Hukum Membaca Al Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada Orang Yang Sudah meninggal dunia


Dicatat oleh IbnuNafis
Sumber:http://pondokhabib.wordpress.com

Hukum Membaca Al Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada Orang Yang Sudah meninggal dunia

Persoalan mengenai bid’ah sebenarnya telah diselesaikan oleh ulamak lama dahulu dan sekarang ini telah ditimbulkan semula oleh golongan yang tidak memahami khilaf ijtihad ulamak yang kemudiannya mengatakan bahawa ia adalah bid’ah sesat walaupun sudah ada dalil dan hujjah dari al Quran dan hadith.

Sekiranya ada yang mengatakan bacaan al Quran dan doa ia tidak sampai kepada simayyit maka tidak perlu mengatakan ia sebagai bid’ah, kerana ijtihad yang memngatakan ia boleh adalah hasil dari penyelidikan ulamak dari al Quran dan hadith sebelum mengeluarkan hukum bahawa sampainya pahala kepada si mayyit. Ulamak terdahulu apabila berbeza pendapat mereka tidak akan membid’ahkan pendapat ulamak yang membolehkan.

Menurut Prof Dr Wahbah az Zuhaili Mazhab Imam Ahmad dan Jumhur salaf dan mazhab empat dan di antara mereka Malikiyah dan Syafi’iyah yang kemudian berpendapat sampai pahala amalan tersebut.

Imam Abu Hanifah berpendapat : “Segala pahala dari sedekah dan lainnya sampai kepada mayat. Ia juga berkata : “Bacalah ayat Kursi tiga kali’ dan “qul huwaLLahu Ahad” dan katakanlah : “Ya ALlah, Ya Tuhan kami, pahalanya untuk ahli kubur.”

Dalil dari Al Quran

Asy Sya’ani juga menyebutkan dalil pendapat kedua dari KitabuLLah, sunnah dan ijmak serta kaedah syariat. Iaitu mereka yang mengatakan bahawa mayat mendapat manfaat atas apa yang dilakukan oleh orang-orang yang masih hidup untuknya. Adapun dalil dari Al Quran adalah firman aLLah s.w.t yang bererti :

“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan tangan), berkata : “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kamu yang mendahului kami dalam iman………..” (Al Hasyr : 10)

Maka ALLah s.w.t memuji mereka atas istighfar mereka kepada kaum Mukminin sebelum mereka. Maka hal itu menunjukkan bahawa mayat mendapat manfaat daripada doa adalah kesepakatan umat atas doa terhadap mereka dalam solat jenazah.

Juga telah ijmak bahawa membayar hutang orang yang sudah meninggal adalah boleh sama ada oleh kerabat atau bukan. Dan juga jika orang yang masih hidup memiliki hak pada orang yang sudah meninggal, lalu ia menggugurkan haknya dan mengikhlaskannya, maka hal itu boleh dan dapat membebaskan orang yang sudah meninggal.

Dalil Dari Hadith :

Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

“Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat Kursi diturunkan dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy’. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia.”

(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam’an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma’qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma’ al Zawaid, “Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

Pendapat dari Imam An Nawawi :

Imam Nawawi berkata “Adalah sunnah hukumnya bagi para penziarah kubur untuk mengucapkan salam kepada mereka (penghuni kubur), mendoakan kepada orang yang diziarahi dan juga kepada ahli kubur semuanya. Lebih utama lagi, jika penziarah itu membaca doa-doa yang telah diterangkan dalam al hadith. Dan hukumnya sunnah pula membaca ayat-ayat al Quran dan setelah itu mendoakan para penghuni kubur. Ini semua adalah nas (pendapat) dari Imam al Syafie dan disepakati oleh murid-muridnya (para pengikutnya)

Imam al Nawawi, al majmu’ syarh al muhazzab jilid V h 286.

Pendapat Imam Ahmad :

Imam Ahmad pada mulanya pernah melarang seorang buta daripada membaca al Quran di atas kubur, kemudian beliau (imam Ahmad) mengizinkannya setelah mendengar khabar yang mengatakan Ibnu Umar pernah berwasiat supaya dibacakan permulaan dan penghujung surah al Baqarah di sisinya ketika dikebumikan. Kisah ini disebut oleh Ibnu Qudamah di dalam kitabnya ‘Al Mughni (2/567) di dalam masalah: Ziarah Kubur.

