Permata Yang Hilang


Tajuk: PERMATA YANG HILANG – NASRUL HAQ
Oleh:Perguruan Seni Silat Gerak Halilintar Malaysia Blog’s
Ketika media massa dan rakyat Malaysia sekarang ini sibuk membahaskan isu membawa pulang ketua Parti Komunis Malaya, iaitu Chin Peng, penulis teringatkan salah satu seni mempertahankan diri atau silat yang telah diharamkan oleh JAKIM iaitu Nasrul Haq. Nasrul Haq diharamkan atas alasan ianya bukanlah dari ajaran Islam. Penulis bukan mempersoalkan kenapa ia diharamkan, tetapi mengikut pandangan otai-otai atau orang lama dalam silat ini mereka masih tertanya-tanya kenapa ia diharamkan pada masa tersebut. Antara persoalan yang timbul adalah silat ini tidak melakukan perkara-perkara yang jelas mencarik adat atau luar biasa seperti berjalan di atas bara api, kebolehan untuk makan kaca, ditetak dengan parang tapi tidak lut, ditanam hidup-hidup tapi tidak mati dan lain-lain. Ironinya silat-silat lain yang jelas terdapat perkara-perkara tersebut tidak pula diharamkan walaupun jelas ianya bukan dari ajaran Islam. Ada di antara orang-orang lama pada masa tersebut juga berpendapat mungkin ia diharamkan oleh sebab-sebab seperti tekanan pihak tertentu? Ada juga yang berpendapat atas faktor politik kerana pada masa silat ini diperkenalkan setiap hari ahli yang mendaftar adalah lebih kurang 2 ribu orang. Bayangkan pengaruh yang diperolehi oleh guru kepada silat ini. Salah seorang Guru Utama silat ini pula adalah menteri Belia dan Sukan pada ketika itu, iaitu Y.B Tan Sri Haji Abdul Samad Idris. Faktor lain seperti pembawaan segelintir ahli yang belajar silat ini yang menyimpang atau menyalahgunakan silat ini juga tidak dapat dinafikan seperti beribadat hanya untuk mencari hebat.
Berkenaan dengan ancaman komunis pula, ayah penulis merupakan salah seorang ahli pasukan keselamatan yang banyak bercerita mengenai kelebihan silat tersebut. Seingat penulis salah satu baiah atau sumpah ahli silat ini adalah “ Demi Allah, saya bersumpah, bahawa saya, akan ikut mempertahankan Negara ini, dari ancaman komunis dan golongan anti Islam”. Sayangnya, penulis tidak dapat belajar silat ini daripada ayah penulis kerana pada masa itu penulis masih bersekolah dan ayah penulis juga sering masuk hutan untuk operasi melawan pihak komunis. Salah seorang kenalan penulis iaitu Haji Husin iatu seorang anggota polis hutan yang bertugas pada tahun 80an dulu juga banyak bercerita mengenai keberkesanan silat ini semasa beliau menjalankan tugas semasa darurat dulu. Beliau juga merupakan salah seorang jurulatih silat ini.
Sekali lagi penulis menegaskan, penulis bukan mempersoalkan kenapa silat ini diharamkan. Tapi sekiranya bekas komunis atau ejen komunis yang ada di Negara kita mengatakan mereka berjasa kerana membebaskan negara ini dari penjajah, maka penulis juga berhak menyatakan bahawa silat ini juga berjasa di dalam melawan keganasan pengganas komunis di zaman darurat dahulu.
Berikut adalah jurus atau langkah-langkah yang terdapat di dalam Silat Nasrul Haq seingat penulis:
1. Kepal
2. Sogok Terlentang
3. Sogok Tertangkup
4. Siku Dua
5. Sogok Bawah Terlentang
6. Sogok Bawah Tertangkup
7. Setir/ Sogok Satu
8. Kewal Tahan
9. Lewatan
10. Tendet/ Cincang
11. Siku Satu
12. Giles perut
13. Pites/ Tekan
14. Kendor
15. Buka Sogok
16. Sogok Atas Bawah
17. Seperempat Alif @ Ibu Jurus

Wallahu A’lam…

5 responses to “Permata Yang Hilang

  1. satu lagi perangai ore melayu loni mulut dia cepat sangat melatah(mulut celupar), suka melabel dan membuat penilaian yang bukan-bukan dengan tanpa ada usul periksa……kata ore tua ” biar berilmu dahulu baru menghukum”. kalu nak tahu silat tu salah ko tidak kena belajar lah dahulu lagu mana ilmu dia..kalu benar ada kesalahan, barulah kita ” buang yang batil, ambil yang hak” . bukan pakai main hentam ikut sedap mulut kata silat tu sesat, silat ni karut..belajar dan kaji…hok tak tahan nya..ramai ore yang dok label silat-silat melayu ni banyak sesat adalah bukan dari ahli silat dan tak pernah belajar silat…guana kira tak tau la puak2 ni nih,,pakai taklid buto kali..

  2. Salam,

    siapakah dan di manakah perguruan nasrul haq ni. dan berapa lamakah masa pembelajarannya untuk khatam ?
    minta sesiapa yang tahu tolong infokan ?thanks

  3. Ahlinya berselerakan di nusantara ini,
    in shaa allah, berbekalkan niat dan usaha akan jumpa..

    kita hamba,,,
    cari itu usaha,jumpa itu jodoh,belajar itu rezeki.
    moga apa yang jumpa manfaat jangan sia2.
    ibarat nya , permulaan huruf alif,selepasnya ba,
    cari itu alif,jumpa pulak selepasnya ba dan seterusnya…,itulah ilmu,
    Wallahu’alam

  4. assalamualaikum…mne dpat name2 jurus tu???mmmm
    kamu orang mana??
    kamu knal sape2 yg bleh ajar jurus2 tu???
    kalo kamu knal bleh kamu hbgi sy..0175561343

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s