Muai Thai Seni Kebanggaan Bangsa Siam


 

Aksi Muai

Aksi Muai Thai

 

Aksi hero Muay Thai
Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my

Jaguh dunia papar kelicikan tinju Siam

TENDANG, tepis dan terjah. Tiga elemen ini menjadi senjata maut dalam rutin seni mempertahankan diri, Muay Thai. Hampir semua orang kenal apa itu Muay Thai iaitu sejenis seni mempertahankan diri dari Thailand yang memiliki peminat di serata dunia.

Menyedari tarikan Muay Thai sebagai seni mempertahankan diri popular, pusat kecergasan terkenal Celebrity Fitness mengambil inisiatif menganjurkan bengkel Muay Thai di cawangannya di kompleks beli-belah One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru.
Lebih istimewa, bengkel Muay Thai yang julung kali dianjurkan itu menampilkan tiga jaguh yang mencipta kejayaan luar biasa dalam seni mempertahankan diri berusia lebih 2,000 tahun itu.

Mereka ialah Wes Jaya yang juga peserta rancangan realiti Contender Asia II; pemegang tali pinggang berganda Muay Thai, Q Eikkasit dan Lee, pemenang juara dunia Muay Thai.

Pengurus Pemasaran Celebrity Fitness, Michael Andreas, berkata pihaknya lebih gemar menampilkan elemen berbeza dalam modul kecergasan seperti bengkel Muay Thai demi kepuasan pelanggan.

“Kita gembira dapat menawarkan kepelbagaian aktiviti kepada pelanggan termasuk mendedahkan mereka dengan seni mempertahankan diri Muay Thai.

“Lebih bermakna, bengkel Muay Thai ini disertai juara yang dapat berkongsi pengalaman dan tip mendalami seni mempertahankan diri popular ini,” katanya ketika ditemui XY – Ikon Lelaki.

Bengkel sehari itu memfokuskan asas kemahiran awal Muay Thai seperti seni pergerakan termasuk tendangan, pukulan, tepis dan menerjah pihak lawan.

Kira-kira 100 peserta yang mengambil bahagian berpeluang beraksi bersama Wes Jaya, Q Eikkasit dan Lee. Tiga jaguh ini juga melakukan demonstrasi bertarung dalam seni Muay Thai.

PESERTA bengkel Muay Thai di Celebrity Fitness, One Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Michael berkata, Muay Thai adalah seni mempertahankan diri yang menggunakan seluruh pergerakan otot.

“Dengan pembelajaran betul dan berkesan, kita tidak saja menguasai seni Muay Thai malah memiliki tubuh badan berotot dan kuat. Teknik yang pelbagai dan berseni ini menjadikan Muay Thai sebagai seni mempertahankan diri yang menarik dipelajari,” katanya.

Sejarah Muay Thai

•Muay Thai atau tinju Siam adalah seni mempertahankan diri yang dipercayai wujud sejak lebih 2,000 tahun lalu. Seni tempur Siam ini berkembang sejak beberapa dekad lalu dan menjadi sukan gelanggang utama di Thailand.

•Seni yang diadaptasi daripada kemahiran berperang tentera Thai ini menjadi seni bela diri rakyat – baik di kalangan lelaki atau wanita. Malah, ia menjadi sebahagian daripada warisan kebudayaan masyarakat Thailand.

•Muay Thai atau bermaksud tinju bebas adalah seni mempertahankan diri yang mewakili pelbagai unsur bela diri utama. Teknik serangannya hampir menyamai seni bela diri Pradal Serey di Kemboja, Lethwei (Myanmar), Kali (Filipina), Jun Fan dan pencak silat Melayu.

•Sejarah awal kewujudan Muay Thai tidak dapat dipastikan tetapi sejarah perkembangannya banyak dikaji. Ini termasuk ketika peperangan Thailand dan Myanmar yang membawa kepada terciptanya dua teori.

•Teori pertama mendakwa Muay Thai dicipta penduduk Thailand yang berhijrah dari daerah Yunan di selatan China ke bumi Thailand. Mereka dikatakan bertanggungjawab mengembangkan sistem peperangan dikenali sebagai Krabi Krabong (ilmu senjata tradisional) dan Muay Chao Chur yang akhirnya dikenali sebagai Muay Thai.

•Teori kedua mendakwa ketika Empayar Angkor, seni bela diri Muay Thai dikenali sebagai Bokator. Ia kemudian ditukar dengan nama Muay Boran dan kemudian, Muay Thai. Berdasarkan rekod kuno, ahli sejarah menyatakan Muay Boran digunakan dalam peperangan dengan Burma, China dan Vietnam.

•Muay Thai moden wujud pada tahun 1930-an apabila sarung tangan kulit diperkenalkan. Pusingan perlawanan dan kelas berat badan mula diseragamkan.

•Perubahan zaman menjadikan Muay Thai tidak lagi dianggap seni tempur tentera Siam, sebaliknya menjadi seni mempertahankan diri untuk semua. Namun, tradisi pertarungan masih diteruskan dengan pertandingan seperti K-1, Vale Tudo, Pride dan UFC sering mendapat sambutan peminat Muay Thai.

Read more: http://www.boxxtomoi.com/2009/07/making-news.html#ixzz1GtFxkjsU

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s