SYARAH BELERANG MERAH


SYARAH BELERANG MERAH
Oleh: Tok Uban
9 03 2010

Mukadimah

بسم اللھ الرحمن الرحيم
الحمد للھ رب العالمين والعاقبة للمتقين ولا عدوان إلاعلی الظالمين وصلی اللھ علی سيدنا محمد النبي اﻷمي ﻮعلی الھ وصحبھ ٲجمعين ﻮسلم تسليما كثيرا

SYARAH Birhatiah ini telah saya terjemahkan ke Bahasa Melayu berdasarkan teks asalnya yang berbahasa Arab dari kitab Manbaul Usul Al-hikmah karangan Syeikh Ahmad Bin Ali Albuni.
Terdetik dalam hati saya untuk menterjemahkan syarah ini dengan tujuan untuk berkongsi pengetahuan dan memudahkan rakan-rakan penuntut dan para pembaca agar dapat memahaminya dengan lebih mudah dan betul. Walaupun saya bukanlah orang yang mahir dalam Bahasa Arab dan penterjemahan, namun dengan pertolongan Allah Taala, dapatlah saya usahakan sedikit sebanyak dengan pengetahuan dan ilmu yang saya ada ini untuk menterjemahkannya dengan sebaik mungkin walaupun tidak dengan secara keseluruhannya.
Saya berharap dengan adanya maklumat ini, dapatlah kita sama-sama membongkar dan menghidupkan kembali ilmu hikmah yang telah dipusakakan oleh ulama-ulama silam dahulu. Kita perlu sedar, ini hanyalah secebis daripada keluasan ilmu para alim ulama dahulu yang dapat dikesan. Maka alangkah baiknya jika pusaka mereka dapat kita amal dan memanfaatkannya dalam kehidupan kita seharian agar jiwa kita lebih bersemangat untuk melakukan ibadat dan menimba ilmu pengetahuan.

بسم اللھ الرحمن الرحيم
الحمدللھ رب العالمن والعاقبة للمتقين ولاعدوان إلاعلی الظالمين وصلی اللھ علی سيدنا
محمد النبي اﻷمي ﻮعلی الھ وصحبھ ٲجمعين ﻮسلم تسليما كثيرا

KETAHUILAH wahai sekelian penuntut, mudah-mudahan Allah SWT menolong kita dengan semangat dan kekuatan daripadaNya. Bahawasanya Isim-isim Birhatiah ini adalah merupakan qosam atau sumpah yang telah digunakan semenjak zaman dahulu kala.
Orang-orang pada zaman dahulu menamakan Isim Birhatiah ini dengan pelbagai nama, antaranya ialah Perjanjian Purba, Misaq Besar, Rahsia Terpelihara, Gedung Yang Tersimpan dan Kibrit Merah (belerang merah).
Isim-isim ini telah pun diguna dan dibahas bicara oleh ahli-ahli hikmah yang terawal, kemudian oleh Nabi Sulaiman alaihissalam, selepas itu pula oleh wazirnya Ashif Bin Barkhiya, seterusnya oleh Hakim Qolafthirius dan murid-muridnya sehinggalah sampai ke zaman kita sekarang ini.
Isim Birhatiah ini merupakan suatu qosam yang besar, dimana ianya tidak akan disalahi oleh malakun dan tidak akan diderhakai oleh jin, ifrit, marid dan syaitan. Oleh itu, mana-mana penuntut (ilmu hikmat dan kerohanian) yang belum lagi memiliki atau mempelajari ilmu ini, maka mengetahui dan mempelajarinya adalah lebih utama.
Ringkasnya, semua isim-isim ini adalah merupakan qosam yang jalil, besar urusan gunanya, banyak berkat dan petunjuknya. Jika kita sudah memilikinya maka sudah memadailah, tidak perlu lagi kepada azimat dan qosam-qosam yang lain. Ilmu ini digunakan untuk menurunkan Amlak, mendatangkan orang yang hilang, memohon apa-apa bantuan dan pertolongan dan pelbagai lagi kelebihannya, samaada untuk kebaikan atau kejahatan.
Kerana Asma Birhatiah ini adalah merupakan penghulu atau kepala kepada ilmu-ilmu kerohanian dan asas-asasnya. Barangsiapa yang mengetahuinya maka dia tidak perlu lagi kepada yang lainnya. Ilmu ini mempunyai 28 isim berdasarkan bilangan huruf hijaiyyah. Dan bagi setiap isim ada satu huruf.

Riwayat kaifiat membaca Asma Birhatiah

Ada banyak riwayat tentang kaifiat membaca qosam/asma Birhatiah ini, dan riwayat yang paling sahih ialah dari Al-Imam Syamsuddin Al-Bahansawi. Riwayatnya adalah merupakan riwayat yang telah diittifak pada zaman dahulu oleh Nabi Sulaiman Alaihissalam, Ashif bin Barkhiya dan kebanyakan Ulama.
Kaifiat ini sah dan telah terbuka rahsia-rahsianya kepada kami dan telah kami lihat keberkatan, manafaat dan anwar-anwarnya. Berikut adalah riwayatnya :

بسم اللھ الرحمن الرحيم
برھتيھ٢کرير ٢تتليھ٢ طوران ٢مزجل ٢بزجل ٢ترقب ٢
برھش ٢غلمش ٢خوطير٢ قلنھود٢ برشان ٢كظھير٢
نموشلخ٢برھيولا٢بشكيلخ٢قزمز٢أنغلليط٢قبرات٢غياھا٢
كيدھولا ٢شمخاھر ٢شمخاھير٢ شمھاھير ٢بكھطھنيھ٢
بشارش ٢طونش ٢شمخاباروخ٢
اللھم بحق كھكھيج يغطش بلطشغشغويل ٲمويل جلد مھجماھلمج وروديھ مھفياج بعزتك إلا ما أخذت
سمعھم وأبصارھم سبحان من ليس كمثلھ
شيء وھوالسميع
البصير ٭

Kaifiat Amalan
• Hendaklah berpuasa 7 hari, isilah waktu berpuasa ini dengan riyadhah yang sempurna.
• Hendaklah berbuka dengan roti yang tidak bergaram.
• Hendaklah ditulis 28 isim ini setiap hari pada pinggan putih dengan menggunakan dakwat zakfaran yang dicampur dengan misik dan air mawar. Larutkan tulisan dengan air yang bersih dan minumlah airnya pada waktu pagi.
• Bacalah Asma Birhatiah ini selepas solat fardhu lima waktu sebanyak 45 kali.
• Hendaklah memasang setanggi yang harum tiap-tiap hari
• Jika genaplah seminggu ini dengan sempurna amalan dan mengikut kaifiatnya, maka berhaklah kita menggunakannya dengan apa yang kita kehendaki.
Insya-Allah makbul.