Berdoalah kepada ALLah agar pahala kita membaca ayat al Quran sampai kepada si mayyit kerana ALlah sendiri telah berfirman yang bererti :

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” Al-Mukmin:60

Antara ulamak terkini lain yang mengatakan sampainya pahala seperti : Profesor Dr Sayyid Muhammad ‘Alawi Almaliki Al Hasani, Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, dan ramai lagi.

Sumber Rujukan :

1. Prof Dr Sayyid Muhammad ‘Alawi Al Maliki Al Hasani, Kajian Mendalam ke Atas Manfaat Amalan Orang Hidup Terhadap Arwah, Tahqiq al amal fi ma yan fa’u al mayyitu min al a’mal, Jahabersa, 2007, Johor

2. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, Salah Faham Terhadap Bid’ah, al Bid’ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu’man, 2002, Kuala Lumpur

3. Prof Dr Wahbah Az Zuhaili, Fatwa-fatwa Semasa, al Fatawa al mu’asaroh, iBook Publication, 2005, Kuala Lumpur

4. Dr Mustofa al Khin, Dr Mustofa al Bugho & Ali Asy Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, al Fiqhu al Manhaji, Pustaka Salam, 2005. Kuala Lumpur.

WaLlahua’lam

Dikirim dalam Bidaah, Ziarah Kubur

Hukum Membaca Talqin


Hukum Membaca Talqin

Amalan membaca talqin setelah mayat dikebumikan adalah satu amalan yang diterima sebagai sunnat atau mustahab dalam mazhab Syafi’i. Dan amalan ini telah diamalkan oleh umat Islam di Nusantara ini sejak awal kemasukan Islam lagi, tanpa ada yang mempertikaikannya atau menolaknya. Maka kenapa kini amalan sebegini dijadikan sasaran untuk menghukum orang lain sebagai pelaku bid’ah yang tidak mengikuti sunnah? Jika pun tidak mahu bertalqin, maka sewajarnya berlapang dadalah kerana ianya termasuk dalam bab khilafiyyah pada furu’, di mana dalam mazhab Syafi’i ianya adalah sesuatu yang dihukumkan sebagai sunnat atau mustahab. Imam an-Nawawi rhm. menulis dalam kitab “Raudhatuth Tholibiin” seperti berikut:-

… Dan mustahab hukumnya mentalqinkan mayyit setelah dikebumi. Maka dikatakan: “Wahai hamba Allah anak hamba perempuan Allah, ingatlah dengan apa yang atasnya engkau keluar meninggalkan dunia, iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad pesuruh Allah. Sesungguhnya syurga itu benar, neraka itu benar, kebangkitan itu benar, hari kiamat pasti datang tanpa keraguan, dan Allah akan membangkitkan sesiapa sahaja dari kubur. Sesungguhnya engkau telah redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi, al-Quran sebagai panutan, ka’bah sebagai qiblat dan kaum mukminin sebagai saudara”. Telah warid dengannya hadits Junjungan Nabi s.a.w.

Selanjutnya Imam an-Nawawi meneruskan lagi:-

Inilah talqin yang dihukumkan mustahab oleh perhimpunan daripada sahabat kami (yakni para ulama asy-Syafi’iyyah), antara mereka adalah al-Qadhi Husain, Shohibut Tatimmah, Syaikh Nashr al-Maqdisi dalam kitabnya “at-Tahdzib” dan selain mereka. Qadhi Husain telah menukilkan bahawa secara mutlak di sisi ulama Syafi’i, membaca talqin ini adalah mustahab . Dan adapun hadits yang datang mengenai hukum talqin ini adalah dhoif, akan tetapi hadits-hadits (dhoif) berkaitan keutamaan (fadhoil) adalah tidak mengapa untuk diamalkan di sisi ahli ilmu daripada kalangan muhadditsin dan selain mereka. Dan telah diperkukuhkan hadits mengenai talqin ini dengan kesaksian beberapa hadits yang shohih, seperti hadits :

“Mohonlah kepada Allah baginya (yakni bagi si mati) akan ketetapan (yakni ketetapan dalam menjawab fitnah kubur),”

dan wasiat Sayyidina ‘Amr bin al-’Aash:

“Berdirilah kamu di sisi kuburku (walaupun hanya) selama kadar menyembelih seekor sembelihan dan membahagi-bahagi dagingnya, sehingga aku dapat merasakan ketenangan dengan kalian dan aku mengetahui dengan apa akan aku kembalikan utusan-utusan Tuhanku (yakni Munkar dan Nakir)”, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam shohihnya. Sentiasalah penduduk Kota Syam beramal dengan amalan talqin ini sejak zaman permulaan Islam lagi, iaitu zaman di mana orang-orangnya dijadikan ikutan.

