DOA PERJAGAAN DIRI


Berkata Arifbillah Shayiddi Sanusi ; “Sesiapa yang membaca doa ini pada setiap hari dan setiap malam tidak akan terkena anak panah, pedang, padah dan sesuatu yang dibenci dari seterunya. Dia juga tidak akan mati selama membaca doa ini, namun apabila sampai ajalnya dilupakan daripada membacanya.”

بسم الله الرحمن الرحيم

وصلى الله على سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم تسليما دائما. حرست نفسي وأهلي ومالي وما حضرني أو غاب عنى بالحي القيوم الذي لا يموت. وألجأت ظهري فى حفظ ذلك للحى القيوم. وأصبحت وأمسيت في جوار الله الذي لا يرام ولا يضام ولايستباح وفي ذمته وضمانه الذي ولا يخفر ضمان عبده. واستمسكت بلعروة الوثقى ربي ورب كل شئ ورب السماوات والارض. لا اله الا هو فاتخذه وكيلا. توكلت على الله وعتصمت بالله وفوضت أمري الى الله. نعم القادر الله. فالله خير حافظا وهو أرحم الراحمين. ان وليي الله الذي نزل الكتاب وهو يتولى الصالحين. وصلى الله على سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم تسليما عدد خلقه ورضاء نفسه وزنة عرشه ودوام ملكه ومداد كلماته. لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم. فان تولوا فقل حسبي الله لا اله الا هو. عليه توكلت وهو رب العرش العظيم.

Yang di bawah ini dibaca tujuh kali:

فان تولوا فقل حسبي الله لا اله الا هو. عليه توكلت وهو رب العرش العظيم.

Ertinya: “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Rahmat Allah keatas Penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya juga ucapan salam yang berpanjangan. Aku kawal diriku, keluargaku, hartaku, apa yang ada bersamaku atau yang tiada bersamaku dengan kawalan tuhan yang maha hidup lagi maha mengurus yang tidak mati.

Aku lepaskan bahuku dalam memelihara semua itu kepada tuhan yang maha hidup lagi maha mengurus. Pada waktu pagi dan petang aku berada didalam jagaan Allah yang tidak boleh dilontar, dizalimi dan diperlakukan sesuka hati. Juga berada dalam tanggungan dan jaminan yang tidak dapat dilindungi oleh jaminan hambanya.

Aku juga berpegang dengan tali yang kukuh, Tuhanku, Tuhan setiap perkara dan tuhan sekelian langit dan bumi, tiada Tuhan selain Dia, maka jadikanlah Dia sebagai tempat berserah. Aku berserah kepada Allah dan berpegang denganya. Aku serahkan segala urusanku kepada Allah. Sebaik-baik yang berkuasa itu ialah Allah, maka Allahlah penjaga yang paling baik dan yang paling penyayang. Sesungguhnya tuanku ialah Allah yang menurunkan kitab Alquran dan dialah yang menjadikan orang-orang soleh itu sebagai orang-orangnya. Rahmat Allah keatas penghulu kami nabi Muhammad serta kelurga dan sahabatnya serta salam sejahtera sebanyak bilangan makhluknya, keridaan dirinya serta timbangan arashnya selama pemerintahannya dan sebanyak dakwat-dakwat kalimahnya. Sungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu yang amat bertanggung jawab diatas penderitaan kamu, sangat bersungguh untuk kebaikkan kamu, amat pemaaf dan penyayang terhadap orang-orang mukminin. Jika mereka itu berpaling tadah maka katakanlah: Allah itu pencukup bagiku, tiada tuhan melainkan dia, kepadanya aku berserah dan dialah tuhan yang mentadbir arash yang maha besar.

One response to “DOA PERJAGAAN DIRI

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s