Tanpa Syariat Islam Apa Pun Tak Akan Tepati Keadilan: Kesan air mani Anwar akan dibuktikan: Pendakwa


Kesan air mani Anwar akan dibuktikan: Pendakwa

2010/02/03
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sudah disahkan oleh Jabatan Kimia, milik Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan kesalahannya meliwat Mohd Saiful.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam ucapan pembukaannya, berkata selain keterangan langsung Mohd Saiful dalam perbicaraan, pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan forensik oleh doktor-doktor dan ahli kimia, di samping keterangan mengikut keadaan serta keterangan dokumentar.

Beliau berkata pihak pendakwaan akan membawa keterangan bahawa pada 26 Jun 2008 kira-kira 10.30 pagi semasa di pejabat Anwar, tertuduh meminta Mohd Saiful, yang ketika itu pembantu khasnya untuk pergi ke Kondominium Desa Damansara lebih kurang 2.30 petang pada hari yang sama.

Pada 1.45 petang, Mohd Saiful keluar dari pejabat tertuduh menuju ke Kondo Desa Damansara dan tiba di kondo itu kira-kira 3 petang.

Di kondo berkenaan, Mohd Saiful kemudian pergi ke Unit 11-5-1, di tingkat 5. Apabila Mohd Saiful masuk ke unit tersebut, dia melihat tertuduh sedang duduk di meja makan seorang diri. – Bernama

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s