Apakah Buah Pukul 7 Hari Kelantan?


Tajuk:Apakah Buah Pukul 7 Hari Kelantan?
Oleh: Mohammad Omar, S.Th.I
Apakah Buah Pukul 7 Hari Kelantan?
Buah Pukul 7 hari Kelantan atau ilmu pendekar 7 malam berasal dari silat yang lengkap pada zaman dulu kemudiannya dipecahkan, saya tidak ketahui kenapa dan sejak bila ia dipecahkan dari induknya,silat ini hanya merupakan praktik asas dari seni persilatan, bermula dari tapak, langkah, gerak, sehingga ke jurusan, bersifat “silat betina” yang amat pemalu tapi amat praktikal dan lincah, dimata dipandang lembut tapi amat keras dan bahaya dibuat gurauan sehingga boleh membawa maut jika disalahgunakan, kerana itu pewarisan seni ini dari zaman berzaman “amat berahsia”, diperturunkan dalam gelap tanpa cahaya sebolehnya, yang penting dalam seni ini ialah petua guru yang menjadi isi seni ini, tanpa utamakan petua sehebat manapun buah, yang akan didapati merupakan kebodohan semata-mata, pengelaman saya melatih pewaris seni ini, orang yang tidak punya “asas kegayungan” paling payah diajari seperti menuang air ke daun keladi layaknya, di zaman dulu tok guru membuka bangsal selama 100 hari atau 3 bulan 10 hari..tok guru akan memilih murid yang punya potensi dan bakat semulajadi sebagai pewaris seterusnya seni ini, saya katakan bukan semua orang yang layak memakai ilmu ini, jika diajar sekali pun adalah umpama “mengalungkan rantai belian yang amat berharga di tengkok seekor babi”, hanya sia-sia yang diperolehi, akhir kata saya berharap agar seni ini tak akan mengalami kepupusan seperti yang menimpa beberapa ilmu persilatan silam.

62 responses to “Apakah Buah Pukul 7 Hari Kelantan?

  1. umpama “mengalungkan rantai belian yang amat berharga di tengkok seekor babi”

    kasar sngt ayat tu bang…huhuhu…

    • 🙂, alhamdulilah, rupanya walaupun jarang orang diwarisi ilmu 7 hari ini, tapi sebenarnya ia meluas seluruh rumpun melayu di Nusantara, saya amat senang sekali respon sodara,moga jika diijinkan tuhan saya bisa berziarah ke kuala tungkal jambi suatu hari nanti, salam persobatan dari saya, M. Omar, S.Th.I , alumni IAIN SUMUT Medan .

  2. kita tunggu bg,kita belajar didesa parit deli muara deli kab.tanjab barat kuala tungkal,.warga mayoritas banjar bg,.kalu mau silaturahmi,.kita tunggu,.hp saya 081366257672.tommy,.salam buat saudara seperguruan diuar sana,wslm

    • Salam saudara Tommy.
      Saya bernama Adyputra, asal keturunan ialah Minangkabau suku Patapang di mana ibu saya berasal dari Batu Sangkar, Bukit Tinggi, Sumbar dan keturunan nenek saya dari sebelah ayah dari Sungai Limau, Padang, Sumbar.
      Saya lahir dan menetap di Kajang, Propinsi Selangor (40 minit dari Kuala Lumpur).
      Kami di Kajang ini ada juga mempelajari silat 7 hari tetapi kami menggelarkan ia Silat Sendeng 7 Hari yang diajar seorang guru tua berketurunan Minang Kampar berasal Kampar, Sumatera.
      Jadi, saya ingin bertanya, apakah buah 7 saudara itu diajar selama 7 malam? apakah ianya disertai tari bunga atau sebagainya?
      Jika ada rezeki, insyaAlah saya akan datang berziarah ke tempat saudara. Sebab saya pun sudah lama tidak menghirup udara segar pergunungan di Batu Sangkar, Bukit Tinggi.

