Skripsi Bab II:Biografi Imam Fakhruddin Ar-Razi


BAB II BIOGRAFI IMAM FAKHRUDDIN AR-RAZI

A. Riwayat Hidup

Nama lengkap Imam Fakhruddin Ar-Razi yaitu pengarang Tafsir Al-Kabir yang terkenal ini adalah Shaikh Al-Islam Muhammad bin Umar bin bin Al-Hasan At-Tamimy Al-Bakry Al-Qurasyi At-Tibristani Ar-Razi Asy-Syafi’i Al-Asy’ari, ini adalah seperti yang di sebut Sheikh Manu ul Al-Quttan, terdapat sedikit perbedaan dengan apa yang di tulis Al-Marhum Dokter Muhammad Husain Az-Zahaby dalam karyaannya yaitu Abu Abdillah Muhammad bin Umar bin Al-Husain bin Al-Hasan bin Ali At-Tamimy Al-Bakry At-Tibristani Ar-Razi, seorang yang di gelar dengan Faqruddin. Imam Fakhruddin terkenal dengan gelaran Ibnu Khatib Al-Ray Asy-Syafi’i Al-Faqih, Ayah beliau ternyata seorang ulama yang terkenal di zamannya yang bergelar Sheikh Al-Khatib Ar-Ray sahabat Imam Al-Bughawi yang berketurunan Amir Al-Mukminin Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq R.A., Khalifah Umat Islam yang pertama, beliau di lahirkan pada 25 Ramadhan di kota Ray (Tehran, ibu kota Iran sekarang ini) pada tahun 543 Hijrah, meninggal dunia pada 606 Hijrah di Herah, sebagaimana yang disebut oleh As-Subki.

Imam Fakhruddin ar-Razi memiliki Ilmu agama dan Umum, Pakar dalam Ilmu Kalam (Teolog), Mufassir, Mantik dan Falsafah, jelas dalam kitab ilmu Kalam bahwa beliau memiliki kitab –kitab ilmu tersebut sehingga beliau dimusuhi oleh ahli-ahli falsafah yang hidup di masanya. kitab –kitab tersebut menjadi tempat rujukan bagi orang-orang yang menggelarkan diri mereka sebagai ahli Falsafah Islam. Imam Fakhruddin ar-Razi mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi ulama usul Fiqh. sehingga apabila mereka mengutip pandangan beliau mereka berkata dalam karangan mereka : “berkata Imam , atau disisi Imam , apabila mereka berkata “Imam”, tanpa menyebut nama selepas daripadanya maka yang di maksudkan ialah Imam Fakhruddin ar-Razi . B. Pendidikan Imam Fakhruddin ar-Razi memulai belajar ilmu dari ayahnya, Al-Imam Dhiya ad-Din Khatib ar-Ray sahabat Imam Bughawi oleh kerena itulah di kemudian hari Imam Fakhruddin ar-Razi di gelar sebagai ibnu Khatib ar-Ray, di nisbah kepada nama ayahnya.