1. Isim Pertama ( برهتيه ) “ Birhatihin”
Wazannya ialah (تفعليه) “tif-alihin”. Huruf Ba berbaris di bawah, Ra bertanda mati, Ha berbaris atas, Ta berbaris bawah, Ya tandanya mati dan Ha berbaris dua di bawah. Demikianlah semua isim-isim yang lain, huruf akhirnya berbaris dua di bawah. Dan baginya ialah huruf alif.
Makna nya dalam Bahasa Arab ialah Al-Quddus, ada pendapat lain mengatakan maknanya Subbuhun.
Khasiatnya :
• Perempuan yang susah beranak
Tulislah isim ini pada pinggan putih sebanyak 35 kali, dan larutkan tulisan itu dengan air. Beri minum insya-Allah mudah beranak.
• Meluaskan rezeki
Bacalah isim ini sebanyak seratus kali tiap-tiap hari selama 40 hari, insya-Allah akan terbuka pintu kekayaan kepadanya.
• Menguatkan ingatan
Tulis isim ini pada tapak tangan kanan sebanyak 7 kali pada waktu pagi, kemudian di jilat hingga hilang tulisan itu. Insya-Allah kuat ingatannya.

2. Isim kedua ( كرير ) “ Karirin”
Wazannya ialah (فعيل) “fa-ilin”. Huruf Kaf berbaris atas, huruf Ra berbaris di bawah, huruf Ya tandanya sukun dan huruf Ra terakhir berbaris dua di bawah. Dan baginya ialah huruf Ba.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah: اله كل شيء (tuhan bagi tiap-tiap sesuatu) dan ada pendapat lain dengan makna Ya Allah.
Khasiatnya :
• Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mengamalkannya 100 kali pada setiap malam, insya-Allah dia akan dapat melihat jin dengan mata kepalanya. Kemungkinan jin itu akan menjadi khadamnya.
• Jika Isim ini ditulis pada kertas sebanyak 11 kali dan diletakkan di dalam tempat perniagaan, kedai, peti simpanan harta dan lain-lain, insya-Allah tidak akan dicuri.
• Sakit Mata
Tulis Isim ini pada pinggan dan larutkan tulisan ini dengan air yang bersih. Titik air ini ke dalam mata yang sakit sebanyak 17 titik selama 3 hari, insya-Allah akan segera sembuh.
• Pengasih
Tulislah isim ( Birhatiihin, Karirin) pada sebarang makanan dengan air liur, Sesiapa yang makan makanan itu, akan timbul lah perasaan kasih sayang dalam hatinya insya-Allah. Jika dibaca pada minuman pun akan terhasil juga kasih sayang.
• Cepat dipinang orang
Ukirlah kedua-dua Isim ini pada cincin dan diberi pakai kepada anak dara yang belum dipinang, InsyaAllah akan segera mendapat pinangan.
• Pelaris
Jika kedua-dua Isim ini ditulis pada barang yang tidak laku dijual, insya-Allah akan segera dibeli dan akan mendapat keuntungan yang banyak.

3. Isim Ketiga ( تتليھ ) “ Tatlihin ”
Wazannya ialah (تفعيل) “taf-ilin”. Huruf Ta berbaris di atas, Huruf Ta kedua bertanda sukun, huruf Lam berbaris di bawah, huruf Ya sukun dan huruf Ha berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Jim.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Al-Quddus Al-Qaadir, ada pendapat lain dengan makna Subbuhun Quddusun, Al-Khabir dan Mujir
Khasiatnya :
• Kaya
Barangsiapa yang membacanya setiap hari sebanyak 70 kali,
insya-Allah akan mendapat rezeki, kekayaan dan kehidupan yang baik.
• Pendamai
Jika berlaku salah faham di antara suami dan isterinya, maka tulislah Isim ini sebanyak 70 kali pada kulit kijang dengan menggunakan misik dan zakfaran. Pakailah kulit kijang itu diatas kepalanya, insya-Allah akan segera berdamailah keduanya.
• Penunduk
Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mengamalkan Isim (BIRHATIIHIN, KARIRIN, TATLIIHIN) insya-Allah akan tunduk kepadanya arwah-arwah alam tinggi dan rendah.

4. Isim keempat ( طوران ) “ Thuranin”
Wazannya ialah (فعلان) “fu’lanin”. Huruf Tho’ berbaris hadapan, huruf Wau tandanya sukun, huruf Ra berbaris atas, Alifnya sukun dan huruf Nun berbaris dua di bawah.Baginya ialah huruf Dal.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya Hayyu, ada pendapat lain dengan makna Ya Muhyi.
Khasiatnya :
• Pendinding
Sebagai pendinding, hendaklah ditulis isim ini sebanyak 5 kali bersama dengan 4 ayat terakhir surah Al-Hasyr, 3 kali huruf ha (ھ ) dan tujuh kali huruf Hamzah (ء). Tulisan ini dijadikan sebagai azimat dan dipakai. Insya-Allah selamat dari sebarang kejahatan jin dan manusia atau dari kezaliman pembesar-pembesar kerajaan/orang berpangkat.
• Panah malam
Barangsiapa yang menuju isim ini kepada orang yang zalim di setiap malam dengan membacanya sebanyak 1000 kali dan mewakilkannya dengan kecelakaan pada setiap 100 kali bacaan. Tidak sampai 3 malam orang itu akan ditimpa kecelakaan.
• Melepaskan orang yang dipenjara
Caranya ialah dengan menulis isim ini sebanyak 21 kali pada sekeping roti (spt : roti tempayan), setelah siap ditulis roti itu diberi kepada orang yang dimaksudkan. Roti itu hendaklah dibahagi empat, dan makan satu bahagian sehari. Ini bererti roti tersebut dihabiskan dalam masa 4 hari. Insya-Allah Allah akan mempermudahkan jalan keluarnya.
• Masuk hantu/disihir.
Caranya dengan menulis ( BIRHATIIHIN, KARIRIN, TATLIIHIN, THURANIN ) pada sekeping kertas dan kalungkan kepada orang yang dirasuk hantu, insya-Allah dia akan sedarkan diri dan terbakarlah hantu/jin yang merasuk itu. Jika dia disihir, insya-Allah akan terbatallah sihir itu dengan kuasa Allah Taala.

5. Isim kelima ( مزجل ) “ Mazjalin”
Wazannya ialah (مفعل) “maf-alin”. Huruf Mim berbaris atas, Huruf Zai tandanya sukun, huruf Jim berbaris atas dan huruf Lam berbaris dua di bawah, baginya ialah huruf Ha (ھ).
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya Qayyum, ada pendapat lain dengan makna Ya Qoimu (ياقاءم )
Khasiatnya :
• Perempuan mandul
Caranya ialah dengan menulis isim ini sebanyak 7 kali bersama dengan 8 asma’ Althohathil pada cawan atau pinggan. Tulisan itu hendaklah dilarutkan dengan air dan diberi minum kepada perempuan yang mandul sebanyak 7 kali minum selama 7 hari. InsyaAllah dia akan hamil.Dan inilah 8 asma’ Althohathil itu :

( للطھطيل مھطھطيل قھطيطيل فھطيطيل نھھططيل جھلططيس لخھططيل لمقفنجل )
• Pangkat besar
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 50 kali, insya-Allah akan terampun dosa-dosanya, akan dapat menzirahi maqam Baginda Rasulullah SAW sebelum sampai ajalnya, akan mencapai martabat yang besar dan dikasihi siapa yang melihatnya.