  3. maaf bg,dipelajaran dari guru saya buah 7,atau buah rumah,.asalnya dari pontianak,.bukan kelantan bg,.dijaman dahulu guru sering kalah bertarung sehingga dia lari kehutan,ketemula lapangan kecil,.disitulah guru mendapatkan buah 7 yg dipelajari 7 hari 7 malam tanpa makan dan minum,.,guru besar org melayu bugis yg tingggal di pontianak,dijaman kerajaan,.wslm

    • salam sedara tommy, saya minta maaf dan perlu saya jelaskan sejarah silat ini(buah 7 versi yang ditemui di kelantan), sebelum itu saya amat berterima kasih atas penjelasan sejarah dan kisah buah 7 salsilah guru anda dan suka saya katakan saya amat tertarik jika bisa dan diijinkan tuhan nanti saya kepingin banget temui guru anda untuk silaturahmi…di malaysia pada penelitian saya ada beberapa perguruan yang masih membawa “buah 7 hari”, antaranya “buah pukul malaka” di propinsi malaka dan daerah muar propinsi johor, buah pukul mersing(termasuk lian, gerak lian, lian padukan, buah mersing)di daerah pembatasan antara dua propinsi (johor dan pahang), dan apa yang saya namakan buah pukul kelantan(sebenarnya menurut guru saya silat pendekar 7 malam), bila di kaji saya dapati asal seni silat yang saya sebutkan tadi punya 3 tempat asal yang berbeda, adapun buah pukul malaka maka ianya berasal dari permainan silat sendeng yang amat maklum pada kami ianya permainan asli melayu bugis dan mgkin dibawa ke semenanjung tanah melayu oleh daing bugis 7 bersaudara, adapun permainan buah 7 hari versi buah pukul mersing dan kelompoknya makanya ia adalah seni silat yang dibawa ke semenanjung tanah melayu oleh muslim cina asal tiangkok bagian selatan (sheikh abdul rahman al-yunani), adapun “silat pendekar 7 hari”,”buah pukul rahasia 7 hari”, atau apa yang saya namakan buah pukul 7 hari kelantan(berdasar tempat saya berguru ), maka ianya menurut kajian saya berasal dari permainan “silat sekebun”, silat spelek, teralak, cekak dan silat minangkabau yang dibawa masuk ke bumi kelantan oleh imigran dari tanah sumatera , pada andaian saya , jika kita mgkaji dan meneliti dengan lanjut dan mndasar kita akan dapati bahwa sebenarnya ia(kesemua versi buah 7 hari) merupakan INDUK BAGI SELURUH ILMU PERSILATAN DI KEPULAUAN NUSANTARA KHUSUSNYA(tersebar dikalangan suku bangsa rumpun melayu), bahkan saya dapati dalam permainan muai thai seperti muai thai chaiya(tinju siam propinsi chaiya/cahaya sebuah negeri atau propinsi yang aslinya kesultanan melayu CAHAYA yang lama terjajah), dan muai thai boran(anda bisa lihat permainan dalam filem OMBAK lakunan TONY JAA) permainannya amat mirip permainan buah pukul 7 hari, begitu juga juka anda perhatikan silat cina bagia selatan/cina boxer aliran selatan seperti WING CHUN dan sebagainya, maka ia juga menyerupai buah pukul 7 hari, jika kita berpikir kembali ke zaman NUSANTARA SATU SRIVIJAYA yang amat luas wilayahnya sehingga dari indocina sampai kepulauan paling bawah dari pasifik sampai ke india bagian selatan bahkan madagaskar juga di sebut sebagai pulau rumpun melayu, persoalannya dengan apa perluasan wilayah itu sampai sebegitu besar wilayahnya?, pasti jawabannya dengan kebijakan pemerintahnya dan kekuatan tanteranya, lantas dengan apa lagi kekuatan tanteranya kalo bukan dengan ilmu persilatan, dan bukankah palembang(pusat pemerintahan srivijaya) telah menjadi pusat penyebaran agama budha dan hindu di masa itu?, bukankah terdapat cacatan pendeta budha asli cina I Shing tentang pernah terdapat ratusan bahkan ribuan santri agama budha di Palembang dari marca negara?, pada pendapat saya di samping mereka mereka ini belajar ilmu agama budha pada masa itu, mereka juga belajar ilmu silat yang kemudianya di olah dengan falsafah budaya masing -masing sehinggalah lahirnya beladri sholin yang amat terkenal, kalari payat di selatan india, bando di burma, muai thai boxer di thailand, kali di pilifin selatan, samurai,nijutsu di jepang dan silat/pencak/mencak/buah pukul/gayung/cekak termasuk seni senjata di seluruh kepulauan rumpun melayu..saya memandang jauh kebelakang bahwa sebelum lahirnya sendeng, spelek, silat minangkabau, silat jawa, silat jawi kelantan, cekak, lintau, bahkan seni muai thai kung fu, kali, bando dan kalari payat berasal dari SENI ASAS /DASAR PERSILATAN YANG SATU DAN DARI TEMPAT YANG SAMA (yang diolah kemudian menurut acuan kratifviti suku dan bangsa masing masing) dan yang pastinya ia berasal dari SILAT….

