Peranan Ulama Menentang Penjajah Dengan Ilmu Silat


Oleh: Mohammad Omar, S.Th.I
Tajuk:Peranan Ulama Menentang Penjajah Dengan Ilmu Silat

mat kilau

Mat Kilau Pahlawan Pahang

Mat Kilau (seperti gambar di atas) merupakan murid Ulama Kelantan yang masyhur Tok Botok (Al-Allamah Hj.Usman Bin Senik), mantan pawang diraja Kelantan dan Mufti Pahang pertama di zaman Sultan Wan Ahmad, Tok Botok membuka pondok di Pulau Tawar Pahang, Mat Kilau bersama sahabat seperjuangannya dan Sultan Wan Ahmad sendiri antara santri beliau, di samping mengajarkan kitab dan ilmu agama beliau mengajarkan ilmu hikmat, persilatan, juga ilmu perubatan Islam kepada Mat Kilau dan teman seperjuangan, tokoh yang berasal dari Kg.Gaung Pendik yang dikatakan berketurunan Bugis ini adalah anak murid kepada Tok Bendang Daya I, Panglima Perang Patani yang masyhur itu, beberapa sumber lisan dari cicit Tok Botok mantan Pawang Diraja Kelantan yang masih hidup sekarang ini mendakwa Tok Botok ada hubungan persaudaraan yang rapat dengan Tok Merah dan Tok Cik Mad Diah Kampong Berangan (moyang penulis), penulis kurang jelas antara mereka ini berpangkat apa, tapi penulis pernah mendapat maklumat dari seorang yang sangat tua dan buta di kampong Berangan Tumpat, beliau mengatakan Tok Botok berpangkat bapa saudara kepada Tok Cik Mad Diah dan Tok Merah, cuma yang kurang jelas dari sebelah ibu atau ayah, yang pastinya antara keluarga kami ada pertalian darah, malah penulis punya wajah yang mirip dengan seorang ciut Tok Botok ini yang bernama Kamarul Azman bekas pelajar Pusat Pengajian Pondok Yik, Bachok Kelantan, mungkin dengan sedikit informasi tentang Tok Botok ini penulis dapat menduga aliran ilmu persilatan yang bawa beliau dan di ajarkan di Pahang kerana ada satu aliran yang mashur di kalangan keluarga kami turun temurun, begitu juga dengan ilmu perubatan beliau.

Dipercayai anak-cucu beliau masih ramai di Pahang yang sudah lama terputus hubungan dengan keluarga di Pahang, yang penulis pernah jumpa seorang tua yang merupakan ciut beliau yang tinggal di pekan Golok Pattani, datuk ini punya ramai anak-cucu di Kampong Berangan Stesen Tumpat, Kelantan, termasuk beberapa orang yang menjadi teman penulis semasa di Sekolah dan Pondok. Kepada pembaca yang merasakan punya hubungan dengan tokoh ini terutama yang di Pahang sila hubungi penulis ke : putralegeh78@gmail.com atau telefon bimbit : 0199783381

P/S :kepada pembaca yang punya info tentang tokoh ini sila kemukan untuk dikongsi bersama.

16 responses to “Peranan Ulama Menentang Penjajah Dengan Ilmu Silat

  1. Assalam …. saya amat berbangga kerana banyak menyimpan kezanah alam melayu,serta amat suka pada sejarah.sehingga dapat menghuraikan fakta yang benar dan salah.Paduka Mat Kilau adalah seorang Pahlawan yang harus di bangga kerana mempuyai darah tulin Melayu,yang amat memegang sumpah dan janjiserta sahabat berjuang yang setia.Zikir yang selau dan sering Paduka amalkan talah Ya Latiff.sebanyak 200 kali sesudah solat fardu.ssma.marine @email.com

  2. salammualaika semua..
    kunjungan pertama saya ke sini..saya ada juga kitab tapi lupa ada 2 buah..ianya berkaitan dengan ilmu2 yang berhubungan juga dgn mat kilau..
    da 20 tahun ta membacanye lagi..insyaallah saya buka balik..mmg byk ilmunye utk kita dpt insyaallah.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s