Apakah Gayung…Kenapa Berbilang Versi Dan Pecahannya??


salam satu perjuangan…ramai yang bertanya pada ambo apakah Gayung….kenapa ia berbilang-bilang…banyak versi dan pecahannya….kita biasa dengar pusaka gayung, gayung malaysia, gayung fatani, gayung kedah, gayung kelantan, gayung 9, gayung tunggal dan beberapa lagi istilah gayung….maka apakah maksud gayung sebenarnya??? ambo tau ini adalah satu topik yang agak menarik perhatian…t kasih pada saudara ambo abe Nik Aznan yang sbb dari beliau ambo perbincangkan topik ini…harap sesiapa yang punya sedikit pengetahuan sila kemukakan untuk dikongsi pngetahuan bersama di sini…

40 responses to “Apakah Gayung…Kenapa Berbilang Versi Dan Pecahannya??

  1. ada ore tafsir gayung berdasarkan perkataan gayung tu sendiri. ada ore tafsir gayung berdasarkan huruf-huruf ejaan gayung. banyak benar versi dia. ambo rasa kita kena kenalpasti apakah persamaan antara perguruan-perguruan yang menggunakan nama gayung tu baik dari segi sejarah, buah, tapak, seni atau pun amalan kerohanian. mungkin antara perguruan2 tu ada yang sama atau sepunya, hok tulah kita kena cari.

  2. setakat hok ambo tau (mungkin salah atau mungkin benar) istilah gayung ini umum. ada ore mentakrifkan nya sebagai kaedah serang-bela menggunakan kaki-tangan. ada ore tafsirkannya amalan kerohanian/ bacaan mantera (bukan pergerakan fizikal) yang digunakan dalam medan tempur. oleh kerana istilah gayung ni umum, sebab tu ada perguruan yang guna nama gayung walhal xdak mengandungi silibus dari silat seni gayung atau lain2. kalu takrif hok paling senang gak, cebok/cetong/pencedok lah maksudnya. tapi hok ni x relevan lah dgn dunia persilatan. tapi sape tau, mungkin ilham mengenai ilmu gayung ni berdasarkan cara menggunakan cebok/cetong/pencedok (boleh dilihat pada kaedah menggunakannya, sedangkan pergerakan fizikal haiwan dan lalang pun leh bukak minda manusia dengan izinNYA). segala ilmu dan ilham dari ALLAH.x mustahil ini boleh berlaku di kalangan ore Melayu. kalu rasa x relevan pendapat ambo ni, abaikan jelah. ambo ni hanyalah insan yang banyak kekurangan. ustaz pulok guano? mesti lagi bernas dari ambo ni🙂

  3. mengikut yg ambo tahu…

    seni silat gayung atau pusaka gayung yg arwah dato’ meor bawak tu dulu namanya silat sendi harimau…

    dan bukan dalam silat gayung sahaja ada pukulan gayung…silat2 lain pun ada…

    ambo ni cakap jer pandai..nak buat tak reti..

    • dulu meme dikenali sebagai sendi harimau. tapi ada gak nama buah kunci matinya seperti kilas sawa berendam dan kacip emas (seingat ambo).gaya kunciannya (keras dan mantap) jarang ada dalam beladiri lain.

  4. Assalamualaikum wbt

    Saudara pirdauf, mengapa memberi tafsiran bahawasanya ahli gayong angkuh belaka? Setau saya yg lemah lagi hina ini, Silat Gayong di ijazahkan oleh Rohaniah Hang Tuah sendiri di Utara Semenanjung suatu ketika dahulu dimana mengikut sesetengah orang, beliau meninggal disitu, kepada Arwah Datok Meor. Hang Tuah ludahkan air liornya ke mulut Datok Meor dan mengatakan bahawa beliau akan menjadi pendekar terhandal di dunia dan menyuruhnya mmengadap Sultan . Seperti mana beliau sendiri dipesan oleh Sang Adi Putra ketika tamat menuntut di Bukit Panau.

    Kehandalan Datok Meor terbukti apabila beliau menewaskan Bruce Lee dgn pukulan Kipas Nandong.Pecahan berlaku apabila masing-masing guru terawal mahu membina nama masing2 menurut saya . Perpecahan dalam Gayong amat ketara kini hingga saya pun menarik diri walau berguru dgn guru paling kanan dalam pertubuhan ini.