Maka berkata para sahabat kami (yakni ulama Syafi’i): ” Dan duduklah orang yang membaca talqin itu di sisi kepala kuburan si mati, dan adapun anak kecil yang belum baligh dan seumpamanya, maka tidaklah ditalqinkan.”

Oleh itu, janganlah memandang remeh urusan talqin mayyit setelah dikubur. Ianya adalah amalan yang punya dalil dan asas dalam Mazhab Syafi’i. Bukan hanya kita di Malaysia yang bertalqin zaman berzaman, Imam an-Nawawi rahimahullah telah menyatakan bahawa umat Islam di Kota Syam turut mengamalkannya sejak dahulu lagi. Jauhilah sikap mempersenda-sendakan amalan orang lain, apatah lagi jika ianya yang punya dasar, dan diamalkan oleh para ulama dan awliya’. Negeri Sembilan Darul Khusus adalah negeri yang telah mewartakan fatwa berhubung talqin. Di mana dalam Warta Kerajaan Jil. 50 No. 19 bertarikh 11 September 1997 mewartakan fatwa berikut:-

1. Talqin hukumnya adalah sunat dan masa talqin itu ialah semasa ihtidar (hampir mati) dan atau selepas dikebumikan.

2. Semasa di dalam ihtidar (hampir mati) maka sunat diajarkannya mengucap kalimah syahadah iaitu La ilaha illallah dan bagi mayat yang telah dikebumikan maka dikata di sisi kuburnya, kata olehmu Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad S.A.W. hingga akhir talqin.

3. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang -

(a) membid’ahkan mana-mana orang lain yang membacakan talqin kepada mayat.

(b) memegang, mengamal atau mengajarkan bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang.

(c) menyiar, menyebar, menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang.

4. Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penyokong mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilarang di dalam perenggan 3.

Http://Bahrusshofa.Blogspot.Com

Dikirim dalam Bidaah, Ziarah Kubur

Hukum Membaca Surah Yasin Pada Malam Jumaat


Hukum Membaca Surah Yasin Pada Malam Jumaat
Dari:http://pondokhabib.wordpress.com

Antara amalan yang sudah cukup sebati dalam masyarakat kita ialah membaca Yaasiin dan tahlilan yang dilakukan beramai-ramai setiap malam Jumaat di surau dan masjid. Dahulu kerap juga diadakan pembacaan mawlid pada malam tersebut, kat tempat aku lumrahnya dibaca Barzanji dan amalan ini dikenali sebagai “berjikir” i.e. kat tempat aku jika dikatakan ” urang berjikir” maka yang dimaksudkan ialah “orang membaca mawlid Barzanji dan qasidah-qasidahnya. Tapi sekarang, amat langka aku lihat surau-surau dan masjid-masjid kat tempat aku yang masih berjikir malam Jumaat, melainkan dalam bulan Mawlid di mana majlis berjikir meriah. Nampaknya masyarakat aku kini lebih suka nonton tv dari melantunkan pujian kepada Allah dan Junjungan Nabi s.a.w. Allahu…Allah.

Nasib baiklah, upacara membaca Yaasiin dan tahlilan masih menjadi program utama antara Maghrib – Isya` malam Jumaat kat tempat aku. Tetapi sedihnya kini timbul pula orang yang anti-yaasinan dan anti-tahlilan serta mengeluarkan fatwa membid`ah-dholalah sesiapa yang melakukannya. Tuan-tuan bayangkanlah dahsyatnya fatwa tersebut, siapa baca Yaasiin malam Jumaat bid`ah dan setiap bid`ah itu sesat dan setiap kesesatan masuk neraka. Jadi langsung tak langsung, rumusannya sesiapa baca Yaasiin malam Jumaat masuk neraka. Hebat sungguh ilmu mufti ini.

Sudahlah kita ni jenis malas baca Quran, bila nak baca Yaasiin malam Jumaat dah dibid`ahkan. Aduh poning kepalo ese, bisa palak aku, kata orang kampung aku. Daie mende yang menjauhkan orang dari membaca al-Quran? Adakah membaca Yaasiin malam Jumaat itu maksiat ? Adakah majlis membaca Yaasiin tersebut satu kemungkaran ? Takkan nak samakan hukum majlis baca Yaasiin malam Jumaat dengan karnival JomHeboh tempat Tok Shahidan isytihar Perlis Darul Sunnah? Kita biarkan Tok Shahidan terojun dengan labu-labunya, Tok Shahidan daripada hang dok pikiaq nak bid`ahkan orang, elok hang pikiaq mana nak cari duit bayaq hutang Majlis Perbandaran Kangaq. Jangan marah noooo.