Imam Fakhruddin ar-Razi belajar ilmu dari ayahnya sampai ayahnya meninggal dunia, kemudian beliau belajar dengan sebagian ulama di kota ar-Ray, beliau belajar ilmu Hikmat, Kalam dan Fiqh dengan Majdidin Al-Jaili seorang yang amat terkenal pada zamannya, mengutip ilmu dengan Majdi–Din mengambil masa yang sangat lama sehingga tiada terdapat pada zamannya yang lebih hebat dari beliau, dan adalah majlis ilmunya sangat hebat, sosok beliau sangatlah dimuliakan orang ramai sehingga pemerintah sangat memuliakan beliau. Berkata Ibnu Khalkan (yaitu murid Imam Fakhruddin ar-Razi), bahwa Imam Fakhruddin ar-Razi menulis dalam karangannya yang bernama Tahsil Al-Haq, belajar dengan tekun ilmu Usul (Usul disini bermaksud Ushuluddin yaitu ilmu Tauhid /Kalam) dengan ayahnya Dhiya Al-Qur’an-Din Umar, dan ayahnya belajar dari Abi Al-Qasim Sulaiman Bin Nasir Al-Ansari dan beliau belajar dari Imam Al-Haramain Abi Ma’ali Al-Juwaini, dan beliau belajar dengan Al-Ustaz Abi Ishaq Al-Isfiraiyaini dan beliau belajar dengan Al-Syeikh Abi Al-Husain Al-Baahili dan beliau belajar dengan Syeikh As-Sunnah wal Jamaah Abi Al-Hasan Ali bin Ismail Al-Asy’ari ( Imam abu Hasan Asy’ari ) dan Imam abu Hasan Asy’ari belajar ilmu dengan ayah tirinya Ali Al-Jubba’i Al-Mu’tazili (seorang Imam pada Madhab Mu’tazilah) pada permulaannya kemudian beliau kembali kepada monolong madzhab Ahli Sunnah wal Jamaah, setelah peristiwa perdebatan beliau dengan Sheikh Al-Jubbai. Adapun dalam memperdalami ilmu Madhab (Fiqh) pula, beliau belajar dari ayahnya, dan ayahnya belajar dari Abi Muhamad Al-Husain bin Mas’ud Al-Farra’ Al-Baghawi, AL-Farra’ pula belajar dari Al-Qhadi Hussin Al-Marwazi, dan Al-Qhadi Hussin pula belajar dari Al-Qaffal Al-Marwazi, manakala al-Qaffal belajar dari Abi Yazid Al-Marwazi, yang mana dia belajar dari Ali Abi ‘Abbas bin Rabah, Abi ‘Abbas pula belajar dari Abi Al-Qasim Al-Anmaathi, dan beliau belajar dari Abi Ibrahim Al-Muzani, yang mana Al-Muzani belajar dari Al-Imam Asy-Syafi’i R.A.

Dikatakan bahwa Imam Fakhruddin ar-Razi menghapal kesemua karangan Imam al-Haramain dalam Ilmu Kalam, kemudian beliau menuju ke negeri Khawazim, pada masa ini beliau telah mahir dalam pelbagai disiplin ilmu, lantaran beliau di sini, telah berlaku peristiwa pertukaran Madhab dan pegangan Ilmu Kalam di kalangan penduduk. kemudian beliau berpindah ke negeri berdekatan , disini berlaku lagi peristiwa yang sama semasa beliau di Khawazim, kemudian beliau kembali ke negeri asal beliau Ar-Ray, dan adalah di Ar-Ray pada masa ini seorang dokter perubatan yang mempunyai kehidupan yang mewah, beliau mempunyai dua orang anak perempuan, manakala Imam Fakhruddin ar-Razi mempunyai dua orang anak laki-laki, apabila si dokter sakit dan yakin bahwa beliau akan mati lantaran sakitnya itu beliau menikahkan kedua orang anak beliau itu dengan dua anak Imam Fakhruddin ar-Razi kemudian Imam Fakhruddin ar-Razi menjadi pengurus kesemua harta benda tersebut.