    Untuk makluman semua, terutama saudaraku Baba Syarif, saya baru diberitahu bahawa saya adalah dari keturunan Sang Adi Putra . Saudaraku Baba Syarif, saudara kita di Karimon blog iaitu Tok Sheikh telah mengesahkan ini setelah beliau beritahu oleh “Datuk” sendiri selepas kami melawat makam Datok di Pulau Besar 2 minggu lepas.

    Kata Tok Sheikh, Datuk cuma ada 2 anak iaitu Dang Melor isteri Hang Tuah dan Dang Wangi isteri Hang Jebat. Tetapi berat hati saya mengatakan bahawa datok ada isteri lain yg tak ditulis oleh sejarah dan mengikut blog seruling senja , keluarga ini menetap di Tumpat dan saudara sendiri mengajak mereka menziarahi makam Datuk saudara, bukan begitu?

    Beberapa ahli kerohanian mengenalpasti bahawa yang mendampingi saya adalah Datok Adi putra sendiri. Maka saya amat berharap sekiranya sudi saudaraku baba Syarif dapat membantu saya menjejaki kketurunan saya di Tumpat atau sesiapa yg boleh saya hubungi kerana saya kini bekerja di Bangi dan tinggal di Ampang.

    Masih ingat bahawa saya pernah mengatakan bahawa saya mengajar SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA khusus untuk pengamal perubatan Islam? Ilmu ini peninggalan murid Datokku dan saya sendiri mengubat menggunakan kaedah Ilmu Titik Sembilan, ilmu para wali.

    Semuga tuan sudi menghubungi saya ditalian 016-6353 601

    • hahaha geli tali pusat aku…ada lak org ngaku keturunan adiputra..mcm2 la dunia skang nih…bukankah manusia ni umurnya tak panjang. yang aku tahu hanya iblis jin je yang panjang umurnyaaaa…rohaniah hang tuah ke roh jin yng mendakwa dirinya hang tuah..

      • saudara pirdauf….kasar bebenar lidah saudara….kita melayu berkata biar pandang2, terlajak perahu boleh berundur saudara….disini (seremban dan perlis) terdapat ramai darah daging adiputra samada dari isterinya yang pertama atau pun yang ketiga

  5. Yang saya tahu, Gayong,atau Gayung, atau nama yang jarang didengar Gayuang, adalah sama maksud dengan silat dan pencak,iaitu gerak zahir seni beladiri.Mungkin pengaruh bugis kerana ada yang kata gayong tu perkataan bugis. Bila menunjukkan kebatinan ia dinamakan Gayungman atau Gayuman.
    Pirdauf,yang tak belajar gayong pun ramai jugak yang angkuh. Kalau awak ikhlas janganlah menghitamkan semua yang putih,atau memutihkan semua yang hitam. Hitam putih kehidupan.

  6. Salam….
    Maaf, saya bukanlah dari persilatan Gayung…Jadi kurang arif tentang Pertubuhan ini…apalagi untuk d kongsikan..Yang nyata, hanya anak-anak gayong yang lebih mengerti tentang versi dan pecahannya..….. Walaubagaimanapun saya amat tertarik dengan unkapan persilatan ini….

    SeGayung,Sekendi,Seperigi,SePerminum, SeJalan,Sedarah,SeDaging dan Sepadu…

    Pecah gayung d dlm dulang,
    Dulang hanyut d lautan Tujuh,
    Pecah Gayung perpecahan sayang,
    D satu masa balik berpadu…

    Jadi kesimpulannya, walauapapun yang d namakan depannya GAYUNG d tambah dgn nama2 tertentu …
    selagi tak bertentangan dgn Agama Islam…tetap namanya SILAT MELAYU…WallahuAlam….sekian…

  7. setahu ambo, istilah gayungman atau gayuman hanya dapat didengar di belah pantai timur jer..
    di pantai barat..utara, selatan tanahair takde pulak..

