Hadiah Surah al-Ikhlas


Hadiah Surah al-Ikhlas
Surah al-Ikhlas
Oleh:Pondokhabib Blog

surah-al-ikhlas

Ketahuilah wahai diri, bahawa Imam ‘Abdullah al-Haddad menganjurkan agar diamalkan membaca suratul Ikhlash sebanyak sebelas (11) kali dan dihadiahkan pahalanya kepada saudara-saudaramu yang telah mendahuluimu kembali ke rahmatullah. Ini adalah anjuran daripada seorang ulama dan waliyullah yang menjadi ikutan dan panutan dirimu, maka apa perlu engkau mendengar suara-suara sumbang yang membid’ahsesatkan amalan-amalan seumpama bertahlil dan hadiah pahala ini. Cukuplah bagimu jika hanya Imam yang mulia ini sahaja yang menganjurkannya, apatah lagi jika bukan hanya beliau seorang sahaja tetapi ribuan bahkan jutaan ulama dan awliya’ yang sependapat dengan beliau. Tetaplah engkau istiqamah dengan amalan yang telah engkau terima daripada para ulama dan leluhurmu terdahulu. Jangan dihiraukan celaan para pencela.

Wahai diri, telah berkata Imam yang mulia al-Imam al-Habib al-Quthub al-Ghauts ‘Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad r.a. dalam karyanya yang bernilai tinggi “Sabilul Iddikar” pada halaman 63, antara lain:-

sabilul3

sabilul Iddiqar


Dan hadiah al-Quran (yakni hadiah pahala bacaannya) yang sangat memberi manfaat kepada orang mati, kendatipun seluruh al-Quran adalah adalah bermanfaat lagi berkat, adalah bacaan 11 kali surah al-Ikhlash yang agung.
Dan hal ini (yakni manfaat amalan tersebut) telah dilihat dalam mimpi-mimpi yang berkat (yakni ru’yatush sholihah / mimpi-mimpi yang benar sebagaimana disabdakan oleh Junjungan bahawa ianya adalah 1/46 daripada nubuwwah).

Maka sewajarnya seseorang itu membaca surah al-Ikhlash menurut bilangan tersebut (yakni 11 kali), sama ada pada setiap malam atau pada setiap hari, atau lebih kerap daripada itu ataupun kurang daripada itu, walaupun hanya setiap malam Jumaat, dan dihadiahkannya pahala yang sedemikian itu kepada dua ibubapanya, para gurunya dan mereka-mereka yang mempunyai hak atasnya.

Wahai diri, amalkanlah anjuran Imam al-Haddad r.a. ini, mudah-mudahan bermanfaat buat ibubapamu, guru-gurumu dan saudara-saudaramu yang telah berpulang dan juga bermanfaat buat dirimu yang bakal menyusuli mereka.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s