Ibnu Taimiyyah Pernah Taubat Dari Akidah Salah Mujassimah


durar kaminah

durar kaminah

DurahKaminah

Durah Kaminah Ibnu Taimiah Taubat

Sumber: https://abu-syafiq.blogspot.com
*(PENTING) ARTIKEL INI TIDAK MENOLAK PENTAKFIRAN ULAMA TERHADAP PEMBAWA AKIDAH TAJSIM SEPERTI IBNU TAIMIAH SENDIRI. KERANA GOLONGAN MUJASSIMAH TERKENAL DENGAN AKIDAH YANG BERBOLAK-BALIK DAN AKIDAH YANG TIDAK TETAP DAN TIDAK TEGUH. KETAHUILAH SEKIRANYA PENGKAJI MENGKAJI DENGAN DETAIL SEJARAH HIDUP IBNU TAIMIAH AL-MUJASSIM AL- MUSYABBIH AKAN KITA DAPATI BAHAWA IBNU TAIMIAH SERING BERUBAH-UBAH AQIDAHNYA SENDIRI DAN TIDAK TETAP ATAS KEBENARAN. DAN KENYATAAN IBNU HAJAR YANG DINUKILKAN DALAM ARTIKEL INI BAHAWA IBNU TAIMIAH TELAH BERTAUBAT ADALAH PERISTIWA PADA TAHUN 707H DAN SELEPAS DARI TAHUN ITU IBNU TAIMIAH KEMBALI KEPADA AQIDAH SESATNYA SEMULA DENGAN MENJISIMKAN DAN MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK. INI SEMUA BERTUJUAN MENUNJUKKAN KEPADA PEMBACA YANG IBNU TAIMIAH ADALAH SEORANG YANG LICIK DALAM BERDUSTA TERUTAMA DALAM HAL AQIDAH BAHKAN BERDUSTA DIHADAPAN PARA ULAMA ISLAM. AWAS DENGAN FAHAMAN IBNU TAIMIAH! JANGAN SAMPAI ANDA TERTIPU DENGANNYA.HARAP FAHAM SECARA BENAR DAN TELITI.

Oleh: abu_syafiq As-Salafy (012-2850578)
Assalamu3alaykum

Ramai yang tidak mengkaji sejarah dan hanya menerima pendapat Ibnu Taimiah sekadar dari bacaan kitabnya sahaja tanpa merangkumkan fakta sejarah dan kebenaran dengan telus dan ikhlas.

Dari sebab itu mereka (seperti Wahhabiyah) sekadar berpegang dengan akidah salah yang termaktub dalam tulisan Ibnu Taimiah khususnya dalam permasaalahan usul akidah berkaitan kewujudan Allah dan pemahaman ayat ” Ar-Rahman ^alal Arasy Istawa”.

Dalam masa yang sama mereka jahil tentang khabar dan berita sebenar berdasarkan sejarah yang diakui oleh ulama dizaman atau yang lebih hampir dengan Ibnu Taimiah yang sudah pasti lebih mengenali Ibnu Taimiah daripada kita dan Wahhabiyah.

Dengan kajian ini dapatlah kita memahami bahawa sebenarnya akidah Wahhabiyah antaranya :
1-Allah duduk di atas kursi.
2-Allah duduk dan berada di atas arasy.
3-Tempat bagi Allah adalah di atas arasy.
4-Berpegang dengan zohir(duduk) pada ayat “Ar-Rahman ^alal Arasy Istawa”.
5-Allah berada di langit.
6-Allah berada di tempat atas.
7-Allah bercakap dengan suara.
8-Allah turun naik dari tempat ke tempat
dan selainnya daripada akidah kufur sebenarnya Ibnu Taimiah telah bertaubat daripada akidah sesat tersebut dengan mengucap dua kalimah syahadah serta mengaku sebagai pengikut Asyairah dengan katanya “saya golongan Asy’ary”.
(Malangnya Wahhabi mengkafirkan golongan Asyairah, lihat buktinya :http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/hobi-wahhabi-kafirkan-umat-islam.html).