  8. KATO ORE ORE TUA HOK LAMO LAMO
    GAYONG NI ADALAH SILAT
    BERGAYONG MAKNANYA BERSILAT
    TAK KIRA LAH SILAT GAPO PUN TETAP GAYONG
    MACAM NAMA ASAL GAYONG DATO MEOR IAITU SILAT SENDI HARIMAU,ATAS DASAR-DASAR KEPERLUAN PERTUBUHAN MAKA DI TUBUHKAN SEBUAH PERTUBUHAN BERNAMA SILAT SENI GAYONG MALAYSIA IAITU NAMA PERTUBUHAN BAGI SILAT SENDI HARIMAU.BAGI ORE YANG TAHU MAKNA PERKATAAN SILAT ITU MAKA AKAN TAHULAH AKAN MAKNA GAYONG ITU.DI BEBERAPA DAERAH DI TERENGGANU,ORG YANG BELAJAR DAN BERSILAT DI PANGGIL ORG YANG BERGAYONG.TAPI ABE NIK IZNAN MEME DAH ADA JAWAPAN NYA.MINTA DIA KOMEN SINI WES.KEPADA SAUDARA PIRDAUS,ORE ANGKUH NI BUKAN DALAM SILAT GAYONG SAJA,SEBAB ANGKUH TU ADA DALAM SIFAT DIRI MANUSIA YANG TIDAK MENGENAL.KALAU SAUDARA PIRDAUS TIDAK ADA SEKELUMIT PUN SIFAT ANGKUH SILAKAN LAH MEMBERI KAMI SEMUA TUNJUK AJAR MACAMANA CARANYA DAN AMALANNYA UNTUK MENAFIKAN RASA ANGKUH DALAM DIRI SETIAP SAAT TARIKAN NAFAS DAN DEGUPAN JANTUNG.WASALAM BUAT TN BABA SYARIF…

  9. Assalamualaikum

    Sedikit info mengenai sejarah Datok Meor dan hang Tuah.

    Bersua Hang Tuah di Batu Hitam

    Ketika keluar berburu bersama-sama dengan tujuh orang rakannya di dalam hutan belantara di Menam(di sempadan antara Siam dan Tanah Melayu), sekonyong-konyong dengan takdir Tuhan hujan ribut telah turun disertai dengan kilat petir sabung-menyabung. Serentak dengan itu kawan-kawan beliau yang seramai tujuh orang tadi telah terpisah dengannya dan tidak kelihatan lagi. Keadaan itu berlaku hingga hampir ke tengah hari. Setelah keadaan pulih seperti sediakala, Meor Abdul Rahman menyedari bahawa dirinya tinggal bersendirian sahaja di hutan belantara itu. Beliau lalu meneruskan perjalanannya dengan merayau-rayau tanpa mengetahui arah yang hendak dituju, sehinggalah ke petang hari. Dalam keadaan diri yang sangat letih serta kebingungan, beliau mengambil keputusan untuk berehat lalu tertidur di atas suatu batu hampar berwarna hitam selebar kira-kira satu rantai.
    Di dalam tidurnya, beliau telah bermimpi bertemu dengan seorang tua yang berpakaian sebagai seorang hulubalang Melayu zaman dahulu, dengan siap berkeris. Lembaga tersebut memperkenalkan dirinya sebagai “Hang Tuah” pahlawan yang teragung di dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. “Sekarang tibalah masanya untuk kamu dikhatamkan…” kata lembaga tersebut. Dalam keadaan diri antara sedar dan tidak, Meor Abdul Rahman pun diajar dengan berbagai ilmu kependekaran zahir dan batin. Hang Tuah telah mencurahkan segala rahsia ilmu Silat Seni Gayong dan mempertahankan diri kepada beliau. Selepas beliau melalui pelbagai ujian dan cubaan, Hang Tuah akhirnya meminta Meor Abdul Rahman mengangakan mulut. Hang Tuah lalu meludah ke dalam mulut Meor Abdul Rahman, sebagai tanda sempurnalah sudah pengkhataman beliau. Meor Abdul Rahman telah diamanahkan supaya ilmu yang telah dipelajarinya (Seni Gayong)diperkembangkan dengan seluas-luasnya kepada keseluruhan insan menurut syarat-syarat dan adat-istiadat yang sejati mengikut masa-masa yang tertentu. Selain itu beliau juga disuruh menghadap sultan yang memerintah negerinya(Perak) ketika itu untuk menyembahkan taat setia. Hang Tuah juga mendakwa bahawa Meor Abdul Rahman adalah orang yang paling gagah dan tiada orang lain yang dapat menewaskannya selagi ia patuh kepada pantang-larang tertentu. Kemudian Meor Abdul Rahman diperintahkan meninggalkan tempat itu dengan segera menuju ke arah matahari naik. Setelah tersedar daripada tidurnya, Meor Abdul Rahman merasakan terdapat suatu kelainan pada dirinya; beliau seolah-olah telah diresapi oleh kegagahan yang amat luar biasa.

