Buah Pukulan 7 Hari Mengalahkan Muai Thai Kick Boxer??


Assalamualaikum sidang pembaca yang setia, berkenaan isu yang saya bentangkan sebagai tajuk di atas, suka saya berkongsi beberapa kisah benar yang telah berlaku berkaitan dengan pertempuran sungguhan yang berlaku pada tok guru saya di daerah Bachok Kelantan dengan 7 orang pendekar samseng muai thai, dan kisah yang berlaku pada murid tok guru asal negeri Patani selatan Thai yang datang bekerja di ladang tembakau di daerah Bachok Kelantan.

Tujuh Pendekar Samseng Muai Thai Menyerang seorang nelayan tua di Pantai Kandis

Seperti biasa rutin harian Pak Da Umar turun kesungai Gali membersihkan pukat dan perahunya sebagai persediaan untuk turun ke laut keesokan harinya,  tiuapan bayu laut sepoi-sepoi sebagai saksi 7 sosok tubuh memerhatikan sosok tubuh seorang nelayan berbadan tegak yang semakin di makan usia, lantaran dari tidak berpuas hati terhadap si nelayan tua, seseorang telah mengupah 6 rakan seperguruan Tomoinya bagi mengajar pelajaran pada nelayan tua tersebut. bagi tujuh pendekar tersebut memasang angan bahwa mereka akan “mengajar” si nelayan tua tersebut dan kemenangan pasti akan berpihak kepada mereka, kerana pada pengetahuan mereka nelayan tua tersebut hanya seorang nelayan yang tidak berilmu silat apa lagi ilmu “tinju siam”, berbanding mereka yang sudah pelimau beberapa gelanggang “tinju siam” yang sedia maklum sebagai ilmu tempur yang “digeruni”.  sampai masa yang sesuai dengan tiba-tiba nelayan tua di serbu secara serentak, tanpa sebutir bicara para pendekar tinju siam menyerang si nelayan tua, menyedari dirinya terdedah bahaya pak da mencari tempat yang sesui untuk mempertahankan dirinya, mulanya melihat pada gaya tempur muai thai para lawan pak da menggunakan ilmu tinju siam yang beliau tuntut semasa berkelana di “alik barat” Kelantan yaitu Patani,  apabila beliau menyedari ianya tidak sesuai untuk pertempuran tersebut beliau mula “membuka” ilmu 7 hari yang telah lama di simpan dengan rahsia, berlakulah serang-bela antara kedua pihak, para pendekar tinju siam menjadi sangat hairan bila jurus tumbuk, sepak, siku, bahkan jurus lutut dan siku balik yang sangat digeruni kepada sesiapa yang bertempur dengan pendekar tinju siam semuanya di patahkan oleh si nelayan tua dan akhirnya kesemua pndekar tinju siam lari menikus meninggalkan lokasi pertempuran, harapan mereka mencapai kemenangan bahkan hanya memperoleh malu yang amat kepalang sahaja, dan pendekar tua tersebut ialah Pak Da Umar Tukang Urut seorang nelayan di kampong Telong Kandis Bachok yang pernah di buang daerah beberapa ketika dulu ke kawasan yang sekarang ini di kenali sebagai Sungai PAS.