Syeikhul Islam Imam Al-Hafiz As-Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqolany yang hebat dalam ilmu hadith dan merupakan ulama hadith yang siqah dan pakar dalam segala ilmu hadith dan merupakan pengarang kitab syarah kepada Sohih Bukhari berjudul Fathul Bari beliau telah menyatakan kisah taubat Ibnu taimiah ini serta tidak menafikan kesahihannya dan ianya diakui olehnya sendiri dalam kitab beliau berjudul Ad-Durar Al-Kaminah Fi ‘ayan Al-Miaah As-Saminah yang disahihkan kewujudan kitabnya oleh ulama-ulama Wahhabi juga termasuk kanak-kanak Wahhabi di Malaysia ( Mohd Asri Zainul Abidin).

Kenyatan bertaubatnya Ibnu Taimiah dari akidah sesat tersebut juga telah dinyatakan oleh seorang ulama sezaman dengan Ibnu Taimiah iaitu Imam As-Syeikh Syihabud Din An-Nuwairy wafat 733H.

Ini penjelasannya :
Berkata Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitabnya berjudul Ad-Durar Al-Kaminah Fi “ayan Al-Miaah As-Saminah cetakan 1414H Dar Al-Jiel juzuk 1 m/s 148

dan Imam As-Syeikh Syihabuddin An-Nuwairy wafat 733H cetakan Dar Al-Kutub Al-Misriyyah juzuk 32 m/s 115-116 dalam kitab berjudul Nihayah Al-Arab Fi Funun Al-Adab nasnya:

وأما تقي الدين فإنه استمر في الجب بقلعة الجبل إلى أن وصل الأمير حسام الدين مهنا إلى الأبواب السلطانية في شهر ربيع الأول سنة سبع وسبعمائة ، فسأل السلطان في أمره وشفع فيه ، فأمر بإخراجه ، فأخرج في يوم الجمعة الثالث والعشرين من الشهر وأحضر إلى دار النيابة بقلعة الجبل ، وحصل بحث مع الفقهاء ، ثم اجتمع جماعة من أعيان العلماء ولم تحضره القضاة ، وذلك لمرض قاضي القضاة زين الدين المالكي ، ولم يحضر غيره من القضاة ، وحصل البحث ، وكتب خطه ووقع الإشهاد عليه وكتب بصورة المجلس مكتوب مضمونه : بسم الله الرحمن الرحيم شهد من يضع خطه آخره أنه لما عقد مجلس لتقي الدين أحمد بن تيمية الحراني الحنبلي بحضرة المقر الأشرف العالي المولوي الأميري الكبيري العالمي العادلي السيفي ملك الأمراء سلار الملكي الناصري نائب السلطنة المعظمة أسبغ الله ظله ، وحضر فيه جماعة من السادة العلماء الفضلاء أهل الفتيا بالديار المصرية بسبب ما نقل عنه ووجد بخطه الذي عرف به قبل ذلك من الأمور المتعلقة باعتقاده أن الله تعالى يتكلم بصوت ، وأن الاستواء على حقيقته ، وغير ذلك مما هو مخالف لأهل الحق ، انتهى المجلس بعد أن جرت فيه مباحث معه ليرجع عن اعتقاده في ذلك ، إلى أن قال بحضرة شهود : ( أنا أشعري ) ورفع كتاب الأشعرية على رأسه ، وأشهد عليه بما كتب خطا وصورته : (( الحمد لله ، الذي أعتقده أن القرآن معنى قائم بذات الله ، وهو صفة من صفات ذاته القديمة الأزلية ، وهو غير مخلوق ، وليس بحرف ولا صوت ، كتبه أحمد بن تيمية . والذي أعتقده من قوله : ( الرحمن على العرش استوى ) أنه على ما قاله الجماعة ، أنه ليس على حقيقته وظاهره ، ولا أعلم كنه المراد منه ، بل لا يعلم ذلك إلا الله تعالى ، كتبه أحمد بن تيمية . والقول في النزول كالقول في الاستواء ، أقول فيه ما أقول فيه ، ولا أعلم كنه المراد به بل لا يعلم ذلك إلا الله تعالى ، وليس على حقيقته وظاهره ، كتبه أحمد بن تيمية ، وذلك في يوم الأحد خامس عشرين شهر ربيع الأول سنة سبع وسبعمائة )) هذا صورة ما كتبه بخطه ، وأشهد عليه أيضا أنه تاب إلى الله تعالى مما ينافي هذا الاعتقاد في المسائل الأربع المذكورة بخطه ، وتلفظ بالشهادتين المعظمتين ، وأشهد عليه بالطواعية والاختيار في ذلك كله بقلعة الجبل المحروسة من الديار المصرية حرسها الله تعالى بتاريخ يوم الأحد الخامس والعشرين من شهر ربيع الأول سنة سبع وسبعمائة ، وشهد عليه في هذا المحضر جماعة من الأعيان المقنتين والعدول ، وأفرج عنه واستقر بالقاهرة