    Begitu lah seperti yang di ceritakan kepada ahli-ahli Gayung zaman berzaman. Makanya ahli-ahli Gayung belajar silat dengan JIN ke Pirdauf? Saya tak mahu ulas panjang kerana Tuan Baba Syarif lebih afdal menjelaskan segalanya.

    Saya hanya suka perhatikan sejauh mana keangkuhan hamba Nya ini. Saya cuma ingin mengesan salasilah keluarga saya yg terputus sahaja. Mungkin tersalah masuk tmpat kot.

  10. Assalamualaikum…
    GAYONG
    Guru hamba menyatakan bahawa antara maksud GAYONG ialah
    Gerak Allah Yg Maha Agung Dalam Rahsia2 Allah..
    Ia bermakna setiap gerakan kita baik dalam bersilat atau diluar silat digerakkan dgn izin-NYA.
    Setiap sepakan dan tumbukan terjadi hanya dengan izin-NYA
    Manusia sbg hamba yg lemah harus menafikan setiap pergerakan sebaliknya hanya berusaha untuk menyepak dan menepis segala serangan…
    Betul atau salah pendapat ini Wallahu’alam…

  11. Langkah dengan pelangkah , simpan dengan penyimpan, kunci dengan pengunci, Gayuman membelah bumi. Agak nyo…….

  12. Assalamualaikum saudara semua.
    maaf kalau sy mencelah, sekadar nk berkongsi maklumat.dr apa yg sy ketahui, perkataan GAYONG itu tercipta dari gabungan beberapa huruf yg mempunyai maksud tersirat tersendiri yakni Ga-Genggam, Alif-Angkat, Ya-Yakin, Wau-Waras, Nga-Ngeri (persatuan silat seni Gayong Malaysia)tetapi ada sesetengah perguruan mempunyai maksud tersirat mereka sendiri contohnya GAYONG = Gerak Allah Yg Maha Agong(Gayong Maarifat)selebihnya hanya Allah dan Guru2 Utama yg lebih mengetahui kenapa digunakan perkataan Gayong.kalau ada kesilapan sy mohon maaf, dan kalau boleh sila tegurkan.wallahualam.

  13. Buat saudara pirdauf, sy cuma nk tegur sikit, xmolek benar kalau dikatakan anak2 gayong ni angkuh2 belaka.xkesemuanya, bahkan jika bukan anak gayong pun ada jgk yg angkuh dan sombong bkn begitu saudara?lg satu, suka sy mengaitkan dgn satu firman Allah dalam surah Al- Isra “Dan mereka bertanya kepadamu tentang urusan ruh. Katakanlah: Ruh itu termasuk urusan Rabbku, dan tidaklah kalian diberi pengetahuan melainkan sedikit” Disini jelas, semuanya terpulang kepada kekuasaan Allah apa yg dikehendakinya.pernah kah saudara ke alam ruh atau alam ghaib?sy xpernah, dan sy xberani komen tentang wujud atau tidak rohaniah2 spt yg disebut diatas.sy cuma menyatakan pendapat sy, sy mohon maaf kalau tersalah tutur kata.salam

  14. Assalammu’alaikum. Hamba insan yg daif ingin mencelah. Saudara pirdauf : klu ada antara ahli silat x kira la gayung k gayong k atau apa saja nama silat yg bsikap angkuh/ sombong, itu adalah sifat lumrah manusia. Setahu sy setiap mahaguru/guru utama/gurulatih@jurulatih sentiasa mengigatkn ahli silat supaya mgikut resmi padi. Tp oleh kerana nama pun manusia, kekadang berlaku juga tindakan emosi diluar kawalan tak kira siapa pun.Jd setiap kita perlu selalu muhasabah diri dan berguru dgn guru yg boleh mendidik scara ‘zahir & batin’. Lg 1 bab isu makna ‘Gayong’, ianya zahir mgikut ilham dan ‘gerak hati’ setiap guru yg mggunakannya. Maka wujudlah pelbagai tafsiran. Lebih ‘molek’ dapatkn penjelasan dr guru2 tua yg membawa aliran gayong @gayung itu sendiri. Krn yg nyata setiap guru ada penjelasannya tersendiri. Takut2 kita generasi muda trsalah tafsir…. Wassalam.

