Doa supaya gugur syahid


Doa supaya gugur syahid

DIkirim oleh epondok di Mac 20, 2010
Rate This

Quantcast

Kita di sunatkan minta meninggal pada salah satu tanah suci Makkah dan Madinah.

Hafsah r.anha meriwayatkan Umar r.a. berdoa,

اللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ شَهَادَةً فِىْ سَبِيْلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِيْ فِى بَلَدِ رَسُوْلِكَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Yakni: Ya Allah, ya Tuhanku! Kurnikanlah aku mati syahid pada jalanMu, dan biarlah kematianku berlaku pada negeri RasulMu s.a.w.!- Maka berkata Siti Hafshah kepada ayahnya: Apakah ini boleh berlaku? Jawab Umar: Jika dikehendaki Allah, semuanya akan berlaku

Sejarah menunjukkan Saidina Umar r.a. mati syahid akibat dibunuh oleh Abu Lu’luah, seorang Majusi kerana ditikam 6 kali sewaktu menjadi imam ketika solat di Masjid Nabawi. Dan juga kita tahu bahawa jenazah Saidina Umar r.a. di semadikan berjiran dengan makam Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah telah mengurniakan kedua-duanya permintaan Saidina Umar r.a.

Nasib kita belum tentu. Setiap yang hidup akan berdepan dengan kematian pada suatu masa nanti. Daripada mati kerana sebab-sebab lain, lebih BAIK mati syahid dalam membela agama Islam.

Rasanya eloklah kita juga berdoa seperti yang didoakan oleh Saidina Umar r.a. seperti disebutkan di atas, iaitu Ya Allah, kurnialah kami mati syahid dalam membela agamaMu, dan tempatkan kematian kami itu di negeri Rasulmu s.a.w.

Ya Allah, kurniakanlah permintaan kami yang banyak dosa ini dan masih bermain-main dalam berdakwah. Amin.

About these ads

4 responses to “Doa supaya gugur syahid

    • Ya Allah ampunilah kami ini, saudaraku ini sedang menghina sedara semuslim dengan beliau…kamu tunjukkanlah kebenaran dan hidayat padanya bahwa masih ramai orang islam di malaysia…akibat dari kesalahan orang lain kami di hina, dipanggil maling, mereka tidak tau kapan terjadinya peristiwa gempa bumi dan tsunami di negara mereka kamilah rakyat Malaysia yang pertama membawa bantuan uang ringgit ,perubatan dan lainnya ke sana…hambamu ini teramat sedih ketika di Indonesia kami di panggil maling, anjing, jahat, terorris, dan bermacam lagi …kenapa kami selalu disalahkan Ya Allah?, bila TKI diseksa, di bunuh oleh dan di macam-macam lagi di Negara kami yang rata-ratanya oleh orang cina dan India, kami ORANG MELAYU disalahkan, kami juga disalahkan bila pertunjukkan kebudayaan di mainkan oleh RAKYAT MALAYSIA KETURUNAN JAWA yang telah lama berhijrah ke Negara kami….ya Allah jika BEGINI SIFAT ORANG YANG KAMI TOLONGIN MEREKA kepada kami, mungkin nanti pada suatu saat nanti…kami TIDAK AKAN TOLONGI MEREKA ini, walaupun pada sebagian kami, kami punya ramai saudara sedarah DI MEDAN, RIAU,PALEMBANG,JAWA ,KALIMANTAN DAN SULAWESI…..ya Allah apa salahku ini bila aku masukan doa minta mati syahid dan mati di dua tanah harammu yang diajari Rasullalah dalam blogku yang ia adalah pindahan dari kitab Al-Azkar Nawawi , hamba mu diseberang ini MENGHINAKU DAN MENGHARAMKAN DARI DARI SYURGAMU….siapakah dia yang mahu menghukum daku sampai begitu sekali?, ya Allah aku yang pernah tinggal di Indonesia ini kerana menuntut ILMUMU sekali lagi terguris hati… teguhkan imanku Ya Allah , janganlah sampai perbuatan hambamu yang teramat taasub yang penuh dengan dendam kesumat membuatku nanti TIDAK MENOLONG DAN MEBERIKAN BANTUAN PADA rakyat Indonesia yang di timpa bencana, jangan kerana perbuatan sesstengah dari mereka membuat kami tidak lagi menolong saudara kami yang DIPISAHKAN OLEH PENJAJAH KOLONIAL SILAM..Ya Allah…mereka juga masih saudara kami…seagama,sedarah….Ya Allah dengan berkat Rasulallah dengarlah doa kami amin…

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s