Kemulian dan Keistimewaan Nabi Muhammad oleh Al-Allamah As-Sayyid Muhammad bin Alwiy Al-Maliki Al-Hasani


 

 

Kemulian dan Keistimewaan Nabi Muhammad oleh Al-Allamah As-Sayyid Muhammad bin Alwiy Al-Maliki Al-Hasani

Kemulian dan Keistimewaan Nabi Muhammad oleh Al-Allamah As-Sayyid Muhammad bin Alwiy Al-Maliki Al-Hasani
Published on February 15, 2010 in Bulan Mawlid / Rabiul Awal, Mencintai Rasullullah dan Ahlul Bait, Artikel Islam and Habib.
Di dalam Kitab “Muhammad s. a. w. Insanul Kamil”, karangan Al-Allamah As-Sayyid Muhammad bin Alwiy Al-Maliki Al-Hasani, ada menyatakan beberapa perkara mengenai kemulian dan keistimewaan Nabi Muhammad yang diutuskan sebagai rasul yang terakhir yang sentiasa menyeru manusia ke arah kebahagian dunia dan akhirat, iantaranya ialah:

1. Muhammad Rasulullah s. a. w. adalah manusia pertama yang diciptakan Allah swt iaitu ketika Nabi Adam a.s masih dalam keadaan antara roh dan jasadnya ( dari hadith riwayat Tirmizi).

2. Allah telah menetapkan bahawa semua nabi bermula dari Nabi Adam hinggalah Nabi Isa a.s terikat dengan janji bahawa mereka akan beriman dan seterusnya membela atau membantu Rasulullah s. a. w. Firman Allah yang bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: “Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya”. ( Surah Ibrahim : 81).

3. Silsilah atau asal-usul keturunan baginda s.a.w. bermula dari Nabi Adam a.s hinggalah Abdullah bin Abdul Mutalib tidak terdapat seorang pun di antara mereka yang pernah melakukan perbuatan yang tidak senonoh. (dari hadith yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan lain-lain).

4. Pada saat kelahiran baginda s. a. w., bondanya melihat cahaya memancar menerangi istana-istana megah di Syam (diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal).

5. Pada saat baginda SAW sedang berjalan di tengah terik panas matahari, terdapat gumpalan awan memayunginya. (diriwayatkan oleh Abu Naim dan lain-lain).

6. Pernah terjadi ketika mana baginda s.a.w. sedang berjalan dan hendak berteduh di bawah sepohon pokok, pokok itulah yang bergerak mendekati baginda. (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi )

7. Ketika baginda SAW masih kanak-kanak, ketika baginda sedang bermain-main datanglah Malaikat membelah dadanya dan mensucikan hatinya. ( diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lain)

8. Pada waktu Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hira’, Jibril a.s memeluk Baginda sebanyak 3 kali. ( diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

9. Allah s. w. t. memberi nama ‘Muhammad’ kepada baginda yang berasal dari perkataan ‘hamada’ (puji). Ianya merupakan kata akar bagi salah satu sifat Allah iaitu ‘Mahmud’ (Maha Terpuji). Sebelum itu tidak ada seorang pun yang bernama seperti baginda s. a. w. ( diriwayatkan oleh Muslim )

10. Baginda s. a. w. sering lapar di malam hari kerana tidak mempunyai makanan , namun keesokan harinya baginda akan berasa kenyang. Allah swt jua yang dengan kekuasaan ghaibnya memberi ‘makan-minum’ kepada baginda s.a. w. hinggakan baginda tidak berasa lapar atau haus ( diriwayatkan oleh Muslim).

11. Baginda s. a. w. dapat melihat sesuatu yang dibelakangnya dengan jelas seolah-olah baginda melihat dari arah hadapannya. ( diriwayatkan oleh Muslim).

12. Di waktu malam yang gelap-gelita, baginda s. a. w. dapat melihat sesuatu dengan jelas dan terang seolah-olah seperti baginda sedang melihatnya di waktu siang (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi ).

13. Ludah baginda s. a. w. dapat menjadikan air laut yang masin menjadi tawar (diriwayatkan oleh Abu Naim).

14. Suara baginda s. a. w. dapat didengari oleh orang yang berada pada jarak yang kebiasaannya susah untuk mendengar. ( diriwayatkan oleh Bukhari).

15. Baginda s. a. w. hanya tidur dengan mata, sedangkan hatinya tetap tidak tidur. ( diriwayatkan oleh Bukhari ).

16. Baginda s. a. w. tidak pernah menguap. (diriwayatkan oleh Abu Syaibah dan lain-lain. Dikemukakan juga oleh Al-Khatabiy ).