  15. Assalamualaikum semua..
    Saya dr Gayung Fatani. Bab usul dan asal ni jgn la digaduhkan. Gayung tu maknanya silat la. Dari sudut falsafahnya, gayung itu pakain zahir dan batin. Silat pad zahirnya, Islam (islam iman dan ihsan) pada batinnya. takde kena mengena dgn gerakan mencedok, cebok dll. Jauh sgt telepasnya. Anggap ia mcam ni, lain guru lain kemahiran, lain pembawaan, lain kefahaman, lain kaedah menyampaikan. Tapi tujuannya mengajar dan memahamkan silat kpd bangsa Melayu. Memelayukan bangsa Melayu. Silat atau Gayung atau Pencak adalah kepunyaan Melayu. Harta dan warisan Melayu. Janganlah berbalah sesama sendiri.
    Tuan2,
    Tinggal kitalah yang mengekalkan sari pati budaya Melayu itu. Adat yang bersendikan Syarak. Tarian dah hampir lenyap Kemelayuannnya. Melayu dah tinggal sejarah. Adat dan adab hanya tinggal dikebumikan bersama2 dengan orang tua2 dihujung usia mereka. Kalau dulu, senggang masa kita akan lihat tua muda akan bersilat. Dirumah wujud taklim sama ada riwayat para sahabat. Atau sifat 20. Atau mengaji perukunan. Atau mengaji Qur’an. Sekarang? Mengaji Astro atau FB. Ramai dah pg clubing, melanggar perintah Allah sana sini.
    Tuan2,
    Semua silat bagus. Selagi kita amal Islam. Kita kena berusaha bangunkan silat ni. Jangan sampai orang Melayu tak kenal silat. Kenal Tae Kwon Do, Karate, Wushu lebih dari silat. Malah jadi amalan mereka. Bukan burukkan beladiri asing maksud saya. Mereka pun bagus tapi untuk bangsa mereka atau agama mereka (Hindu, Budha, Konfusius, Shinto dll). Tidak salah untuk tahu, tapi kita pakaila dulu yang kita punya.

  16. Assalamualaikum ya baba syarif & semua…

    Sy ni tak tahu pulak pasal asal-usul GAYUNG ni (jahil sungguh!) Saje je sibuk2 nk mencelah ruangan ni. Saya pun ada belajar silat sikit2. Itupun zaman muda2 dulu le. Org kata, belajar sambil kilas kain sarung (maknanya belajar sambil malas le tu… hehe).
    Tapi yg hairannya, silat yg sy belajar dulu tu tak bleh bgitau namanya kt org lain. Rahsia sgt kot (agaknye le). Dah puas sy cuba eksplorasi kt dunia siber dan semua senarai nama silat yg diketahui umum setakat ni, namun takde pulak nama silat yg sy maksudkan tu.
    Sy tidaklah bermaksud taksub pd silat tu, lg pun dah lama sgt sy tinggalkn alam silat, tp kan, yg agak menerujakan sy, setakat yg sy perhatikan, silat tu adalah antara silat2 yg penuh dgn “isi”. Di samping itu, ia mengajar secara langsung atau tidak langsung bagaimana meningkatkn keimanan dan ketakwaan kpd Allah, tanpa ada perkara2 khurafat padanya.
    Barangkali ye baba syarif & semua, ada lg beberapa silat org Islam Melayu yg agak rahsia (biarlah rahsia) atau tidak diketahui umum.
    Sy yg dhaif bab2 silat ni, amat berharap agar generasi org2 Islam Melayu bersatu atas nama Islam walau apapun nama silat yg mereka pelajari dan mahir dengannya.
    Pd pandangan naif sy, nama bagi sesuatu jenis silat tidaklah terlalu penting sgt untuk dibahaskan. Kerana, jika suatu hari nanti kita ditakdirkan mesti berperang melawan org kafir dlm konteks jihad fi sabilillah bagi mempertahankan Islam dan negara Islam kita, maka kita semualah yg pasti berjuang mengikut kadar kemampuan masing-masing.

