FATWA: KESESATAN PEMBAHAGIAN TAUHID ALA TAYMIYYAH DAN WAHHABIYYAH


FATWA: KESESATAN PEMBAHAGIAN TAUHID ALA TAYMIYYAH DAN WAHHABIYYAH

FATWA: KESESATAN PEMBAHAGIAN TAUHID ALA TAYMIYYAH DAN WAHHABIYYAH YANG MEMBAWA KEPADA FITNAH TAKFIR – PIHAK BERWAJIB WAJIB SEMAK SEMULA SILIBUS AKIDAH Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam, Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam; 1. Adalah menjadi satu kerisauan yang amat besar apabila penulis melihat ajaran Tauhid ala Wahhabi dan Taymiyyah telah diserap masuk ke dalam silibus dan pembelajaran agama di Malaysia. 2. Mengikut ajaran ala Wahhabiyyah dan Taymiyyah, Tauhid dibahagikan kepada tiga bahagian: Pertama: Tauhid Rububiyyah, kedua: Tauhid Uluhiyyah dan ketiga: Tauhid Asma’ dan Sifat. Ramai yang tidak sedar atau tahu tentang hakikat ini. Tauhid Rububiyyah – menyatakan bahawa orang musyrik itu bertauhid – astaghfirullah. Tauhid Uluhiyyah – buat mengkafirkan umat Islam yang bertawassul, bertabarruk, beristighathah dengan para Anbiya’ dan awliya’. – Astaghfirullah. Tauhid Asma’ dan Sifat – menjadikan ayat-ayat mutashabihat sebagai asas tauhid dan meletakkan tashbih dan tajsim sebagai tauhid. Na’uzubillah. Insya-Allah, pihak al-Ashairah akan menerangkan kebathilan setiap satu tauhid versi Taymiyyah dan Wahhabi ini di masa akan datang. Sebenarnya telah banyak penulisan ulama’ mengenai perkara ini. Di Malaysia, tuan-tuang boleh lihat senarai karangan Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki. 3. Namun begitu, apabila ada pihak yang berusaha agar pihak berkuasa agama dan pusat pengajian menyemak semula kemasukan ajaran Tauhid Tiga ini ke dalam silibus pengajian agama di Malaysia, terdapat pihak-pihak yang kurang mengerti membantah dan menolak. Penulis berpendapat penolakan ini bukanlah berdasarkan kefahaman yang nyata. 4. Kalaulah kebenaran itu tidak jelas bagi mana-mana pihak, baiklah dia berdiam dan berkecuali. Kalau tersilap sokong, termasuk dalam golongan ahli bid’ah pula. 5. Dan Alhamdulillah pihak Darul Ifta’ Misriyyah (Pusat Fatwa Republik Mesir) telah menjelaskan bahawa pembahagian Tauhid ala Taymiyyah dan Wahhabiyyah ini adalah TAUHID GOLONGAN KHAWARIJ dan MENYEBABKAN FITNAH TAKFIR (KAFIR MENGKAFIR SESAMA MUSLIM). 6. Diharapkan agar pihak berkuasa agama dan institusi pengajian dapat menyemak semula silibus aqidah yang diajar ditempat masing-masing. Tanggungjawab ini akan dipersoalkan di akhirat nanti. 7. Penulis masih teringat bahawa di satu seminar anjuran INFAD – Pusat Fatwa, USIM (dulu KUIM) pada tahun 2005 yang telah dihadiri oleh Sheikh Muhammad Saed Ramadhan al-Bouthi. Beliau ditanya tentang pembahagian Tauhid Tiga ini, maka beliau menjawab: هذه بدعة اصطلاحية ابتدعها ابن تيمية “INILAH BID’AH (ISTILAHIYYAH – SEBENARNYA) YANG DILAKUKAN OLEH IBNU TAYMIYYAH.” Penulis mendengar kata-kata ini daripada mulut beliau sendiri. 7. Berikut adalah sebahagian daripada terjemahan kami bagi Fatwa yang telah dikeluarkan oleh Pusat Fatwa Mesir berkaitan kesesatan Pembahagian Tauhid ala Taymiyyah dan Wahhabiyyah. Oleh kerana fatwanya agak panjang maka kami pilih yang sesuai dan bagi sesiapa yang boleh berbahasa Arab, silalah merujuk ke: http://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=6623 TERJEMAHAN: “Dan pembahagian Tauhid kepada Uluhiyyah dan Rububiyyah adalah daripada pembahagian yang baru yang tidak datang daripada generasi Salafus Soleh. Dan orang pertama yang menciptanya – mengikut pendapat yang masyhur – ialah Sheikh Ibnu Taymiyyah (semoga Allah merahmati beliau),… Melainkan beliau membawanya kepada had yang melampau sehingga menyangkakan bahawa Tauhid Rububiyyah semata-mata tidak cukup untuk beriman, dan bahawa sesungguhnya golongan Musyrikin itu bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah dan sesungguhnya ramai daripada golongan umat Islam daripada Mutakallimin (ulama’ tauhid yang menggabungkan naqal dan aqal) dan selain daripada mereka hanyalah bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah dan mengabaikan Tauhid Uluhiyyah. Dan pendapat yang menyatakan bahawa sesungguhnya Tauhid Rububiyyah sahaja tidak mencukupi untuk menentukan keimanan adalah pendapat yang bid’ah dan bertentangan dengan ijma’ umat Islam sebelum Ibnu Taymiyyah… Dan pemikiran-pemikiran takfir ini sebenarnya bersembunyi dengan pendapat-pendapat yang rosak ini dan menjadikannya sebagai jalan untuk menuduh umat Islam dengan syirik dan kufur dengan menyandarkan setiap kefahaman yang salah ini kepada Sheikh Ibnu Taymiyyah (semoga Allah merahmatinya) adalah daripada tipu daya dan usaha menakutkan yang dijalankan oleh pendokong-pendokong pendapat luar (yang bukan daripada Islam ini) untuk mereka memburuk-burukkan kehormatan umat Islam. Dan inilah sebenarnya hakikat mazhab golongan Khawarij dan telah banyak nas-nas Syariat menyuruh agar kita berhati-hati daripada terjebak ke dalam kebathilannya.” Kesimpulannya: Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah tidak boleh terpisah. Pembahagian atau pemisahan ini mula dilakukan oleh Ibnu Taymiyyah. Pembahagian tauhid seperti ini bukanlah pembahagian yang bersesuaian dengan tauhid generasi Salafus Soleh. Menyatakan bahawa Tauhid Rububiyyah sahaja tidak cukup untuk menentukan keimanan seseorang yang beriman adalah bertentangan dengan ijma’. Fitnah takfir (kafir-mengkafir) yang timbul daripada pembahagian tauhid seperti ini adalah hakikat mazhab Khawarij (seperti mengkafirkan orang yang bertawassul). Wassalamu ‘alaikum. Sejahteralah ke atas mereka yang mengikut petunjuk daripada Tuhannya.

http://al-ashairah.blogspot.com

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s