17. Selama hidup baginda s. a. w. tidak pernah ihtilam (mimpi syahwat) sama seperti para Nabi dan Rasul sebelumnya. ( diriwayatkan oleh Tabrani).

18. Peluh (Keringat) baginda sama-sekali tidak berbau. ( diriwayatkan oleh Abu Naim dan lain-lain ).

19. Apabila Baginda s. a. w. berjalan di samping orang bertubuh tinggi, baginda nampak lebih tinggi. (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi).

20. Allah s. w. t. telah memperjalankan Baginda pada malam hari dari Masjidul Haram di Mekah ke Masjidul Aqsa di Palestin. Firman allah di dalam al-Quran: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (Surah Al-Israa’ : 1)

21. Allah s. w. t. telah menurunkan Malaikat bagi membantu baginda semasa peperangan Badar dan peperangan Hunain. Firman Allah: ‘Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. (Ingatlah), ketika kamu mengatakan kepada orang mu’min: “Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?” (Surah Al-Imran : 123-124 )

Sebagai umat Muhammad s.a.w. kita perlu mengingati dan mencintai Rasul kita s.a.w. dengan suatu penghayatan yang sebenarnya, atau dengan kata lain wajib dihayati oleh setiap orang yang beriman sepanjang masa, tidak hanya pada waktu-waktu tertentu atau musim-musim tertentu seperti mengingati Baginda s.a.w. hanya di bulan Rabiul Awal ini saja. Cuma yang lebihnya memperingati Baginda s.a.w. di bulan Maulid ini adalah lebih khusus kerana Baginda mengikut riwayat yang paling mashyur dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun gajah. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diambil dari Qatadah yang bermaksud;”Bahasanya Rasulullah s.a.w., apabila ditanya mengenai puasa pada hari isnin, maka Baginda bersabda : itulah hari dimana aku dilahirkan dan hari mula turun wahyu kepada ku” H.R.Muslim

Di dalam keadaan dan suasana manusia yang sedang hanyut dan tenggelam di dalam arus jahiliyah, manusia yang sedang berada di julang api neraka, di saat manusia membunuh sesama sendiri, di kala manusia lupa Tuhan yang sebenarnya dengan menyembah berhala, tidak mengenali hakikat agama yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu dan menyeleweng daripada ajaran yang sebenarnya.

Di tengah-tengah keadaan inilah, maka lahirlah sinaran dan cahaya islam yang dibawa oleh seorang pesuruh Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ajaran yang suci ini telah dibawa oleh seorang pesuruh Allah yang terpilih ini, semuanya bersumberkan kepada wahyunya daripada Allah s.w.t. yang bertujuan untuk menyelamatkan manusia dengan mengajak mereka beribadat kepada Allah semata-mata dan menjauhi diri dari ajaran yang salah dan sesat.

Jelas sekali, sumbangan Baginda dalam mengangkat dan meningkatkan peradaban manusia cukup besar dan bermakna. Oleh itu, kedatangan bulan ini perlu disambut setiap umat Islam dengan penuh kesyukuran kerana dalam bulan inilah lahir seorang pemimpin unggul, agung dan berwibawa yang mengubah suasana dan keadaan hidup manusia ke arah kehidupan lebih cemerlang, bahagia dan berjaya. Allah berfirman yang berbunyi:
Maksud: “Tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbia, ayat 107).
Perjuangan Baginda s. a. w. dalam usaha menegakkan Islam di muka bumi ini, dipenuhi peristiwa pahit dan getir. Baginda terpaksa menempuh pelbagai ancaman dan halangan, menghadapi pelbagai kesengsaraan, penderitaan, penindasan dan sebagainya. Baginda diutus Allah menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun. Pelantikan Baginda sebagai Rasul membolehkan Baginda menyebarkan dakwah dan mengajak umatnya ke jalan lurus. Kesungguhan Baginda akhirnya berjaya membawa masyarakat Arab ke jalan benar dan diridloi Allah.

Justru itu, pada hari ini, marilah kita umat Islam bergandeng bahu dan merapatkan jurang untuk sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan menghayati ajaran dan sunah Rasulullah. Sesungguhnya, kedatangan Rabiulawal tahun ini, diharap dapat menyelesaikan kemelut yang menimpa umat Islam ketika ini, sekaligus membawa semangat baru kepada perjuangan menegakkan Islam.

