DI MANA TEMPAT ALLAH?”, SOALAN YANG HARAM DITANYA!



Soalan:
Askum…ustaz…saya seorang guru disalah sebuah sekolah kerajaan yang sering mengajak kawan sahabt saya dikalangan guru menunaikan solat berjemaah bila tiba masanya pabila mereka free.
Saya pernah ditanya oleh salah-seorang guru itu yang tidak pernah saya melihat dia menunaikan solat berjamaah bersama kami bahkan ramai yang mengatakan dia tidak solat. Soalan saya, dia kerap melontarkan soalan yang meragukan seperti ditanya “DI MANA TEMPAT BAGI ALLAH?”…adakah soalan sebegini harus untuk ditanya?

_________________

Jawapan:
Wa’alaykumsalam.
Terima kasih kerana menghantar soalan ke email saya. Pertamanya , perlu diketahui bahawa Allah Tuhan yang kita sembah Dia tidak memerlukan kepada mana-mana tempat. Itulah aqidah Islam yang perlu diimana bagi setiap muslim yang dilemparkan soalan seperti di atas.

Berdasarkan kajian para ulama mendapati tiada suatu ayat Al-Quran dan tiada suatu Al-Hadith pun yang mengharuskan soalan seperti itu. Bahkan ulama Islam telah bersepakat bahawa Allah ta’ala tidak diliputi oleh tempat (Rujuk Al-Farqu Bainal Firaq m/s 334).

Maka soalan yang berbunyi “Di mana tempat Allah?” merupakan soalan bid’ah sesat termasuk dalam konsep yang yang ditolak oleh Islam dan tindakan Imam Malik menghukum si penyoal tentang “BENTUK ALLAH” sebagai si bid’ah yang sesat samalah kita menghukum si penyoal soalan “DI MANA TEMPAT ALLAH?” tadi sebagai tukang buat bid’ah lagi sesat dan bertanyakan tempat bagi Allah adalah haram hukumnya bahkan sekiranya seseorang itu mendakwa zat Allah diliputi oleh tempat maka dia jatuh murtad berdasarkan penghukuman Ijmak para ulama. (Rujuk Syarah Fiqhul Akbar).

TAMBAHAN
Manakal hadith Nabi yang terkenal dengan Hadith Al-Jariah di dalamnya tiada langsung Nabi mempersoalkan tempat bagi Allah kerana Allah telah sedia wujud seperti mana sabda baginda sendiri menjelaskan dalam Hadith yang diriwayat Imam Al-Bukhary yang bermaksud: “Allah telah sedia wujud dan selainnya (sprt tempat,langit,arasy dll) belum wujud lagi ”.

Kemudian teks soalan ditanya dalam bahasa Arab tidak harus diterjemahkan tanpa penilaian displin ilmu sebenar, ini kerana soalan Nabi yang tertera dalam sohih Muslim “AINA ALLAH?” adalah bererti soalan menayakan akan martabat dan keagongan Allah di hati Jariah itu dan bukan bertanyakan tempat bagi Allah.

Dalam islam kita diajar menghukum orang lain sebagai Islam dengan dua kalimah syahadah yang dipegang dan diucap bukannya dengan bertanyakan “DI MANA TEMPAT ALLAH?” ! tidak pernah dibuat oleh mana-mana Nabi pun tanya sebegitu.

Mengenai hadith Jariah tadi boleh dirujuk keterangan yang dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam Syarah Sohih Muslim.

Ringkasan jawapan pada soalan di atas adalah haram hukumnya bertanyakan soalan “DI MANA TEMPAT BAGI ALLAH?” bahkan terkeluar dari Islam sesiapa yang menyamakan Allah dengan makhluk seperti mendakwa zat Allah itu memerlukan tempat atau berbentuk & bertempat.

Wallahu A’ala Wa A’alam.
http://www.ustaz-rasyiq.blogspot.com

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s