KAIFIAT MEMBERI SALAM KEPADA QUTUBUL AQTAB


KAIFIAT MEMBERI SALAM KEPADA QUTUBUL AQTAB
Oleh: Tok Uban

Jika kita ada mempunyai hajat kepada Allah Taala atau ingin melakukan kerja yang payah-payah, ingin mendapatkan sesuatu yang sukar diperolehi dan menolak bala bencana, maka eloklah kita memberi salam dan meminta adab dengan Qutubul aqtab dan Rijalul ghaib kerana berwasitah dengan mereka kepada Allah Taala supaya ditunaikan hajat-hajat kita itu.
Dengan syarat kita berserah sepenuh hati kepada Allah Taala dan kita percaya bahawa Allah akan menunaikan hajat kita dengan wasitah mereka itu.
Aqtab berasal dari kata tunggal qutub yang memberi erti penghulu. Wali qutub adalah darjat kewalian yang tertinggi. Dalam satu masa ia hanya ada satu orang sahaja.
Rijalulghaib ini ialah aulia Allah yang ada tersembunyi di segenap pelusuk dunia. Selepas wafatnya baginda Rasulullah s.a.w, mereka inilah yang memegang dan menjaga dunia dan manusia daripada merbahaya jin dan lain-lain.
Syeikh Abdul Wahab Sya’rani ada menyebut di dalam kitabnya “ Latoiful minani kubra”, antara sebab-sebab timbul ketakutan dan kekalahan semasa berhadapan dengan musuh-musuh di medan perang adalah kerana kita tinggal adab dengan Aulia Allah. Oleh itu beri salam duhulu kepada mereka sebelum melakukan kerja-kerja yang penting seperti dikatanya “ Dustuurun ya ahlal waqti” aku hendak masuk ketempat ini atau aku hendak buat kerja ini.

KAIFIAT MEMBERI SALAM
Sebelum kita beri salam kepada mereka, maka terlebih dahulu kita baca semua aturan di bawah ini dengan niat hadiahkan pahala bacaannya kepada Hadrat Rasulullah s.a.w , keluarganya, sahabat-sahabatnya, qutubul aqtab dan rijalulghaib. Inilah bacaannya :
• Alfatihah 1x
• Al-ikhlas 3x
• Al-falaq 3x
• Annas 3x
• Alfatihah 1x
• Ayatul kursi 1x
• Solawat 3x

Setelah selesai bacaan-bacaan di atas maka barulah kita beri salam kepada mereka :

SALAM KEPADA QUTUBUL AQTAB :

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليك يا ملك الزمان ويا امام المكان ويا قائما بأمرالرحمن ويا وارث الكتاب ويا نائب رسول الله صلى الله عليه وسلم يا من من السماء والأرض عائدته يا من اهل وقته كلهم عائلته يا من ينزل الغيث بدعوته ويدر الضرع ببركته ورحمة الله وبركاته

SALAM KEPADA RIJALUL GHAIB :

بسم الله الرحمن الرحيم

ألسلام عليكم يا دستوركم يا أهل الوقت ( ياحفيظ ٣) ألسلام عليكم ياحضرة أهل الله, ألسلام عليكم يا حضرة أرواح القدوس, ألسلام عليكم يا عباد الله,السلام عليكم يارجال الله, السلام عليكم يارجال الغيب, السلام عليكم يا نقباء ويا نجباء ويا أبدال ويا أوتاد ويا أخيار ويا عمد الأربعة ويا امامان
( ويا قطب الفرد الغوث ٣ ) ويا أهل البدر,ويا سيدنا الخضر تحية منى اليكم وأتوسل بكم الى الله تعالى بقضاء حاجتي ٣ (………….. ) وتيسير أموري أغيثوني سريعا بغوث الله وأعينوني بعون الله وانظروني بنظرة الله وأمدوني بمدد الله بجاه سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم, وبحرمة الأنبياء والمرسلين والملائكة المقربين شئ لله لهم الفاتحة.

5 responses to “KAIFIAT MEMBERI SALAM KEPADA QUTUBUL AQTAB

  1. Assalamualaikum, amalan di atas ni elok. Tapi yang lebih elok ialah mengambilnya dari guru yang mursyid dan mempunyai sanad salasilah ilmu untuk diamalkan. Untaian sanad hendaklah sampai kepada Rasulullah ataupun sekurang-kurangnya sehingga kepada ulama’yang mu’tabar bukan murtabak. Hari ini banyak yang menyerupai guru mursyid hakikatnya mereka belum sampai kepada penamat mujahadah, apatah lagi musyahadah. Beramal tanpa bimbingan guru mursyid dikhuatiri akan mengundang kehadiran iblis dan bala tenteranya yang mengaku dirinya sebagai waliallah, nabi dan rasul atau rohani malaikat yang kononnya datang untuk menjadi guru. Jangan tertipu dengan kelebihan mencarik adat yang seakan-akan karamah atau maunah, walhalnya istidraj,sihir atau sya’wazah. Bercita-cita untuk menjadi alim dalam kerohanian sangat dipuji. Tetapi eloklah mahir dahulu dalam ilmu fardhu ain dan mahir membaca al-quran. Wassalam..