Saya terjemahkan beberapa yang penting dari nas dan kenyataan tersebut:

1-
ووجد بخطه الذي عرف به قبل ذلك من الأمور المتعلقة باعتقاده أن الله تعالى يتكلم بصوت ، وأن الاستواء على حقيقته ، وغير ذلك مما هو مخالف لأهل الحق
Terjemahannya: “Dan para ulama telah mendapati skrip yang telah ditulis oleh Ibnu Taimiah yang telahpun diakui akannya sebelum itu (akidah salah ibnu taimiah sebelum bertaubat) berkaitan dengan akidahnya bahawa Allah ta’ala berkata-kata dengan suara, dan Allah beristawa dengan erti yang hakiki (iaitu duduk) dan selain itu yang bertentangan dengan Ahl Haq (kebenaran)”.

Saya mengatakan :
Ini adalah bukti dari para ulama islam di zaman Ibnu Taimiah bahawa dia berpegang dengan akidah yang salah sebelum bertaubat daripadanya antaranya Allah beristawa secara hakiki iaitu duduk.

Golongan Wahhabiyah sehingga ke hari ini masih berakidah dengan akidah yang salah ini iaitu menganggap bahawa Istiwa Allah adalah hakiki termasuk Mohd Asri Zainul Abidin yang mengatakan istawa bermakna duduk cuma bagaimana bentuknya bagi Allah kita tak tahu. lihat dan dengar sendiri Asri sandarkan DUDUK bagi Allah di : http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/06/asri-menghidupkan-akidah-yahudi-allah.html .

Sedangkan ibnu Taimiah telah bertaubat dari akidah tersebut.

2-
قال بحضرة شهود : ( أنا أشعري ) ورفع كتاب الأشعرية على رأسه
Terjemahannya: ” Telah berkata Ibnu Taimiah dengan kehadiran saksi para ulama: ‘ Saya golongan Asy’ary’ dan mengangkat kitab Al-Asy’ariyah di atas kepalanya ( mengakuinya)”.

Saya mengatakan :
Kepada Wahhabi yang mengkafirkan atau menghukum sesat terhadap Asya’irah, apakah mereka menghukum sesat juga terhadap Syeikhul islam mereka sendiri ini?!
Siapa lagi yang tinggal sebagai islam selepas syeikhul islam kamu pun kamu kafirkan dan sesatkan?! Ibnu Taimiah mengaku sebagai golongan Asy’ary malangnya Wahhabi mengkafirkan golongan Asya’ry pula, rujuk bukti Wahhabi kafirkan golongan As’y’ary :http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/hobi-wahhabi-kafirkan-umat-islam.html.

3-
والذي أعتقده من قوله : ( الرحمن على العرش استوى ) أنه على ما قاله الجماعة ، أنه ليس على حقيقته وظاهره ، ولا أعلم كنه المراد منه ، بل لا يعلم ذلك إلا الله تعالى ، كتبه أحمد بن تيمية
Terjemahan khot tulisan Ibnu Taimiah dihadapan para ulama islam ketika itu dan mereka semua menjadi saksi kenyataan Ibnu Taimiah :
” Dan yang aku berpegang mengenai firman Allah ‘Ar-Rahman diatas Arasy istawa’ adalah sepertimana berpegangnya jemaah ulama islam, sesungguhnya ayat tersebut bukan bererti hakikatnya(duduk) dan bukan atas zohirnya dan aku tidak mengetahui maksud sebenar-benarnya dari ayat tersebut bahkan tidak diketahui makna sebenr-benarnya dari ayat tersebut kecuali Allah.Telah menulis perkara ini oleh Ahmad Ibnu Taimiah”.

Saya mengatakan:
Ibnu Taimiah telah bertaubat dan mengatakan ayat tersebut bukan atas zohirnya dan bukan atas hakikinya iaitu bukan bererti Allah duduk mahupun bertempat atas arash.
( Bukti Ibnu Taimiah pernah dahulunya berpegang dengan akidah salah: ‘Allah Duduk’

sila rujuk: http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/penjelasan1-allah-duduk-atas-arasy.html ).