Sumber e-mosque.com.my

Iklan

Kelab Peminat Seni Buah Pukul 7 Hari Kelantan


Assalamualaikum buat para peminat seni Buah Pukul 7 Hari Kelantan, anda dijemput menyertai kelab ini sebagai merapatkan ukhwah persaudaraan, bagi memudahkan aktiviti bagi ahli-ahli sila tinggalkan no telefon dan alamat email anda, bagi alamat saya SARANkan anda JANGAN tinggalkan alamat penuh dan maklumat pribadi sulit bagi mengelakkan diatas SEBAB-sebab menJAGA KESELAMATAN, sila tinggalkan lokasi daerah anda saja,contoh ;

nama: ahmad……… , email: ahmad123@yahoo…….., no tel:019….., lokasi: palekbang tumpat….. , aliran perguruan: silat cantik, muai thai, peringkat: ahli biasa…..sebab-sebab berminat menyertai kelab seni buah Pukul 7 hari kelantan:……….

segala maklumat ahli seperti diatas adalah penting untuk saya merancang aktiviti di masa depan berdekatan tempat anda, untuk latihan intensif seni buah pukul saya mungkin akan membuatnya secara berperingkat berdasarkan maklumat yang anda berikan. sila klik ke KELAB PEMINAT BUAH PUKUL 7 HARI diatas…SALAM UKHWAH dari SAYA..assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Ribena Ada Kandungan Arak???


air ribena haram??

air ribena haram??

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. ‘Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,’ katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. ‘Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,’ katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. – Agensi

Hikmah Amalan Poligami


POLIGAMI

Poligami ialah amalan berkahwin lebih dari seorang wanita. Amalan ini sering dikaitkan oleh musuh-musuh Islam sebagai bahan untuk memburuk-burukkan dan merendah-rendahkan agama yang suci ini. Monogami pula ialah amalan berkahwin dengan seorang wanita sahaja.

MENGAPA HANYA EMPAT ISTERI?

Sebelum kedatangan Islam, banyak kaum dari pelbagai bangsa yang membenarkan umatnya mengahwini lebih dari seorang wanita. Dan bilangan yang dibenarkan pula tidak menentu, bahkan ada yang mengahwini hingga berpuluh-puluh dan beratus-ratus wanita.

Kemudian datanglah Islam membawa keadilan dan kesederhanaan dengan menetapkan tahap maksima empat orang isteri sahaja dalam satu masa. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa buah hadis, di mana Ghailan al-Thaqafi ketika memeluk Islam ada bersamanya sepuluh orang isteri, Qais mempunyai lapan orang isteri dan Naufal pula lima orang isteri. Kemudian Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar memilih empat orang darinya sahaja.

Bilangan empat orang isteri bila ditinjau dari sudut lain pula amatlah bersesuaian dengan kemampuan seorang lelaki, di mana setiap seorang dari empat orang isterinya itu mengalami pusingan haidh seminggu setiap bulan. Di samping itu juga dengan empat orang isteri sudah cukup untuk menegah seorang lelaki dari melakukan perkara-perkara yang menyimpang dari syariat Islam, termasuklah perbuatan menyimpan perempuan-perempuan jalang untuk memenuhi kehendak nafsunya.

Manakala bilangan yang melebihi dari empat pula, adalah dikhuatiri akan berlaku zalim oleh lelaki terhadap kaum wanita dengan kurangnya kemampuan memberikan hak-hak yang telah diwajibkan, samada hak pembahagian, nafkah atau jimak.

Kesimpulan yang dapat diambil ialah, bilangan empat adalah suatu bilangan yang adil dan sederhana. Ia dapat memelihara kaum wanita dari penganiayaan dan penindasan.

HIKMAT POLIGAMI

Menurut Dr. Yusof al-Qadhawi, bahawa sesungguhnya Islam adalah kalimah Allah yang terakhir di mana dengannya merupakan penutup segala risalah nabi-nabi sebelumnya. Oleh itu syariat Islam didatangkan secara menyeluruh dan abadi untuk seluruh manusia di pelusuk dunia. Ia tidak disyariatkan hanya untuk orang yang bertamadun sahaja dengan melupakan orang-orang kampung, atau untuk negara yang beriklim sejuk dengan melupakan yang beriklim panas, atau khusus untuk satu abad tertentu dengan meninggalkan abad dan jenarasi yang lain.

Sesungguhnya syariat Islam amat bersesuaian dengan setiap individu atau kumpulan, serta mampu memenuhi kehendak dan keperluan mereka semua.

