Tengku Faris kekal Pemangku Raja Kelantan


Tengku Faris kekal Pemangku Raja Kelantan

2010/03/25
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra masih gering dan tidak boleh menjalankan tugas berhubung hal-ehwal negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan, titah anakanda baginda yang juga Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.

Tengku Muhammad Faris bertitah, baginda akan kekal sebagai Pemangku Raja yang menjalankan fungsi Sultan mengikut Perlembagaan Kelantan, sehingga ayahandanya sembuh dari gering dan Majlis Perajaan Negeri membuat keputusan baru.
Baginda bertitah, seperti keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Januari 2010, isu mengenai Kesultanan Kelantan hendaklah diputuskan oleh Majlis Perajaan Negeri dan bukannya mana-mana individu di luar majlis berkenaan. “Seperti yang diperuntukkan mengikut klausa (1)(b) Artikel 22A, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan bahagian ke-2, Kita (Tengku Muhammad Faris) dipilih menjadi Pemangku Raja mulai 24 Mei 2009 bagi menjalankan tugas pemerintah dan Yang Dipertuan Negeri sehingga Tuanku Al-Sultan sembuh dari kegeringan,” titahnya.

Beliau menyampaikan titah itu menerusi Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, yang kemudiannya diedarkan kepada siaran media di sini, petang semalam.

Tengku Muhammad Faris juga bertitah, sebarang kenyataan akhbar (mengenai status kesihatan Tuanku Ismail Petra) yang dikeluarkan mana-mana pihak secara unilateral tanpa terlebih dulu mendapat laporan perubatan daripada panel doktor pakar yang dilantik sebelum ini adalah tidak tepat, tidak sah dan tidak terpakai.

“Kita sudah menitahkan panel doktor pakar yang dilantik untuk membuat pemeriksaan kesihatan ke atas Sultan Kelantan dan melaporkan kepada kita secepat mungkin bagi mengelakkan kekeliruan,” titahnya.
“Seperti diputuskan Mahkamah Tinggi, isu kesultanan Kelantan hendaklah diputuskan Majlis Perajaan Negeri. Sehingga Majlis Perajaan bersidang dan membuat keputusan mengenai perkara itu, kita selaku Pemangku Raja kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan dan terus menjalankan fungsi Al-Sultan mengikut perlembangaan,” titahnya.

Pada sidang media itu, Halim turut mengedarkan senarai ahli panel terdiri 10 pakar perubatan diketuai Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed, yang dilantik membuat laporan mengenai tahap kesihatan Tuanku Ismail Petra.

Panel itu turut dianggotai Profesor Perubatan dan Ketua Jabatan Endokrin Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP-USM) Prof Datuk Dr Wan Mohamad Wan Bebakar; Pensyarah Perubatan dan Penyelaras Fasa III, Jabatan Anestesiologi PPSP-USM, Prof Madya Dr Kamaruddin Jaalam; Ketua Jabatan Neurologi Hospital Kuala Lumpur yang juga Ketua Perkhidmatan Neurologi Kebangsaan, Datuk Dr Md Hanip Rafia.

Pakar Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Rosli Mohd Ali; Ketua Jabatan Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Rosemi Salleh; Ketua Jabatan Psikiatri Hospital Bahagia, Perak, Datuk Dr Suarn Singh a/l Jasmit Singh; Pakar Perubatan Psikiatri Hospital Permai Johor Bharu, Dr Badi`ah Yahya; Pakar Psikologi Sunway University College, Prof Madya Dr Teoh Hsien-Jin dan Pegawai Psikologi Klinikal Hospital Kuala Lumpur, Nooraini Darus.

Halim berkata, panel pakar perubatan itu dilantik khas bagi memantau tahap kesihatan Tuanku Ismail dan hanya mereka yang layak membuat laporan mengenai status kesihatan baginda.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s