Malangnya kesemua tok guru Wahhabi sehingga sekarang termasuk Al-Bani, Soleh Uthaimien, Bin Baz dan kesemuanya berpegang ayat tersebut secara zohirnya dan hakikatnya (duduk dan bertempat atas arasy). Lihat saja buku-buku mereka jelas menyatakan sedemikian.
Maka siapakah syeikhul islam sekarang ini disisi Wahhabiyah atau adakah syeikhul islam anda wahai Wahhabi telah kafir disebabkan taubatnya?!

4-
وأشهد عليه أيضا أنه تاب إلى الله تعالى مما ينافي هذا الاعتقاد في المسائل الأربع المذكورة بخطه ، وتلفظ بالشهادتين المعظمتين
Terjemahannya berkata Imam Nuwairy seperti yang dinyatakan juga oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany : ” Dan aku antara saksi bahawa Ibnu Taimiah telah bertaubat kepada Allah daripada akidah yang salah pada empat masaalah akidah yang telah dinyatakan, dan Ibnu Taimiah telah mengucap dua kalimah syahadah(bertaubat daripada akidah yang salah pernah dia pegangi terdahulu)”.

Saya mengatakan:
Ibnu Taimiah telah memeluk islam kembali dengan mengucap dua kalimah syahadah dan mengiktiraf akidahnya sebelum itu adalah salah dan kini akidah yang salahnya itu pula dipegang oleh golongan Wahhabiyah.

Maka bilakah pula golongan Wahhabiyah yang berpegang dengan akidah yang salah tersebut akan memluk agama islam semula seperti yang dilakukan oleh rujukan utama mereka yang mereka sendiri namakan sebagai Syeikhul Islam?!.

Jadikan dirimu insan yang benar-benar bertaubat wahai Wahhabiyah!jangan sekadar taubat sambal belacan Ibnu Taimiah.

Ayuh! bertaubatlah dengan jujur, ikhlas dan benar tanpa dusta tanpa taqiyyah tanpa berpaling kepada kebatilan kembalilah kepada yang hak dengan bersungguh-sungguh bukan lakonan seperti Ibnu Taimiah. Sesungguhnya kebenaran itu lebih tinggi dari segala kebatilan. Pintu taubat masih terbuka bagi Wahhabi yang belum dicabut nyawa.

ULAMA-ULAMA YANG MENYATAKAN DAN MENYAKSIKAN KISAH TAUBATNYA IBNU TAIMIAH.

Selain Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitabnya berjudul Ad-Durar Al-Kaminah Fi “ayan Al-Miaah As-Saminah cetakan 1414H Dar Al-Jiel juzuk 1 m/s 148

dan Imam As-Syeikh Syihabuddin An-Nuwairy wafat 733H cetakan Dar Al-Kutub Al-Misriyyah juzuk 32 m/s 115-116 dalam kitab berjudul Nihayah Al-Arab Fi Funun Al-Adab yang menyatakan kisah taubat Ibnu Taimiah ramai lagi ulama islam yang menyaksikan dan menceritakan kisah pengakuan tersebut antaranya lagi :

-As-Syeikh Ibnu Al-Mu’allim wafat tahun 725H dalam kitab Najmul Muhtadi Wa Rojmul Mu’tadi cetakan Paris nom 638.

-As-Syeikh Ad-Dawadai wafat selepas 736H dalam kitab Kanzu Ad-Durar – Al0Jam’-239.

-As-Syeikh Taghry Bardy Al-Hanafi bermazhab Hanafiyah wafat 874H dalam Al-Minha As-Sofi m/s576 dan beliau juga menyatakn sepertimana yang dinyatakan nasnya oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitabnya yang lain berjudul An-Nujum Az-Zahirah Al-Jami’ 580.

Merekalah dan selain mereka telah menyatakan taubat Ibnu Taimiah daripada akidah Allah Duduk dan bertempat di atas arasy.

Kata-kata akhirku dalam penerangan kajian ringkas berfakta ini..

Wahai Wahhabiyah yang berakidah Allah Duduk di atas arasy. Itu adalah akidah kristian kafir dan yahudi laknat (Rujuk bukti :http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/penjelasan1-allah-duduk-atas-arasy.html .
Berpeganglah dengan akidah salaf sebenar dan khalaf serta akidah ahli hadith yang di namakan sebagai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Allah tidak memerlukan kepada mana-mana makhlukNya termasuk tempat dilangit mahupun tempat di atas arasy.