      • Salam pada Ustaz Baba dan seluruh warga Nusantara…
        Saya memang setuju dengan kenyataan Ustaz yang Silat Pukulan 7 Hari ini ada kemungkinan ibu silat yang sebenarnya. Kerana guru saya ada bercerita yang silat ini adalah kunci rahsia dalam mana2 silat. Kerana apabila mana2 penuntut telah memahami konsep dan falsafah Silat Pukulan 7 Hari ini, dia boleh membawa apa saja jenis silat dengan lebih baik. Itulah rahsia dan keistimewaan Silat Pukulan 7 Hari.
        Kita mesti faham, bunga adalah satu tarian dalam silat yg mana di dalamnya terkandung falsafah silat. Di dalam bunga tersebut ada tersembunyi buah. Jika di dalam pertarungan antara hidup dan mati, siapa cepat dia dapat, siapa leka dia merana. Jd di sini la bergunanya buah pukulan rahsia tersebut.
        Dan harus kita ketahui, ilmu bangsa Melayu ni sangat luas dan mempunyai sejarah yang sangat lama. Bahkan kita dipercayai telah wujud di Nusantara semenjak zaman Firaun (Mesir Purba) di mana kita telah pun mempunyai hubungan perdagangan ke seluruh dunia sewaktu itu.
        Jadi, apabila Empayar Melayu Srivijaya memerintah seluruh Nusantara melalui konsep Empayar Perdagangan Maritim, mmg ada kemungkinan budaya bangsa Melayu tersebar denga pesat ke seluruh peradaban purba di seluruh dunia.
        Jadi, kita mesti la mencungkil warisan ilmu bangsa kita yg hilang dan memeliharanya sebaik mungkin.
        Ingatlah, ini semua adalah propaganda Dajal untuk memecahbelahkan bangsa Melayu di Nusantara ini semenjak zaman Perang Salib lagi. Belanda telah diarahkan untuk menjajah pulau2 Sumatera, Jawa, dll. Inggeris pula diarahkan menjajah Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Borneo. Sepanyol diarahkan menjajah Filipina.
        Jadi, sewajarnya kita bersatu padu di dalam budaya kita yang sebenar, Satu Bangsa, Satu Nusantara.

      • AsSalamu’alaikum Ustaz.
        Salam ukhuwah Ustaz.
        Terlebih dahulu Sukalah sy mmperkenalkan diri sy sbg pelajar yg minta diajar Ustaz.
        Nama sy Mohamad Fikrey bin Ismail.
        Tertarik hati sy pd olahan fikrah dalm artikel Ustaz. Bg saya yg kurang ilmu lagi kurang mbaca Maklumat yg dtampilkan sgt besar manfaat.
        Sukalah juga saya mhulur salam ukhuwah kpd Ustaz Demi meroka ilmu AlLahswt di dada hambaNya yg ditunjuki.
        Maaf Ustaz jika bicara sy byk kkurangan Ustaz Slayaknya Ilmu sy pun bg2 jg.