6.Isim keenam ( بزجل ) “ Bazjalin”
Wazannya sama dhobit dengan isim sebelumnya. Huruf Ba berbaris atas, huruf Zai tandanya sukun, huruf Jim baris diatas dan huruf Lam berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Wau.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Wadud. Ada empat lagi pendapat lain dengan makna Ya-Allah, Ya-Qoohir, Ya-Ahad dan Ya-Wahid.
Khasiatnya :
• Tunai Hajat
Caranya ialah dengan menulis isim ini pada kertas merah. Waktu menulisnya ialah sebelum terbit matahari hari khamis dan sebelum bercakap-cakap dengan sesiapa. Pergi ke tepi pantai dan pohonlah hajat itu kepada Allah Taala. Setelah hajat disebutkan, maka kertas merah itu dicampakkan ke dalam laut. Insya-Allah hajat kita akan ditunaikan pada hari Jumaatnya.
• Membatalkan sihir
Ambil sedikit air yang telah dicampur dengan tiga biji garam. Kemudian bacalah pada air itu ( مزجل بزجل ) sebanyak 66 kali. Berikan air itu kepada mangsa sihir untuk dibuat air tawar dan mandian. Insya-Allah akan hilanglah sihir itu dan terhurailah ikatan-ikatannya.
• Kejayaan
Barangsiapa yang membaca kedua-dua isim ini ketika melaksanakan sesuatu urusan atau kerja, insya-Allah akan cepat mendapat kejayaan.

7. Isim ketujuh ( ترقب ) “ Tarqobin”
Wazannya ialah (تفعل) “taf-alin”. Huruf Ta berbaris atas, huruf Ra tandanya sukun, Qafnya berbaris atas dan huruf Ba berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Zai.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Salam.
Khasiatnya :
• Pelaris
Caranya ialah dengan menulis isim ini pada sekeping kertas berserta dengan Firman Allah :

كلما دخل عليها زكريا المحراب وجد عندها رزقا
dan bersama wifiq ini :

١٥٥ ١ ٧ ٢٥٥
٢٥٥ ١٥٥ ١ ٧
٧ ٢٥٥ ١٥٥ ١
١ ٧ ٢٥٥ ١٥٥

Setelah siap, hendaklah diasapkan dengan kayu gaharu. Kemudian gantunglah di kedai atau tempat perniagaan. Insya-Allah akan ramailah pelanggan yang datang.

8. Isim kelapan ( برھش ) “Barhasyin”
Wazannya ialah (تفعل) “taf-alin”. Huruf Ba berbaris atas, huruf Ra bertanda sukun, huruf Ha berbaris atas dan huruf Syin berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf ha (ح). Maknanya dalam Bahasa Arab ialah (يا اللھ عبدك أجبھ ), pendapat lain dengan makna Ya-Muqtadir. Isim ini merupakan tasbih Malaikat Mikail alaihissalam.
Khasiatnya :
• Supaya musuh/penjahat ditimpa sakit
Takutlah kamu kepada Allah, Caranya ialah dengan menulis isim ini sebanyak 11 kali pada kertas kuning. Tulis bersamanya Thilsam ini:
(tak dapat dimasukkan )
Waktu menulisnya ialah pada akhir bulan Ramadhan. Setelah siap ditulis hendaklah diasapkan dengan kayu cendana. Kemudian gantunglah pada pokok tamar/kelapa yang kuning mayangnya dengan nama musuh kita itu. Maka akan bertambahlah sakitnya dan berkemungkinan akan membawa maut.
• Menyeru orang dari jarak jauh
Bacalah ( ترقب برھش) sebanyak 1209 kali. Setiap kali cukup bacaannya seratus kali hendaklah diwakilkan dengan menyeru nama orang yang kita kehendaki itu supaya datang dengan segera.
Khadam bagi kedua-dua isim ini ialah Zahroyiilin (زحراييل) dan Syithoyiilin (شيطا ييل ). Bukhur untuk kedua khadam ini ialah gaharu dan liban zakar. Waktu membacanya ialah tengah malam.

9. Isim kesembilan (غلمش ) “Ghalmasyin”
Wazannya juga (تفعل). Huruf Gha berbaris atas. Lamnya sukun, Mim berbaris atas dan huruf Syin berbaris dua di bawah.Baginya ialah huruf
Tho (ط).
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Hamidu Ya-Majidu.
Khasiatnya :
• Supaya hajat kita ditunai orang
Bacalah isim ini setiap malam sebanyak 300 kali secara riadhah dan berpuasa. Tiap kali bacaan cukup 100 kali, baca pula : Tawakkalu ya khuddamu hazal ismi fi shifati (fulan) ila (fulan),Wa amaruh (sebut hajat /perintah kita itu ). Insya-Allah hajat kita akan ditunaikan dalam masa tiga hari.
• Mengusir Jin
Caranya ialah dengan membaca isim ini sebanyak 1370 kali di tempat yang ada jin itu. Semasa membaca isim ini pasanglah setanggi daripada Barnuf (برنوف). Insya-Allah jin akan segera keluar dari tempat itu. Jikalau kita mahu jin itu kembali semula ketempat asalnya, Maka pasanglah setanggi kayu gaharu yang telah direndam dengan air mawar dan bacalah isim ini dengan cara terbalik : شملغ (syamlaghin), kemudian baca pula : Bihaqqi hazal ismi ayyatuhal malaikatu ikzinu liljaani an yarji’u ila amakinihim wa ila ma wakkalu alaihi, barakallahu fikum wa alaikum.

10. Isim kesepuluh (خوطير) “Khuthirin”
Wazannya ialah (فوعيل) “fu-ilin”. Huruf Kha berbaris hadapan, huruf Wau bertanda sukun, huruf Tho berbaris bawah, huruf Ya sukun dan huruf Ra berbaris dua di bawah. Ada pendapat lain mengatakan huruf Kha itu berbaris atas. Yang paling sahih ialah baris hadapan. Baginya ialah huruf Ya.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Qawiyyu, ada pendapat lain dengan makna Ya-Matin, Ya-Alim dan Ya-Hakim.
Khasiatnya :
• Supaya anak kecil tidak diganggu
Caranya ialah dengan menulis isim ini pada kertas bersama Surah
At-thariq dengan diceraikan huruf-hurufnya. Kalungkan tulisan ini pada anak kecil insya-Allah selamat dari gangguan jin dan qarin.
• Penerang hati
Amalkan membaca isim ini setiap hari sebanyak 70 kali, insya-Allah kuat ingatannya dan terpancarlah hikmah dari hatinya.
• Hebat memanah dan bermain pedang
Pakailah cincin yang diukir asma ini ( مزجل بزجل ترقب برھش غلمش خوطير ) insya-Allah akan mendapat kekuatan dan melebihi dengan orang yang setanding dengannya.
• Memagar rumah dari anjing
Tulis asma yang tersebut pada kulit serigala yang telah disamak. Kemudian tanamlah kulit tersebut di bawah tangga rumah, di pintu masuk kampung atau bandar, insya-Allah anjing tidak akan masuk selama mana kulit itu tertanam.
• Pengasih
Baca Asma tersebut sebanyak 7 kali bersama dengan nama orang yang dikehendaki itu pada sebiji buah epal. Kemudian berilah buah itu kepadanya, insya-Allah akan teguh dan tetap lah perasaan kasih nya kepada kita.
• Dipandang hebat
Jika seorang raja mahu dipandang hebat oleh tentera-tenteranya, Maka tulislah asma tersebut pada kertas emas yang bersih dan dipakainya, insya-Allah.

