Golongan Najdiyyun tidak mampu beri hujah mantap


Golongan Najdiyyun tidak mampu beri hujah mantap
Posted January 25, 2010
Filed under: program | Tags: Ahli Sunnah Wal Jamaah, Gerakan Tajdid dan Pemikiran Najdiyyun, ISTAC, Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, Masjid Wilayah Persekutuan, Muafakat, Muhammad Uthman El-Muhammady, Najdiyyun, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, wacana, Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah, wahhabi |
KUALA LUMPUR 24 Jan. – Wacana golongan Najdiyyun tidak akan mampu memberikan hujah yang mantap jika menjalankan perbincangan tentang dan wujud Allah serta sifat-sifatNya khususnya ketika berdepan dengan pemikiran pascamodenisma.

Ini kerana sejak awal lagi, golongan Najdiyyun ini telah menolak bentuk penyusunan ilmu dan pembuktian secara falsafah kerana mereka hanya bergantung kepada ayat al-Quran dan hadis yang difahami secaca lafaz dan menolak penerangan secara majzai dan pemikiran falsafah.

”Tetapi golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh memberikan hujah tentang wujud Allah dan sifat-sifat-Nya jika berdepan dengan pemikiran pascamodenisme yang menolak agama ini menerusi hujah-hujah akliah dan nakliahnya,” kata Felo Utama Utama ISTAC Kuala Lumpur, Syaikh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady.

Beliau berkata demikian dalam kertas kerja bertajuk “Ketiadakmampuan Wacana Najdiyyun Mendepani Pemikiran Pascamodernisme‘ pada Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah 1. di Masjid Wilayah, Jalan Duta di sini hari ini.

Dr. Muhammad Uthman berkata, sebenarnya penolakan golongan Najdiyyun terhadap tasawuf memberikan kelemahan kepada mereka dari segi rohani.

“Penghujahan dari segi ini tidak boleh mereka manfaatkan dalam mendepani pemikiran yang menyerang wacana agung Islam,” katanya.

Sebaliknya, kata beliau, wacana Ahli Sunnah boleh memberikan hujah menerusi falsafah akhlak yang sistematis iaitu penggunaan nas-nas akliah dan nakliah, sejarah dan kehidupan rohaniah manusia terhadap golongan pascamodenisme yang menolak nilai-nilai baik dan buruk dalam ajaran Islam.

Katanya, teks Ahli Sunnah tulisan oleh al-Ghazali, al-Qushairi, Fakhr al-Din al-Razi dan Syah Waliyullah al-Dihlawi yang menggabungkan dalil nakli, akli, pengalaman sejarah serta latihan kerohanian dan akhlak boleh memberi kekuatan kepada wacana Islam ini mendepani pemikiran pascamodenisme.

Dr. Muhammad Uthman menjelaskan, ini kerana wacana Wahhabiah-Najdiyyun ini hanya mengikut Quran Hadis secara zahir lafaz kerana tidak ada majaz.

”Golongan ini juga tidak mengikut wacana arus perdana kerana ia tidak ada di zaman salaf,” katanya.

http://utusan.com.my/

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s