10,000 guru j-QAF ditambah


10,000 guru j-QAF ditambah
13/06/2010

ALOR SETAR 12 Jun – Seramai 10,000 guru pengajian Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) akan diambil dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi memperkasa pendidikan tersebut di sekolah-sekolah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengambilan baru itu akan membolehkan pengajian j-QAF diperluaskan ke lebih banyak sekolah berbanding terhad untuk sekolah tertentu pada masa ini.

Menurutnya, pengambilan itu perlu bagi menampung kekurangan guru j-QAF yang kini berjumlah kira-kira 14,000 orang di seluruh negara.

“Pengambilan baru ini akan membolehkan guru j-QAF mengajar di sekolah lain seperti sekolah jenis kebangsaan yang terdapat ramai juga pelajar Islam,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-36 Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Ugama Malaysia Barat (KKGUMB) cawangan Kedah di sini, hari ini.

Menurutnya, langkah menambah bilangan guru j-QAF merupakan usaha bagi menjayakan RMK-10 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu.

Selain memperkasakan j-QAF, Jamil Khir memberitahu, peruntukan di bawah RMK-10 juga akan digunakan untuk memperkukuh pentadbiran dan pengurusan masjid selain membina bangunan baru yang berkaitan dengan agama Islam.

“Ia juga melibatkan pembangunan dan pembesaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membolehkan ia memainkan peranan yang lebih berkesan khususnya untuk kemajuan umat Islam di negara ini.

“Tidak ketinggalan ialah pembangunan pejabat agama Islam dan majlis agama Islam di negeri-negeri,” ujarnya.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s