C. Peribadi beliau .

Imam Fakhruddin ar-Razi adalah seutama-utama Ulama pada masanya dalam bidang ilmu fiqh , ilmu-ilmu bahasa dan sastera, ilmu mantik (logika), dan ilmu madhab-madhab Kalam (aliran pemikiran dan Akidah), termasuk seorang yang pakar di zamannya pada ilmu perubatan dan ilmu hikmah. adalah Imam Fakhruddin Ar-Razi , apabila berjalan beliau , di iringi oleh lebih dari tidak ratus murid yang sentiasa bersedia mengambil ilmu dari beliau dalam bidang Tafsir, Fiqh, Kalam, Kedokteran, Usul Fiqh, dan lainnya. Apabila beliau duduk untuk memberikan pengajian, beliau di kelilingi oleh kelompok murid-murid beliau yang paling tua seperti Zainuddin Al-Kassyi, Al-Qutb Al-Masri, Shihabuddin Al-Naisaburi, kemudian di kelilingi oleh murid-murid beliau yang sederhana sedikit martabat mereka nisbah ilmu dan kefahaman, dan apabila di tanyai satu soalan maka di jawab oleh murid muridnya, kalau soalan itu adalah soalan yang sukar, maka di jawab oleh murid-muridnya yang tertua, maka jika soalan itu terlalu sukar maka beliau sendiri yang akan menjawabnya. Imam Fakhruddin Ar-Razi punya kedudukan yang tinggi di sisi ulama Usul Fiqh, sehingga apalila mereka mengambil pandangan beliau mereka berkata; “berkata Imam atau disisi Imam” apabila mereka berkata disisi Imam atau berkata Imam tanpa menyebut siapa namanya selepasnya maka yang dimaksudkan ialah Imam Fakhruddin Ar-Razi . D . Karyaan Imam Fakhruddin Ar-Razi Karyaan Imam Fakhruddin ar-Razi terbagi kepada tiga bagian, yaitu karyaan berbahasa Arab yang di siapkan sepenuhnya oleh beliau, karyaan berbahasa arab yang di sempurnakan oleh orang sesudah beliau, dan karyaan beliau yang di tulis dalam bahasa Persia, adapun karyaan beliau dalam bahasa arab yang di siapkan beliau ialah :

1- Kitab Tafsir Al-Kabir, inilah Kitab Imam Fakhruddin ar-Razi yang paling terkenal, kitab ini disempurnakan cetakannya syarikat percetakan Mesir, yang di cetak sebanyak 32 juzuz.

2- Kitab Tafsir Al-Fatihah dan menerangkan bahawa padanya terdapat seribu masalah.

