Pengguna boleh laporkan pemandu laju


Pengguna boleh laporkan pemandu laju

2010/02/03
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PETALING JAYA: Jika sebelum ini polis membuat sekatan jalan raya bagi menahan kenderaan dan bas ekspres yang dipandu laju tetapi kini pengguna jalan raya sendiri akan menjadi mata kepada pihak polis dengan mencatat nombor pendaftaran kenderaan dan terus menghubungi polis.

Ketua Trafik Persekutuan Datuk Abdul Aziz Yusof berkata tindakan itu dibuat bagi memberi peluang kepada pengguna jalan raya menjadi mata kepada pihak polis kerana polis tidak akan melakukan sekatan jalan di musim perayaan Tahun Baru Cini kali ini bagi mengelakkan kesesakan.

“Pengguna jalan raya yang mempunyai masalah terhadap pemandu lain termasuk pemandu bas ekspres yang memandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan boleh terus menghubungi polis,” katanya pada sidang media selepas majlis PLUS (Projek Lebuhraya Utara-Selatan) sempena sambutan Tahun Baru Cina di Bangunan Persada PLUS di Subang Jaya di sini, hari ini.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan trafik 24 jam di talian 03-22725497 atau 019-6000713 atau mana-mana balai polis trafik berhampiran.

Beliau berkata selepas bilik gerakan trafik menerima laporan itu, saman akan dikeluarkan terhadap pemandu tersebut melalui pos.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s