11. Isim kesebelas ( قلنھود ) “Qolnahudin”
Wazannya (حضرموت) “Hadramautin”. Huruf Qaf berbaris atas, huruf Lam sukun, huruf Nun berbaris atas, huruf Ha berbaris hadapan , huruf Wau sukun dan huruf Dal berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf kaf.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Matin. Pendapat lain dengan makna Ya- Sami’ Ya-Basir, Ya-Sami’ Ya-Badi’, Ya-Mughni dan Ya-Muhith.
Khasiatnya :
• Kerasukan atau sawan
Bacalah isim ini kepada orang yang dirasuk jin atau sawan sebanyak 20 kali dengan memasang bukhur kulit anbar, jawi dan liban. Insya-Allah ia akan bercakap-cakap dan memberitahu kita perkara yang menimpanya. Jika jin itu tidak mahu keluar dari tubuh badannya, maka bacalah kesemua Asma Birhatiah ini sebanyak 7 kali, insya-Allah jin itu akan segera keluar. Setelah jin keluar dari badannya maka hendaklah dia sentiasa mengamalkan doa-doa pelindung supaya jin itu tidak lagi kembali menggangunya.

12. Isim kedua belas ( برشان) “Barsyanin”
Wazannya ( رحمان) “rahmanin”. Huruf Ba berbaris atas, huruf Ra bertanda sukun, huruf Syin berbaris atas, Alif nya sukun dan huruf Nun berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf lam.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya- Muhith. Pendapat lain dengan makna Ya-Allah Ya-Aziz.
Khasiatnya :
• Menunaikan hajat
Tulis isim ini dan Sulam Sulaimani ( # ) pada cincin Qasdir ( قصدير ) dan dipakai ketika hendak melaksanakan sesuatu hajat, insya-Allah hajatnya akan ditunaikan.
• Mengetahui khabar-khabar dari alam arwah
Jika kita ingin mengetahui sesuatu khabar dari alam arwah, maka hendaklah dia membaca “Qolnahudin Barsyanin” sambil memasang bukhur liban zakar dan meminta arwah supaya hadir, insya-Allah dia akan hadir dan akan bercakap-cakap dengan kita mengenai hal yang kita hendak tahu itu.

13. Isim ketiga belas ( كظھير) “Kazhirin”
Wazannya (تكريم) “takrimin”. Huruf Kaf berbaris atas, huruf Zho bertanda mati, huruf Ha berbaris bawah, huruf Ya bertanda sukun dan huruf Ra berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Mim.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Subhanallah. Pendapat lain dengan makna Ya-Qawiyyu Ya-Matin dan Ya-Rahim. Isim ini merupakan tasbih Nabi Yunus alaihissalam.
Khasiatnya :
• Selamat dari kecurian, rompakan dan kebakaran
Ukirlah isim ini dalam bentuk yang berikut pada sekeping tembaga dan gantunglah di dalam rumah insya-Allah akan terpelihara dari pencuri, perompak dan kebakaran.

ر ي ھ ظ ک
ک ر ي ھ ظ
ظ ک ر ي ھ
ھ ظ ک ر ي
ي ھ ظ ک ر

• Menyakitkan Jin yang degil
Perbanyakkan membaca isim ini supaya jin yang merasuk merasa sakit dan segera keluar dari tubuh badan.

14. Isim keempat belas ( نموشلخ ) “Namusyalakhin”
Wazannya ( بنوقمر ) “banuqamarin”. Huruf Nun berbaris atas, huruf Mim berbaris hadapan, huruf Wau bertanda sukun, huruf Syin barisnya atas, huruf Lam berbaris atas dan huruf kha berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Nun.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Allah Ya-Aziz, pendapat lain dengan makna Ya-Allah Ya-Hu.

Khasiatnya :
• Lepas dari penjara
Jika orang yang dipenjara sentiasa membacanya insya-Allah akan dilepaskan oleh Allah Taala.
• Menghentikan darah
Tulis Asma ini pada pakaian orang yang keluar/turun darah itu, insya-Allah akan berhenti dengan segera (Qolnahudin, Barsyanin, Kazhirin, Namusyalakhin).

15. Isim kelima belas ( برھيولا) “Barhayula”
Wazannya ( فيعلولا ) “fai-alula”. Huruf Ba berbaris atas, huruf Ra sukun, huruf Ha berbaris atas, huruf Ya berbaris hadapan, Wau nya sukun dan Lam berbaris atas. Baginya ialah huruf Sin.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Subhanallah. Pendapat lain dengan makna Ana Allah Amanal Khoifin.
Isim ini merupakan tasbih Nabi Ibrahim alaihissalam.
Khasiatnya :
• Melihat sesuatu dalam tidur
Untuk melihat sesuatu dalam tidur, maka sembahyanglah 6 rakaat dengan 3 salam. Setelah sudah sembahyang, tulislah isim ini sebanyak 7 kali pada tapak tangan kanan dan membaca :
( توكلوا ياخدام هذا الإسم الشريف وأروني كذا وكذا. )
dan tidurlah dengan mengiring ke kanan, insya-Allah dia akan dapat melihat dengan jelas perkara yang dia hendak tahu itu.

16. Isim keenam belas ( بشکيلخ ) “Basykailakhin”
Wazannya (مفعيلل) “maf-ailalin”. Huruf Ba berbaris atas, huruf Syin sukun, huruf Kaf berbaris atas, huruf Ya sukun, huruf Lam berbaris atas dan huruf Kha berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Ain.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Mukminun

Khasiatnya :
• Melepaskan kesusahan
Jika kita berada dalam kesusahan, dukacita dan dibebani masalah hutang, maka bacalah isim ini tiap-tiap malam sebanyak 70 kali insyaAllah akan mendapat pertolongan dari Allah Taala.
• Ubat sakit mata
Tulis isim ini sebanyak 7 kali pada hari Isnin di sekeping kertas dan juga bait-bait berikut. Kemudian pakaikan kepada orang yang sakit mata insyaAllah akan segera sembuh :

( ﯾا ناظري بيعقوب أعيذ كما ٭ بما استعاذ به إذ مسه الكمد)
( قميص يوسف إذ جاء البشير به ٭ بحق يعقوب فاذهب أيها الرمد)

17. Isim ketujuh belas ( قزمز) “ Qazmazin”
Wazannya ialah (مقعد) “maq-adin”. Huruf Qaf berbaris atas, huruf Zai bertanda sukun, huruf Mim berbaris atas dan huruf Zai berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Fa.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya- Muhaimin. Isim ini merupakan tasbih Nabi Isa alaihissalam.
Khasiatnya :
• Duit barakah
Tulis isim ini dan wifik di bawah pada secarik kain sutera biru dan masukkan ke dalam kantung / karung bersama duit yang tidak dikira jumlahnya. Kemudian gantunglah kantung itu pada dahan pokok berduri dan diasapkan dengan anbar dan misik. Bacalah qosam ini pada kantung itu dengan sempurna pada malam jumaat sebanyak 100 kali. Insya-Allah turunlah barakah pada kantung itu dan tidak akan habis duitnya dengan izin Allah.

