Subhanallah : AL-QUR’AN BERBICARA MENGENAI DERIA RASA SAKIT ADA PADA KULIT MANUSIA


Keratan Rentas Kulit Manusia

Keratan Rentas Kulit Manusia

This slideshow requires JavaScript.

DERIA RASA SAKIT ADA PADA KULIT MANUSIA

Dahulunya dianggap bahawa deria rasa dan sakit adalah bergantung kepada otak. Penemuan masakini membuktikan adanya deria rasa sakit (pain receptor) pada kulit manusia, di mana ketiadaannya akan menyebabkan seseorang itu tidak boleh merasai kesakitan.

Apabila seorang doktor memeriksa seorang pesakit yang mengalami kecederaan terbakar, ia akan menentukan tahap kecederaan terbakar itu dengan menggunakan cucukan jarum pada kulit. Jika pesakit merasa sakit bila cucukan jarum dibuat, ia menunjukkan luka terbakar itu hanya berlaku di bahagian luaran kulit sahaja. Sebaliknya jika pesakit tidak merasai sakit apabila dicucuk, ini menunjukan luka terbakar itu adalah terlalu dalam dan telah merosakkan deria rasa sakit.

Al-Qur’an menunjukkan bahawa ujudnya deria rasa sakit ini pada ayat yang berikut:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُواْ الْعَذَابَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada ayat-ayat Kami nescaya Kami masukkan mereka (ke dalam) api neraka, setiap kali terbakar kulit-kulit mereka Kami ganti mereka (dengan) kulit-kulit lainnya supaya mereka (terus-menerus) merasakan seksaan, sesungguhnya Allah adalah Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (An-Nisaa’ : 56 )

Prof. Tagatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Anatomi Universiti Chiang Mai di Thailand telah mengambil masa yang lama membuat kajian mengenai deria rasa sakit ini. Pada awalnya dia tidak dapat mempercayai bahawa Al-Qur’an telah menjelaskan fakta saintifik ini pada 1,400 tahun yang lalu.Dia kemudian telah menyemak terjemahan ayat Al-Qur’an ini. Prof. Tejasen merasa sangat kagum terhadap ketepatan saintifik ayat Al-Qur’an tersebut, sehinggakan pada Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 yang diadakan di Riyadh mengenai Tanda-tanda Saintifik Al-Qur’an dan Sunnah, beliau telah mengisytiharkan di khalayak ramai: “ Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad SAW adalah Pesuruh Allah.”

About these ads

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s