Belajar Tinggi Tapi Bodoh Berfikir


ratu langkasuka

ratu langkasuka

Assalamualaikum Warahmatullah…

Salam maaf buat pembaca, saya ingin berkongsi sedikit pengelaman…ramai manusia yang belajar tinggi-tinggi tapi masih ada kebodohan dalam berfikir..tidak terkecuali setengahnya orang yang terpelajar dalam bidang akademik secara folmal atau tidak…tidak terkecuali yang bergelar ustaz, imam, cikgu, bahkan yang bergelar Dr PHD pun ramai lagi yang bodoh dalam berkata-kata maupun tindakan, banyak kali orang pandai, intelek dan sebagainya mencerca (mungkin sindir pada kami orang silat), dengan kata ” kalau silat tu jadi berguna kenapa tak pergi perang ke Afghanistan?”, nak bersilat apanya, ambik bedil dah kena, tak dam nak buka tari lagi”, “kenapa tak jurus semua orang jahat di ambon, bukankah silat ni mari Indonesia?, inilah antara kata kata yang kita sering dengar sekitar kita yang mengbayangkan masih terdapat sedikit kebodohan berfikir di kalangan orang terpelajar…dari kebodohan berfikir ini lah membawa kepada kebodohan dalam bertindak, biasanya mereka ini akan membawa masuk seni asing seperti TTS, karate dan sebagainya, apatah lagi mungcul filem-filem silat tang menayangkan silat tu ilmu magik, mistik, tahyul, dll…tengok saja ARJUNA, MERONG MAHAWANGSA yang jauh lebih rendah mutu persilatannya(bahkan tak layak masuk kategori silat melayu pun) berbanding filem aksi silat dan sejarah melayu yang di buat bangsa asing, cuba belajar dari filem QUEEN OF LANGKASUKA, tak malukah kita orang melayu??..tepuk dada tanya selera…

Cerpen : Perwira Jabal Panau


Oleh: Tok Uban
“ADAPUN selendang hijau yang usang ini terlalu sayang padaku. Sarungkanlah ia tatakala hendak berperang, kuberikan padamu untuk berbuat bakti di jalan Allah.” Kata-kata lembut Tuan Guru Syeikh Muhammad Samman mengalir segar di ingatan. Wajah bersih dan mata jernih itu terus-terusan menusuk api rindu yang tiada taranya.
Sekian lama hidup berguru dan mendalami pelbagai ilmu, sekelian persyaratan sebagai seorang murid dilaluinya dengan tabah yang tepu dan sabar yang padu, sehingga lulus dalam tapisan ujian. Hari ini, Syed Muhammad Umar Solahuddin mula melangkah turun dari Bukit Panau dengan mengusung satu amanat besar yang telah dipundakkan oleh gurunya, penguasa dan penjaga Bukit Panau yang satu ketika dahulu pernah menjadi pusat pemerintahan kesultanan melayu kerajaan Medang Kamulan.
“Telah kuajar segala seni dan agama, rebung yang terlentur dengan adab mulia. Telah sempurnalah pengajian anakanda, seperti mana Hang Tuah sahabat berlima. Justeru, amanah sultan ini, anakandalah yang layak memikulnya.” Ujaran Arwah Tuan Guru sehari sebelum beliau meninggalkan buana ini amat menyentuh hati. Kemangkatan Syeikh Samman adalah akibat racun sondak pari yang dicampur ke dalam air minumannya. SELANJUTNYA SILA KLIK https://Tokuban78.wordpress.com/

Apakah Gayung…Kenapa Berbilang Versi Dan Pecahannya??


salam satu perjuangan…ramai yang bertanya pada ambo apakah Gayung….kenapa ia berbilang-bilang…banyak versi dan pecahannya….kita biasa dengar pusaka gayung, gayung malaysia, gayung fatani, gayung kedah, gayung kelantan, gayung 9, gayung tunggal dan beberapa lagi istilah gayung….maka apakah maksud gayung sebenarnya??? ambo tau ini adalah satu topik yang agak menarik perhatian…t kasih pada saudara ambo abe Nik Aznan yang sbb dari beliau ambo perbincangkan topik ini…harap sesiapa yang punya sedikit pengetahuan sila kemukakan untuk dikongsi pngetahuan bersama di sini…