١٥ 8٥ ١٥٥٥
١٥٥٥ ١٥ 8٥
8٥ ١٥٥٥ ١٥

• Melepaskan diri daripada musuh
Supaya selamat dari kejahatan musuh seteru, maka banyakkanlah membaca
( Basykailakhin, Qozmazin)

18. Isim kelapanbelas ( أنغلليط) “ An-gholalitin”
Wazannya ( أقطع ذيب) “ Aqtoa zibin”. Huruf Hamzahnya berbaris atas, huruf Nun bertanda sukun, huruf Ghain berbaris atas, huruf Lam berbaris atas, Lam kedua berbaris bawah, huruf Ya bertanda sukun dan huruf Tho berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Shod.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Azhimu Ya-Hakim. Pendapat lain dengan makna Ya-Hakim Ya-Khobir Ya-Lathif dan Arrahman Arrahim.
Khasiatnya :
• Memindah / menghalau orang zalim
Jika kita hendak memindahkan orang zalim atau jahat dari rumahnya, maka tulislah isim ini dengan surah Al-fiil pada sekeping tembikar yang pecah. Kemudian lumatkan menjadi debu. Lontarkan debu ini ke arah rumah si zalim itu, insya-Allah akan segera berpindah.
• Memadamkan api
Barangsiapa yang banyak membaca isim ini dengan niat hendak memadamkan api, insya-Allah api itu akan terpadam.

19. Isim kesembilan belas ( قبرات ) “ Qobaratin”
Wazannya ialah ( رحمات) “ Rohamatin”. Huruf Qaf berbaris atas, huruf Ba barisnya di atas, pendapat kedua dengan huruf Ba bertanda sukun, huruf Ra berbaris atas, Alifnya sukun dan huruf Ta berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Qaf.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Aziz. Pendapat kedua dengan makna Ya-Baqi.
Khasiatnya :
• Menjauhkan penyakit taun dan seteru
Tulislah isim ini dengan firman Allah :
( فاليوم ننجيك ببدنك) lalu memakainya insya-Allah selamat dari taun dan seteru.
• Melihat perkara yang baik
Barangsiapa yang mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh setiap hari sebanyak 60 kali, insya-Allah dia tidak akan melihat akan perkara yang dibencinya selama-lamanya.

20. Isim kedua puluh ( غياھا) “Ghoyaha”
Wazannya ialah (حياھا) “hayaha”. Huruf Ghain dan Ya berbaris atas, Alifnya sukun dan huruf Ha berbaris. Baginya ialah huruf Ra.
Maknanya dalam Arab ialah Ya- Karim, Ya-Qahar.

21. Isim kedua puluh satu ( کيدھولا) “Kaidahula”
Wazannya ialah ( فيعلولا ) “fai-alula”. Huruf Kaf berbaris atas, huruf Ya bertanda sukun, huruf Dal berbaris atas, huruf Ha berbaris hadapan, huruf Wau sukun dan huruf Lam berbaris atas. Baginya ialah huruf Syin.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah ( القاھرھواللھ ), pendapat lain dengan makna Ya-Qadim Ya-Qohir
Khasiatnya :
• Menghapuskan sihir
Tulislah isim ini sebanyak 100 kali berserta dengan ayat :

(وٲلق ما في يمينك تلقف ماصنعوا… الخ)
(قال موسى ماجئتم به السحر…الخ)

dengan huruf yang bercerai-cerai di sekeliling wifik di bawah. Pakaikan tulisan ini pada orang yang kena sihir, insya-Allah batallah sihir itu.( wifik tak dapat di masukkan)

• Al-wusul Attami
Barangsiapa yang ingin sampai kepada kesempurnaan sepertimana yang telah dicapai oleh Assadatul Akhyar, maka hendaklah dia melakukan khalwat dengan betul-betul sempurna syarat-syaratnya. Banyakkanlah berzikir dengan ( غياھا كيدھولا). Setiap kali genap seratus kali bacaannya, bacalah pula Isim-isim Attijani sekali. Insya-Allah ia akan mencapai apa yang dikehendakinya.

22. Isim kedua puluh dua ( شمخاھر) “Syamkhohirin”
Wazannya ialah (جبراﺋل) “jabra-ilin”. Huruf Syin berbaris atas, huruf Mim bertanda sukun, huruf Kho berbaris atas, huruf Ha barisnya di bawah dan huruf Ra berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Ta.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah ( تعاليت ياعلي ياعليم).
Khasiatnya :
• Menghalau semut
Tulis isim ini sebanyak 7 kali dalam mangkuk. Larutkan tulisannya dengan air bersih dan renjiskan ke tempat yang ada semut itu, insya-Allah ia akan segera beredar.

23. Isim kedua puluh tiga ( شمخاھير ) “ Syamkhohiirin”
Dhobit wazannya adalah sama dengan isim yang sebelumnya, hanya ditambah satu huruf sahaja, yaitu huruf Ya sukun selepas daripada huruf Ha (ھ). Baginya ialah huruf Tsa ( ث).
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Qodhi, pendapat lain dengan makna Ya-Hu Ya-Hu dan Ya-Robbah Ya-Robbah:
Khasiatnya :
• Menghalau nyamuk
Tulis isim ini sebanyak 15 kali pada kertas dan bakar ditempat yang banyak nyamuk, insya-Allah nyamuk-nyamuk itu akan lari.

24. Isim kedua puluh empat ( شمھاھير ) “Syamhahiirin”
Dhobit wazannya juga sama dengan isim yang terdahulu, kecuali huruf Kha ditukarkan dengan huruf Ha ( ھ). Baginya ialah huruf Kha.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah ( ياقدير ياقادر ), pendapat lain dengan makna Ya-Kafi, Ya-Aziz dan Ya-Jabbar.
Khasiatnya :
• Memecah belah pakatan jahat
Tulis isim ini sebanyak 100 kali dengan ayat :
( ﻮٲلقينا بينھم العداﻮۃ ﻮالبغضاء إلی ﯾﻮم القيامۃ)
Kemudia tulis pula dua nama orang yang berpakat melakukan perkara yang tidak di redai Allah, insya-Allah akan timbul api perpecahan dan perbalahan diantara keduanya.
• Mengesan kehadiran Al-Arwah
Jika kita hendak mengetahui kehadiran mereka semasa melakukan amalan, bertapa, berkhalwat dan sebagainya, maka berzikirlah dengan ( شمخاھيرشمھاھير ) sebanyak 100 kali, kemudian serulah dengan kata-kata ini : ( إن كنتم حضرتم أﯾتھا الأرواح فأرونى من شعاع نوركم ). Nescaya akan terpancarlah cahaya seperti pancaran cahaya matahari.