        WasSalam

        Salam ukhuwah dari fakir ila AlLah
        Mohamad Fikrey bin Ismail

      • waalaikumussalam saudaraku Fikri, terima kasih atas sokongan saudara atas blog ambo yang tak seberapa ini….apapun harap ia jadi satu wakaf dan sedekah jariah buat ambo dan guru guru ambo sampai bila bila….jika saudara berhajat belajar silat insyaallah bila Allah izinkan kita berjumpa mata nanti…

    • Aslm.. Salam buah 7. Saya tau silat buah 7 yg saudara ceritakan.. Kalau tidak salah di dalam plajaran nya ada di sebutkan ” lau hanjalna anjal qur’an….” boleh saya tahu nama guru saudara yg mengajarkan silat ini.. Walsm..

    • ada juga terpikir nak buat satu semacam silibus untuk buah ini, insyaalah harap dengan sokongan dari pencinta dan penggila ilmu persilatan ambo akan dokumenkan satu sukatan yang tersusun ilmu ini tanpa mgbuka rahsia-rahsia tertentu.

  4. bg pesilat yg duduk d kedah ne,boleh jgk ke nk belajat silat tu….sye berminat jga..tp,boleh belajar d mna ya?

  5. saya sgt setuju dgn sedikit sebnyak pengetahuan ttg ilmu persilatan ini terutama bg kaum wanita…sekurang2nya dpt membuka minda betapa penting utk pertahankan diri kerana kehidupan zaman skrg sudah tidak selamat…

  6. assalamualaikum Baba Syarif. ambo ni, dah punca rezeki ambo di Selangor/KL gak, maka sukar untuk ambo menerokai ilmu2 lama di kelantan seperti buah pukul 7 hari. ambo harapkan, ada rezeki untuk belajar ilmu ni. boleh Baba cadangkan sapo hok leh ambo rujuk untuk belajar ilmu ni? – stamp608@yahoo.com.

  7. a’kum baba syarif, sayo ni pn mmg minat bab silat ni dl sayo ado blaja silat spelek ngan arwah cikgu nor d simpang 3 pengkalan chepa. tp loni sayo duk d melaka n sayo masih lg minak. sayo loni duk cr la tepak mcm ni klu d melaka kt mn blh sayo nk blaja?

  8. quote dari gentek dari forum harmonisers.net/forum
    p7h ni ade 7 buah pukul
    name die 7 hari sebab suatu waktu dulu ade sorang
    pengamal sendeng merantau ke pelusuk tanahair hingga ke
    thailand menjaja buah pukul ini
    kenyataan yang die sering sebut adalah siapa yang nak
    pandai bergaduh dalam masa 7 hari boleh belajar
    dengannya. apabila kembali semula kemuar dia telah
    menjadi kaya dengan membawa pulang seguni duit.
    didalam silibus sendeng tak diajarkan p7h kepada murid
    biasa. sebelum itu didalam sendeng ada beberapa gabungan
    buah pukul iaitu buah pukul sendeng, 7 hari dan kuntau
    jawa. seni yang cantik boleh dilihat pada pergerakan
    kuntau jawa. pukul sendeng pula adalah pukul berlapis,
    pergerakan seperti wingchun tetapi stail spring bahu dan
    bukannya spring lengan boleh dikatakan silat permainan
    johor adalah adik beradik kerana permaianannya lebih
    kurang sama, contohnya dengan buah pukul mersing cuma
    bezanya ada banyak acahan dalam buah pukul mersing.
    permainan kuntau jawa pula menitik beratkan tapak 4 dan
    permainan senjata. 7 hari pula merupakan teknik
    pergerakan tegak
    dimana
    no. 1 – tangan kanan tumbuk direct
    no. 2 – tangan kiri tumbuk direct
    no. 3 – lapis bergayang atau lapis tepis tetak
    no. 4 – back hand (atau pun lebih tepat back finger )
    no. 5 – cangkung tumbuk bawah
    no. 6 – mcmane nak cakap ekk senget ke kanan
    no. 7 senget ke kiri
    ada 3 pelebat 7 hari
    1 – tegak
    2 – lapis tegak
    3 – lapis tapak tiga
    sekiranya pelajar yang mempelajari p7h merupakan pelajar
    yang sebelum itu mempelajari pukul bermalam sahaja, ianya
    akan menjadi problem dalam mengapplykan p7h. permainan
    perlu ada bermalam dan lebih banyak tidak bermalam.
    tangan kanan dan kiri perlu hidup
    begitu juga dengan kaki.
    ada dua apllication iaitu
    pukul ikut langkahan
    dan pukul sumbang