Kisah Pekerja Asal Patani Thailand yang berkerja di ladang tembakau di Bachok

Sebelum saya kenali Pak Da, saya pernah dengar cerita dari kawan kawan saya dari perguruan spelet minangkabau tentang cerita dari kawan mereka dari Bachok , ceritanya begini,” ada dua orang bersaudara “alik siam”(melayu Patani, selatan Thai) yang pergi bekerja sebagai kuli di ladang tembakau di daerah Bachok Kelantan, pada malam hari dua orang ni tertari dengan latihan “gocoh/tinju” yang agak berlainan dari yang mereka lihat seperti kebanyak di tempat mereka, lalu mereka minta izin pada guru tua untuk berlatih sama, sampai habis 7 hari tujuh malam malam dipelimau mereka semua, kemudian, si adik balik ke kampong di Patani, sampai berbulan-bulan dah tak mari lagi, si guru tua musykil lalu beliau bertanya pada si abang kenapa adiknya lama tak datang kerja, jawab si abang, “Pak Da, adik kita dah mari lagi sini, dia dah jadi oghe kaya loni, balik hari tu dia naik bong berlawan “muai”, berkat ilmu yang dia blajar dengan Pak Da, dia menang walaupun dulunya berapa kali tak menang-menang”, pembaca yang saya hormati, ni merupakan 2 kisah benar mengenai buah pukul 7 hari/dekar 7 malam/ buah pukulan rahsia 7 hari/spelet 7 hari/silat 7 hari, dan ada lagi cerita yang tak boleh saya dedahkan atas sebab sebab tertentu, harap tunggu kisah saya bagaimana kisahnya saya bertemu dengan tok guru 7 hari ni pada artikel saya berikutnya, salam maaf dari saya, bukan nak tunjuk pandai atau hebat, tapi sekadar satu motivasi pada kita yang mengaku “anak melayu” di seluruh bumi Nusantara satu walaupun berbeza Negara…supaya jangan anda lupakan warisan orang tua kalian orang melayu yang bernama ilmu hikmat “SILAT”, apa lagi yang menghina, menjelek, membodohkan dan sebagainya terhadap ahli persilatan, kalau bukan kita yang pertahankan ilmu ini, pada siapa kita harapkan?, ingat bumi Nusantara adalah bumi bertuah yang kaya dengan perbagai khazanah, bangsa asing tak pernah melupakan apa yang mereka mahu, jangan kerana kelekaan kita, kita sekali lagi terjajah, sudah cukup bumi Nusantara DI BAHAGI-BAHAGI DENGAN BEBERAPA BAHGIAN hingga lahirnya perbagai negara, kalau tak kerana penjajah barat, tak mungkin adanya yang dinamakan negara Indonesia, Malaysia, Brunei, Thailand,Komboja dan Filiphina, akhir kata salam maaf dan salam muhibbah buat warga rumpun Melayu Nusantara.

About these ads

51 responses to “Buah Pukulan 7 Hari Mengalahkan Muai Thai Kick Boxer??

    • ni kisah benar, ambo fikir dulu lagumana nak gambarkan suasana yang real peristiwa tu…insyaalah beliau ambo tetap punya rabithah perguruan , dan beliau dah macam ayah ambo sendiri.

    • slm perjuangan..salam dunia pendekar…ambo harap ada rezeki ada maso ambo nok belajar lah pukulan 7 hari nga baba syarif…

    • insyaalah kalau diizinkannya, dan ada tempat dan masa yang molek, dah lama tak latih pwaris baru..sekurangnya ada 2 orang dah boleh…tapi pastikan gu tu ada asas ilmu gayung dulu , kalau tak umpama tuang air ke daun keladi jadinya.

    • molek tu…kalu ilmu kita tak dturunkan, payah nak ingat dan kita mgkin tak memahami 100% falsafahnya..kalu kita ngaja…akan kuar bnda hok kita tak trbuka lagi..tulah ilmu ladunni dari Allah…

  1. ilmu ladunni hanya kepada para walinya sahaja…
    kalu org biasa ni..boleh dipanggil ilham..
    tu yg sy tahu la..

    • :) , t kasih atas perhatian saudari, adapun saya catatkan sebegitu atas beberapa sebab, mmg bnr ilham tu pada orang biasa(tapi syarat orang itu haruslah orang soleh), antara sbbnya ialah mgambil tafauul atau pun berkah dengan perkataan/panggilan contoh kita memanggil orang dengan sheikh atau ustaz padahal ianya mubtadi dalam bidang agama, tapi panggila itu cuma mengambil tapauul sahaja, ni seperti yang saya ingat dari kata-kata tok guru saya al-ustaz atiqullah…2-kita tidak dapat menyangka tahap keWALIAN diri(nafsu) seseorang, walaupun nampak di mata ia cuma insan biasa, malah hina di mata orang ramai, mgkin ramai juga di kalangan bloggers, sapa tau kan. 3- cuba saudari semak kitab ihya’-imam ghazali/atau kitab tasauf yang lain lain…apa taarif serendah tahap kewalian nafsu seseorang.