Semoga Allah merahmati hambaNya yang benar-benar mencari kebenaran.
Wassalam.

* Saya mengharap komen diberikan atas artikel ini dengan syarat mestilah berfakta yang telus dan ilmiah bukan melulu dan bersemborono khususnya kepada mereka yang mengatakan ianya palsu.

15 responses to “Ibnu Taimiyyah Pernah Taubat Dari Akidah Salah Mujassimah

  1. *(PENTING) ARTIKEL INI TIDAK MENOLAK PENTAKFIRAN ULAMA TERHADAP PEMBAWA AKIDAH TAJSIM SEPERTI IBNU TAIMIAH SENDIRI. KERANA GOLONGAN MUJASSIMAH TERKENAL DENGAN AKIDAH YANG BERBOLAK-BALIK DAN AKIDAH YANG TIDAK TETAP DAN TIDAK TEGUH. KETAHUILAH SEKIRANYA PENGKAJI MENGKAJI DENGAN DETAIL SEJARAH HIDUP IBNU TAIMIAH AL-MUJASSIM AL- MUSYABBIH AKAN KITA DAPATI BAHAWA IBNU TAIMIAH SERING BERUBAH-UBAH AQIDAHNYA SENDIRI DAN TIDAK TETAP ATAS KEBENARAN. DAN KENYATAAN IBNU HAJAR YANG DINUKILKAN DALAM ARTIKEL INI BAHAWA IBNU TAIMIAH TELAH BERTAUBAT ADALAH PERISTIWA PADA TAHUN 707H DAN SELEPAS DARI TAHUN ITU IBNU TAIMIAH KEMBALI KEPADA AQIDAH SESATNYA SEMULA DENGAN MENJISIMKAN DAN MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK. INI SEMUA BERTUJUAN MENUNJUKKAN KEPADA PEMBACA YANG IBNU TAIMIAH ADALAH SEORANG YANG LICIK DALAM BERDUSTA TERUTAMA DALAM HAL AQIDAH BAHKAN BERDUSTA DIHADAPAN PARA ULAMA ISLAM. AWAS DENGAN FAHAMAN IBNU TAIMIAH! JANGAN SAMPAI ANDA TERTIPU DENGANNYA.HARAP FAHAM SECARA BENAR DAN TELITI.

    tp banyak juga pendapat dan karya2 ibn taimiyah yg dijdkan rujukan para ulama terutama dlm bidang ekonomi islam…

    adakah kenyataan di atas bermaksud mengkafirkan syeikh ibn taimiyah?

    maaf…sy bukanlah pendokong wahabi..
    sy mengamalkan syafie…suami sy hanafi..para ulama dahulukala kalau mereka tersilap dalam fatwa mereka ttp mendapat 1 pahala…kalu betul dapat 2 pahala..sedang kita mencela mereka takut2 mendapat dosa pula…

    • saya tak mmpersoalkan soal ijtihad masalah fiqah, cuba fahami, syafi’e, hanafi, hambali, maliki merupakan mazhab fiqhi…yang jadi persoalan ialah bab akidah, cuba fahami pasal salaf,khalaf dan salaf ibnu taimiyah punya perbezaan yang nyata, antara mujasimah mutasyabihah dan ahlu sunnah punya perbezaan yang nyata, perbezaan antara syurga dan neraka, buat pengetahuan saudari saya murid pada ahlu sunnah dan wahabi sendiri, saya pernah mngkaji pasal wahabi di tahun akhir pngajian pondok, dan menulis karya ilmiah pasal wahabi…tak ada seorang pun ulama yang mgkafirkan wahabi, tetapi wahabi sendiri yang menjatuhkan mereka ke lembah kekafiran bila mgdakwa iman pegziarah kubur rasul lebih rendah dari iman abu lahab…sila rujuk karya wahabi…bukankah mengkafirkan ahlu qiblat akan berbalik kekafiran itu pada orang yang menuduh.