Kalau ikhwah masih ingat kat Ustaz Abdullah al-Qari tempohari, kalau kome tak ingat, aku habaq mai sikit bagi refresh hang pa punya memory. Ustaz Dollah ni salah seorang tokoh ’sunnah (baca : salafi)’ i.e. adik – beradik golongan kaum muda. Dia ni banyak terjemah buku-buku golongan yang sewaktu dengannya, pernah dianugerahkan dengan Tokoh Ma`al Hijrah Negeri Kelantan (kalau tak silap akulah) dan merupakan besan Tok Guru Haji ‘Abdullah bin ‘Abdur Rahman, Lubok Tapah. Aku nak habaq mai kat korang, Ustaz Dollah yang mempunyai pemikiran `salafi’ telah menulis dalam bukunya “Kursus Qari` dan Qari`ah” mukasurat 145:- “Malam Jumaat : Kedapatan Rasulullah s.a.w. membacakan surah Yaa Siin, ad-Dukhaan dan al-Kahfi.” Aku rujuk hangpa semua kepada Ustaz Dollah Qari ni bukan apa, saja nak habaq bahawa dalam kumpulan so-called ’salafi/sunnah’ pun ada perbezaan pendapat mengenai hukum baca Yaasiin malam Jumaat. Jadi buat apa nak perbesarkan isu-isu remeh seperti ini. Apa faedahnya? Biarlah hamba-hamba Allah yang lemah macam aku ni membaca Yaasiin malam Jumaat, sebab nak baca tiap malam tak larat. Membaca Yaasiin itu ibadah yang punya sumber dalam Syara`, maka sekali-kali tidaklah boleh dikatakan sebagai bid`ah, jika nak kata bid`ah maka ianya hanya bid`ah dari segi bahasa sahaja. Sunnah membacanya setiap malam, tapi berapa ramai yang kuat atau berkesempatan nak baca setiap malam ? Jadi ikutlah kaedah “apa yang tak leh nak diamalkan semua, jangan ditinggalkan semua”.

Bagi kita pendokong ulama mazhab, kita tidak ragu lagi bahawa para ulama kita memandang elok akan amalan tersebut. Imam kita as-Sayuthi dalam kitabnya “Khushushiyyaat Yawmil Jumu`ah” menulis:-

Imam al-Baihaqi dalam kitab “asy-Syu`ab” telah mentakhrijkan daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a., katanya:- Junjungan Rasulullah s.a.w. bersabda:- “MAN QARA-A LAILATAL JUMU`ATI HAAMIIM AD-DUKHAAN WA YAASIIN ASHBAHA MAGHFURAN LAHU (Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat surah ad-Dukhan dan surah Yaasin, maka berpagi-pagilah dia dalam keadaan terampun)”.
Al-Ashbihani meriwayatkan dengan lafaz:- “MAN QARA-A YAASIIN FI LAILATIL JUMU`ATI GHUFIRA LAHU ( Sesiapa yang membaca surah Yaasiin pada malam Jumaat, nescaya diampunkan baginya).
Maka teruskanlah beramal dengan membaca surah Yaasiin yang terlalu besar pahala dan fadhilatnya. Jadikanlah ia sebahagian wirid kamu, siang dan malam, atau setidak-tidaknya pada hari atau malam Jumaat. Janganlah kalian termakan dengan dakwaan pihak yang anti-yaasinan dan anti-tahlilan. Peganglah ajaran para ulama kita terdahulu, yang berkat mereka hidayah Islam dapat kita rasai sekarang. Penutup posting aku kali ini biar aku nak nukil wasiat Imam al-Haddad, tapi sebelum tu, kalau aku lambat nak update blog, kome bawak-bawaklah bersabo, bukan apa tugasan aku banyak dan masa hanya ada 24 jam, doakanlah kebaikan yeee.

