Kisah Pencarian Buah Pukul 7 Hari Kelantan


Oleh: Mohammad bin Omar, S.Th.I

Tajuk: Kisah Pencarian Buah Pukul 7 Hari Kelantan

Salam buat para pembacayang setia, mugkin anda hendak tau bagaimana kisah pencarian buah pukul yang amat jarang diajar kepada umum ini, sebenarnya kisah pencarian saya bukanlah sehari dua, tapi ia memakan masa yang agak lama sehingga saya dipertemukan Allah  dengan guru tua aliran tersebut, saban hari saya berdoa supaya akan dapat merasai ilmu tersebut suatu hari nanti, saya mengetahui buah pukul 7 hari semasa saya belajar di Pondok Pasir Tumbuh semasa berumur belasan tahun, saya didatangi abang angkat yang berkhidmat sebagai KAGAT yang nak belajar Tafaquh fid Din semasa beliau bercuti, pada masa tak ada pengajian kami ketika kami bersembang terkeluar bahwa saya pernah belajar satu aliran silat semasa di kampong, untuk pengetahuan semua bahwa kampong kami pada masa dulu silat merupakan budaya dan sekarang masih ada bersisa beberapa perguruan dan yang lain telah luput ditelan zaman lantaran kematian pewarisnya, berbalik pada cerita saya, beliau minta saya menunjuk pada beliau beberapa langkah yang saya pelajari dan kami bersilat sekadar suatu hiburan dengan gaya silat pulut, setelah beberapa langkah beliau mematikan langkah saya, dan saya cukup terkejut dengan buah pemati langkah yang beliau tunjukan, bila saya tanya silat apa ni, jawab beliau silat 7 hari, bermula dari situ saya tetap mencari silat yang unik pada namanya tu, pada tahun 1998 setelah 5 tahun saya berpindah dari Pondok Tradisional ke Pusat Pengajian Pondok yang mengabungkan dua sistem pengajian, disini saya berjumpa dengan Abg Saufi pelajar senior yang melatih adik-adik bermain silat Tomoi, dan saya ikut sama sehingga tapak saya dibaca oleh kawan beliau juga pesilat bahwa saya adalah pesilat dari Silat Melayu bukannya aliran Tomoi,  semasa latihan dengan Abang Saufi Golok beliau  menceritakan bahwa ada seorang tua di Kampung tersebut yang punya seni bergocoh yang agak berlainan, pada tahun 2000 saya didedahkan pula dengan TTS semasa menyertai askar Wataniah Malaysia, pada tahun ini saya berkawan dengan kawan yang baru masuk Pondok dari Patani, bila beliau mengetahui bahwa saya adalah pesilat dan peninju beliau setiap hari mengajak saya sparing dengannya, akhirnya saya terima pelawaan beliau itu, oleh kerana setiap hari beliau sparing dengan saya,saya sudah rasa bosan sehingga beliau minta saya bermain guna tongkat dengan beliau,(untuk pengetahuan pada tahun 1999 saya mendapat satu ilmu tongkat yang antara terbaik yang saya ketahui dan jumpa di sekitar Kelantan), semasa bermain tongkat dengan kawan saya si Faqrul saya bermain dengan acah-acah saja, sehingga teerpacul dari mulut beliau perkataan yang saya rasa tercabar saya sebagai pesilat Melayu, kata beliau lebih kurang begini; “lagu ni jah silat Melayu, ingat bisa sangat”, dengan tanpa saya sedar saya telah gunakan buah “memetik bintang” dan si Faqrul terkejut bila senjata yang dipegang beliau telah berada  ditangan saya dan dalam satu detik beliau “merasai” dua pukulan dan kehilangan senjata(sebagai ajaran jangan menghina silat Melayu), beliau amat terkejut dan tak terkata, esoknya beliau ajak sparing muai lagi, oleh kerana jemu saya tumbuk dan sepak sekuat hati dan bersertai nafas sehingga kebiruan di betis beliau…malam nya saya ke rumah Pak Da Umar untuk mengurut betis yang sedikit lebam, Pak Da Umar tanya saya, “main gapo ni sapa gini mo”?, saya jawab main muai, kata beliau; “gocoh hok kita lain, ore te ko, kito te ko ore hok sakit”, lalu dalam hati saya “ni peluang baik nak korek ni, saya tanya ,”gocok gapo tu Pak Da”, jawab beliau;”ore tua kato dekar tujuh male” (orang tua kata pendekar tujuh malam), saya sedikit terkejutdan dalam hati,”mungkinkah ini silat 7 hari??, lalu saya kata;”kalu gitu ajar kitolah Pakda, jawab Pak Da Umar;”kito ni tuo doh, tak ngajar dah”, dalam hati saya “takpe tapi suatu hari nanti insyaalah aku akan dapat nanti ilmu ni, cuma kena pasang sedikit strategi”, sejak hari tu saya sering berziarah ke rumah beliau yang beberapa meter dari sekolah saya, di musim tembakau saya menolog isteri dan adik beliau(yang jadi mak angkat saya kerana tak punya anak lelaki) menanam tembakau, dari buat batas, semai, tanam, jirus, boh baja, angkat rong, sampai kutip hasil saya lakukan akhirnya Pak Da berjanji nak ajari saya buah tersebut setelah beliau dah anggap saya macam anak beliau sendiri, pada tahun 2001 saya menuntut silat ini dengan beberapa kawan saya dari kampong saya yang kebetulan sekolah saya cuti, saya berbuat demikian kerana tak mau perguruan saya dengan Pak Da Umar diketahui oleh “budak-budak Pondok” yang lain yang merupakan kawan-kawan sekelas dengan saya, kami belajar sehingga hari keenam Pak Amat berpuas hati kerana katanya kami mudah diajar,(sebab kami rata-ratanya sudah belajar aliran spelek minagkabau di kampong kami), setelah kami dikhatamkan, hubungan saya dengan Pak  Da tak terhenti disitu sahaja, saya minta saya diajar satu gelangan lagi untuk pengukuhan dan beliau setuju, dan yang kedua ini hanya saya dan beliau saja, akhirnya  bila tamat Pak Da macam tau bahwa saya nak masuk serta dalam pertandingan muai, beliau berpesan,”buah ni takleh wat tunjuk ko ore sebarenge, apa lagi nak masuk bong”, bila dengar begitu saya batalkan niat saya nak sertai pertandingan muai, bila saya balik kampong saya tanya pada beberapa orang buah yang saya pelajari, kata Paka Lahanak sepupu saya(anak murid Pak Su Nor Teralak 4) ;” lagu tu silat spelek 7 hari, saing kita pun dulu ada juga blaja , biasonya aliran ni di Pasir Puteh sampai Besut”, kata Pak Nik (almarhum, seorang tua di kampong saya), bila saya tunjukkan pada beliau, beliau dengan sedikit terkejut berkata,” ni la ore panggil buoh pukule rasiyo 7 ari”(orang panggil buah pukulan rahsia 7 hari), kata beliau lagi, “kalu dulu hok bowo buah ni Tok We Alang Tabal de  Tok We Johe”(kalau dulu yang bawa aliran ni adalah Tok Wan Alang, dan Wan Johan), tambah beliau lagi, “mu ambik mano ni, buah ni dah pupuh dah, dulu Tok Guru buka gelange 3 bule 10 hari(100 hari) pah Tok Guru pilih anok murid terpilih baru ajar buah ni, (maknanya bukan semua orang yang boleh tanggung), katanya lagi; “dulu buah ni dok dale silat spelek Minangkabau”(Spelek Minangkabau/Sekebun) , kata seorang tokoh juga guru silat Spelek Minangkabau yang saya hormati di Kampong Berangan Tumpat yang bernama Pak Usof Colek bila saya tanya(cuma tanya kaedah), kata saya Pak Soh kalu tapak lagu ni, pah ore masuk kita wat lagu ni,  kito balas lagu ni silat gapo Pak Soh?, kata beliau;”tu IBU SILAT tu, bunga de buah luar cuma nak bui come jah sebenarnyo”,