Sebahagian dari manusia mempunyai keinginan yang kuat untuk memperoleh anak tetapi dia telah dikurniakan dengan seorang isteri yang tidak mampu melahirkan, kerana sakit atau sebagainya. Jadi, apakah bukan suatu kemuliaan bagi isteri dan suatu kebaikan bagi suami seandainya dia berkahwin dengan seorang wanita lain yang mampu melahirkan dengan mengekalkan isteri pertama serta diberi jaminan terhadap hak-haknya?

Sebahagian lelaki pula mempunyai keinginan syahwat seks yang terlalu kuat, tetapi dia telah dikurniakan dengan seorang isteri yang rendah keinginannya terhadap lelaki, samada kerana sakit atau mempunyai tempoh haidh yang agak lama. Dalam masalah ini lelaki tidak dapat menahan kesabarannya terhadap wanita. Dalam keadaan begini salahkah jika dia mengahwini seorang lagi perempuan secara halal sebagai ganti dari perempuan yang disimpannya secara haram?

Begitu juga, kadangkala bilangan wanita melebihi bilangan lelaki, lebih-lebih lagi ketika berlakunya peperangan yang banyak meragut nyawa kaum lelaki. Di sinilah maslahat sosial dan maslahat wanita itu sendiri perlu di dahulukan agar mereka tidak hidup sepanjang hayat dalam keadaan membujang tersisih dari satu kehidupan berumahtangga, di mana di dalamnya terdapat ketenteraman, kasih sayang, nikmat keibuan dan memenuhi seruan naluri yang sentiasa memanggilnya.

Dalam menghadapi masalah bilangan wanita berlebihan dari lelaki, terdapat tiga jalan penyelesaiannya, iaitu:

1. Wanita-wanita tersebut menghabiskan usianya dalam kepahitan kerana tidak memenuhi kehendak nalurinya.

2. Mereka memenuhi kehendak jiwa dengan mendampingi lelaki-lelaki secara haram.

3. Membenarkan mereka mengahwini lelaki-lelaki yang telah berumahtangga yang mampu memberi nafkah dan kasih sayang.

Tidak syak lagi, bahawa jalan terakhir ini adalah cara yang halal dan adil.

Dr. Wahbah al-Zuhaili pula ketika membicarakan mengenai hikmat berpoligami telah membahagikan sebab pengharusan syariat ini kepada dua, iaitu:

1. Sebab Umum, iaitu mengatasi masalah bilangan perempuan yang melebihi bilangan lelaki. Rentetan dari masalah ini timbul pula masalah lain, iaitu perlunya penambahan rakyat sesebuah negara untuk pelbagai tugas termasuk dalam bidang peperangan, pertanian dan perindustrian.

2. Sebab khusus, iaitu yang datangnya dari pihak perempuan seperti kemandulan, sakit dan sebagainya, atau dari pihak lelaki seperti mempunyai nafsu seks yang terlalu kuat dan seumpamanya.

Syed Sabiq pula telah menyatakan tentang hikmat berpoligami dengan panjang lebar. Antara yang di perkatakan oleh beliau ialah:

1. Merupakan rahmat dari Allah Taala.

2. Memperbanyakkan rakyat agar negara menjadi kuat dengan ramainya tenaga pakar dalam pelbagai teknologi. Dengan kekuatan ini, maka risalah Islam dapat disebarkan kepada seluruh manusia.

3. Melindungi janda-janda yang kematian suami ketika mempertahankan negara.

4. Sebagai jalan penyelesaian ketika menghadapi masalah kekurangan lelaki.

5. Mengatasi masalah wanita tidak dapat melakukan hubungan jenis ketika berada dalam tempoh haidh selama seminggu, tempoh melahirkan serta nifas selama 40 hari dan selepas usia putus haidh iaitu sekitar 45 atau 50 tahun. Sedangkan lelaki sentiasa dalam keadaan terbuka untuk melakukan hubungan seks sejak usia baligh sehingga mencecah usia tuanya.

6. Pengambilan syariat poligami dalam negara-negara Islam merupakan satu kebaikan yang amat besar di dalam mengekalkan bersihnya imej negara dari gejala-gejala keruntuhan nilai sosial dan hilangnya akhlak genarasi. Dapat dilihat bagaimana kesannya terhadapa masyarakat yang telah mengharamkan poligami:

i. Tersebarnya kefasikan dan kerosakan, sehingga bilangan pelacur lebih ramai dari bilangan mereka yang bersuami.

ii. Hasil dari masalah ini, ramailah lahir anak-anak haram. Di Amerika Syarikat setiap tahun seramai 100 ribu anak haram dilahirkan.

iii. Hasil dari perhubungan yang keji ini maka menularlah pelbagai penyakit fizikal dan mental.

iv. Mengalir unsur-unsur kelemahan dan ketidakupayaan di dalam jiwa.

v. Renggangnya hubungan suami isteri serta porak peranda institusi keluarga.

vi. Luput nasab yang sah, sehingga seorang suami tidak dapat memastikan dengan tepat apakah anak yang dibela itu adalah dari benihnya.