Syaikh Ahmad bin ‘Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar, murid Imam al-Haddad dalam karangannya “Tatsbitul Fuad” yang menghimpun kalam nasihat dan wasiat gurunya itu menyebut bahawa mengenai surah Yaasin, Imam al-Haddad ada berpesan dengan katanya:-

Surah Yaasiin dan kalimah La ilaha illa Allah adalah penawar bagi segala sesuatu. Jika engkau payah untuk menghafal (i.e. membaca) surah tersebut dengan lengkap, maka bacalah sehingga ayat ke-9. Yaasiin adalah hati al-Quran, dan bagi orang beriman surah tersebut amat besar ertinya. Bahkan jika ada orang yang sakit, yang terpelosok, yang dipermalukan, yang jatuh, yang tertimpa musibah atau yang mengharapkan kasih sayang, maka kepadanya selalu dikatakan “Hendaklah engkau membaca Yaasiin untuk mendapat lindungan Ilahi.” Demikian besar dan pentingnya kedudukan Yaasiin bagi orang beriman, dan mereka sesungguhnya amat memuliakannya, bahkan hal ini berterusan sehinggalah sekarang.
Sumber : Bahrusshofa

Jawapan dari Baheis :
Di antara fadilat membaca surah Yasin ialah:

Nabi Muhammad s.a.w menyifatkan surah itu jantung al-Quran.

“Pernyataan Rasulullah s.a.w itu menyebabkan naluri hati kita ghairah membacanya dengan sempurna, secara beramai-ramai di masjid atau di surau.
“Pembacaan ini lazimnya dipimpin seorang imam atau syeikh dan dilakukan pada malam Jumaat,” katanya.

“Inilah sebahagian bentuk amalan yang sudah lama difahami, diamal dan dijadikan tradisi dalam masyarakat Melayu kita di Nusantara.

“Amalan ini banyak mendatangkan kebaikan dan mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara yang sia-sia, maksiat dan dosa.

“Pendek kata, amalan membaca Yasin umpamanya mempunyai khasiat lapan dalam satu, manakala pihak yang mencela golongan mengamalkan bacaan Yasin secara hakikatnya berada jauh dari rahmat Allah.

Surah Yasin satu daripada surah yang dimulakan dengan huruf abjad dan dinamakan dengan demikian kerana ia dimulakan dengan lafaz Yasin, termasuk dalam surah Makkiyyah dan diturunkan sesudah surah al-Jin dengan 83 ayat. Ada pendapat mengatakan ia mengandungi 82 ayat.

Amalan membaca surah Yasin mempunyai banyak kelebihan, sebagaimana diterangkan melalui hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Imam al-A’jiri menyebut satu riwayat dari Ummul Darda, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Mana-mana mayat yang dibacakan padanya surah Yasin, nescaya Allah akan mempermudahkan kematiannya.”

Abu Hurairah meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang membacakan surah Yasin pada satu malam bertujuan mencari keredaan Allah nescaya Allah akan mengampunkannya pada malam berkenaan.”

Anas bin Malik meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Setiap sesuatu mempunyai hati, hati al-Quran adalah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah akan menulis pahala membaca al-Quran baginya sebanyak 10 kali.”

Imam al-Sya’labi menyebutkan satu riwayat dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa membaca surah Yasin pada malam Jumaat nescaya dia akan diampunkan Allah.”

“Terdapat beberapa hadis menunjukkan kelebihan membaca surah tertentu di dalam al-Quran sebagaimana diisyaratkan Imam al-Nawawi dalam kitabnya Riyadh al-Solihin,” kata Zamihan.

Dalil umum ini menggalakkan umat Islam membaca mana-mana surah di dalam al-Quran. Ia turut merangkumi surah Yasin memandangkan ia satu surah di dalam al-Quran.

“Perhatikanlah kepada sanad dan matannya secara terperinci. Sekiranya dalil terbabit muncul dengan sanad yang lemah, ia dapat dijadikan hujah kerana masih ada sanad sahih menjelaskan kelebihannya.

“Manakala sanad yang daif tadi jika dihimpun dan dihubungkan dengan kesaksian yang lain nescaya ia akan mencapai taraf hasan sebagaimana diperakui oleh ulama hadis seperti Imam al-Tirmidzi dan selainnya,” katanya.

Surah ini mempunyai banyak intipati yang sepatutnya direnung dan dihayati di samping membacanya, seperti kritikan dan penjelasan sikap kaum musyrikin (ayat 7 -12, 60-68), iaitu menggesa kita mengikis hati dari sifat keji.

