Wahabi Pengbidaah Orang Yang Mengamalkan Bidaah


Assalamualaikum Warahmatullah, Segala Puja dan Puji dilimpahkan ke hadrat Allah yang Maha Memberi Pertunjuk jalan yang benar kepada hamba-hambanya yang dikehendaki, Selawat dan Salam keatas junjungan Nabi Besar kita Muhammad kita pemimpin Arab dan Ajam.

Untuk siri penerangan saya yang terbaru ini, saya akan kemukakan perbincangan seputar golongan Wahabi dengan tajuk ;  “Wahabi Pengbidaah Orang Yang Mengamalkan Bidaah”, seperti yang kita semua ketahui, sudah menjadi amalan golongan Wahabi selama ini dengan amalan suka mengbidaahkan orang yang tidak sefahaman dengan mereka, dalam siri ini saya akan memberikan contoh-contoh yang ringkas untuk kita fikirkan bersama kenapa golongan Wahabi yang biasa menjadi juara dalam mebenteras/membentas(bahasa Indonesia) amalan bidaah yang dilakukan dalam masyarakat adalah juga juara nombor satu dalam melakukan perkara bidaah, bahkan golongan pernah melakukan bidaah terbesar dalam sejarah Islam.

Bidaah Yang Dilakukan Golongan Wahabi

Antara amalan bidaah yang dilakukan golongan Wahabi adalah seperti berikut:

1-Membawa masuk kaum Yahudi kembali ke Semenanjung Tanah Arab setelah sekian lama Rasullallah Saw menghalau kaum Yahudi dari sana. Ini jelas melanggar batas Sunnah perbuatan Rasulallah Saw, bahkan selepas Rasulullah telah mengharamkan Yahudi laknatullah dari Semenanjung Tanah Arab, Wahabi melalui keluarga Suud telah menjemput Yahudi yang menjadi tentera Amerika Syarikat berpangkalan dan tinggal bersama-sama mereka dalam wilayah yang telah diharamkan Rasulullah Saw buat Yahudi laknat.

2-Mengbidaah amalan ziarah kuburan yang jelas dalam hadis dianjurkan serta digalakkan Rasullalah Saw. Dalam masalah ini tidak ada pun tatu antara Imam mazhab empat  Ahli Sunnah Wal Jamaah, maupun Syiah mengeluarkan fatwa ziarah kubur adalah bidaah, jelas dalam masalah ini Wahabi menyalahi Ijmak Ulama.

3-Merosak, memusnahkan kesan-kesan sejarah Islam termasuk tempat maulid Rasulallah yang kini dikatakan telah jadi kandang unta.

4-Membezakan antara Uluhiah dan Rububiah, ni jelas bertentangan dengan pegangan Ulama Salaf yang Wahabi dakwa mereka adalah sebagia dari Salaf.

5-Mengkafirkan ahli kiblat yang tidak berfahaman Wahabi terutama yang berziarah dan berdoa di makam Rasulullah. tidak ada pun Ijmak Ulama Ahli Sunnah yang mengharamkannya apa lagi sampai mengbidaahkan amalan ziarah kubur.

bersambung….

One response to “Wahabi Pengbidaah Orang Yang Mengamalkan Bidaah

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s