Bidaah – Penerangan Oleh Prof. Dr As-Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani Al-Makki


Bid‘ah – Penerangan Oleh Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani (Bah. 1)
Dari : http://malakian.blogsome.com

Di antara umat Islam yang mengaku ‘ulama’ atau pakar ajaran Islam ada orang yang menisbatkan dirinya kepada Sunnah ‘ulama’ yang soleh. Mereka mengaku sebagai pengikut ‘ulama’ salaf – juga mengaku Ahlu al-Sunnah wal-Jama’ah. Dengan gagah berani dan penuh kebanggaan, mereka mengajak umat Islam untuk mengikuti jejak langkah atau Sunnah para ‘ulama’ salaf yang soleh dengan cara-cara primitif, penuh kebodohan, fanatisme buta, dengan pemahaman yang dangkal dan dengan dada yang sempit. Bahkan, mereka juga berani memerangi setiap sesuatu yang baru dan mengingkari setiap penemuan baru yang baik dan berfaedah hanya kerana dinilai – oleh pemahaman mereka yang sempit – sebagai bid’ah. Dalam pemahaman mereka, tidak ada sesuatu yang bid’ah kecuali pasti menyesatkan. Mereka tidak mahu melihat adanya realiti yang menuntut adanya pembedaan antara bid’ah hasanah dan bid’ah dhalalah, “yang menyesatkan”. Padahal, ruh Islam menghendaki adanya pembedaan antara pelbagai bid’ah yang ada. Semestinya umat Islam mengakui bahawa bid’ah itu ada yang baik dan ada yang sesat atau menyesatkan. Yang demikian itulah yang menjadi tuntutan akal yang cerdas dan pemahaman atau pandangan yang cemerlang.

Itulah yang ditahkiq atau diakui kebenarannya setelah dilakukan penelitian oleh para ‘ulama’ ushul (fiqh) dari kalangan ‘ulama’ salaf yang soleh, seperti al-‘Izz bin Abdussalam, Imam Nawawi, Imam Suyuthi, Imam Jalaluddin al-Mahalli, dan Ibnu Hajar – rahimahullah Ta`ala.

Hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w. – untuk menghindari kesalahfahaman – perlu ditafsiri sebahagiannya dengan sebahagian hadith yang lain, dan diperjelas kesempurnaan arahnya dengan hadith-hadith lainnya. Umat Islam perlu memahami sabda Nabi Muhammad s.a.w. itu dengan pemahaman yang cermat dan komprehensif, sempurna dan menyeluruh. Jangan sekali-kali memahaminya secara separuh-separuh atau sepotong-sepotong. Ia juga mesti difahami dengan ruh Islam dan sesuai dengan pendapat para ‘ulama` salaf yang soleh.

Oleh kerana itu, kita menemukan banyak hadith yang untuk memahaminya secara benar diperlukan kecemerlangan akal, kecerdasan intelektual, dan pemahaman yang mendalam serta disertai hati yang sensitif yang pemaknaan dan pemahamannya didasarkan pada “lautan syariat Islam” sambil memperhatikan keadaan dan situasi umat Islam dan berbagai keperluannya. Situasi dan keadaan umat memang harus diselaraskan dengan batasan-batasan kaedah Islam dan teks-teks al-Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.; tidak boleh keluar darinya.

Di antara contoh hadith yang perlu difahami secara benar dan komprehensif, proporsional, dan sempurna adalah sabda Nabi Muhammad s.a.w. berikut:

“Setiap bid’ah adalah dhalalah”

Untuk memahami hadith seperti itu, kita mesti mengatakan bahawa yang dimaksud dengan bid’ah dalam hadith tersebut adalah bid`ah sayyia’ah, iaitu bid’ah yang salah dan menyesatkan. Bid’ah yang dimaksud dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. tersebut adalah suatu peribadahan yang tidak didasarkan pada ajaran pokok agama Islam.

Pendekatan yang seperti itu pula yang harus digunakan untuk memahami pelbagai hadith, seperti hadith berikut:

“Tidak ada solat bagi tetangga masjid kecuali (yang dilakukan) di dalam masjid.”

Hadith di atas, meskipun mengandung “pembatasan” (hashr), iaitu menafikan solat dari tetangga masjid, tetapi kandungan umum dari pelbagai hadith lain mengenai solat mengisyaratkan bahawa hadith tersebut perlu difahami dengan suatu qayyid atau pengikat. Maka pengertiannya, tidak ada solat (fardhu) yang sempurna bagi tetangga masjid, kecuali di masjid.

Begitu pula berkenaan dengan hadith Rasulullah s.a.w. di bawah ini:

“Tidak ada solat dengan (tersedianya) makanan.”

Maksudnya, tidak ada solat yang sempurna jika makanan telah tersedia. Seperti itu pula pendekatan yang harus kita gunakan untuk memahami hadith berikut:

“Tidak beriman salah seorang di antaramu kecuali ia mencintai sesuatu untuk saudaranya seperti ia mencintainya untuk (kepentingan) dirinya.”

Begitu juga hadith berikut:

“Demi Allah, tidak beriman; demi Allah tidak beriman; demi Allah tidak beriman.” Ada yang bertanya: “Siapakah itu wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Orang yang tidak menyelamatkan tetangganya dari gangguannya.”

“Tidak masuk syurga pengadu domba.”

“Tidak masuk syurga pemutus tali persaudaraan. Tidak masuk syurga orang yang derhaka lepada kedua orang tuanya.”

Menurut para ‘ulama’, yang dimaksud tidak masuk syurga itu adalah tidak masuk secara baik dan utama, atau tidak masuk syurga jika menganggap halal atau boleh melakukan perbuatan munkar seperti itu. Jadi para ‘ulama’ – atau pakar – itu tidak memahami hadith menurut lahirnya; mereka memahaminya melalui takwil.

Maka harus seperti itulah memahami hadith tentang bid’ah. Keumuman kandungan pelbagai hadith serta keadaan dan sikap para sahabat mengesankan bahawa yang dimaksud dengan bid’ah dalam hadith tersebut hanyalah bid’ah sayyia’ah (bid’ah yang jelas-jelas tidak ada landasan pokok dari ajaran Islam); tidak semua bid’ah.

Cubalah kita perhatikan hadith-hadith berikut ini:

“Siapa yang menetapkan suatu kebiasaan (Sunnah) yang baik, maka ia berhak mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya sampai hari kiamat…”

“Hendaklah kamu sekalian (mengikuti) Sunnahku dan Sunnah para khalifah yang cerdik pandai dan mendapat petunjuk…”

Perhatikan juga perkataan Umar bin Khattab r.a. mengenai solat tarawih (secara berjama`ah sepanjang bulan ramadhan – pen.): “Sebaik-baik bid’ah adalah ini.” Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui yang sebenarnya.

(Dipetik dari buku “Mafahim Yajib An Tushahhah” karya Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani)

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s