Antara Keampuhan Ilmu Melayu Dan Jatuh Bangun Mereka


Tajuk: Antara Keampuhan Ilmu Melayu Dan Jatuh Bangun Mereka

Oleh: Mohammad Omar S.Th.I

Slideshow ini membutuhkan JavaScript.


Penglibatan saya dalam bidang ini bermula dari suasana yang saya lihat dalam proses membesar seawal 6 tahun lagi, saya dengan teman sepermainan amat tertarik dengan latihan abang dan rakan-rakannya, dari situlah timbulnya minat terhadap satu dari ilmu melayu ini yaitu seni tongkat dan pedang.
Dalam dunia seni beladiri dan persilatan kita melihat setiap bangsa berbangga dengan ilmu tongkat dan pedang masing -masing disamping ilmu senjata yang lain, bangsa siam (musuh tradisi orang melayu di utara Semenanjung Tanah Melayu khususnya Melayu Patani-Kelantan) berbangga dengan ilmu krabi krabong mereka, disamping di haruskan menguasai tinju siam, para pemuda mereka dilatih dari kecil dengan ilmu krabi krabong (tongkat dan pedang), untuk persediaan peperangan, sehingga sejarah bangsa mereka amat membanggakan, bermula dari satu suku asli di pergunungan selatan China mereka berubah menjadi suatu kaum yang amat digeruni kawan maupun lawan, dalam proses perluasan tanah jajahan ,mereka telah menakluki dan merampas tanah milik suku Khmer dan Cham di Timur mereka, tanah milik suku Burma dan Shan di barat, kemudian mereka beralih ke sebelah selatan menakluki tanah milik suku bangsa Melayu, bermulalah sejarah hitam suku bangsa Melayu yang hilang satu demi satu tanah air mereka di sebelah utara Semenanjung Melayu, maka lahirlah negeri baru yang bernama Chaiya, Nakhon, Puket, Kra, Satun, Pattani di atas kejatuhan negeri Melayu Cahaya, Legor, Bukit, Segenting Kera, Sentul, Patani dan lain-lain, persoalannya adakah ilmu perang orang Melayu amat lemah berbanding ilmu perang bangsa Siam?, jawapannya tentulah tidak, ini kerana sehebat manapun sesuatu seni perang sesuatu bangsa ia tidak akan menjamin kemenangan dalam peperangan jika:
1-Berpecah-belah
2-Strategi yang tak berkesan
3-Wujudnya pengkhianat bangsa
4-Hubungan diplomatik yang lemah berbanding lawan
5-Sikap semulajadi
6-Hilang semangat cintakan tanah air
7-Luputnya semangat jihad dalam diri Muslim

Kenapa bangsa Melayu dijajah?, faktor pertamanya ialah sosial politik mereka dalam keadaan berpecah-belah, kita melihat berbanding bangsa Siam di utara yang bersatu,suku Melayu di selatan seolah-olah lebih suka mendirikan kerajaan masing-masing yang yang mempunyai Raja masing-masing, daerah pemerintahan masing-masing, mata w

3 responses to “Antara Keampuhan Ilmu Melayu Dan Jatuh Bangun Mereka

  1. inilah satu kelemahan bangsa melayu…penyakit hasad dengki (phd) dah tu pula tak punya semangat jati diri apatah lagi semangat satu bangsa dan satu agama …kalau nak tegakkan perpaduan cuma ada satu jalan sahaja..kembali kepada nur Islam nescaya kita pasti berpadu dan mantap .Kepada Memanda Menteri Najib tunggu apa lagi..kembalilah kepada AL-Quran dan Sunnah pasti semuanya beres , betul tak ? Mengakulah kelemahan diri , jangan ego sangat nanti kita yang rugi..back to Islam the way of life !!

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s