  2. bukan ape ustaz…
    kadang2 masyarakat awam sekarang ni..terlalu cepat menghukum…
    kalu dilihat org itu lain sedikit dengan mazhab syafie atau amalan2 masyarakat setempat terus dicop sbg wahabi..

    nantilah sy luaskan lagi pembacaan dan pertanyaan sy…

    allahuma arinal haqqo haqqon warzuqnatibaaa’h waarinal baathila bathilan warzuqnajtinaabah

  3. (57) KEKELIRUAN DI DALAM MEMAHAMI MASALAH IBNU TAIMIYYAH
    YANG PERNAH BERTAUBAT !!!

    1. Ada juga orang Al-Asya^irah SALAH MEMAHAMI mengapa Ibnu Taimiyyah sanggup bertaubat daripada fahamannya.

    2. Yang sebenarnya, TAUBAT IBNU TAIMIYYAH itu adalah DUSTA SEMATA-MATA.

    3. Cuma MAHU melepaskan diri daripada PENJARA. Selepas bebas dari penjara, beliau masih menyebarkan fahaman SESATNYA.

    4. Al-Maklum, orang SESAT memang begitu seperti Kahar Ahmad, Ayah Pin, dan lain-lain.

    5. Ini contoh penulisan (muka surat 5) yang salah memahami tentang taubat ibnu Taimiyyah. Yang sebenarnya bukanlah TAUBAT, tetapi HELAH untuk melepaskan diri daripada tahanan penjara.

    6. Hati-hati apabila berhujah dengan Wahhabiy, takut-takut nanti bertukar pula menjadi orang yang MENYOKONG kesesatan Wahhabiy !!!

    7. Sila baca Kitab Al-Maqalatus Sunniyyah pada menyingkap atau membicarakan Kesesatan-kesesatan Ibnu Taimiyyah oleh Asy-Syaikh ^Abdullah Al-Harariy, cetakan Darul Masyari^ Bairut Lubnan, cetakan ke-6, tahun 2004, ms 21, baris 9 dari bawah.

    [IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/AlMaqalah/IMG_0002.jpg[/IMG]

    [IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/AlMaqalah/IMG_0004-1.jpg[/IMG]

    Lebih kurang Melayunya ;

    Asy-Syaikh Abdullah Harariy berkata ;

    “Sesungguhnya, sudah dituntut bertaubat Si Ibnu Taimiyyah berkali-kali.

    Dan, dia pula berkali-kali membatalkan janji-janji taubatnya itu pada tiap-tiap kali ia bertaubat dari fahaman sesatnya.

    Hingga akhirnya, dipenjara lagi setelah difatwakan daripada Qadi Empat Mazhab.

    Mereka Qadi Empat Mazhab menghukum Ibnu Taimiyyah sebagai orang yang SESAT. Wajib diperingatkan manusia tentang kesesatannya.

    Sebagaimana telah berkata oleh Ibnu Syakir Al-Katbiy di dalam Kitab ^Uyunut Tawarikh. Beliau juga merupakan salah seorang daripada murid Ibnu Taimiyyah lagi akan datang kenyataannya.

    Dan, telah mengeluarkan Perisytiharan oleh Al-Malik Muhammad Ibnu Qalawun supaya dibaca di atas Mimbar-mimbar Masjid (Di Negeri Mesir) dan di NEGERI Syam tentang KESESATAN Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya supaya manusia terselamat dari kesesatan yang dibawa oleh Ibnu Taimiyyah dan Pengikutnya.”

    …………………………………………………..

    8. Kesimpulannya, IBNU TAIMIYYAH TAK PERNAH BERTAUBAT !!!

    9. Dia cuma BERLAKON BERTAUBAT… Bukan betul-betul bertaubat…

    10. Orang yang BAIK-BAIK memang selalu bersangka BAIK. Orang JAHAT memang selalu mengambil kesempatan daripada kebaikan orang yang BAIK-BAIK yang bersangka BAIK..

