Berita Dunia Hari Ini-Budak enggan cerai datuk


Budak enggan cerai datuk

2010/02/03
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

RIYADH: Seorang budak perempuan berusia 12 tahun mengejutkan ramai pihak apabila menarik balik petisyen menceraikan suami berusia 80 tahun.

Budak itu dipaksa mengahwini lelaki sebaya datuknya itu selepas bapanya bersetuju menerima tawaran hantaran lumayan yang diberikan.

Meskipun dengan sokongan peguam hak asasi manusia dan kumpulan kebajikan kanak-kanak, budak perempuan dan ibunya menarika balik petisyen perceraian daripada mahkamah Buraidah, Al-Qasim.

Budak itu kemudian memaklumkan kepada mahkamah perkahwinan dilaksana dengan persetujuannya.

“Saya setuju untuk berkahwin kerana perasaan hormat dan patuh kepada permintaan ayah,” katanya kepada hakim.

Peguam yang dibiaya pertubuhan kebajikan untuk mewakili budak perempuan itu, Saleh al-Dabibi berkata, ibu anak guamnya tidak memaklumkan kepadanya mengenai perubahan pendirian mereka.

Seorang pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia kerajaan yang sebelum ini diminta membantu membatalkan perkahwinan itu turut terkejut dengan tindakan budak perempuan itu.

Anak perempuan Raja Abdullah, Puteri Adela Abdullah kecewa dengan keputusan budak itu.

“Insiden ini mencabul hak kanak-kanak yang berhak menikmati tempoh tumbesarannya dan tidak boleh dipaksa berkahwin. “Hakikatnya, orang dewasapun tidak akan bersetuju jika dipaksa berkahwin,” tegasnya.

Menurut laporan, bapanya yang berpisah dengan ibu budak itu mengahwinkan anaknya September lalu selepas menerima hantaran SAR85,000 (RM77,656). – AFP

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s