Atasi isu terorisme dengan bijaksana


Atasi isu terorisme dengan bijaksana
Oleh Asmady Idris
2010/03/23
Keganasan sasar lokasi tertentu tapi mampu cipta kebimbangan psikologikal
Di Petik Dari Berita Harian.com

PERISTIWA 11 September 2001 sudah lama menghantui benak pemikiran masyarakat dunia. Bagi rakyat Amerika Syarikat pula, ia adalah satu lagi coretan hitam dalam lipatan sejarah mereka seperti kekalahan dalam Perang Vietnam menentang pergerakan rejim Vietkong Komunis di Asia Tenggara. Untuk memulihkan reputasi dan imej yang sudah tercalar dalam Perang Vietnam, maka pelbagai usaha dan inisiatif dilakukan negara kuasa hegemoni ini termasuklah cuba menonjolkan betapa gahnya ketenteraan Amerika Syarikat melalui filem box office seperti Rambo (1982, 1985, 1988 & 2008) dan Missing in Action (1984, 1985 & 1988). Kini biarpun sindrom Perang Vietnam tidak lagi merajai sepenuhnya kehidupan masyarakat Amerika Syarikat tetapi cabaran baru terus menghimpit kuasa hegemoni dalam mengatur sistem orde global. Kalau pada era bekas Presiden Bill Clinton, dunia amnya dilanda oleh era globalisasi dalam bentuk kerakusan ekonomi kapitalis dan pasaran bebas sehingga menjerut beberapa negara lemah dalam kancah krisis ekonomi yang tenat, contohnya krisis kejatuhan mata wang Asia pada tahun 1997/98. Ketika ini, ramai sarjana hubungan antarabangsa meramalkan kejatuhan aliran pemikiran realisme yang lebih fokus kepada isu keselamatan dan kuasa (termasuk ketenteraan). Era globalisasi ekonomi ini sudah menjulang tinggi pemikiran liberalisme yang percaya bahawa sistem negara bangsa akan menuju zaman malap dan impian mereka ke arah mewujudkan sebuah masyarakat antarabangsa seperti yang pernah diutarakan oleh Hedley Bull (1932-1985) akan terlaksana. Selain itu, isu ekonomi global dan pasaran bebas (berserta dengan invisible hands) dijangka akan menenggelamkan isu keselamatan dan kekuasaan ketenteraan di persada sistem politik antarabangsa. Namun, ramalan ini lenyap sama sekali dengan tercetusnya peristiwa 9 September. Dunia secara tiba-tiba terancam dengan satu fenomena global baru. Bekas Presiden George Bush mengisytiharkan kepada masyarakat dunia bahawa mereka sedang berdepan ancaman golongan pengganas global. Dengan erti kata lain, isu keselamatan dan ketenteraan mendominasi semula wajah karektor sistem politik antarabangsa moden. Sejak itu, dasar luar Amerika Syarikat tertumpu kepada usaha memerangi keganasan global. Setiap individu manusia pada dekad ini sememangnya tidak akan lupa peristiwa yang menimpa Pusat Dagangan Dunia di New York, Pentagon di utara Virginia dan kawasan pinggir bandar Pennsylvania. Biarpun pelbagai andaian dan teori dibuat, pertubuhan al-Qaeda terus menjadi sasaran utama sebagai pertubuhan yang didakwa bertanggungjawab dengan aktiviti terorisme pada peringkat global. Bekas Presiden Iraq Saddam Hussein dan rejim Taliban di Afghanistan juga turut dikaitkan dengan fenomena terorisme ini. Kedua-dua rejim ini diperangi sehingga dunia menyaksikan pengakhiran hayat Saddam Hussein di tali gantung pada 2003. Di Afghanistan, rejim Taliban ditumpaskan pada Disember 2001 dan pentadbiran negara yang dianggap sebagai pewaris Empayar Durrani ini diserahkan kepada Presiden Hamid Karzai. Namun sehingga kini Amerika Syarikat dan Britain masih melancarkan serangan ketenteraan terhadap puak Taliban di Afghanistan. Kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah aktiviti keganasan sebenarnya sudah lama dilakukan oleh pelbagai pihak di setiap pelusuk rantau. Istilah keganasan seperti holocaust (pemusnahan hampir 6 juta etnik Yahudi oleh rejim Nazi ketika Perang Dunia Kedua), genocide (pembunuhan beramai-ramai di Rwanda 1994), Ethnic Cleansing (pembersihan etnik Bosnia-Hezergovina, khususnya pada 1995) dan bermacam-macam lagi istilah dan tag line diberikan terhadap aktiviti keganasan atau pemusnahan jiwa yang dilakukan sebelum berlakunya peristiwa 11 September 2001. Tanpa diragukan juga bahawa bermulanya penggunaan istilah terorisme secara meluas ialah apabila bekas Presiden Bush melaungkan usaha memerangi keganasan pada peringkat global setelah dua mercu tanda kejayaan Amerika Syarikat (Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon) dimusnahkan. Malangnya, istilah terorisme yang diguna pakai secara meluas pasca 11 September lebih banyak tersimbah kepada beberapa negara Islam tertentu dan sekelompok pergerakan pertubuhan Islam. Mereka ini dilabel sebagai penaja terorisme global. Ini berikutan tatacara dan sifat peristiwa 11 September yang dikaitkan dengan serangan oleh pertubuhan al-Qaeda, yang juga dipercayai beroperasi di Afghanistan. Akibat daripada ini, sama ada secara sedar atau tidak, hubungan Washington dan negara blok Islam agak terjejas. Namun, pelbagai usaha dilakukan oleh kedua-dua belah pihak agar suasana salah faham dapat dielakkan. Beberapa negara Islam lain termasuk Malaysia bangun menjelaskan pendirian mereka yang sebenar mengenai terorisme global khasnya tragedi 11 September. Bagi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menzahirkan perasaan simpati rakyat Malaysia terhadap mangsa kekejaman tetapi menegaskan bahawa Washington perlu bijak menangani isu terbabit. Sekiranya tindakan agresif dan ketenteraan diambil secara melulu, maka lebih banyak nyawa yang tidak berdosa akan terkorban. Menurut Dr Mahathir, apa yang perlu dilakukan oleh Washington ialah mencari punca sebenar faktor terorisme global dan menyelesaikannya dengan menggunakan kaedah lebih bijaksana. Apa yang lebih jelas di sini ialah istilah terorisme bukanlah sesuatu yang baru. Namun, ia menjadi suatu perdebatan hangat di kedai kopi sehinggalah pada peringkat sarjana pemikir Hubungan Antarabangsa khasnya. Sehingga kini istilah terorisme masih bersifat keliru dan membingungkan. Terorisme pada hari ini juga hanya mensasarkan lokasi tertentu dan terhad sifatnya tetapi mampu untuk mencipta suasana kebimbangan psikologikal pada peringkat global. Dalam perkataan lain, aktiviti terorisme darsawarsa ini lebih berhasrat untuk kesampaian mesej secara global dengan mengandaikan bahawa perjuangan mereka adalah untuk membela kemaslahatan segelintir masyarakat dunia yang terpinggir sekian lama. Selain itu, kelompok terorisme ini juga sudah tidak lagi terlalu berpaksi kepada sesebuah negara tertentu. Malah, ia wujud dalam rangkaian yang tidak mengenal sempadan dan negara tetapi lebih mementingkan kepada kesamaan perjuangan ideologikal yang dipertahankan. Senario ini mungkin boleh dihubungkaitkan dengan interaksi masyarakat antarabangsa tanpa sempadan yang secara tidak langsung memacu mereka untuk lebih mudah berinteraktif antara satu sama lain. Sejak Presiden Barrack Obama mengambilalih tampuk pentadbiran Washington daripada George Bush, istilah terorisme seakan mula digantikan dengan beberapa istilah lain. Istilah seperti Overseas Contingency Operation mula digunakan bagi menggantikan terma War on Terror. Dalam ucapan terbaru Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton di Forum antara Amerika Syarikat dan dunia Islam, Doha Qatar, istilah violent extremism diutarakan (bukannya terorisme) sebagai antara lima isu atau cabaran yang perlu diberikan perhatian sepenuhnya oleh pentadbiran Obama masa kini. Tindakan atau dasar ini, bagaimanapun dikritik hebat oleh Parti Republikan dengan mengandaikan Obama tidak serius menangani isu terorisme. Kritikan ini disangkal Obama dengan menekankan bahawa segala nadi kekuatan Amerika Syarikat akan digunakan bagi menghapus segala bentuk tindakan puak pelampau yang menggunakan kekerasan untuk mengancam keselamatan rakyat negara kuasa hegemoni ini. Puak pelampau keganasan ini akan sentiasa diburu seantero pelosok rantau dunia bagi menghasilkan keamanan sejagat yang diidamkan. Ringkasnya, apapun istilah yang cuba digunakan, aktiviti keganasan terutama yang memberikan impak pada peringkat global masih berlaku sehingga kini. Isu dan cabaran keganasan ini akan sentiasa berada di sekeliling masyarakat antarabangsa. Sekiranya masyarakat antarabangsa tidak berhasrat untuk mendalami dan memahami rintihan serta keperluan yang mereka inginkan, isu dan aktiviti keganasan ini akan terus berlaku. Seterusnya, dengan tindakan ketenteraan yang diambil terhadap rejim di Iraq dan Afghanistan, masyarakat antarabangsa masih tertunggu-tunggu dan bertanya ada

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s