Pahala Bacaan – Habib Zain


Pahala Bacaan – Habib Zain

Sekadar menambah khazanah ilmu berhubung hadiah pahala kepada orang mati. Agar kita mengetahui siapa yang menjadi panduan dan rujukan kita. Bagi yang merujuk kepada yang lain, terpulanglah, itu hak kamu. Kami tak suka menceroboh hak kamu, maka diharap kamu juga jangan menceroboh hak kami. Nukilan daripada fatwa al-Habib Zain bin Ibrahim hafizahUllah yang tercatat dalam “al-Ajwibatul Ghaaliyyah” halaman 108. Maka al-Habib ditanya sebagai berikut:-

Soalan: Adakah sesorang diharuskan menghadiahkan pahala bacaan al-Quran dan zikir kepada orang-orang mati ?

Jawapan: Ya, perbuatan yang sedemikian itu (yakni membaca al-Quran dan zikir untuk dihadiahkan pahalanya kepada si mati) adalah harus. Menurut pandangan yang shohih lagi terpilih dalam mazhab, pahala bacaan tersebut dan lain-lain amalan badaniyyah (yakni amalan-amalan yang dilaksanakan oleh anggota badan semata-mata) sampai kepada mereka (yakni kepada arwah tersebut). Sesungguhnya terhasil bagi mereka dengan yang sedemikian itu (yakni dengan hadiah pahala tersebut) manfaat, samada sebagai kaffarah dosa (penghapus dosa), mengangkat darjat, diberi nur, diberi kegembiraan dan lain-lain ganjaran pahala dengan kelebihan Allah ta`ala.

One response to “Pahala Bacaan – Habib Zain

  1. teringat pula kata tok guru kita Alfadhil tuan guru hj Harun murid kepada Almarhum tuan guru haji nor bot…pasal membaca quran di kubur..klu wahabi kata x sapa pahala bacaan kepada simati, kita x rugi gapo2 pun..mugo klu pahala bacaan tu x sapa ko dia pahala tu buleh ko kito..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s