Seni Silat Melayu Terengganu;Silat Habib Hamid


Yang ni pulak saya paparkan pada anda silat Melayu Terengganu Kite, Silat Habib Hamid…silat ini amat dekat dengan permainan spelek dan sekebun…mari kita saksikan…

About these ads

31 responses to “Seni Silat Melayu Terengganu;Silat Habib Hamid

  1. alhamdulilah masih ada yang berminat untuk mengikuti perkembangan silat habib hamid,,..diharapkan kepada pengamal habib hamid teruskanlah majukan kemahiran dan kecekapan anda semua semoga seni persilatan habib hamid ini tidak luput ditelan zaman,,carilah ilmu yang bermanfaat dan baik untuk kita dan juga orang lain.tambahkan dengan ilmu agama yang banyak kerana pengasas kepada habib hamid adalah seorang yang warak dan alim. gunakan kemahiran yang ada untuk memberi manfaat kepada agama dan bangsa..kepada yang mempunyai murid didiklah anak buah anda untuk menjadi oprang yang taat kepada suruhan agama ianya adalah pesanan arwah tok bilal awang kepada setiap murid yang berada di bawah didikanya.

    • Tok Bilal awang, adalah idola ambe,, sepadan dengan nama arwah, salah seorang anak murid tok Bilal yg tersohor dan masih hidup ilah Pok Ayub duduk di Bandar Al Muktafil Billah Shah dan Ustaz Pok di Kg Padang Kemunting Maras,,, merekalah satu satunya pewaris asal Persilatan Gayung Abid Hamid Langkah 3.

    • assa…kum betul ke anda minat ….awk orang mana? saya dok di KL.. bukan nak mencelah tapi nak cari kawan yg suka nak belajar silat ini. Habib .ini…maklumlah saya dah lama tak praktikkan kan silat ini. Tapi ikut pengalaman lepas alhamdulillah…..tak mahulah saya cerita dalam laman ini takut nanti akan riak pula. wallahhuaklam.

      • sy org seberang marang tp dok di kl skrg ni.. kalo dok keberatan bole ke sy nok belajor dgn abg?

      • Salam En. Nasir,

        Ambe pewaris generasi yg ke3, ambe berguru dgn pok cik mat sungai jeram hilir dan arwah pok cik mat Long Omar, tok sepupu ambe, kl ada apa2 sila call ambe 010 5782 448

      • Untuk makluman sahabat semua,

        Saya M Tohar , asal kg jeram hilir asal Silat gayung abid hamid langkah 3, di mana asal bertapaknya perguruan ini, hamba berguru dengan pok sedara hamba pok cik mat jeram hilir, anak murid kepada pok cik mat Long Omar, anak murid kepada Tok Bilal Awang Al Jembari anak murid kepada Abid Hamid sendiri.

        Saya mulai mengenali perguruan ini mulai umur 14 tahun dan kini umur hamba menjangkau 48 tahun, Alhamdulillah kesihatan masih utuh lagi dengan izin allah.

        Hamba kini menetap di Seberang Balok Kuantan,, sesiapa berminat jom belajar dengan hamba sila call 010 5782 448..

  2. silat habib ni hebat tau …..sapa sapa yang ada silat habib ini akan mudah mempelajari lain silat kerana ia satusatu jenis permainan seni bela diri yang teramat asas .sekiranyan pelajar mengamal ilmu persilatan ini dengan ada pembimbing yang mahir tentunya akan lebih berkeyakinan dan mantap.

  3. Assalamualaikum amba adalah bekas pelajar seni silat habib aliran Tok bilal Awang .Guru amba Arwah PakSu Ya dan Pak Li Banggol Peradong .Ambe belajar di bangsal pak su ya di jeram dah lama doh, Rasa rasa tahun 1977 dan 1978 dulu lagi.tapi permainan itu masih dalam ingatan ambe . Permainan ini ambe jadikan asas gerak dalam permainan apaapa seni beladiri yang amba pelajari.Maklumlah kerana minat pada seni beladiri tak kala amba merantau amba telah banyak belajar seni belairi lain. Pada tahun 80an amba rasa tertarik pada kejohanan silat olahraga yg begitu lantang untuk menjulang mertabat bangsa dipersada dunia.Amba telah memasuki persatuan seni silat Depowojo sematamata untuk memasuki pertandingan seni silat kerana silat Habib pada masa itu belum berdaftar dengan pertubuhan sisat kebangsaan. Akhirnya saya telah berjaya memasuki pertandingan. Semua gerak langkah silat habib saya apply dalm pertandingan tersebut. Akhirnya amba dijulang sebagai johan Zun Tengah Klang.Alhamdulillah Untuk menjulang kejohanan untuk mewakili selangor bukan mudah.Kelonggaran peraturan dan undang undang tak menyebelahi amba, Walau pun Wan Amiduddin Baki (Pesilat Negara) telah diberhentikan permainan oleh juri kerana muntah dan penat menerima tekanan dari amba..Semua penonton termasuk menteri besar , dato bandar dan ketua polis daerah bangun kagum dan bertepuk tangan untuk pertandingan itu.. Keadaan menjadi riuh rendah penyokong yang sealiran amba telah masuk gelanggang masuk menjulang amba, Amba ingat amba dah menang . Ruparupanya perlawanan belum tamat, saya hampa dan tak ingin meneruskan pertandingan. Kemenangan berpehak kepada Wan Aminudin. Keadaaan menjadi sepi…Pehak Juri kata kalau nak membantah perlu membayar RM50/- Inilah Dunia Melayu.

  4. silat habib hamid juga dipanggil dgn nama silat panca indera,dan silat gayong serantau juga mengajar silat habib hamid di dalamnya

    • maaf kn ambe klu slh..slps tgok pelbagai video dgn gerakan..
      mmg same dgn silat pancaindera..tp pergerakan silat gayong serantau tuu lain terus ambe tgok..

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s