    Maju Silat Untuk Agama

  17. Salam….

    Hampir kesemua pertubuhan/persatuan silat atau nama perguruan silatnya yang bermula dengan istilah GAYONG/GAYUNG ada terselit ilmu IBU GAYUNG dalam ajarannya.Apa yg dinamakan IBU GAYONG? IBU GAYONG adalah ilmu tertinggi dalam pelajaran silat kerana ianya merupakan ilmu berupa RAHSIA HAKIKAT INSAN. Untuk mengenal siapa diri kita dan siapa Tuhan kita yang sebenar2 nya.

    *namun ada juga silat yg menyelitkan ilmu Ibu Gayong tetapi tidak menggunakan nama Gayong dalam perguruan/pertubuhan mereka.

    Wallahua’lam

  18. Tetapi,sebahagian besar pertubuhan2 silat ini terpesong di tengah jalan…maknanya tidak sampai ia ke matlamat asal kenapa silat ini di ajar oleh pendita2 Bani Jawi. Antara contoh utamanya adalah Silat Gayong Malaysia sendiri. Dan ada juga yg “tertipu” dengan kelebihan2 tertentu dalam mencapai erti sebenar ilmu Ibu Gayong tersebut.Hanya terhenti di persimpangan yang penuh simpang siur……

    Wallahua’lam

  19. as salam..Gayung atau Gayong ( ikut sebutan)..mempunyai banyak maksud. Yang paling sahih..Ga-genggam, alif-angkat, Ya-yakin, wau-waras dan Nga-ngeri kepada ALLAH. Itu yang mudah difahami. Tidak keterlaluan pada pendapat saya…hampir kebanyakkan silat yang wujud di Malaysia ini, percaya atau tidak sebenarnya adalah berasal daripada GAYUNG Meor Rahman. Cuba selidik, hampir semua meniru pukulan dan jurus nya..renung2kan. kemudian ” mereka” belajar silat lain dan dicampur aduk..wujud nama silat lain..yang kadangkala kelakar bunyi namanya( maaf ,bukan semua..sesetengah yang menderhaka). Antara yang nyata bukan silat Gayung adalah seperti Silat CEKAK UST HANAFI..memang lain kan?..SILAT JAWA (semestinya lah bukan bugis)!..dan LIAN atau LIAN PADUKAN..yang tidak dipanggil silat tetapi berunsur kungfu ,namun ia HAK MELAYU!!!..kerana adanya pengaruh adat resam dan roh melayu dan lain lain lagi. GAYUNG Meor Rahman memang SILAT yang diantara terGAGAH dan TULEN dari MALAYSIA…ramai perguruan yang meniru dan terikut ikut. Namun kerana nila, rosak susu sebelanga..ada penderhaka, ada gila kuasa nak jadi Mahaguru, dan tubuh silat nama merapu, ada yg tak habis belajar dan ada berlagak angkuh dan sombong..(mereka itu golongan munafik dan sakit jiwa)..mudah kita kenali mereka..fikir fikirkan. Kesimpulannya SILAT yang ikhlas dan tulen semuanya bagus..hebat. Tetapi ia bergantung kpd individu tersebut, sejauh mana penguasaan ilmunya dan semangat dan anugerah Allah swt yang telah ditakdirkan untuknya. namun Gayung Meor Rahman telah ditakdirkan Allah menjadi lagenda dan meniti harum dan hebat namanya di bibir bibir generasi zaman berzaman dan dengan amalan 70 ribu bacaan surah al ikhlas..membuktikan segalanya adalah dengan izin Allah swt. siapa GAYUNG?..AKU GAYUNG!…KAU PUN GAYUNG..ilham menyusul zahir semula.

  20. Assalam..
    Saya pernah bertanya kepada seorang kenalan Indonesia berketurunan Bugis. Sahabat ini seorang marine crew, yang mana memang sinonim dengan orang2 bugis yang suka merantau.
    Saya bertanya apa maksud Gayung kepadanya, lantaran Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman mempunyai darah keturunan bugis.
    Katanya, Gayung dalam ejaan aslinya adalah Gayuang (disebut Gayang) yang mana makna dan sebutannya hampir sama dengan Kayang yang bermaksud menusuk. Gayang itu memberi maksud membunuh dengan cara menusuk.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s