    • wasalam saudara/saudari , saya rasa saudari salah orang, mmg betul kata-kata saudara/i , tapi kena kata-kata ini seolah menuduh saya beramal tiada guru mursyid atau tak bersanab…apakah kerana saya tak sertakan sanab saya disini, saya nak tanya apakah guru saya tuan guru Hj Hasyim Pondok Pasir Tumbuh bukan seorang guru musyid?beliau ijazahkan ilmu dan Tarikat Naqsabandi pada saya, apakah guru hamba Tuan Guru Baba Ahmad Fathoni anak murid tok Dir Sekam anak murid Pak Da eil Mekah itu bukan guru mursyid? beliau ijazahkan kitab baqurah amani dan taqrib, malah amalan lumatul aurat pada saya, apakah guru saya Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki itu bukan guru yang mursyid, beliau malah pernah ijazahkan saya sejumlah doa-doa dan hizib-hizib,, malah ijazah seluruh kitab kitab yang masyur ahlu sunnah mau pun sufi, malah diijazahkan juga sanab feqah syafi’e…anda pelajar agama?anda ahlu Qiraat?, apakah guru-guru saya seperti Sheikh Ramli Qura’ al-Makki dan Ustaz Luqman yang alim Qiraat 7, yang saya talaqqi bacaan hafash, warasy, qalun, susi, dury, ibnu amr, isai, ibnu kasir bukan guru mursyid?,adakah guru saya al-alim Sheikh Wazir Che Awang al-Makki Al-Pakistani(PHD) bukan guru mursyid, beliau ajar, didik saya dengan ihya’ ulumiddin Imam Ghazali dan kitab Usul Fiqh karangan guru beliau para alim Mekah, adakah bukan mursyid lagi??kalau mereka bukan guru mursyid pada sia lagi saya mencari yang mursyid, pada anda?? apakah belajarnya agama saya di pondok selama belasan tahun, mesir dan indonesia 3 tahun tak melepas lagi untuk fardhu ain, sila saudara cakap macammana ??kalu anda belajar Hikam Athoillah jangan memandang serong pada orang yang anda tak kenali, hrp sblum komen orang siasat peribadi orang itu dulu, sila baca profil saya dulu.

      • guru ada 2 jenis ustaz… guru tarbiyyah & guru ta’allim…
        fungsi masing2 berbeza…
        sedangkan untuk tarqiyyah..maka syeikh mursyid @ tarbiyyah adalah diperlukan.
        sbb dlm bertarekat tasawuf ada disiplin2 ilmunya.. ada mabadi’nya…
        bknnya kita nk menafikan guru2 yg mngajar. sbb masing2 adalah ahli dlm bidangnya.

  2. Salam tuan, pada hemat ambo, tuan Hosnanda bukan menidakkan keilmuan tuan, namun lebih kepada nasihat kepada internet surfers yang masuk dalam blog tuan agar ambil ilmu ini dengan guru yang mursyid lagi muktabar, bukan ambik direct dari internet atau buku….sesungguhnya mengekalkan tradisi keilmuan yang diambil secara tradisional itulah lebih berkat…berjumpa, bersemuka dan bersalaman sebagai menjaga adab antara hubungan guru dan murid…baru mengalir limpahan keberkatan daripada Allah S.W.T……pada hemat ambo jugok…..Tuan hosnanda juga nak sampaikan mesej yang penting kepada kita supaya kalau nak ambik ilmu tu mesti daripada guru yang telah diizinkan, ijazahkan, diberi khirqah keilmuan serta diberi ‘lesen’ untuk menjadi guru oleh gurunya terdahulu……dimana ia mendapat mandat dan madad dari susur galur sanad ilmu dan rohani untuk menyebarkan dan mengajarkannya kepada orang lain. sesungguhnya semakin Alim seseorang itu, maka hendaklah ia semakin menundukkan dirinya, merasakan dirinya masih lagi jahil dan bodoh dan merasakan bahawa tiada makhluk yang terlepas daripada melakukan dosa….Astaghfirullahal Azimm….semoga Allah mencampakkan kasih sayangnya sesama kita dan meeratkan silaturahim sesama mukmin. Robbana Taqabbal Minna Bisirril Fatihah!

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s