Kesimpulannya saya telah mendapat apa yang saya telah saya cari selama ini, silat 7 hari yang saya jumpa dari pakda rupanya adalah pecahan dari satu silat pada zaman dahulu dan tak pasti bila bercerai menjadi berlainan, silat 7 hari punya beberapa nama seperti Dekar 7 malam, Spelek 7 hari, Buah 7 Hari, Buah Pukulan Rahsia 7 Hari, Gocoh 7 Hari.

Pak Da sering pesan, ” buah ni buleh pakai nga silat pun jadi nga muai pun jadi”, dan seperti perkataan Pak Usof Colek mungkin inilah IBU seni silat Melayu, kerana diketahui seni ini juga terdapat pada beberapa alirang silat melayu yang lain mau pun aliran selatan Cina dan satu aliran Muai yang agak sama pada kaedah asasnya, dan mungkinkan IBU SILAT ini tersebar sejak zaman Nusantara satu empayar Srivijaya? ,  dan ianya telah diolah sesuai dengan budaya dan krativiti sesuatu kaum, jawapannya Tuhan saja mengetahuinya.

22 responses to “Kisah Pencarian Buah Pukul 7 Hari Kelantan

  1. Mungkin ilmu ini jugalah yang saya cari2 selama ni.Sebab guru spelet tapak 3 yang pernah saya pelajari pernah menyebut dekar 7 hari namun dio tak pernah belajar.Mungkin menjadi rahsia / susut oleh guru.Permainan spelet tapak 3 lebih kepada mainan cara gelek untuk makan dan elak.Mungkin ada persamaan dengan dekar 7 hari

  2. ambo dpt maklumat dr sahabat lama, bekas hulubalang istana kelantan yg terkenal, kalu tak silap namanya pak da umar, juga ade ilmu pukulan 7 hari ni..

    mungkin orang2 istana mempunyai ilmu ni…mane2 ilmu yg mantap pasti menjadi pakaian orang2 istana…

    • :)…..ya, setau ambo mana mana yang mantap tu jadi pakaiye ore istana…kerana yang mantap itu namanya hikmat…cuba baca kitab pati rahsia yang dikarang orang istana, juga kitab hikmat mat kilau juga dari guru orang istana.

    • 🙂 apa yang berlaku keatas ambo adalah takdir Allah, semua orang punya pengelaman yang menarik, cuma anggapan masing-masing yang menjadikan ianya menarik atau tidak.

    • tak tau nak kata tu abe..ambo pun dah lamo tak kelik kelate…tapi pak da dah lama uzur, mata dah tak nampak mana…dah bberumur…kalu nak try gi gi lah ke kg telong,kandis tu.

  3. biasanya berapa hari proses pembelajarannya.Adakah selama 7 hari dan adakah hanya di ajar pada waktu malam sahaja?

  4. assalamualaikum….ow jadi silat ni se aliran jgak a dgn silat habib hamid(7 malam)??? tahniah kat demo2 seme…susah nak cari ilmu mcm ni ni…ambo pon ngah cari silat ni lamo doh ni….

  5. Salam Dikwan,
    Yang saya tahu silat habib hamid bukan boleh belajar 7 malam. Yang belajar berbelas tahun pun susah nak dapat menguasai rahsia sebenar silat tu

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s