3. Kitab Tafsir As-Shaghir (dengan judul asrar Al-Tanzil wa Anwar Ta’wil)

4. Kitab Nihayah Al-‘Ukul 5. Kitab Al-Mahshul fi Ilmi Usul Fiqh

6. Kitab Al-Mabahasul Masyriqiyah

7. Kitab Lubab Al-Isyarat

8. Kitab Al-Matholib Al-‘Aliyah fi Hikmah

9. Kitab Al-Mu’alim fi Ushul Fiqh

10. Kitab Al-Mu’alim fi Ushul Ad-Din

11. Kitab Al-Tanbihul Isyarah fi Ushul

12. Kitab Al-Arbain fi Ushul Ad-Din

13. Kitab Siraj Al-Qulub

14. Kitab Zubdatul Afkar wa Umdatul Nizhar

15. Kitab Sharh Al-Isyarat

16. Kitab Manakib Al-Imam Asy-Syafi’i

17. Kitab Tafsir Asma’ Al-Husna

18. Kitab Ta’sis Al-Taqdis

19. Kitab Al-Thariqah Fi Al-Jidal

20. Kitab Risalah fi Al-Soal

21. Kitab Muntakhib Tankalusya

22. Kitab Mabahas Al-wujub wa Adam

23. Kitab Mabahas Al-Jidl

24. Kitab An-Nabdhi

25. Kitab Al-‘Ala iyyah fi Khilaf

26. Kitab Lawami ul Bayyinat fi Syarh Asma’ Al-Allah was-Sifat

27. Kitab Fadhail As-Shahabat Ar-Rasyidin 28. Kitab Qhada’i wal Qadri

29. Kitab Risalah Fi Huduth

30. Kitab Kitab Al-Lathai tu Al-Ghayaiyyah

31. Kitab Syahu ‘Uyunul Hikmah

32. Kitab Syifa u Al-‘Uyyi minal Khilaf

33. Kitab Al-Qhalqi wal Bi’si

34. Kitab Al-Akhlak

35. Kitab Ar-Risalah As-Shohibiyyah

36. Kitab Ar-Risalah Al-Majdiyah

37. Kitab Al-‘Usmatul Ambiya’

38. Kitab Mashadirat Iqliidis

39. Kitab fi Al-Handisah

40. Kitab Nafsatu Masdur

41. Kitab Ar-Risalah fi Zimmi Ad-Dunya

42. Kitab Al-Ikhtiyarat Al-‘Alaiyyah, fi ta’siraati As-Samawiyyah

43. Kitab Al-Ihkam Al-Ahkam

44. Kitab Ar-Riyadhah Al-Mauniqah

45. Kitab Ar-Risalah An-Nafsi

46. Al-Mahsul fi Ilmi Al-Kalam

47. Kitab At-Thoriqatul fi Akhlak

48. Al-Mahsul fi Al-Fiqhi

49. Kitab Al-Milal wa Al-Nihal

50. Kitab Al-Ayatul Bayyinat

51. Kitab Ar-Risalah fi At-Tanbih ‘ala ba’dhi Al-asrarir Mauaadi ah fi ba’dhi Suwar Al-Qur’an Al-Karim

52. Kitab Risalah Al-Jawahir Al-Fardi

53. Kitab fi Ar-Ramli

54. Kitab Masail At-Thibbi

55. Kitab Az-Zubdat fi Ilmi Al-Kalam

56. Kitab Al-Firasat

57. Kitab Al-Mulkhish fi Falsafah

58. Kitab Al-Mabahis Al-Imadiyyah fi Al-Muthalib Al-Ma adiyyah

59. Kitab Al-Khamsin fi Usuliddin

60. Kitab Risalah fi An-Nubuwat

61. Kitab Nihayah Al-Iijaz fi dirayatil ‘Ijaz

62. Kitabul Uyun Al-Masail An-Najjariyah

63. Kitab Al-Bayan wa Al-Burhan fi Raddi ala Ahli Al-Zaigh Wat Tughyan fi Ilmi Kalam

64. Kitab Tahsilul Haq

65. Kitab Al-Muakhizatil ‘ala An-Nuhah

66. Kitab Tahzib Ad-Dalail wal Uyun Al-Masail fi Ilmi al-Kalam

67. Kitab Irsyad An-Nazhoir ila Lathoif Al-Asrar fi Ilmi Al-Kalam

Adapun karyaan beliau dalam bahasa arab yang belum sempat disiapkan beliau, beliau meninggal :

1. Kitab Syarh Saqth Al-Zundi

2. Kitab Kulliyat Al-Qanun

3. Kitab Syarh Wajiz Al-Ghazali

4. Kitab fi Ibthal Al-Qiyas

5. Kitab Syarh Nahji Al-Balaghah

6. Kitab Al-Jami’ Al-Kabir fi Thibb

7. Kitab Syarh Al-Mufashol lil Zamakhsyari

8. Kitab At-Tasyrih Minal Ra’si ila Al-Halqi

Bagi Imam Fakhruddin Ar-Razi beberapa kitab yang di tulis beliau dalam bahasa Persia seperti : Risalah Al-Kamaliah, wa Tahjin Ta’jiz Al-Falasafah dan Kitab Al-Barahin Al-Bahaiyyah.