Turut diceritakan bukti kewujudan hari berbangkit (ayat 31-54), perbincangan mengenai ilmu, rahmat dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas (ayat 71-83) dan sifat syurga yang disediakan untuk orang beriman (ayat 55-59).

“Selepas kita memahami dan menyedari kedudukan al-Quran, kandungan surah Yasin, tuntutan, galakan dan kelebihannya, kita perlulah membina penghayatan yang mantap dalam diri kita.

“Ternyata kepada kita, amalan membaca surah Yasin bukan sesuatu yang diharamkan ataupun dihukum sesat dalam agama. Bahkan ia satu kelebihan dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan,” katanya.

Sumber : BAHEIS

Dikirim dalam Bidaah, Umum

Tawassul – TG Nik Aziz


Tawassul – TG Nik Aziz
Dari Blog:http://pondokhabib.wordpress.com

Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab sahihnya akan perlakuan para sahabat dalam bertabarruk dengan air bekas wuduk Junjungan Nabi SAW. Demikian dahsyat dan bersungguh-sungguhnya mereka bertabarruk dengannya sehingga Imam al-Bukhari meriwayatkan yang mereka seolah-olah hampir saling berbunuh-bunuhan kerana berebut-rebut mendapatkan bekas air wuduk baginda. Kalaulah kita hadir pada ketika itu, bagaimanakah sikap dan tanggapan kita terhadap perlakuan para sahabat tersebut ? Adakah kita akan menghukum mereka sebagai keterlaluan dalam perbuatan “ngalap berkat” Junjungan SAW melalui bekas air wuduk baginda? Sudah tentu kita tidak akan berani memberi kritikan sedemikian terhadap para sahabat yang mulia radhiyaAllahu `anhum ajma`in.

Sesungguhnya amalan bertabarruk dan bertawassul dengan Junjungan Nabi s.a.w. adalah sesuatu yang tidak pernah menjadi tegahan di sisi Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sebenar. Hanya tokoh seperti Ibnu Taimiyyah al-Harrani yang cepat menghukumkannya sebagai haram dan sebagainya. Bertawassul merupakan satu sebab bagi menghasilkan permohonan kita daripada Allah SWT. Doa yang merupakan ibadah merupakan satu wasilah, tawassul merupakan satu lagi wasilah, maka jika seseorang berdoa dengan bertawassul, maka dia mempersembahkan dua sebab agar Allah mengabulkan permintaannya. Allahu .. Allah, jika ditambahkan lagi dengan wasilah tempat yang suci seperti tanah haram, waktu yang berkat seperti hari `Arafah, ditambah lagi dengan melakukan amalan sholeh yang lain sebelum berdoa seperti bersedekah, maka makin banyaklah sebab dihadapkan kepada Allah agar permintaan kita ditunaikanNya, walaupun hak kuasa mutlak tertentu bagi Allah SWT yang menjadikan sekalian sebab. Fahamilah wahai ikhwah, agar kalian tidak gegabah menghukum orang yang bertawassul dan menjadi seorang yang fobia dengan tawassul.

Berbalik kepada kisah tabarruk para sahabat, maka Tok Guru Nik ‘Abdul `Aziz bin Nik Mat hafizahUllah, dalam karya beliau “Rasulullah Muhammad S.A.W. insan teladan sepanjang zaman”, turut mengisahkan perlakuan tabarruk mereka dalam satu bab khusus dengan tajuk “Tabarruk Digalakkan dan Disyariatkan oleh Islam”. Tok Guru juga turut memperkatakan berhubung persoalan tawassul dengan Junjungan Nabi SAW setelah baginda wafat. Pada halaman 175 – 176, Tok Guru menulis, antara lain:-

Oleh yang demikian, apabila telah mengetahui bahawa mengambil berkat dengan sesuatu itu bererti mencari kebaikan melaluinya. Maka fahamlah bahawa bertawassul ataupun bertabarruk dengan kesan-kesan baginda itu adalah suatu perkara yang digalak dan disyariatkan oleh Islam. Lebih-lebih lagi mengambil berkat daripada zat Nabi yang mulia.

Mengambil berkat daripada kesan Nabi itu tiada beza antara semasa hidup ataupun selepas baginda wafat. Kerana para sahabat di zaman hidup Rasulullah SAW mengambil berkat dengan air basuhan wuduk baginda, ataupun air peluh dan juga air ludah serta rambut baginda. Kesan-kesan itu sama sahaja selepas wafatnya, semuanya bukanlah suatu yang hidup dan keadaannya sama semasa hayat baginda.

