Hati-hati Wahai Umat Islam


Awas kalimah ‘Allah’ pada stokin
Posted on Januari 31, 2010 by albakriah

Mohd Nor Yahya

MACHANG, 30 Jan: Dewan Pemuda PAS kawasan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, hari ini berkaitan dengan tulisan yang menyerupai kalimah ‘Allah’ pada stokin.

Ahli jawatankuasanya, Ahmad Tajuddin Mukhtar berkata, beliau amat terkejut apabila mendapati sepasang stokin yang dibelinya Jumaat lalu di sebuah kedai di bandar ini tertera tulisan menyerupai kalimah suci ‘Allah’.

“Pada petang jumaat lalu, saya ke kedai tersebut untuk membeli stokin tetapi bila pulang ke rumah, saya dapati ada tulisan yang menyerupai kalimah Allah di tapak kaki dan juga kanan kiri sisi stokin tersebut,” katanya.

Setelah berbincang bersama Jawatankuasa Pemuda PAS kawasan, beliau bersama ketua pemuda, Hatman Abdullah telah mengambil usaha dengan membuat laporan polis terhadap perkara tersebut.

Hatman pula berkata, pihaknya memandang serius terhadap suasana begitu dan berharap mana-mana pengguna yang mempunyai stokin yang sama ataupun perkara lain yang mencurigakan terutama berkaitan dengan isu agama supaya membuat laporan polis untuk disiasat.

“Sekiranya perkara ini benar, maka sesungguhnya ia mencemarkan kesucian Islam. Oleh demikian, bagi menjaga sensitiviti kaum, pihak kami telah mengambil inisiatif untuk membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya yang turut disertai Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman.

Beliau berkata, stokin seperti itu mungkin juga dijual di merata tempat, bukan sahaja di bandar ini.

Difailkan dalam: Isu Hangat | Leave a Comment »

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s