Mau Mencapai Kejayaan??


Biasanya kita di dunia akan membuat sesuatu dengan sesuatu sebagai lonjakan. dan inilah yang menjadi kayu ukur kepada tahap keberhasilannya, contohnya saya pernah menghafal sesuatu ayat atau hadis, kalau tidak kerana saya mendaftar SPM,STAM sebagai calon persendirian dulu mungkin saya tidak akan ingat surah,ayat, dan hadis tertentu pada hari ini…tapi kita perlu ingat apa pun kita buat di bolehkan sesuatu itu sebagai sebab musababnya sebagai batu loncatan dan lonjakan kepada kejayaan kita, kerana segala sesuatu di dunia ini sebab musabab adalah perkara yang kita perlu tempohi bahkan ianya menjadi satu prasyarat kepada sesuatu kejayaan kita di dunia maupun di akhirat.
Walaubagaimana pun tahap kita, martabat kita, apa yang kita lakukan didunia ini tidak akan terlepas dengan hukum agama yang lima, kalau pun ada sesetengah pihak mendakwa bahwa perkara dunia tidak bersangkut-paut dengan akhirat, ternyata akhirnya itu cuma dakwaan yang tertolak semata-mata, saya bagi contoh seorang doktor telah merawat pesakit dengan harapan menolong pesakit dengan semata-mata niatnya Lillahi Taala, apa yang beliau dapat?, dan apakah nilai perkerjaan doktor beliau?, jawabannya ialah, beliau akan mendapat keredhaan Allah kerana niatnya yang ikhlas dalam perawatannya, dan nilai perkerjaan beliau akan melonjak ketahap yang paling tinggi yaitu, perkara dunia telah menjadi perkara akhirat, cuma kita fahami makna ayat serta doa yang sering kita baca “ya Tuhan kami jadikanlah pada perkerjaan dunia kami kebaikan, dan perkerjaan akhirat kami juga kebaikan”, cuba baca dan rujuk kepada tafsir yang muktabar dengan teliti, apakah maksud dengan fid dunya hasanah, dan fil akhirat hasanah?, termasuk dari hasanah dunia ialah perkerjaan dunia akan menjadi akhirat, dan pintu pertama haruslah kita lalui sebab musabab(termasuk dalam ini taubat,fadhilat, ilmu, amal), dan pintu utamanya ialah ikhlas dan yang terakhirnya raja’ dan tawakkaldan doa, capek deeeeh???pinjaman bahasa Indonesia yang bermaksud letihlah, letih memanglah letih, saya bagi satu contoh almarhum Tok Guru saya,setelah bertahun-tahun bergiat dalam bidang ilmu dan amal, pastinya disertai dengan lonjakan mahu kejayaan di akhirat dan keikhlasan, natijahnya Allah telah mengambarkan tempat beliau di sana, Allah telah jemput beliau dengan cara yang paling molek, yaitu meninggalnya di tengah melakukan solat, masyaalah, Allahu Akbar, beliau ialah Tuan Guru Haji Atiqillah Yaakob, bekas Penguasa II Pondok Pasir Tumbuh.
Kesimpulannya segala kejayaan seorang ulama silam, ahli hadis, ahli fiqh, mujahid, pendakwah Islam, para cerdik pandai dan ilmuan Islam, bermula dengan sebuah lonjakan untuk berjaya, dan kejayaan mereka tidak mungkin akan tercapai kalau tidak dengan sebuah usaha, dan usaha ini juga mungkin tidak berjaya tanpa sebarang harapan, serahan dan doa, dan satu kejayaan tidak bernilai tanpa keredhaan Allah, dan keredhaan Allah itu pasti tidak akan kita diraihi juka tidak dengan sebuah keikhlasan.
Capek deeh!!!, ya memang tidak akan dicapai sebuah kejayaan jika tidak lalui dengan usaha yang amat meletihkan kita, dan ini adalah satu kemestian perjalanan dunia ke akhirat. buat akhirnya marilah kita sama-sama mencapai kejayaan.

3 responses to “Mau Mencapai Kejayaan??

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s