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Sahih Bukhari. Ramai orang menjadi sesat selepas kewafatan Rasulullah SAW, kerana dalam hati mereka tiada kasih kepada baginda. Mereka telah menidakkan tawassul terhadap zat baginda selepas wafatnya. Mereka menganggap bahawa kesan keberkatan Rasulullah SAW itu telah habis apabila baginda wafat. Jika bertawassul selepas baginda wafat bererti bertawassul kepada suatu yang tidak berkesan.

Hujah seperti itu menunjukkan bahawa mereka sebenarnya jahil mengenai Rasulullah SAW. Persoalannya, adakah semasa hayat baginda ia memberi kesan? Sedangkan kesan hanya datang daripada Allah SWT sebagai Khaliq, tiada makhluk yang memberi kesan. Tiada siapa pun boleh mendakwa bahawa Rasulullah SAW boleh memberi kesan secara peribadi semasa hayatnya. Kerana dakwaan itu telah disepakati boleh membawa kerosakan akidah.

Para sahabat mengambil berkat daripada kesan-kesan baginda, bukan kerana baginda boleh memberi kesan. Tetapi baginda adalah seafdal-afdal manusia di muka bumi ini. Seluruh makhluk di langit atau di bumi, hanya Rasulullah SAW sahaja orang yang menjadi kesayangan Allah SWT. Baginda juga menjadi rahmat Allah kepada seluruh alam. Ia adalah tawassul disebabkan Rasulullah SAW sangat akrab dengan Allah SWT, melalui bagindalah seluruh makhluk mendapat rahmat daripada Allah SWT.
Jelas Tok Guru Nik `Abdul `Aziz tidak anti – tawassul dan tabarruk, bahkan Tok Guru dengan tegas menyatakan bahawa mereka – mereka yang melarang bertawassul dengan Junjungan Nabi s.a.w. setelah baginda wafat adalah orang-orang yang sesat yang tidak ada kasih dalam hati mereka kepada Junjungan Nabi SAW. Maka hendaklah kalian ambil perhatian. Bahkan Tok Guru sewaktu perasmian bangunan Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan (PUTIK) pada 23 Ogos 2001 telah memperkenalkan Doa an-Nashiri yang disusun oleh seorang waliyullah Sidi Muhammad bin Nashir ad-Dar`i rahimahUllah. Dalam doa tersebut terkandung tawassul dengan Junjungan Nabi SAW, para awliya` pelbagai maqam seperti quthub, awtad, abdal, nujaba` dan nuqaba`. Oleh itu kalau pun tak mahu bertawassul, janganlah mudah-mudah menuduh orang yang bertawassul sebagai syirik dan sebagainya. Moga taufiq dan hidayahnya Allah dianugerahkanNya kepada kita sekalian berkat jah Sayyidina wa Mawlana Muhammad SAW yang menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Dikirim dalam Tabarruk, Tawassul

Hadiah Surah al-Ikhlas


Hadiah Surah al-Ikhlas
Surah al-Ikhlas
Oleh:Pondokhabib Blog

surah-al-ikhlas

Ketahuilah wahai diri, bahawa Imam ‘Abdullah al-Haddad menganjurkan agar diamalkan membaca suratul Ikhlash sebanyak sebelas (11) kali dan dihadiahkan pahalanya kepada saudara-saudaramu yang telah mendahuluimu kembali ke rahmatullah. Ini adalah anjuran daripada seorang ulama dan waliyullah yang menjadi ikutan dan panutan dirimu, maka apa perlu engkau mendengar suara-suara sumbang yang membid’ahsesatkan amalan-amalan seumpama bertahlil dan hadiah pahala ini. Cukuplah bagimu jika hanya Imam yang mulia ini sahaja yang menganjurkannya, apatah lagi jika bukan hanya beliau seorang sahaja tetapi ribuan bahkan jutaan ulama dan awliya’ yang sependapat dengan beliau. Tetaplah engkau istiqamah dengan amalan yang telah engkau terima daripada para ulama dan leluhurmu terdahulu. Jangan dihiraukan celaan para pencela.