25. Isim kedua puluh lima ( بكهطهونيه ) “Bikahthohaunaihin”
Wazannya ialah ( فعفعونيه ) “fi’afau-naihin”. Huruf Ba berbaris bawah, huruf Kaf berbaris atas, huruf Ha bertanda sukun, huruf Tho dan Ha berbaris atas, huruf Wau sukun, huruf Nun baris atas, huruf Ya sukun dan huruf Ha berbaris dua di bawah.
Di sana ada tiga lagi riwayat isim ini yang sedikit berbeza dari segi baris dan hurufnya. Imam Al-Buni mengatakan riwayat ini adalah yang betul. Baginya ialah huruf Zal ( ذ ).
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Qadim, pendapat kedua dengan makna Ya-Da-imu.
Khasiatnya :
• Menolak lapar
Tulis isim ini 70 kali pada pinggang putih dan larutkan dengan air yang bersih. Minum pada waktu pagi insya-Allah kita tidak akan berasa lapar.

26. Isim kedua puluh enam ( بشارش ) “Basyarisyin”
Wazannya ialah ( منا صر) “manasirin”. Huruf Ba dan Syin berbaris atas, huruf Alif sukun, huruf Ra baris di bawah dan huruf Syin baris dua di bawah.
Baginya ialah huruf Dhod (ض). Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Qodiran ala kulli syai-in. (يا قادرا على كل شيء) .
Khasiatnya :

• Membersihkan jiwa
Barangsiapa yang sentiasa membaca isim ini dengan tanpa had bilangan, InsyaAllah ia tidak akan merasa dahaga, bersih jiwanya, dihalang daripada khowatir-khowatir nafsunya dan lancar lidahnya bila berbicara.

27. Isim kedua puluh tujuh ( طونش ) “Thunasyin”
Wazannya ialah ( مهتد ) “muhtadin”. Huruf Tho berbaris atas, huruf Wau sukun, huruf Nun baris atas dan huruf Syin baris dua di bawah.
Di sana ada tiga lagi riwayat isim ini yang sedikit berbeza dari segi baris dan hurufnya. Seperti ( طوش ٭ طرش ٭ طوياش). Imam Al-Buni mengatakan riwayat ini ( طونش ) adalah yang sowab. Baginya ialah huruf Zho (ظ).
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Syakur, pendapat kedua dengan makna
( هوالله الكريم) .
Khasiatnya :
• Kanak-kanak yang selalu menangis dan terkejut
Tulis isim ini dalam bentuk wifik beserta dengan Surah Al-Fatihah 11 kali, kemudian tambat atau kalungkan pada kanak-kanak tersebut, insya-Allah dia akan berhenti dari menangis.

ش ن و ط
ط ش ن و
و ط ش ن
ن و ط ش

• Menunaikan hajat
Jika kita mempunyai hajat kepada Allah Taala, maka bacalah isim ini selepas solat isyak sebanyak 80 kali dalam keadaan sujud (niat sujud syukur) dan mohonlah hajat itu kepada Allah Taala, insya-Allah akan ditunaikan.
• Sakit kepala
Tulis isim (طوش) “thausyin” pada sekeping kertas sebanyak 20 kali beserta dengan huruf Shod (ص) sebanyak 90 kali. Kemudian kalungkan pada orang yang sakit kepala, insya-Allah akan segera sembuh.

28. Isim kedua puluh lapan ( شمخا با روخ) “ Syamkho-Barukhin ”
Wazannya ialah ( فعلا فاعول) “fa’la fa-ulin”. Huruf Syin berbaris atas, huruf Mim sukun, huruf Kha dan Ba berbaris atas, huruf Ra baris hadapan, huruf Wau sukun dan huruf Kho baris dua di bawah. Baginya ialah huruf Ghain (غ).
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah ( القادر هو الله الكريم).

Khasiatnya :
• Membatalkan sihir
Tulis isim ini dengan ayat ( ما ﺟﺌتم به السحر…. ) dalam mangkuk dan larutkan tulisan itu dengan air. Beri minum air kepada mangsa sihir, insya-Allah akan terbatal sihirnya itu.
• Mengalahkan musuh
Tuliskan 28 isim ini pada mata pedang dan baca pula qosam ini padanya sebanyak 45 kali, insya-Allah musuh-musuh kita akan jadi lemah dan bertempiaran lari.
• Menyembuhkan penyakit
Caranya ialah dengan menulis 28 isim ini pada mangkuk dan baca qosam sebanyak 7 kali, berilah pesakit minum airnya insya-Allah akan sembuh .تمت

Komentar : Leave a Comment »
Label: doa
Kategori : Uncategorized
RAHSIA KAF 40
9 03 2010

RAHSIA KAF 40

Hizbul Kaf atau Hizib Kaf Empat Puluh ini adalah antara amalan rahsia orang-orang tua kita dahulu. Ianya ibarat berlian segunung, sangat berharga dan menjadi buruan penuntut ilmu hikmah pada zaman sekarang, kerana bukan senang untuk mencari dan menemukan orang yang memiliki hizib ini. Jikalau dapat bertemu pun, belum tentu dia akan diajar dan diijazahkan. Hal ini kerana sudah menjadi resam orang-orang tua melayu, “meletakkan sesuatu yang berharga, biarlah kena pada tempatnya”, kerana takut ilmu itu disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi pada zaman yang serba moden dan canggih ini, ramai manusia yang dengan terlalu mudah membuat penilaian dan melabelkan ilmu hikmat dengan ilmu sesat, ilmu hitam, sihir, syirik dan pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab. Walhal dia sendiri tidak tahu dan tidak menyelidiki apakah hakikat ilmu yang dilabelkan dengan sesat itu. Maka jadilah orang yang tidak belajar dan mengetahui hal ilmu kerohanian dan hikmat, membuat penilaian yang bukan-bukan berbanding dengan orang yang belajar dan mengetahuinya.
Kaf empat puluh ini ada mempunyai empat puluh khasiat dan kegunaan. Bahkan khasiatnya dikatakan lebih dari itu. Hizib ini mempunyai beberapa riwayat yang sedikit berbeza, tetapi jumlah huruf kafnya tetap cukup empat puluh. Bahkan ada yang sampai lima puluh kafnya. Sebelum mengamalkannya adalah lebih baik kita mengambil ijazah dahulu daripada ahlinya.
Kata orang-orang tua Kelantan, Hizib yang berbahasa Suryani ini adalah ilmu Rijalul Ghaib. Hizib ini 80% hampir sama dengan hizib Nabi Nuh. Kalimat-kalimatnya mirip seperti sebuah syair kuno yang amat sukar untuk diterjemah dan difahami. Namun begitu, supaya mujarab dan cepat mustajabnya, hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut sehingga sampai empat puluh hari, atau yang sebaiknya diistiqamahkan sepanjang hayat. Insya-Allah kita sendiri akan dapat merasakan satu kelainan dan dapat merasakan kekuatan energinya (aura).

Matan hizib kaf 40 tak dapat saya masukkan lagi kerana ada masalah.

Kaifiat Amalan

Amalan sebagai Wirid
Jika hendak dijadikan sebagai wirid harian. Sebelum membacanya, hendaklah terlebih dahulu membaca Al-Fatihah niat hadiah kepada Rasulullah SAW, kemudian membaca Selawat sebanyak tiga kali dan Ayatul Kursi satu kali. Kemudian barulah kita membacanya sebanyak tiga kali.
Boleh diwiridkan secara beristiqamah atau berterusan pada waktu pagi dan petang atau tiap-tiap kali selepas selesai solat lima waktu.