    didalam silat cekak juga ada pukulan ini, dimana buah
    no.1 adalah serupa dengan bergayang, bezanya adalah
    bermalam atau tidak, tolakan atau cengkaman, simpan
    separuh atau buang habis, itu saja

    saya pernah melihat sendiri beberapa siri pertarungan
    diantara guru-guru kaka beberapa pertubuhan silat yang
    mencabar expertise p7h (tak tahula boleh ke dikatakan
    pertarungan atau tidak sebab terlalu cepat berakhir).
    tetapi akhirnya mereka tewas. diantara faktor lain
    merbahayanya p7h ialah kerana permainan jahat. p7h
    biasanya dimainkan secara kotor. penuh dengan tipu
    muslihat.
    bagi pengamal-pengamal biasa p7h, kemungkinan akan kalah
    kerana hanya belajar 7 buah, tanpa lapis dan muslihat.

    • emm menarik…tapi mmg tak sama dengan pukul 7 sendeng, alhamdulillah saya dah jumpa mata dengan guru sendeng 7 di Kota KInabalu yang berasal dari Johor..dan mmgnya berlainan sekali..

  9. KALAU mau belajar silat buah 7 hari ini,,,
    datang aja di pontianak…
    buah 7 hari ini kalau di kota pontianak nama nya pukul 7 sendeng….

  10. ass. bang saye juga belajar silat 7 sendeng,,,, sy ingin tanyak adekah dlm silat sendeng abg yg disebut dengan: ibu pokol, istana mat, istana guru, tombok sumbang langkah empat dan setop, dan siapekah guru atau pembawa pertame silat sendeng abng………..

    • wassalam…pertamanya saya mohon maaf…kerna aliran yang saya bawa bukanlah silat sendeng..maka istilah yang tuanhamba sebutkan juga tiada dalam aliran yang saya bawa, pada saya apa yang saya bawa ini lebih dekat sejarahnya dengan buah pukul 7 hari bawaan orang minangkabau.wallahu ‘alam.

  11. oh gitu ya bang, tp kata guru saya silat yg saya pelajari bersal dari sumatra,,,,,,,,,,, dan kalau saya baca tulisan buah pukul 7 kelatan itu sama percis apa yg di katakan guru saya dan apa yg sudah saya pelajari…. kalau boleh saya tahu orang minangkabau yg membawa buh pukul 7hari itu siapa nama bang,,,

    • 🙂 mungkin punya psamaan…cuma kalo d johor malaysia terdapat pukulan muar atau pukulan melaka yang berasal dari silat sendeng…di malaysia, orang pencak emangnya maklum..jika namanya sendeng maka ia adalah ilmu asal orang bugis…sejarahnya agak kabur dari siapa pendita minang yang menurunkan silat ini kepada orang kelantan…cuma di ketahui wan alang bin wan hasan panglima tabal yang membawanya ke bumi kelantan dan thailand selatan…ada beberapa perguruan silat yang bersal dari tok wan alang sekarang..seperti silat sekebun, spelek, pusaka minang, dan pendekar 7 malam di kelantan…dan silat spelek dan silat warisan mat kilau di negeri Kedah…wallahu ‘alam .

  12. Gembira dan menarik membaca tulisan tentang silat & buahnya dan lebih tertumpu pada 7…. Dapat dikiaskan intinya sekali agar sama itu sama … atau mungkinkah tak sama tapi serupa… atau tak sama dan tak serupa .Namun itulah pusaka kita warisi yg harus dijiwai..