Wahai diri, telah berkata Imam yang mulia al-Imam al-Habib al-Quthub al-Ghauts ‘Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad r.a. dalam karyanya yang bernilai tinggi “Sabilul Iddikar” pada halaman 63, antara lain:-

sabilul3

sabilul Iddiqar


Dan hadiah al-Quran (yakni hadiah pahala bacaannya) yang sangat memberi manfaat kepada orang mati, kendatipun seluruh al-Quran adalah adalah bermanfaat lagi berkat, adalah bacaan 11 kali surah al-Ikhlash yang agung.
Dan hal ini (yakni manfaat amalan tersebut) telah dilihat dalam mimpi-mimpi yang berkat (yakni ru’yatush sholihah / mimpi-mimpi yang benar sebagaimana disabdakan oleh Junjungan bahawa ianya adalah 1/46 daripada nubuwwah).

Maka sewajarnya seseorang itu membaca surah al-Ikhlash menurut bilangan tersebut (yakni 11 kali), sama ada pada setiap malam atau pada setiap hari, atau lebih kerap daripada itu ataupun kurang daripada itu, walaupun hanya setiap malam Jumaat, dan dihadiahkannya pahala yang sedemikian itu kepada dua ibubapanya, para gurunya dan mereka-mereka yang mempunyai hak atasnya.

Wahai diri, amalkanlah anjuran Imam al-Haddad r.a. ini, mudah-mudahan bermanfaat buat ibubapamu, guru-gurumu dan saudara-saudaramu yang telah berpulang dan juga bermanfaat buat dirimu yang bakal menyusuli mereka.

AMALAN BENTENG DIRI-Ibu Gayung


AMALAN BENTENG DIRI
Oleh: Tok Uban

Inilah antara amalan yang boleh dijadikan sebagai benteng pertahanan diri dari kejahatan manusia, jin, sihir, santau, binatang buas dan segala bahaya yang datang tanpa disangka dan diketahui ialah benteng kalimah. Hendaklah sentiasa diamalkan setiap pagi dan petang insyaAllah selamat kita dalam perlindungan Allah Taala. Bak kata “selamatlah barangsiapa yang berlindung di dalam kalimah ku”. Kaifiatnya sebagaimana berikut :

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
تحصنت بحصن لااله الا الله محمد رسول الله

Ayat yang ketiga hendaklah dibaca sebanyak 7 kali, kaifiatnya :
• Selepas bacaan kali pertama hendaklah sedut nafas perlahan-lahan dan tiup kehadapan dengan niat aku memagar diri dengan jarak sejauh mata memandang.
• Bacaan kedua tiup ke kanan.
• Bacaan ketiga tiup ke kiri.
• Bacaan keempat tiup ke atas.
• Bacaan kelima tiup ke bawah.
• Bacaan keenam tiup ke belakang.
• Bacaan ketujuh tarik nafas, telan air liur dan lepas nafas perlahan-lahan.

AMALAN BENTENG DIRI – Kota Rasulullah


BENTENG DIRI
Oleh : Tok Uban

Benteng diri adalah satu perkara yang sangat mustahak dan tidak boleh dipandang remeh. Selain dari mempAMALAN BENTENG DIRIersiapkan diri dengan ilmu silat (zahir), ia juga memerlukan kepada benteng kebatinan, Sediakanlah payung sebelum hujan, janganlah sampai diri “terkena” dahulu baru nak benteng diri. Dalam usaha untuk membentengi diri dari sekelian perkara yang tidak kita ingini, samaada kejahatan yang dilakukan oleh musuh-musuh, pencuri, perompak, sihir, santau, pukau, binatang buas, kejahatan jin dan lain-lain lagi, maka hendaklah kita membentengi diri kita dengan benteng yang paling ampuh. Dan tidak ada benteng yang paling ampuh dan paling utama melainkan Ayatul Kursi.
Ayat yang diiringi oleh tujuh puluh ribu malaikat semasa diturunkan dari langit ini juga dinamakan Sayyidul Quran dan qutubul aurad. Inilah benteng yang paling ampuh anugerah Allah Taala kepada umat Nabi Muhammad s.a.w., tiada lagi benteng yang dapat menandinginya.
Mengikut petua orang tua melayu, ayatul kursi ini hendaklah dibaca dengan kaedah wakaf sembilan dan ayat yang terakhir hendaklah diulang-ulangkan sebanyak 7 kali, berikut kaifiatnya :
• Bacaan pertama tiup ke hadapan.
• Bacaan kedua tiup ke belakang.
• Bacaan ketiga tiup ke kanan
• Bacaan keempat tiup ke kiri.
• Bacaan kelima tiup ke atas.
• Bacaan keenam tiup ke bawah.
• Bacaan ketujuh, tarik nafas, telan air liur dan tiup perlahan-lahan kedada.