Kemuliaan Sifat Taqwa


Kemuliaan Sifat Taqwa

Apr 14, ‘09 12:15 PM
Pondok Habib Blog

Al-Habib Abdullah bin ‘Alawi Al-Haddad r.a. berkata:

“Taqwa merupakan wasiat utama dari Allah s.w.t. untuk orang-orang yang terdahulu mahupun orang-orang yang terkemudian… Bukankah Allah s.w.t. sering menjelaskan kepada kita melalui kitab suciNya iaitu Al-Qur’an yang mulia, bahawa dalam sifat taqwa itu, ada kebahagiaan sejati dan kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.”

Imam Al-Habib Abdullah Al-Haddad juga menyenaraikan beberapa kebaikan sifat taqwa iaitu:

Pertama: Sentiasa dalam perlindungan Allah s.w.t..

Allah s.w.t. berfirman:

Maksudndnya: “Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah, bahawa Allah beserta orang-orang yang bertakwa. (Surah Al-Baqarah: 194)

Kedua: Dikurniakan ilmu daripada Allah s.w.t..

Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya: “…dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu (Surah Al-Baqarah: 282)

Ketiga: Mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t. dalam membezakan antara kebenaran dan kebatilan ketika timbul kekeliruan.

Keempat: Sebagai penebus (kaffarah) kesalahan dan penyuci dosa-dosa.

Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya: “Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, Dia akan memberikan kepadamu Furqaan (pembeza antara kebenaran dan kebatilan) dan Dia akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. dan Allah mempunyai karunia yang besar. (Surah Al-Anfaal: 29)

Kelima: Keselamatan daripada azab neraka

Allah s.w.t. berfirman:

71. Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan melalui neraka itu. hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan.

72. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.

(Surah Maryam:71-72)

Keenam: Terhindar daripada bebanan hidup, rezeki sentiasa melimpah ruah tanpa diduga, sentiasa hidup dengan penuh ketenteraman dan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah s.w.t..

Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya: “…barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. (2) Dan (Allah) memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah Telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (3) (Surah At-Tholaq: 2-3)

Ketujuh: Allah s.w.t. menjanjikan syurga buat orang-orang yang bertaqwa.

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: “Itulah syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertakwa. (Surah Maryam: 63)

Kelapan: Mendapat kemulian dunia dan akhirat.

Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. (Surah Al-Hujarat:

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s