Seni Silat Seni Beladiri Asli Rumpun Melayu Nusantara


Pencak Silat, Seni Bela Diri Asli Melayu

Pencak Silat atau Silat (berkelahi dengan menggunakan teknik pertahanan diri) ialah seni bela diri Asia yang berakar dari budaya Melayu. Seni bela diri ini secara luas dikenal di Indonesia, Malaysia, Brunei, dan Singapura tapi bisa pula ditemukan dalam berbagai variasi di berbagai negara sesuai dengan penyebaran suku Melayu, seperti di Filipina Selatan dan Thailand Selatan. Berkat peranan para pelatih asal Indonesia, saat ini Vietnam juga telah memiliki pesilat-pesilat yang tangguh.

Silat dipercayai tersebar di kepulauan Nusantara semenjak abad ke 7 masehi lagi, akan tetapi asal mulanya belum dapat dipastikan lagi, walau bagaimana pun ktiaka ini silat diperakui sebagai seni budaya asli orang Melayu Nusantara dalam pegertian yang luas iaitu penduduk daerah pesisir Pulau Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu, serta kumpulan entik lain yang menggunakan bahasa Melayu sebagai Lingua Franca Bahasa Melayu diperbagai daerah di Pulau Jawa, Sulawesi, Kalimantan, Selatan Philifina, Thailand, Irian Jaya dan sebagainya yang juga mengembangkan silat tradisoanal mereka sendiri.

