Sejarah Ringkas Kaum Mujassimah


Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.

Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).

Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.

Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.

Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam Ahmad bin Hanbal tidak berkeyakinan dan tidak beraqidah sebagaimana mereka.

Imam-imam dan guru-guru besar kaum musyabbihah di antaranya adalah;

1) Abu Abdillah bin Hamad bin ‘Ali al-Bogdadi al-Warraq (meninggal 403H). beliau ini pengarang kitab usuluddin yang bernama “syarah usluddin”, di mana dihuraikan banyak tentang tashbih, yakni keserupaan Allah dengan makhluk.

2) Qadhi Abu Ja’la Muhammad bin Hussein bin Khalaf bin Farra’ al-Hanbali (meninggal 458H). beliau ini banyak mengarang kitab usuluddin yang banyak memperkatakan tentang tashbih. Ada ulama’ mengatakan bahawa : “aib yang dibuat oleh Abu Ja’la ini tidak dapat dibersihkan dengan air sebanyak air laut sekalipun”.

3) Abu Hassan Ali bin Ubaidillah bin Nashar az-Zugwani al-Hanbali (meninggal 527H). beliau pengarang sebuah buku usuluddin yang bernama “al-Idah”, di mana banyak menerangkan soal tashbih dan taklim.

4) Ja’ad bin Dirhan.

5) Bayan bin Ismail.

6) Muhammad bin Kiram (meninggal 256H).

7) Hisyam al-Juwaliqi.

8) Yunus bin Abdirrahman.

9) ‘Ali bin Mansur.

*Nombor (6) sampai (9) ini memfatwakan bahawa Allah itu bertempat, dan tempatnya di atas, boleh ditunjuk dengan telunjuk ke atas.

10) Muaz al-Anbari yang memfatwakan bahawa Allah lelaki.

11) Daud al-Jawarihi yang memfatwakan bahawa Allah itu mempunyai anggota serupa dengan anggota manusia seluruhnya.

12) Dan ramai lagi.

Seorang ulama’ Islam daripada kaum ahlussunnah wal jamaah bernama Jamaluddin Ibnu al-Jauzi al-Hanbali (ini bukan Ibnul Qayyim al-Jauzi) telah mengarang sebuah kitab untuk menolak fahaman kaum musyabbihah ini yang diberi nama “Daf’u Syubahit Tashbih war Rad ‘alal Mujassimah” (penolak syubhah tashbih dan penentang kaum mujassimah).
Diolah bahasa oleh al-Faqir daripada kitab i’tiqad ahlusunnah wal jamaah oleh Kiyai Haji Sirajuddin Abbas.
http://al-amindaud.blogspot.com

One response to “Sejarah Ringkas Kaum Mujassimah

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s