Amalan Untuk Riadhah Atau Khalwat
Kaifiatnya seperti berikut :
 Hendaklah berpuasa 3 hari dan mewiridkan kaf 40 sebanyak 7000 kali.
 Berwirid bermula dari subuh dan tamat pada hari ketiga lepas Isyak.
 Berwirid hendalah duduk, lebih utama di atas tanah atau batu. Tidak boleh berdiri semasa beramal.
 Tidak boleh berkata-kata dengan sesiapa pun.
 Hendaklah berwirid di tempat yang berasingan atau jauh dari orang ramai (sunyi)
 Memasang bau-bauan yang wangi.
 Riadhah hendaklah ditamatkan dalam masa 3 hari.
 Pada malam terakhir, akan dihadiri Khadam Ayat Ini. Firasat kita akan dapat mengetahui dan mengesan kehadirannya. Seperti tubuh menjadi bersemangat, keras, suasana malam berangin, sejuk, pendengaran akan lebih sensitif. Itu adalah tanda amalan kita menjadi dan telah berjaya di kuasai. Seterusnya, pelbagai mimpi dan firasat cara-cara pengunaan ayat ini akan anda perolehi insya-Allah.
Khasiat Kaf Empat Puluh

Antara khasiatnya yang dapat saya nukilkan daripada beberapa buah kitab adalah seperti berikut :
(1) Menyerang musuh.
Jika hendak menghadap musuh, maka bacalah Kaf 40 ini sebanyak tiga kali di hadapan tangga dan dihembuskan kekanan, kiri dan hadapan serta genggamkan tangan dan kancingkan gigi. Kemudian berjalan melangkah barulah dilepaskan genggaman tangan itu tadi. Maka teruskanlah berjalan. Insya-Allah terpelihara daripada musuh seteru.
(2) Membutakan mata musuh
Supaya musuh tidak dapat melihat kita, maka bacalah kaf ini sebanyak tiga kali dan hembuskan pada pasir, tanah dan sebagainya. Setelah itu lontarkan pasir tersebut ke arah musuh. Insya-Allah musuh tidak akan dapat melihat kita.

(3) Musuh berlawan sama sendiri.

Bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali dan hembuskan pada pasir, kayu, tanah atau sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah musuh. Insya-Allah mereka akan berlawan dan berlaga sesama sendiri.

(4) Kelimunan.
Jikalau musuh terlampau ramai, maka bacalah kaf ini sebanyak bilangannya iaitu empat puluh kali pada pasir, tanah, batu, kayu dan sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah musuh, nescaya gelap gelitalah pandangan mereka insya-Allah.
(5) Menawarkan Bisa-bisa senjata atau sengatan binatang.
Jika terkena bisa-bisa senjata atau binatang, kaf ini hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan dihembus serta diludahkan ke tempat yang terkena itu. Insya-Allah hilang dan turunlah bisa-bisa itu.
(6) Perempuan lekat uri.
Jika perempuan lekat uri atau mati anaknya di dalam perut, maka bacakan kaf ini sebanyak sembilan kali pada air di dalam tudung periuk tembaga atau pada minyak tanak. Kemudian diberi minum sedikit dan dihembuskan kepada perut perempuan itu. Insya-Allah Taala keluarlah uri atau anak itu.
(7) Memperbanyakkan air susu.
Jikalau perempuan kurang air susunya, bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali pada air kemudian sapukan dengan sisir dan diurut-urutkan susunya itu. Insya-Allah susunya akan bertambah banyak. Atau dijampikan pada jantung pisang kelat. Kemudian direbus dan diberi makan kepada perempuan yang bersalin itu, maka susunya akan bertambah.
(8) Menghalau pelesit.
Bagi orang yang kerasukan syaitan, hendaklah dibacakan kaf ini sebanyak tiga kali pada lada hitam yang dipecah-pecahkan sedikit atau dibelah dua. Kemudian letakkan di sebelah atas dan di sebelah bawah ibu jarinya serta dipicit-picit dan ditekan. Insya-Allah akan keluar.
(9) Menahan darah.
Barangsiapa yang luka dan banyak keluar darahnya, bacakan kaf ini sebanyak tiga kali dan dihembus serta diludahkan pada tempat luka itu tadi, nescaya darahnya akan berhenti insya-Allah taala.
(10) Menghilangkan Bisa-bisa binatang.
Jika kita disengat lipan, kala, jengking, ular dan sebarang binatang yang berbisa, samaada yang di darat atau di laut. Hendaklah membaca kaf 40 ini dengan segera dan serta merta selepas disengat itu tiga kali dan dihembus serta diludahkan pada tempat yang disengat. Insya-Allah bisa-bisa itu akan hilang dengan segera. Molek juga dibaca pada air garam dan disapu pada tempat itu.
(11) Menjauhkan bahaya dan gangguan hantu puaka.
Bacalah kaf ini tiga kali ketika hendak tidur, insya-Allah selamat sejahtera dalam perlindungan Allah Taala daripada gangguan dan kekacauan hantu puaka itu. Kalau dibaca kaf ini di tempat yang keras atau berpuaka, insya-Allah sejahtera dari gangguan mereka dan hal ini telah beberapa kali dicuba dan terbukti.(Ada satu hikayat) sewaktu Jepun menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu, ramai orang yang keluar berniaga ke Bangkok dengan kapal layar atau tongkang. Semasa dalam pelayaran di tengah laut tiba-tiba muncul tiga jenis warna api menghampiri tiang layar. Setelah dilihat oleh anak-anak kapal nyatalah api itu adalah hantu. Jikalau api itu terjun turun ke atas kapal, pastinya kapal itu akan tembus. Semua anak-anak kapal terperanjat dengan kemunculan 3 jenis api itu tadi, lalu membaca beberapa ayat untuk menghalau hantu jembalang, namun api itu tidak juga terpadam. Maka dibacanya pula akan hizib kaf ini, belum lagi habis hizib ini dibaca, api itu pun terus terpadam. Akhirnya baru lah mereka sedar akan kelebihan kaf empat puluh ini.
(12) Sakit mata.
Bacalah Kaf ini lima kali dan hembuskan ke mata yang sakit itu selama tiga atau tujuh pagi. Serta dibuat sedikit air tawar untuk diminum dan dilumur pada mata yang sakit itu. Insya-Allah akan segera sembuh
(13) Terkena lintasan atau sawan.
Bacalah kaf ini tujuh kali pada orang yang terkena lintasan hantu syaitan atau pada kanak-kanak yang sawan dan timang-timangkan kanak-kanak tersebut. Insya-Allah selamat.
(14) Penawar demam.
Baca kaf ini tujuh kali pada air kelapa muda dan diberi minum kepada orang yang demam. Insya-Allah akan segera sembuh.
(15) Kuat Badan.
Sesiapa yang terasa lemah badannya, hendaklah membaca kaf ini tiga kali kemudian disuhud atau tarik nafas dalam-dalam. Insya-Allah kuatlah badannya. Tetapi petua ini tidak boleh dilakukan kerap kali. Hanya jarang-jarang ketika terdesak sahaja.
Dan dilarang sama sekali melakukannya bagi orang yang dibawah umur 25 tahun, kerana takut kepanasan.

