Biografi As-Sayyid Dr. Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani Al-Makki


Tajuk:Biografi As-Sayyid Dr. Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani Al-Makki
Bahasa: Melayu
Di salin oleh:Mohammad Omar, S.Th.I

As-Sayyid Dr. Muhammad Alawi Al-Maliki adalah anak kepada Al-Allamah As-Sayyid Abbas bin Ab.Aziz Bin Muhammad Al-Maliki Al-Makki Al-Hasani telah dilahirkan pada tahun 1328 Hijrah, di Makkah Mukarramah. Beliau didik dan diasuh oleh bapanya dendan sebaik-baik didikan hingga dimasukan kesekolah Tahfiz bapa saudaranya As-Sayyid Hasan Al-Maliki di Zaqqaqul Hajar. Beliau menyempurnakanTahfiz Qur’an 30 juzu’ serta telah solat tarawih dengannya pada umur 10 tahun sahaja. Beliau kemudiannya telah dimasukan oleh bapanya ke Madrasah Al-Fallah Makkah Al-Mukarramah yang mana para Guru-Gurunya pada ketika itu adalah semulia-mulia Ulama dimasjid Al-Haram samaada di segi agama, warak, dan taqwa.
Di antara mereka ialah: As-Syaikh Adullah Hamduh, As-Syaikh Muhammad Al-Arabi, As-Syaikh At-Thoyyib Al-Marakasyi, As-Syaikh Umar Hamdan, As-Syaikh Isa Ar-Rawas, As-Syaikh Ahmad Nadhirin, As-Syaikh Muhammad Yahya dan lain-lain lagi. Beliau telah mempelajari dari mereka sebaik-baik ilmu pengetahuan, dan mencontohi mereka berakhlak mulia, berbudi luhur, dan mempunyai kesejahteraan hati.
Bapanya As-Sayyid Abbas adalah seorang mudir pendidikan, selama beliau belajar disekolah itu beliau sering kali diingatkan bapanya mengenai semua sukatan pelajaran, serta mengajanya semua matan-matan ilmu yang dihafaz yang mana setiap pelajar mesti menhafaznya sehingga beliau mendapat kejayaan dan menerima Syahadah Al-Fallah Al-Ulya pada Tahun 1346 Hijrah, beliau begitu dipuji oleh Shaikh-shaikhnya sepanjang masa belajarnya,dan Shaikh-shaikhnya itu juga telah bertukus-lumus dalam mengajarnya demi mencapai cita-cita Bapanya yang selalu memohon kepada Allah untuk menyaksikan anaknya dapat mengadakan halaqah pengajian dalam masjid Al-Haram.
Bapanya As-Sayyid Abbas Al-Maliki Rahimahullah, selalu member semangat mengenai hasratnya itu serta member galakan kuat terhadap ketekunan anaknya dalam pelajaran. Sehingga bapanya Berjaya memasukannya kedalam kelas Khas penuntup-penuntut ilmu di masjid Al-Haram yang terkenal itu. Disini beliau dapat menerima ilmu dari:
1- As-Shaikh Umar Hamdan
2- As-Shaikh Muhammad Al-Arabi
3- As-Shaikh Amin As-Suwaidi
Dan telah banyak membaca tentang As-Shaikh Muhammad Ali bin Husein Al-Maliki, As-Sheikh Jamalul Maliki, dan Sheikh Habibullah Al-Syanqiiti serta dapat mempelajari As-Syatibiyah Shaikh Ahmad At-Tiji, guru-gurunya sangat kagum dan memberi pujian terhadap kecerdasan, kesungguhan dan ketabahan beliau itu, akhirnya beliau dapat ijazah dari Syaikh-syaikh masjid Al-Haram dengan di izinkan mengajar dan berfatwa. Beliau kemudiannya dapat menyambung pelajaranya di Jamiah Al-Azhar As-Syarif, Mesir serta tamat diperingkat “Doktorah” dengan kepujian di bidang hadis dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya.
Sesungguhnya hasrah bapanya itu di maqbulkan Allah, kerana telah dapat meyaksikan sendiri kejayaan anaknya dapat menjadi guru di Madrasah Al-Fallah ,dan mengajar dalam masjid Al-Haram pada tahun 1347 Hijrah. Bapanya telah meninggal dunia pada pertengahan malam rabu bersamaan 25 Safar 1431 Hijrah, kerana penyakit jantung, Inna Lillah wa Inna Ilaihi Rajiuun. Antara jawatan Dr. Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani ialah:
1- Ulama masjid Al-Haram
2- Pensyarah di Fakulti Syariah Jamiat Al-Malik Abdul Aziz, Mekkah.
3- Anggota Rabitah al-Alamiil Islami
4- Penceramah agama siaran radio Mekkah Mukarramah
5- Pengetua Lajnah Pengadil Perbandingan Al-Qur’an Al-Karim
6- Utusan Muktamar Islam Antarabangsa dan lain-lain lagi.
Adapun zuriat yang ditinggalkan bapanya ialah:
1-Beliau, Sayyid Muhammad Alawi
2- Abbas
3-Syarifah Zainun
4-Syarifah Ruqiyyah
5- Syarifah Laila Hafazallahu Al-Jami’ bi hifzihi wa yur aahum bi riaayatihi haza wa billahit Taufiq.

as-sayyid-muhammad-bin-alwi-al-maliki-al-hasani

As Sayyid-Muhammad Bin Alwi Al-Maliki Al-Hasani

2 responses to “Biografi As-Sayyid Dr. Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani Al-Makki

  1. Masya alloh sy sgt mengagumi beliau,mnrt crt kakek buyut sy pernah belajar pada abba nya Beliau yg terakhir paman sy pun pernah bermukim pesantren menimba ilmu dgn Beliau sgt disayangkan sy blm dpt bersilaturahhmi pd Beliau jg ingin sekali Tabarukan pd Beliau.Smoga Keberkahan Beliau slalu tercurahkan pd kita smua.trima kasih atas biografinya smoga sy diberikan rizky kesolehanjg ketekunannya dlm menimba ilmu spt beliau.Aaamiiin..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s