Berita Dunia Hari Ini- Obama Melawat Indonesia


Obama lawat Indonesia bulan depan

2010/02/03
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dijadual mengunjungi Indonesia bersama keluarganya akhir bulan Mac.

Jurucakap Rumah Putih, Robert Gibbs berkata, Obama kemudian akan melawat Australia.

Obama yang menggelar dirinya sebagai Presiden Pasifik pertama kerana beliau lahir di Hawaii dan tinggal empat tahun di Indonesia dijangka menandatangani perjanjian kerjasama AS dan Indonesia bertujuan memperluas dan mengukuhkan hubungan dengan negara yang memiliki penduduk Islam paling ramai itu.

Gibbs turut berkata, Obama mungkin membawa isteri, Michelle dan dua anaknya, Sasha dan Malia ke tempat beliau membesar.

Mendiang ibunya, Ann Dunham membawa Obama ke Indonesia ketika beliau berusia enam tahun untuk menetap bersama suami keduanya, warga Indonesia, Lolo Soetoro pada hujung 1960-an. – Reuters

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s