    • masalah minat atau tak itu terpulang pada saudari…cuma saya nak katakan bahwa “mempelajari ilmu mmpertahankan diri ini layak dapat pahala jika kena lagunya”, malah senibela diri merupakan sunnah nabi cuba saudari rujuk kitab fikah, malah ia termasuk ilmu hikmat, rasulullah pernah bersabda yg bermaksud” hikmat adalah pembendaharaan yang hilang dari orang muslim, jika menjumpainya, ambillah ia”. malah beratus ratus hadis dan ayat berkenaan ilmu ini…harap buka minda dan pikir -pikirkanlah…

      Pada 2010 Mei 6 09:05, mohammad omar Raja Ali Al-Legehi menulis:

      > :) , t kasih atas perhatian saudari, adapun saya catatkan sebegitu atas > beberapa sebab, mmg bnr ilham tu pada orang biasa(tapi syarat orang itu > haruslah orang soleh), antara sbbnya ialah mgambil tafauul atau pun berkah > dengan perkataan/panggilan contoh kita memanggil orang dengan sheikh atau > ustaz padahal ianya mubtadi dalam bidang agama, tapi panggila itu cuma > mengambil tapauul sahaja, ni seperti yang saya ingat dari kata-kata tok guru > saya al-ustaz atiqullah…2-kita tidak dapat menyangka tahap keWALIAN > diri(nafsu) seseorang, walaupun nampak di mata ia cuma insan biasa, malah > hina di mata orang ramai, mgkin ramai juga di kalangan bloggers, sapa tau > kan. 3- cuba saudari semak kitab ihya’-imam ghazali/atau kitab tasauf yang > lain lain…apa taarif serendah tahap kewalian nafsu seseorang. >

  2. :) setuju…
    tp nampak gayanya hamba belum layak untuk belajar ilmu pukulan 7 mlm ni…
    x bleh kah ditukar caranya supaya org yg x pandai cam sy ni pn bleh blajar? modifikasi la sikit tok guru baba…huhu…

    • wasalam abe aim…cuba renung jika kita punya duit RM10 dan kita sangat berkehendak pada satu baju misalnya, baju itu berharga 20 rm, kita minta kurang tuan dia bagi setakat 15 jer…lalu kita minta “kalau begitu baju ni dibuang poketnya, pada pandangan abe eim lah tak cacat kah baju tersebut?, atau mana baik kalau kita usahakan biar dapat rm15 sedapatnya??, buat pngetahuan abe eim hamba dah susun balik sukatan pelajarannya tanpa mmbuang mana mana bagian yang t guru ajarkan…tapi makin panjang jadinya…

  3. salam tuan baba, hamba pernah dengar pukulan 7 hari ni dari cerita orang lama kalu kene pukulannya cuma boleh tahan 7 hari lepas tu tenatle.

    • wasalam tuan hamba…benar juga kata-kata orang -orang tua…dalam ilmu ni walaupun di pukul guna hujung jari pun, orang boleh tumbang…ada caranya. ada petuanya,…apa lagi kalau di padukan dengan pukulan batin…cuba bayangkan kesannya.

  4. kalau pukulan zahir dipadukan dengan pukulan batin ambo rasa memang berat kesannya, klu kesan zahir mungkin cepat sembuh, tapi kesan dalaman klu tak segera diubati mungkin boleh membawa maut..wallahu a’lam..sebab tu tok guru tua memilih bulu untuk diperturunkan ilmu dalaman..bak kata baba syariff..”umpama mengalungkan rantai emas ke leher khinzir” hu hu hu

  5. silat sy minat..
    tp silat batin2 ni..was2 la..
    huhu…
    kerana menurut guru sy..batin ni padan dengan ajaran tasawuf jer..didik hati..
    yer…hati..guru tua lagenda silat gayung fatani dr batu kurau perak pernah mengatakan, JAGA HATI, HATI JAGA MAINAN

    sekadar bacaan2 hizib2, wirid2, dan doa2 dari ulama2 muktabar, tentunya tiada masalah..sy juga mengamalkannya.. :) :) :)