    11. Orang-orang BERIMAN takkan terkena tipu dua kali pada perkara yang sama.

  4. Memanglah Allah bersemayam di atas A’rsh sebagaimana disebut beberapa kali di alam KalamNya , Al-Qur’an. Apahal lak mamat nih cakap kena belajar guru yg ada sanad sampai Rasulullah S.A.W?! Kalau camtu susahlah Islam nak berkembang , kalau nak ada pertalian terus sampai Nabi S.A.W. Indonesia MEMANG BANYAK YG SESAT! Suka sangat dengan ahli2 SUFI yg SESAT! Nyanyi nashid sampai ‘head-banging’ dan berputar-putar. Naqsyabandiah byk Sesat. Kalau ditulis dlm Qur’an Allah bersemayam di atas A’rsh siapa kita nak menyangkal?! Memang disebut Allah mempunyai Wajah spt mane dikatakan ‘Semua akan terbinasa kecuali WajahMu’ , dan dikatakan juga Tangan Allah dimana dikatakan Allah mencipta Adam A.S dengan TanganNya sendiri dan bukan dengan kata putus shj (kunfayakun) sptmana Malaikat diciptakan.Wallahua’lam

    • SALAM SEDARA, WANAUZUBILLAH MIN ZALIK AL MUJASSIM: ADA SEBUT “TANGAN ” DALAM QUR’AN???DALAM BAHASA MELAYU?TAK DE KAN?..NAPER NAK BUAT BIDAAH DHOLALAH PANDAI PANDAI TAFSIR PADA TANGAN PULA?SILA BAGI HUJJAH DARI QUR’AN YANG MMBOLEHKAN TAFIR/TERJEMAH LAFAZ AYAT NUSYABIHAH KEDALAM BAHASA SELAIN ARAB”…SILAKAN..

  5. Kurun yg terbaik yg diiktiraf oleh Nabi cuma 3 kurun yg pertama. Ibnu Taimiah kurun ke berapa. Ulamak2 dlm kurun yg terbaik telah menghuraikan ayat2 mutasyabihat ini. Itu pun kerana terpaksa kerana takut umat2 yg mendatang akan salah mengerti. Nabi sendiri pernah mengatakn hanya Allah yg mengetahui maksud sbnr ayat2 ini. Sahabat2 sendiri tak pernah membincangkannya. Mereka hanya beriman dgn sifat2 yg selayaknya bg Allah yg bersalahan dgn makhluk sesuai dgn firman Allah ‘laisaka mislihi syai'”. Siapa pula Ibnu Taimiah yg tak termasuk pun dlm kurun yg terbaik ingin mentafsirkan sesuatu yg telah ditafsirkan dlm kurun yg terbaik? Tentang masalah usul aqidah pulak tu…..Sbg muqallid dan org awam lbh baik mengikut jln2 sahabat2 nabi dan org2 selepas mereka yg berada dlm kurun yg terbaik.

  6. Kalau kata Allah duduk atas Kursi, sblm terjadi Kursi Allah duduk atas ape? Kan Kursi tu benda bersifat baharu, yg baru dicipta? Kalau kata Allah dok di langit, sblm dicipta langit, Allah dok dimana? Maha Suci Allah berkehendakkan tempat, menempati ruang dan berjisim spt makhlukNYa. Sbb tu ayat2 mustasyabihat ni kita tak blh fikir & tafsir secara lojik kerana akan menjerumuskan kita kpd menyamakan Dia dgn makhlukNya. Ambillah langkah spt Nabi dan sahabat yg menyerahkannya pada Allah. Siapa kita? Lbh baik dari Nabi dan sahabat? Dlm At-Targhib diriwayatkan oleh At-Tabrani Nabi sendiri pernah bersabda mafhumnya,”Aku plg takut 3 perkara menimpa umatku: Pertama, harta benda dunya bertambah hingga menyebabkan mereka berhasad dengki antara satu sama lain. Kedua, Al-Quran tersebar secara umum dikalangan ramai sehingga mereka mula menafsirkan sendiri, sdgkan terdapat ayat-ayatnya yg kesamaran (mutasyabih) dan tidak mengetahui tafsirannya kecuali Allh s.w.t. Sementara ulamak mahir hanya berkata, “Kami beriman denganNya-semua dtg dari Tuhan kami dan tak mendapat peringatan kecuali org2 yg berakal.” (yakni alim ulamak yg mahir pun hanya berkata kami beriman dengannya dan tak berani membuat lebih drp itu. Jadi apakah hak org awam utk membahaskannya?)) Ketiga., org ramai mensia-siakan hak ulamak dan tidak menghiraukan mereka.”.

  7. KOLALLAHUTA’ALA : LAISA KAMIST LIHI SYAIUN
    ayat ini telah jelas bahwasanya ALLAH tidak mnyerupai makhluknya, Allah ada tampa tempat dan arah, brang siapa minsipati ALLAH dgan makhluknya maka iya telah keluar dari agama islam,

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s