(16) Tuju demam kura.
Bacakan kaf ini sembilan kali pada orang yang demam kura. Mulakan dengan bacaan Al-fatihah, selawat tiga kali dan buatkan rajah Lam Alif dengan kapur pada perutnya. Kemudian tekan dengan ibu jari pada lubang rajah Lam Alif itu serta dipulas-pulaskan. Lakukan pengubatan ini sampai tujuh pagi insya-Allah sembuh.
(17) Menumbangkan Tiang Kayu berpenunggu.
Bacalah kaf ini tujuh kali serta ayat ( Walaqad fatannaa Sulaimaana Wa alqaina ’ala kursiyyihi jasadan tsumma anaab ) tujuh kali dalam keadaan mengelilingi pokok atau tiang yang hendak ditebang itu, nescaya larilah hantu syaitan, jin yang menjadi penghuni tiang itu tadi. Maka selamatlah kita daripada gangguan dan kejahatan mereka.
(18) Sakit pinggang
Jika sakit pinggang, bacalah kaf ini tujuh kali pada tiap-tiap pagi. Apabila sampai kepada tempat syaja’nya itu, kepala lutut hendaklah dipalu atau dipukul dengan tangan, manakala tangan yang sebelah lagi hendaklah memalu atau memukul pinggang sejatuh atau serentak dengan perkataan kaf itu. Demikianlah lakukan pada lutut yang sebelah lagi, insya-Allah sembuh.
(19) Memperbanyakkan makanan yang sedikit.
Baca kaf ini 21 kali pada makanan yang sedikit, insya-Allah akan mencukupi untuk tetamu yang ramai.
(20) Menjinakkan binatang liar.
Baca tujuh kali pada sebaldi air dan diberi minum kepada kerbau atau binatang yang liar, insya-Allah ia akan menjadi jinak. Atau dimandikan pada kerbau yang beranak. InsyaAllah susunya akan menjadi.
(21) Pelaris.
Bacalah hizib kaf ini tiap-tiap hari sebanyak 44 kali untuk melariskan perniagaan kita.
(22) Pengebal
Kata orang, antara khasiatnya lagi adalah untuk kekebalan kulit dan kekuatan tulang dari segala jenis benda keras seperti logam. Ilmu kebal secara umumnya bolehlah dibahagikan kepada tiga jenis :
1. Ilmu Kebal Defensif ( kebal ketika diserang sahaja).
2. Ilmu Kebal Atraktif / Demontratif ( khusus untuk demontrasi / dabus, dll ).
3. Ilmu Kebal Pro Aktif ( boleh dipakai di mana sahaja, tanpa mengira waktu, boleh diperlihatkan kepada orang ramai. Kekebalannya sentiasa aktif walaupun tidak diserang).
1. Kategori pertama biasanya daripada aliran ilmu hikmah. Ilmu kebalnya diperolehi melalui pengisian oleh guru , riadah, pertapaan dan lain-lain. Amalan hizib kaf 40 termasuk di dalam kategori ini.
2. Kategori kedua biasanya daripada aliran kebudayaan, ilmu-ilmu kedaerahan. Tiap-tiap daerah memiliki ciri khas ilmu kebal masing-masing. Ilmu itu berasal dari pengisian oleh guru atau amalan wirid dan riadah
3. Kategori ketiga inilah yang paling ekstrim, biasanya kekuatan ilmu berasal daripada mustika alam atau batu permata yang memiliki kekebalan alami seperti rantai bumi, batu badar besi, besi kuning dan lain-lain. Biasanya kebal kategori ini sering disalahgunakan oleh orang-orang jahat dan tidak bertanggungjawab.
Diceritakan bahawa pahlawan masyhur Si Pitung juga memakai hizib kaf 40 ini sebagai azimat. Menjadikan dirinya kebal dari sebarang jenis senjata. Kata orang, ilmunya itu dituntut daripada Al Habib Husein Al Idrus. Wallahua’lam.
(23) Pelembut Besi
Jikalau kita melakukan riadah hizib kaf 40 ini, pada hari terakhir riadah, kita hendaklah memegang sebatang besi. Semasa mewiridkan hizib ini kita hendaklah memicit-micit besi itu. Jikalau besi itu jadi lembut seperti kita memicit batang lilin, maka itulah tandanya amalan kita telah berhasil dan menjadi.
(24) Orang Gila
Bacalah hizib ini kepada orang gila beberapa kali sehingga hilang gilanya. Insya-Allah berkat ikhtiar.
(25) Meredakan ribut dan ombak besar.
Bacalah hizib ini tiga kali dan tiuplah ke arah ribut atau ombak besar itu.
Insya-Allah ribut dan ombak besar itu akan reda.
(26) Hendak Masuk Hutan.
Jika kita hendak masuk hutan, bacalah terlebih dahulu hizib ini di tepi hutan sebelum masuk. Insya-Allah selamat daripada segala kejahatan yang ada di dalam hutan itu.

(27) Perang Sabil .
Jika berlaku peperangan, pengamal mampu memimpin 40 orang pengikut dengan selamat pulang dan pergi. Insya-Allah.
(28) Pendinding
Hizib ini mujarab untuk dibuat pendinding, samaada daripada kejahatan jin, manusia atau binatang buas. Lebih utama dibaca selepas Ayatul Kursi lalu ditiup ke tujuh arah dengan niat memagar diri sejauh mata memandang. Insya-Allah selamat daripada gangguan.
Versi kedua kaf 40
Versi kedua kaf 40 ini ada penambahan pada akhirnya. Menjadikan jumlah bilangan kafnya 55, berikut adalah matannya :

كفاك ربك كم يكفك وكفة
كفكافها ككمين كنا من كلك
تكر كرا ككر الكر في كبيد
تهك مشكشكة كلك لك الكلك
كفاك مبي كفا الكفي كربتهم
يا كوكبا كنا يهكي كوكب الفلك (ك 40)
ككر يرة كفكم كالكهف فكم لكم
ككأ كائن كبيد يكفي كم الكاف (ك 55)

“ Kafa ka rabbuka kam yakfika wakifatan
kifka fuha kakaminin kana min kalakin
takirru karran kakarril karri fi kibidin
tahki musyaksyakatan kallak lakil kalak
kafa ka mabi kafal kafa kurbatuhum
ya kaukaban kana yahki kaukabalfalak -(kaf40)
kakur yaratin kaffukum kalkahfi fukom lakom
kaka’ ka i’n kibidin yakfi kumul kaf ” -(kaf 50).

Penutup
Alhamdulillahi hamdan katsiran. Wahai saudara-saudaraku. Apabila amalan hizbul kaf ini telah sebati dan jazam dalam diri kita, maka ia akan menjadi doa 1001 guna mengikut niat kita insya-Allah.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلي آله وصحبه وسلم
والحمدلله رب العالمين

7 responses to “SYARAH BELERANG MERAH

  1. asalamualaikum, tuan. ana minta ijazah daripada tuan untuk amalkan isim Bikhafi @ doa sahabat empat dan asma birhatiah.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s