pencak silat

pencak silat

Kisah Pencarian Buah Pukul 7 Hari Kelantan


Oleh: Mohammad bin Omar, S.Th.I

Tajuk: Kisah Pencarian Buah Pukul 7 Hari Kelantan

Salam buat para pembacayang setia, mugkin anda hendak tau bagaimana kisah pencarian buah pukul yang amat jarang diajar kepada umum ini, sebenarnya kisah pencarian saya bukanlah sehari dua, tapi ia memakan masa yang agak lama sehingga saya dipertemukan Allah  dengan guru tua aliran tersebut, saban hari saya berdoa supaya akan dapat merasai ilmu tersebut suatu hari nanti, saya mengetahui buah pukul 7 hari semasa saya belajar di Pondok Pasir Tumbuh semasa berumur belasan tahun, saya didatangi abang angkat yang berkhidmat sebagai KAGAT yang nak belajar Tafaquh fid Din semasa beliau bercuti, pada masa tak ada pengajian kami ketika kami bersembang terkeluar bahwa saya pernah belajar satu aliran silat semasa di kampong, untuk pengetahuan semua bahwa kampong kami pada masa dulu silat merupakan budaya dan sekarang masih ada bersisa beberapa perguruan dan yang lain telah luput ditelan zaman lantaran kematian pewarisnya, berbalik pada cerita saya, beliau minta saya menunjuk pada beliau beberapa langkah yang saya pelajari dan kami bersilat sekadar suatu hiburan dengan gaya silat pulut, setelah beberapa langkah beliau mematikan langkah saya, dan saya cukup terkejut dengan buah pemati langkah yang beliau tunjukan, bila saya tanya silat apa ni, jawab beliau silat 7 hari, bermula dari situ saya tetap mencari silat yang unik pada namanya tu, pada tahun 1998 setelah 5 tahun saya berpindah dari Pondok Tradisional ke Pusat Pengajian Pondok yang mengabungkan dua sistem pengajian, disini saya berjumpa dengan Abg Saufi pelajar senior yang melatih adik-adik bermain silat Tomoi, dan saya ikut sama sehingga tapak saya dibaca oleh kawan beliau juga pesilat bahwa saya adalah pesilat dari Silat Melayu bukannya aliran Tomoi,  semasa latihan dengan Abang Saufi Golok beliau  menceritakan bahwa ada seorang tua di Kampung tersebut yang punya seni bergocoh yang agak berlainan, pada tahun 2000 saya didedahkan pula dengan TTS semasa menyertai askar Wataniah Malaysia, pada tahun ini saya berkawan dengan kawan yang baru masuk Pondok dari Patani, bila beliau mengetahui bahwa saya adalah pesilat dan peninju beliau setiap hari mengajak saya sparing dengannya, akhirnya saya terima pelawaan beliau itu, oleh kerana setiap hari beliau sparing dengan saya,saya sudah rasa bosan sehingga beliau minta saya bermain guna tongkat dengan beliau,(untuk pengetahuan pada tahun 1999 saya mendapat satu ilmu tongkat yang antara terbaik yang saya ketahui dan jumpa di sekitar Kelantan), semasa bermain tongkat dengan kawan saya si Faqrul saya bermain dengan acah-acah saja, sehingga teerpacul dari mulut beliau perkataan yang saya rasa tercabar saya sebagai pesilat Melayu, kata beliau lebih kurang begini; “lagu ni jah silat Melayu, ingat bisa sangat”, dengan tanpa saya sedar saya telah gunakan buah “memetik bintang” dan si Faqrul terkejut bila senjata yang dipegang beliau telah berada  ditangan saya dan dalam satu detik beliau “merasai” dua pukulan dan kehilangan senjata(sebagai ajaran jangan menghina silat Melayu), beliau amat terkejut dan tak terkata, esoknya beliau ajak sparing muai lagi, oleh kerana jemu saya tumbuk dan sepak sekuat hati dan bersertai nafas sehingga kebiruan di betis beliau…malam nya saya ke rumah Pak Da Umar untuk mengurut betis yang sedikit lebam, Pak Da Umar tanya saya, “main gapo ni sapa gini mo”?, saya jawab main muai, kata beliau; “gocoh hok kita lain, ore te ko, kito te ko ore hok sakit”, lalu dalam hati saya “ni peluang baik nak korek ni, saya tanya ,”gocok gapo tu Pak Da”, jawab beliau;”ore tua kato dekar tujuh male” (orang tua kata pendekar tujuh malam), saya sedikit terkejutdan dalam hati,”mungkinkah ini silat 7 hari??, lalu saya kata;”kalu gitu ajar kitolah Pakda, jawab Pak Da Umar;”kito ni tuo doh, tak ngajar dah”, dalam hati saya “takpe tapi suatu hari nanti insyaalah aku akan dapat nanti ilmu ni, cuma kena pasang sedikit strategi”, sejak hari tu saya sering berziarah ke rumah beliau yang beberapa meter dari sekolah saya, di musim tembakau saya menolog isteri dan adik beliau(yang jadi mak angkat saya kerana tak punya anak lelaki) menanam tembakau, dari buat batas, semai, tanam, jirus, boh baja, angkat rong, sampai kutip hasil saya lakukan akhirnya Pak Da berjanji nak ajari saya buah tersebut setelah beliau dah anggap saya macam anak beliau sendiri, pada tahun 2001 saya menuntut silat ini dengan beberapa kawan saya dari kampong saya yang kebetulan sekolah saya cuti, saya berbuat demikian kerana tak mau perguruan saya dengan Pak Da Umar diketahui oleh “budak-budak Pondok” yang lain yang merupakan kawan-kawan sekelas dengan saya, kami belajar sehingga hari keenam Pak Amat berpuas hati kerana katanya kami mudah diajar,(sebab kami rata-ratanya sudah belajar aliran spelek minagkabau di kampong kami), setelah kami dikhatamkan, hubungan saya dengan Pak  Da tak terhenti disitu sahaja, saya minta saya diajar satu gelangan lagi untuk pengukuhan dan beliau setuju, dan yang kedua ini hanya saya dan beliau saja, akhirnya  bila tamat Pak Da macam tau bahwa saya nak masuk serta dalam pertandingan muai, beliau berpesan,”buah ni takleh wat tunjuk ko ore sebarenge, apa lagi nak masuk bong”, bila dengar begitu saya batalkan niat saya nak sertai pertandingan muai, bila saya balik kampong saya tanya pada beberapa orang buah yang saya pelajari, kata Paka Lahanak sepupu saya(anak murid Pak Su Nor Teralak 4) ;” lagu tu silat spelek 7 hari, saing kita pun dulu ada juga blaja , biasonya aliran ni di Pasir Puteh sampai Besut”, kata Pak Nik (almarhum, seorang tua di kampong saya), bila saya tunjukkan pada beliau, beliau dengan sedikit terkejut berkata,” ni la ore panggil buoh pukule rasiyo 7 ari”(orang panggil buah pukulan rahsia 7 hari), kata beliau lagi, “kalu dulu hok bowo buah ni Tok We Alang Tabal de  Tok We Johe”(kalau dulu yang bawa aliran ni adalah Tok Wan Alang, dan Wan Johan), tambah beliau lagi, “mu ambik mano ni, buah ni dah pupuh dah, dulu Tok Guru buka gelange 3 bule 10 hari(100 hari) pah Tok Guru pilih anok murid terpilih baru ajar buah ni, (maknanya bukan semua orang yang boleh tanggung), katanya lagi; “dulu buah ni dok dale silat spelek Minangkabau”(Spelek Minangkabau/Sekebun) , kata seorang tokoh juga guru silat Spelek Minangkabau yang saya hormati di Kampong Berangan Tumpat yang bernama Pak Usof Colek bila saya tanya(cuma tanya kaedah), kata saya Pak Soh kalu tapak lagu ni, pah ore masuk kita wat lagu ni,  kito balas lagu ni silat gapo Pak Soh?, kata beliau;”tu IBU SILAT tu, bunga de buah luar cuma nak bui come jah sebenarnyo”,