    • baguslah…tapi saya rasa kamu dah salah faham…buah pukulan 7 hari 100
      % mmgunakan kaedah zahir…tapi ada batinnya, silat zahir tanpa batinnya
      umpama jasad tanpa roh, batinnya ialah “kaedah olahan nafas ketika bermain”,
      saya tau ramai orang tak sedar perkara ini…saya ingatkan satu tumbukan dipadukan dengan
      nafas adalah lbh baik dari 100 malah ribuan tumbukan anda yang tak dsertai dengan kaedah nafas
      orang tua-tua kita dah lama amalkan amalan ini…dalam tarikat tasauf sendiri ilmu nafas banyak digunakan untuk zikir sampai ke urusan keduniaan, cuba rujuk pada kitab pati rahsia, karya dato perdana menteri kelantan, soal mau gabungankan dengan pukulan jurus dalam silat!!, silakan pada siapa siapa yang arif, bagi siapa yang tak minat atau anti…terserahlah pada pengambilan ilmu yang anda dapat dan fahami…tapi tak semestinya apa yang anda tak tau itu salah dan tak semestinya apa yang saya tau benar…cuma pesan guru saya apa pun ilmu yang saya dapat sila kaji dulu kebenarannya , jangan di telan terus atau dibuang terus.

    • Ye betul…untuk pengetahuan saudari,hizib,zikir,doa adalah pakaian batin lh tu…cuma kita org melayu menyebutnya ilmu batin.Kerana inilah dia makanan rohaniah kita…utuhnya batin, tegaplah zahir…

  6. patut lah ramai tok2 guru yang tak mahu menurunkan ilmunya kepada ganerasi muda zaman sekarang,mungkin mereka rasa kecil hati atau kecewa dengan sikap orang zaman sekarang yang suka membuat tuduhan yang melulu, memandai2 dan membuat penilaian yang bukan2…..kerana mentaliti muda mudi sekarang banyak yang x faham selok belok ilmu persilatan dan kebatinan, fikiran mereka diselubungi dengan berbagai2 momokan dan tahyulan yang di ada2kan oleh orang-orang yang x faham alam persilatan dan kebatinan..hasilnya ilmu yang baik2 pun turut juga dipersalahkan..jadi biar berilmu dahulu baru menghukum, biar tahu dahulu baru bercakap..

  7. sy bersetuju kate tokuban78 tuw..
    tp, x semestinya semua amalan2 yg diberi oleh guru wajib ditelan bulat2 tanpa kite membuat tapisan dan rujukan daripada ulama2 muktabar, yg memahami juga ilmu persilatan…

    sy banyak juga menerima ilmu2 yg pelik2 ini..
    tp akhirnya saya hanya menyimpan sebagai koleksi sbg bukti ilmu orang melayu dulu hebat2…

    lagipun, tujuan hidup kite ni bukanlah nakkan KESAKTIAN itu semua…TP KESAKSIAN…

    guru sy kata, kalu kite solat duha kerana nak rezeki murah, itupun bukanlah niat yg tulus ikhlas…niat yg paling kamil adalah semata2 kerana ALLAH…x salah mengetuai fadilat sesuatu amal itu, tp niat tu perlu betul…kerana amal yg ikhlas sahaja yg akan diterima di sisi Allah…

    allah..maafkan ana kalu ana ni lancang sangt mulut kepada tuan2 sekalian…sudahlah masuk rumah orang, buat bising pulak… :) :) :)

    • tak salah beri pendapat mana yg tak molek kite molek kan semua manusia ada kekurangan nye allah jua la yg maha sempurna

  8. saya minat sungguh silat 7 hari nih. Insya Allah, kalu ada masa saya nak jupo dgn guru silat nih dan muridnya. Saya pun ore Bachok jugak, kg. limau nipis, telong.

