ISIM SOLABAH / SURYANI


ISIM SOLABAH / SURYANI

Oleh: Tok Uban/12 03 2010

Inilah satu doa yang amat besar dan rahsia yang amat elok. Ada orang memangilnya Isim Suryani atau Isim Solabah. Menyebut akandia oleh Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zain Bin Mustafa Alfatani di dalam Luqtotul ijlan, bahawasanya doa ini telah Allah Ta’ala turunkan pada masa Nabi Isa alaihissalam berperang di dalam negeri Babilon.
Maka Allah Ta’ala berfirman kepada Jibrail membawa turun doa ini kepadanya dengan katanya “hai! Isa (alaihissalam) bacakan olehmu akan doa ini.” Maka Isa pun lalu baca ia serta khusyuk tawadhuk ia. Maka pada ketika itulah jua berpecah belah dan bercerai berai larilah sekelian seterunya kerana takut dan hebat kepadanya. Sekiranya berhimpun oleh sekelian ahli isi dunia ini pun nescaya tidaklah kuasa hendak melawankannya.
Doa ini juga boleh jadi pengebal yaitu menahankan kulit kita daripada dilukakan oleh umpama besi dan sebagainya. Jikalau kita menghendaki cubanya, sila engkau cubakan tulis pada kain atau pada kertas dengan syarat sunyi tulisan itu daripada baris dan titik dan ditambatkan pada ayam, maka sembelihkan akandia nescaya tidak melukakan dia bi a’unillahi Ta’ala.
Maka apabila dituliskan hendak dijadikan pakaian azimat pada saat yang baik dan harinya yang baik juga, serta dengan mengikut petua-petuanya yang diijazahkan nescaya insya Allah ta’ala tiada kuasa lah manusia dan syaitan dan jin melawankan kita dan tunduk berkhidmat pula mereka kepada kita, istimewa pula jika dibacakan dia didalam perang nescaya tiada melukakan dia oleh pedang dan lainnya.
Inilah doa kebanyakkan alim ulama dan tabib-tabib menulis untuk membuat azimat pakaian tubuh badan. Apatah lagi kita sentiasa beramal tiap-tiap lepas sembahyang lima waktu, utama sekali lepas sembahyang maghrib dan subuh, nescaya tidak boleh membinasakan akandia oleh sekelian daripada ahli isi langit dan bumi dengan izin Allah yang Maha Kaya. Inilah doanya.

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻠﺭﺤﻤﻥﺍﻠﺭﺤﻴﻡ
أبطر ﻤﻴﺜﺎ هلكميثا ﺒﻀﺎﻴﻴﺜﺎ بطخ ﺒﻁﻡ ﻴﻁﺎمطيثا يا ربا مرتثيثا الله قدرك ثم السـبيل يسـرك ثم لى سـخرك اﻨﻌﻘﺩ عنى أيها الحديد انا ﻓﻼﻥ ﺒﻥ ﻓﻼﻨﻪ بقدرة الله
تعالى الحميد المجيد الفعال لما يريد وصلى الله على سـيدنا محمد وعلى ﺁﻠﻪ ﻭﺼﺤﺒﻪ ﺁﻤﻴﻥ آ
Maknanya :

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Hidup tiada mula, kekal tiada akhir, Maha Bijaksana, Maha Tahu, Maha Kuasa. Wahai meliputi kuasaMu dari Allah, kemudian jalan perhubungan Dia mudahkan Engkau, kemudian bagiku Dia menundukkan engkau, terbatallah engkau dari aku wahai besi (fulan bin Fulanah) dengan kuasa Allah Maha Tinggi sifat kepujian kemuliaan, Maha Menjadi bagi barang Ia kehendak. Dan rahmat Allah atas penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan sahabatnya sekalian”

Maka kaifiat amalannya, baca dahulu Al-Fatihah sekali niat hadiah kepada Rasulullah SAW dan Surah Al-ikhlas tiga kali dan Surah Al-falaq tiga kali dan selawat Syifa tujuh kali kemudian barulah baca doa nabi Isa itu tadi. Wallahu a’lam.

5 responses to “ISIM SOLABAH / SURYANI

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s