E. Gelar-gelar Bagi Imam Fakhruddin Ar-Razi beberapa gelaran , gelaran itu di berikan kerena kepakaran beliau dalam pelbagai cabang ilmu kegamaan dan umum, antara gelaran tersebut ialah:

1. Syeikh Al-Islam :Guru Besar dalam pengajian Islam

2. Imam Al-Mutakallimin : Panutan ulama ilmu Kalam

3. Fakhr Al-Islam : Kemegahan agama Islam

4. Fakhr Al-Muslimin : Kemegahan orang Islam

5. Hujjatullah fi ‘Alamin : Tanda-tanda kebesaran Allah dimuka bumi

6. Tajul Al-Muhaqqiqin : Mahkota bagi orang punya keyakinan

7. Al-Imam Al-Mutasoddar : Panutan dan tempat rujukan

8. Al-‘Allamah : Orang yang sangat Alim

9. Al-Imam : Panutan manusia banyak

10. Ibnul Khatib Ar-Ray : Anak kepada Khatib Ar-Ray

F. Tafsir Al-Kabir Dengan begitu banyak perjalanan dan kesibukan beliau, Imam Fakhruddin Ar-Razi masih sempat lagi membagikan waktunya untuk menafsirkan Al-Qur’an dan menulisnya, padahal pada masa itu beliau banyak berdebat masalah akidah yaitu antara akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dan Mu’tazilah. Kitab Tafsir beliau namakan Tafsir Al-Kabir ini merupakan kitab tafsir yang sangat terkenal dikalangan pengkaji ilmu Tafsir Al-Qur’an.

Tafsir ini di kelompokkan ulama tafsir sebagai tafsir bira’yi yang mempunyai mempunyai delapan jilid tebal. Walaupun tafsir beliau dikelompokkan ulama tafsir sebagai tafsir bir ra’yi, namun tafsir ini banyak istifadah yang bisa di ambil, salah satu keistimewaan tafsir beliau ialah banyak mengemukakan dan mencocokan dengan kondisi umat yang ada di dunia ini seperti masalah olah raga, masalah keajaiban alam dan masalah balaghah al-Qur’an, apalagi beliau terkenal sebagai pakar dalam bidang lughah.

Sebagai seorang yang pakar dalam berbagai ilmu agama maupun umum, ilmu-ilmu itu mempengaruhi Imam Fakhruddin Ar-Razi pada tafsirnya, ke dalam tafsirnya itu di isikan ilmu kedokteran, ilmu mantiq, falsafah dan hikmah, di ambilnya dari ayat-ayat al-Qur’an dan ruh ayat-ayatnya. Ayat-ayat al-Qur’an itu dibawanya kepada hal-hal yang mengenai ilmu umum dan istilah istilah amaliah, oleh sebab itu ada beberapa ulama mengatakan bahwa; yang ada padanya selain tafsir juga ilmu umum. Dalam Tafsir Al-Kabir, Imam Fakhruddin Ar-Razi banyak menjelaskan tentang munasabah surat dan ayat dengan mengemukan ilmu riyadah, thabi’iyah, fulkiyah, falsafah, dan pembahasan ilahiyat yang bersandarkan kepada akal dan langsung disebut pendapat ulama Fikih, hal ini disebab kan tuntutan umat di zamannya.

Ibnu Qahdi Syahibah mengatakan bahwa Imam Fakhruddin Ar-Razi tidaklah menyempurnakan Tafsirnya, Ibnu Hajar juga berkomentar tentang ini.ulama sesudahnya yaitu Sheikh Muhammad Az-Zahibiy mengatakan; orang yang sanggup aku kemukakan disini yang menggegerkan ialah Imam Fakhruddin Ar-Razi . tafsirnya itu ditulis sampai surat Anbiyak, kemudian di sambung Sheikh Syihabuddin Al-Khaubi, tapi sayangnya tidak tamat.

