Amal Soleh mesti melalui 8 tapisan


Amal Soleh mesti melalui 8 tapisan
dari: peribadirasulullah

http://www.almerzem.com/photos/albums/userpics/10001/normal_Pleiades_final_noiseweb.jpg

Ringkasan dari Hadis Muaz dengan Rasulullah SAW tentang Isra’ dan Mikraj:

1-Apabila amal soleh melalui langit pertama, Malaikat akan menilai agar amal soleh tersebut suci dari nilai-nilai Ghibah, atau mengumpat.

2-Apabila amal soleh tersebut berjaya melalui langit pertama, maka Malaikat dilangit kedua telah ditugaskan agar amalan tersebut suci dari nilai-nilai Matlamat dunia, jika amalan terebut suci dan selamat dari sifat-cifat matlamat dunia , maka dibenarkan meneruskan perjalan dan akan naik ke langit ke tiga.

3-Semasa amal soleh tersebut melalui langit ketiga, Malaikat akan menilai dan menapis amalan tersebut suci dari sifat bangga diri.

4-Apabila amalan teresebut tidak memilki unsur-unsur bangga diri, maka amalan tersebut akan dibenarkan melangkah ke langit keempat, semasa amalan soleh melalui langit keempat, Allah SWT mengarahkan agar amalan tersebut dinilai agar suci daripada nilai-nilai hasad.

5-Apabila amalan tersebut berjaya melepasi langit keempat, amalan soleh akan melalui langit kelima, semasa dilangit ke lima , amal soleh akan dinalai agar suci daripada sifat Ujub atau berbangga dengan kelebihan diri sendiri.

6-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit ke lima, amal tersebut akan melalui langit keenam, semasa amal soleh melalui langit keenam, Malaikat yang bertugas dilangit ketujuh akan menilai agar amal soleh tersebut mengandungi sifat kasihan belas kepada orang lain, tidak menzalimi orang lain dalam semua perkara.

7-Apabila amal oleh telah berjaya melepasi langit keenam, maka amal soleh tersebut akan diarak oleh ribuan para malaikat dan apabila sampai dilangit ketujuh, Malaikat yang menjaga langit ketujuh akanmenilai agar amal soleh tersebut suci daripada sifat Riya’, iaitu amal soleh yang disertakan dengan harapan amalannya diiktiraf oleh manusia srta disanjung dan diagong-agongkan.

8-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit ketujuh, amal soleh tersebut akan diiringi oleh ribuan para Malikat. Apabila amal soleh tersebut telah berada dihadapan Allah SWT. Maka Allah SWT akan menilai agar amal soleh tersebut dilakukan adalah Ikhlas demi Allah SWT, setelah amal soleh tersebut benar-benar dilakukan kerana Ikhlas kepada Allah SWT, Maka Allah SWT berstuju memberi pahala dan dimasukkan kedalam Syurga.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s