  13. salam saudara baba…saya ijan waris
    saya berasal dr muar,johor…arwah bapa dr keturunan minang dan arwah ibu dr keturunan bugis…semasa di kg ada belajar asas sendeng tapi la ni dgn cekak malaysia…saya amat berminat utk mempelajari buah pukul 7 hari dr saudara baba jika diizinkan ALLAH…
    saya sekarang tinggal di semenyih,selangor…

    bilakah agaknya saudara dapat kemari agar kita dapat bertentang mata lantas saya menjadi murid saudara baba…dengan keizinanNYA…amin

  14. assalamualaikum babah..sy m.abdullah domisili pontianak.sy jg belajar silat sendeng 7hari.sy menamatkan pukul 7 pas mlm ke 7.guru sy kitika itu tangannya tdk nampak.ketika menyambut pukulan sy.dan sy terpental.stlah itu sy bljar lg pukulan 3 hari sbg pembunuh sendeng 7 slama 3 hari.diantara ratusan murid sy murid ke4 yg mendapat pukulan 3 pembunuh sendeng pukul 7.dan sy mendapat ijin restu utk mengajar.tapi sy tdk utk mengajar.apakah sama dgn silat yg babah miliki.wallahu a,lam.

  15. Assaalamualaikum saya Dicky dari Samarinda Kal-Tim, di samarinda ada gk tempat belajar sendeng? Sebenarnya kai (dari bapak) saya bisa sendeng tetapi sidin sudah berumur 80++ jadi tidak dapat mengajarkan saya, padahal saya kepengen mewarisi sendeng tersebut…

  16. asalamuallaikum wrwb,,,nama sy Dicky Wahyu Chandra,sy sangat tertarik dgn ilmu beladiri SENDENG,dan sy mau belajar dan mencari orng yg mau mengajari sy ilmu beladiri itu tersebut utk wilayah kota samarinda dan sekitarnya,semoga aja ada orng yg mau membantu sy dlm hal ini,terima kasih wassalam,,,

  17. Bertambah banyak macam dan cerita dalam versi masing masing….. petanda yg baik,,, untuk 7.

    Nak sampok sikit… sejarah punyai pejalanan zaman yg bolih ditahapkan .. awal…pertengahan …sekitar 1800 .. dan 1alepas 1900an……

    Pada hemat saya… 7 ni tersebar luas dan dipakai olih sestengah guru tua … saperti… Kelantan,,, dikaitkan Silat Sakebun atau apa apa pun… Pahang jua sedemikan dn alir perdananya… Johor dgn silat sendeng… buah mersing… buah endau….lian…. Melaka pulak … pukul Yeluk Masnya … begitu jua negeri negeri lain..pasti ada nak menzahirkan pakaian 7 ni.. ( sengaja saya istilahkan sebagai pakaian agar tertutup rapi).

    Tahap pertengahan… dipercayai 7 adalah pakaian Panglima bugis… mereka orang laut..Dahulukala pertempuran laut diatas kapal yg kecil.. disinilah kehabatan orang bugis dilaut… Kalau non bugis selalunya mereka kepulau atau kepantai baru bertempur..

    Didarat dalam hikayat diceritakan … orang bugis tidak menganggu…(sifat betina) tetapi jangan sekali dibuat jahat dgnnya.. kerana amuknya membawa kemusnahan… (ajal)

    Berbalik penempatan Pahlawan Bugis Nusantara…disinilah tetenun pakain 7 di Pontianak … Sulawesi,,, dan negeri pesisran .. Tanah Melayu ….Hanya persoalannya adakah masih tenunan asli,,,, atau disenikan dgan langkah sumbang,,,

    \\
    Jarang guru tua ,,,,, mengajar secara penuh pada murid yg terpileh …. ini sangka buruk saya saja….. Penurunan pada waris yg terpileh saja yg diajar sapenuhnya…tanpa merombak maupun mengubah keasliannya walaupun nampak perlu diperbaiki…namun tetap dgn aslinya kerana ada kelebihan disabaliknya…. apabila tiba masanya…