Tafsir Imam Fakhruddin Ar-Razi diteruskan oleh Syekh Syihabuddin Al-Haubi di Dimaskus, Syiria pada tahun 639 Hijriyah dan kemudian diselesaikan oleh Syekh Najmuddin Al-Qamuli pada 727 Hijriyah beliau adalah asli Mesir. Walaupun Tafsir Imam Fakhruddin Ar-Razi di selesaikan olah ulama setelahnya namun tidak ditemukan perbedaan dan penafsiran ketiga- tiga ulama tersebut kerena manhaj dan jalur penafsiran ketiga-tiga ulama itu sama walaupun berbeda zaman. Maka si pembaca tidak akan bisa menbedakan yang mana yang asli dari Imam Fakhruddin Ar-Razi dan yang mana yang di tambahi oleh ulama setelahnya. Inilah yang di kemukakan pengarang kitab Kasyful Dzunun; orang yang membaca kita tafsir ini tidak mendapat kelainan dalam segi metode dan jalan yang di tempuh.Dan tidak sanggup membedakan yang mana yang asli dan yang mana yang di sempurnakan. Akan tetapi Al-Marhum Dokter Muhammad Husain Az-Zahaby menyatakan dalam kitabnya At-Tafsir wal Mufassirun : “sesungguhnya kita dapati semasa sedang membaca kitab Tafsir tersebut pada firman Allah Taala ayat 24 dari Surat Al-Waqiah ibarat begini : المسألة الأولى أصولية, ذكرها الإمام فخر الدين الرازي رحمه الله في مواضع كثيرة, و نحن نذكر بعضها….الخ. Ibarat tersebut adalah satu petanda bahwa Imam Faqruddin Ar-Razi tidak sampai sehingga surat tersebut dalam penafsirannya. Metodologi Penulisan Dari sekian banyak ulama yang meneliti Tafsirnya, maka ditemukan beberapa keistimewaan yang terdapat dalam Tafsirnya seperti beliau telah menetapkan dan menggunakan teknik atau metodologi tertentu dalam penulisan kitab tafsirnya yaitu :

1. Beliau sangat mementingkan tentang munasabah ayat-ayat al-Qur’an dengan surat.

2. Beliau sangat mengutamakan tentang munasabah ayat dengan keilmuan yang berkembang.

3. Beliau bisa menghubungkan Tafsir itu dengan ilmu Riyadhah dan falsafah.

4. Beliau bisa menjelaskan tentang akidah yang berbeda dan bisa mencocokkan dimana perbedaan itu.

5. Beliau mengemukakan tentang balaghah Al-Qur’an dan menjelaskan beberapa kaidah Usul.

6. pembahasan yang berkenaan dengan ketuhanan di sangkutkannya kepada dalil-dalil yang di kemukakan oleh falsafah rasionalis.

7. Beliau juga menyebut madzhab-madzab para Fuqaha, membesar-besarkan hal ini tidak penting bagi ilmu tafsir. Kitab tafsir beliau berisikan kipasan yang cukup luas secara ilmiah dan ilmu Kalam juga ilmu ‘Alam, hal ini sangat penting dalam menafsirkan al-Qur’an.

F.1 Masadir Tafsir Mafatih Al-Ghaib Imam Faqruddin Ar-Razi telah mengumpulkan pendapat- pendapat ulama Mufassirin seperti Ibnu Abbas, Mujahid, Qatadah, Al-Suda’, Said Bin Jubair. Dari sudit bahasa pula beliau mengambil dari Kibar Al-Ruwat Al-Asma’Abi Ubaidah, juga dari ulama’ seperti Al-Farra’ dan Al- Zujaj. Beliau turut menaqalkan dari pendapat ,muktazilah seperti Abu Mas’ud Al- Asfahani, Qadi Ab. Jabbar, Al-Zamakhsyari si pemilik Tafsir yang mashur yaitu Al- Kasyaf yang mana tafsirnya mengandungi maklumat yamg mendalam tentang ta’wil dan tafsirnya yang mengandungi maklumat yang mendalam tentang ta’wil dan tafsir serta ilmu lughah dan Balaghah yang memberi paedah kepada ulama tafsir selepasnya.

8 responses to “Skripsi Bab II:Biografi Imam Fakhruddin Ar-Razi

  1. Ping-balik: ar razi | ahmadmiftahulhuda26

  2. Ping-balik: hermeneutika ar razi | ahmadmiftahulhuda

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s