Kesimpulannya saya telah mendapat apa yang saya telah saya cari selama ini, silat 7 hari yang saya jumpa dari pakda rupanya adalah pecahan dari satu silat pada zaman dahulu dan tak pasti bila bercerai menjadi berlainan, silat 7 hari punya beberapa nama seperti Dekar 7 malam, Spelek 7 hari, Buah 7 Hari, Buah Pukulan Rahsia 7 Hari, Gocoh 7 Hari.

Pak Da sering pesan, ” buah ni buleh pakai nga silat pun jadi nga muai pun jadi”, dan seperti perkataan Pak Usof Colek mungkin inilah IBU seni silat Melayu, kerana diketahui seni ini juga terdapat pada beberapa alirang silat melayu yang lain mau pun aliran selatan Cina dan satu aliran Muai yang agak sama pada kaedah asasnya, dan mungkinkan IBU SILAT ini tersebar sejak zaman Nusantara satu empayar Srivijaya? ,  dan ianya telah diolah sesuai dengan budaya dan krativiti sesuatu kaum, jawapannya Tuhan saja mengetahuinya.

Pakaian Pendekar Dahulu Kala


Pakaian Pendekar Dahulu Kala
Pembisa Mata/Pencerah Mata

Saya dengar dan peroleh amalan ini dari dua orang, satu pewaris guru tua dan satu guru saya yang alim al-Fadhil Ustaz Hj.Harun, menurut pewaris guru tua di kampong saya, amalan ini merupakan salah satu pakaian pendekar dahulu kala, bagi pengamal amalan ini hanya padan dengan pandangan mata dikala diserang musuh untuk pengerun dan menakutkan musuh, di ceritakan bahwa gurunya diserang oleh sekumpulan musuh di zaman dahulu, bila melihat saja mata si guru semua penyerang cabut lari, yaitu di amalkan zikir Ya Nur dengan bilangan ganjil sambil memandang mentari pagi hari, amat molek dilakukan di tepi pantai..sehingga matahari tinggi, menurut al-Fadhil ustaz Hj. Harun amalan ini dilakukan untuk ubat pencerah mata,wallahu ‘alam.