    Ada komen ibarat kalong disarungkan pada….. ini ungkapan yg sering digunakan untuk penilaian tinggi kepada sesuatu….. Namun dalam kontek pakaian 7 ini ada sikit perbezaan pendapat… yg mana saya mengamati apa yg terjadi ialah anak nakal kaki gaduh, bouncer… tukang tarik kereta dan yg terlibat berkumpulan mulai takut dan begitu banyak sifat betina dari juara dalam melayari kehidupan salepas memakai pakaian 7….Namun cukup berani dalam apa hal bersendirian,,,,

    Kepada Dicky yg punyai Kai yg berusia 80an tentu bernasib baik …. belajarlah darinya,,,,, pasti msih bolih diajar…. perlu pujuk dan bermanja dgnnya selau..mesti diajar…. bukan lama…hanya 7 malam berturut turut ,,,turun gelanggang sebagai syarat walaupun sekejap…
    Jangan lupa minta intinya sekali…

    Pantun lama… Hong bali bali…..

    • bg muzamir kadir, langkah sumbang yang abng maksut ade gak k tombok subangnye, saye dari kayong sy jg pengamal silat sendeng 7,,,,, dan ade kah sukatan dalam silat yg abg amalkn,,,,,,,,, dan say pngn tau siap name guru abng sape tau kite satu muhrim………

    • salam sendeng 7 bg, adekh kesamaan yg saye sebutkan ni bg yaitu: langkah subang, tombk subng, istana mat, istana guru istana mat, tikam sesarung, ibu pukol, dll,,,,,,,,,,,

      • ..maaf lambat respond sebab lalai sikit… tahniah adek Rafy memililki sendeng 7.. Perbezaan mungkin hanya pada nama tumbokan/buah.. lain gelanggang lain namanya.. atas pilihan guru tua ..yg inginkan legasi sendiri… namun asasnya atau buahnya mungkin sama dan susah nak dipersuratkan…memadai cari persamaan lalui inti yg dibekalkan contoh penderas….gerak dan lain lain…
        Tentang langkah dan buah atau pukul sumbang.. tiada dalam ajaran namun dgn latihan bersendirian maka terciptalah pelbagai sumbang untuk berhelah… Perlu diketahui pemain 7 tak sempat bersumbang sebab pertembungan sering tanpa perlu langkah susulan..kerana musuh dah tiada… kenyataan ini jauh dari keangkohan
        tapi falasah 7 itu sendiri.. Jadi lazimilah buahX2 yang asli tanpa tambahan..pasti ringan dan tajam lakunya kelak… Wanita yg punyai 7 amat aman dimana saja. dari perosak..
        Mungkin tulisan saya kurang memuaskan untuk adek Rafy.. namun saya berbangga yg adek Rafy memiliki senjata 7. (harap buah yg
        sama) .
        Kayong dimana?… adakah sendeng 7 itu dibelajari dari Arwah Hamid Ninja.. muar.(bukan guru saya)j

    • Kurang arif dgn bahasa jawa.. sila persuratkan dalam bahasa melayu jika ada tambahan informasi yg bolih saya suratkan..agar tiada salah faham kelak…t kasih

      • kayong adalah kampung melayu dari pesisir kalimantan barat indonesia bg,,,,, asal sendeg7 yg dipelajari pecahan dari cik mat padang, tp beliau bukan guru hanya pembawa sendeng lw guru aslinya mohan maaf bg tidak bisa diceritakan karna kt haru bertemu langsung dan melakukan sukatan sendeng atau kode,,,,,,

      • Respond untuk Rafy.. apakata..kita mulai dengan intinya.. bacaan gerak..
        Hai bali bali… atau bacaan penderas… atau apa yg saudara mau ketengahkan..moga kode kita itu sama….alirannya.

  18. Asalamualaikum Tuan Baba….Saya sudah nak belajar silat 7 pkulan ni..tpi x tau nak beljar kat mana…
    klau di sabah x mengajar?

  19. Asalamualaikum Tuan Baba….Minta maaf pertanyaan diatas ayatnya salah..sebenarnya Saya sudah lama nak belajar Buah Pukul 7 Hari ni..tpi x tau nak beljar kat mana…(sabah)

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s