  9. yap..saya pun setuju dengan pendapat humairah…semua ilmu kita belajar,mestilah ditapis…yang batil kita buang, yang hak kita ambil dan sudah tentunya para alim ulamalah tempat kita menapisnya….ilmu Allah Taala ni maha luas,kita terpilih dan diberi peluang untuk mengetahui dan merasa sebahagian ilmu yang tak dapat dirasa oleh orang lain…pada saya tidak salah nak kan kesaktian, jika kesaktian itu dapat menambahkan dan mentapkan lagi keimanan..tak dinafikan perjalanan menuju kehadratillah ini memang banyak sekali likunya, tetapi dengan pimpinan mursyid, pastinya perjalanan ini mudah ditempuhi..wallahu a’lam.

  10. salam… ambo pun tertarik dgn silat pukul 7 mlm nih..

    ambo ada jugak sikit mengisi dgn amalan 7 malam nih… tp dgn guru di serdang selangor.

    wassalam

  11. Ilmu silat msti dkembangkn,
    n begitu juga keampuhan ilmuny juga perlu dikaji, dibangunkn n dipertingkatkn.. dr ms k semasa…
    mcm ilmu fizik, perubatan.. utk manfaat sejagat..
    bgaimn mat salleh juga mampu selitkn utk seni dlm tinju n kick boxer n wrestling… pertahanan diri mrk mkin lama mkin hebat..

    jgn terlalu ego merahsiakn ilmu pd generasi baru n utk keuntungan sejagat..
    akhirny kite sume yg rugi..

    pusaka yg sgt bernilai, hilang n terkubur bersama pendekar2 n tok guru2 je..

    kne ingat…

    stinggi mana kite dipuncak gunung drp daratan, tp tinggi lagi langit di atas..

  12. Assalamualaikum Tuan Baba Syarif.
    Alhandulillah dengan izin Allah dapat saya bertemu dengan website mengenai buah pukulan 7 hari Kelantan.
    Saya amat berminat mempelajarinya dengan tuan dan bagus cadangan sekiranya dapat tuan mempertimbangkan mengadakan bengkel sehari untuk mempelajarinya.
    Adapun e mail saya : nurihsan72@yahoo.com
    Harap sekiranya tuan berhasrat mengadakan kursus, dapat dimaklumkan dengan segera memandangkan saya ini jauh duduknya, walaupun duduk di negeri berjiran dengan tuan, iaitu sabah (kota kinabalu).
    Kena arrange cuti dan booking flight awal.
    Sangat sukar mencari mereka yang arif tentang perkara ini. Di tambah pula dengan orang-orang kita yang semakin tidak ambil pusing / hirau tentang perkara ini.
    Yalah, kerana mengenangkan warisan kita..sapa lagi, kalau kita yang menjunjung dan meneruskan kesinambungan perjuangan ini.
    Ibarat kata : Melayu ini hidupnya bertunjangkan syariat, geraki gerinya halus penuh bersopan, bersendikan adat dan budaya (termasuk silat dan petuanya) dan tinggi harga dirinya dan molek akhlak budi pekerinya.

    Wassalam.

    • wa’salam buat saudara…amat berbesar hati jika dapat penuhi hajat tua hamba…hamba sebenarnya belum bertapak dimana-mana…dulu di kelantan kmudia di kaherah, kemudian di kuala lumpur, medan, sekarang di kuching..dan besok ke penang kerana mncari pengelaman, ilmu dan pnghidupan…hamba harap nanti sahabat hamba di lawas boleh mmbawa ilmu ini dari hamba untuk diperturunkan pada anak melayu di tanah Borneo, harap saudara doa-doakanlah, dengan izin Allah yang maha Kuasa apa pun tak mustahil…

  13. Assalamualaykum, Pak Baba Syarif tak nak bertapak kat nilai, n9 ka? Boleh jugak saya datang belajar sebarang dua..inshaAllah

    • Wassalam Pak Abu Fatih…saya akan bertapak dimana yang Allah takdirkan untuk saya bertapak…setakat ni tak tau lagi akan kemana…mana tau nati saya akan ketempat Pak Abu juga nanti…mgkin kerana faktor kerja yang sesuai untuk saya disana…

  14. Assalamulaikum,

    Saya tertinggal bas nampaknya..dah lama saya cari pukulan 7 hari ni…masih berpeluang kah saya belajar dengan baba syharif..?

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s