Berita Malaysia Hari Ini-Geng ‘paling ganas’ tumpas


Geng ‘paling ganas’ tumpas

2010/02/03
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IPOH: Satu kumpulan penyamun yang disifatkan polis sebagai geng “paling ganas” di bandar raya ini, tumpas dua hari selepas mereka menyerang tiga lelaki pada satu majlis sambutan Thaipusam di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata polis percaya dapat melumpuhkan kumpulan itu dengan penangkapan lapan daripada 10 anggotanya dalam beberapa serbuan di sekitar Ipoh dan Chemor dalam tempoh 48 jam lalu.

“Kumpulan geng parang itu adalah kumpulan yang paling ganas melakukan samun di bandar raya ini. Mereka terbabit dalam kes samun, dadah dan rusuhan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Azisman berkata dalam kejadian Isnin, tiga lelaki cedera parah diserang sekumpulan lelaki bersenjata parang semasa mereka sedang meraikan Thaipusam di sebuah rumah di Taman Wangi, Jalan Kuala Kangsar di sini.

Beliau berkata dua daripada mangsa putus tangan manakala seorang lagi juga parah di bahagian tangan dan kesemua dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.Rujukan My Metro.com

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s