Bersama Guru Kesayanganku Pak Do Umar Guru Tua Silat Pendekar 7 Malam


guruku pakdo umar

guruku pakdo umar

Silat 7 Hari atau Buah Pukul 7 hari atau Gocoh Dekar 7 Malam- Seni Bela Diri Yang Hampir Pupus Di Kelantan!!!
Perhatian kepada pencinta seni persilatan, mungkin tidak ramai tahu mengenai perguruan silat ini masih wujud dibumi Kelantan Darul Naim di hari ini, namun pada hari yang akan datang siapakah yang bakal mewarisi seni yang amat ringkas dan unik ini, kenapa saya katakan begitu?, jawabannya ialah anda belum merasainya maka anda belum tahu mengenainya, saya mencari seni ini hampir 7 tahun, dan “bertemu” dengan seni ini 8 tahun yang lepas, cuma dapat “merasai” ilmu ini setahun selepas itu, jika anda seperti saya tidak mahu seni ini akan pupus seperti silat-silat yang telah pupus dibumi Kelantan, sila temui saya bagi yang berdekatan dengan UNIMAS Sarawak, HP: 0199783381, Mohammad Omar, atau terus ke rumah Tok Guru saya (Pak Do Umar Tukang Urut) di belakang Pusat Pengajian Pondok YIK, Kampung Telong, Kandis, Bachok, Kelantan.
Anda boleh belajar Silat ini dengan beberapa syarat:
1-seeloknya ada pasangan paling ramai 5 pasangan (10org).
2-Anda tidak dibenarkan membawa orang yang tidak berkenaan.
3-beberapa syarat lain lain yang akan diberitahu kelak…

Impian Lahirkan Yang Berkualiti Dalam Mencetak Pewaris Seni Pendekar 7 Malam..


Gambar Hiasan Bersilat

Gambar Hiasan Bersilat


Assalamualaikum semua pembaca, pengunjung, dan peminat kelab “buah pukul 7 hari”, lama ambo menyepi diri, hari ini kembali lagi…banyak orang bertanya tentang halatuju seni buah pukul 7 hari yang ambo bawakan ini, maka ambo jawab bahwa ambo hanya maukan kualiti dan bukannya kuantiti…apapun berlaku tradisi lama akan tetap ambo jaga,walaupun tidak serahsia dulu…setakat ini banyak ynag dah berlaku ambo lalui, dikeji, disudi dan dicoba….dengan izin Allah lepas jua dengan kehendak dan kuasanya….Allahumma amin, jagakanlah kami,guru kami, sobat handai kami, ibu bapa kami, hati kami, jasad kami dari kecelakaan dunia akhirat ya Allah….permainan ini tak bernilai melainkan ia di bekal dengan kebergantungan kami seluruhnya padaMu ya Allah…

Titik Maut Pada Anggota Musuh


Titik Maut Pada Anggota Musuh
Salam ukhwah dan salam pendekar buat para pembaca, berikut ini beberapa sasaran titik maut yang boleh melemahkan atau melumpuhkan musuh bila anda mau menumbangkannya, inilah antara yang jadi rahsia guru perguruan senibeladiri harap anda hayati dan fahami, serta berguru untuk mengetahui bagaimana hendak meyampaikannya dengan lebih berkesan.

Sasaran Maut Depan

Sasaran Maut Depan


Sasaran di belakang

Sasaran Maut Belakang

Sasaran Maut Belakang


Sasaran didepan

Untuk mengetahui caranya harapa anda berguru dengan orang yang ahli. wallahu ‘alam.