Syair : Antara Ilmu Dan Akal


berkatalah ahli Nazhom:

علم العليم وعقل العاقل اختلافا ******* من ذا الذي منهما قدأحرز الشرفا
فالعلم قال أنا أحرزت غايته ********* والعقل قال أنا الرحمن بي عرفا
فأفصح العلم افصاحاً وقال له ******** بأينا الله في فـرقـانـه اتصفـا
فبان للعقل أن العلم سيده *********** فقبل العقل رأس العلم وانصرفا

Ertinya:
Ilmu seorang ‘alim dan ‘akal seorang yang bijak itu selalu sahaja ada perselisihan.
Sesiapa yang punya salah satu dari keduanya sesungguhnya ia mencapai kemuliaan.
Maka ‘ilmu berkata; “ aku telah berjaya mencapai akhir kemuliaannya”.
Dan ‘akal berkata; Allah yang bersifat dengan Ar-Rahman bersumber pengetahuanku.
Berkatalah ilmu sefasih-fasihnya, dengan perkataan;
Dengan apakah antara kita perbezaan yang Allah sifatkan?,
Maka jelaslah bagi ‘akal itu bahwa ‘ilmu merupakan tuannya.
Maka sebelum ‘akal itu dikendalikan ‘ilmu atas segala sesuatu.

Sidang pembaca sekelian, jika kita merasakan bahwa dengan mempunyai ilmu yang sedikit, punya segulung Ijazah sebagai tanda kesarjanaan diri,
Janganlah kita rasa bermegah dengan apa yang kita capai
Kerana setinggi-tinggi langit masih ada yang tinggi darinya,
setinggi mana pun taraf Ijazah kita ia tak akan laku lagi bila kita berada di lubang kubur,
Jangan kita bermegah dengan kebijakan akal kita,
Kerana sebijak manapun akal dia mestilah berlandaskan ilmu,
Akal tanpa ilmu akan binasa,
Ilmu tanpa amal juga binasa,
Ilmu tanpa guru juga binasa,
Guru tanpa sanad lagi membawa binasa,
Kerana sanab bahagian dari Agama,
Yang kekal berakal yang berlandaskan ilmu,
Landasan ilmu bukan sebarang ilmu,
Tapi ilmu Allah yang Maha Tinggi,
Yang terdapat dalam Kitabullah dan Hadisun Nabawi
Yang sampai secara bersanad dari seorang Murshid,
Oleh itu carilah dia,
Siapa??????????
Al-Murabbil Rasyidin, pemimpin kita kepada Siratal Mustaqin.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s