seni mempertahankan diri yg ada di seluruh kepulauan melayu (skrg dipanggil ASEAN) yg di panggil Alam Melayu. Ilmu ini amat meluas dan mengalami evolusi yg panjang dan berkembang sehingga membentuk banyak aliran di rantau ini. Ini telah memperkayakan ilmu dan budaya Alam Melayu itu sendiri.

    Seni mempertahankan diri alam melayu juga terbahagi kpd 2 iaitu mempertahankan diri dan ilmu perang. Ilmu mempertahankan diri adala untuk individu manakala ilmu perang dalam bentuk ketumbukan yg melibatkan pengawal2, laskar2 dan perajurit2. (ilmu perang juga melibatkan senjata2 lama melayu spt panah, tombak, terakol, istinggar, pemuras, rantaka yg melibatkan logistik yg besar bg sesebuah kerajaan di rantau ini)

    Saya masih dalam buat kajian mengenai ilmu2 melibatkan mepertahnkan diri dan perang di alam melayu melalui research2, artifak2 dan fakta2 serta buku2 lama.

  5. Saya amat mengagumi seni silat melayu, bagaimanakah ianya boleh digunakan untuk peperangan sekarang ini yang rata-rata semuanya menggunakan senfata api dan nuklear. Boleh bantu saya dalam persoalan ini.

  6. Saudara Aziwahija sila hubungi saya di 0126970297. Terima kasih. Saya cuba menghubungi tuan hamba beberapa kali tapi belum berjaya.

  7. Salam . Mohon tmpg mncelah, atas kekeliruan Tn Hj Hasnulhadi itu sukalah saya mnympaikan pandangan brdsarkan ilmu yg cetek ini . Adapun ilmu bergayung itu tujuannya mendidik manusia mencapai darjat insan yg berbudi luhur dan sanggup berjuang menegakkan keadilan . Mempunyai jatidri bangsa Melayu Islam yg teguh bersendikan syarak . Sdgkan snjata api dan nuklear itu hanyalah alat shj utk menghasilkan kerosakan atau sebaliknya , maka kekuatan akal dan budi bkn shj dpt menghadapi snjata sebegitu mlhn lbh lg . Sedarlah dgn perpaduan dan pnytuan kita akan mjdi gagah perkasa . Sbg pesilat kita disedarkan utk bersedia spjg masa dan menguasai teknologi persenjataan terkini sbgaimana kita menguasai teknologi sjta dizaman silam . Skdr renungan , anak cucu pjuang silam ramai yg mentertawakan tok nenenk mrka krn mlggar masuk d prbtsn sdgkn tentera penjajah memuntahkan peluru yg beribu2 , dan mereka gugur sbg syuhada . Sedarkah kita penjajah Barat menkaji kenapa tok nenek kita terlalu berani di masa itu , dan mrk mdpt jwpnnya . Sb itulah mrk cuba mngluarkan seni gayung pakaian diri zahir dan batin dr jiwa bangsa kita , dgn itu mereka menjajah kita smula dgn cara yg baru . Ungkapan spt , “buat apa bljr slt , dunia dah maju , org dah pakai bom , meriam ,senapang dan pistol”, tlh brjya membuang slt dr jiwa bangsa kita . Apa lg yg kita ada . Sekian

  8. assalammualaikum…nak tanya…cawangan di perak untuk silat gayung fatani ini berada di daerah mana ya?

  9. Bahan cerita tidak ikut tajuk.. tajuk “asal usul silat…” Siapa founder, dari agama apa dan bila ia dicipta dan tahun berapa

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s