SYARAT-SYARAT POLIGAMI

Islam mengharuskan poligami dengan mengenakan dua syarat utama iaitu:

1. Dapat bersikap adil terhadap isteri-isterinya. Maksud adil di sini ialah keadilan yang mampu digapai oleh manusia, iaitu penyamarataan dari sudut material samada nafkah, pergaulan yang baik dan tempat tinggal.

Bukanlah yang dimaksudkan dengan adil disini penyamarataan dari sudut perasaan, cinta dan kecenderungan hati. Kerana perkara ini tidak mampu dilakukan oleh seseorang.

2. Kemampuan memberi nafkah. Syarak tidak membenarkan perkahwinan seorang lelaki yang ternyata tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya, samada isterinya itu seorang, dua, tiga atau empat.

KEIZINAN DARI KADHI ATAU HAKIM UNTUK BERPOLIGAMI

Terdapat beberapa buah negara yang memperuntukkan dalam undang-undang keluarganya yang menegah seseorang suami berkahwin lebih dari seorang kecuali setelah mendapat keizinan dari kadhi atau mahkamah. Pengizinan akan diberikan setelah benar-benar dipastikan bahawa suami berkenaan akan berlaku adil dan berkemampuan memberi nafkah.

Syeikh Zakiuddin Sya’ban di dalam al-Ahkam al-Syar’iyah lil-Ahwal al-Syakhsiah telah mengkritik undang-undang ini, antaranya ialah:

1. Syarat yang dikenakan oleh Allah Taala terhadap syarat-syarat poligami hanya kepada sesiapa yang berkeinginan untuk berpoligami sahaja.

Jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah seorang sahaja) – (al-Nisaa’:3)

Jelas di sini bahawa firman ini hanya ditujukan kepada mereka yang berkeinginan berpoligami, bukan kepada orang lain samada kadhi, hakim atau mahkamah. Dan membuat penilaian terhadap rasa takut tidak berlaku adil oleh pihak selain dari suami adalah menyalahi nas al-Quran ini.

Begitu juga dengan penelitian terhadap kemampuan memberi nafkah, nas syarak hanya menghalakannya kepada pihak yang berkeinginan untuk berpoligami atau berkahwin sahaja. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Wahai para pemuda! Barangsiapa yang mampu mengeluarkan belanja perkahwinan hendaklah dia berkahwin…..”

2. Penyelengaraan kadhi terhadap perkara-perkara peribadi adalah sesuatu yang sia-sia, kerana kadangkala dia tidak dapat membongkar sesuatu yang sebenarnya. Kebiasaannya, manusia akan menyembunyikan kebiasaan-kebiasaannya untuk tujuan poligami. Seandainya kadhi dapat membongkar hakikat sebenarnya, maka ini bermakna dia telah membongkar rahsia kehidupan sebuah rumahtangga dan campur tangan atau mengganggu kebebasan manusia. Lagi pula, seorang kadhi telah membuang masa dengan menangani kes-kes seperti ini yang mana sepatutnya masa itu digunakan untuk kes-kes lain. Dia menegah dan memerintahkan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya.

Perkahwinan adalah masalah peribadi yang tidak boleh dicampuri oleh orang lain. Ia terlaksana dengan kesepakatan dari kedua belah suami isteri dan pihak wali wanita.

3. Poligami tidaklah berlaku sehingga ke peringkat begitu dikhuatirkan. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, terbatas dan amat jarang sekali. Pada tahun 50an, di Mesir dan Libya hanya 4%, dan di Syiria 1% sahaja. Dari nisbah ini, maka tidak perlulah digubal undang-undang yang khusus untuknya. Bahkan jika telah termaktub, ia tidak akan memberi apa-apa perubahan. Kerana untuk mengatasi masalah ini, bergantung kepada sejauh mana pengamalan agama di dalam diri setiap individu.

4. Seperti yang disangkakan, poligami bukanlah punca berlakunya tragedi anak-anak lari dari rumah (rumahtangga porak-peranda). Sebenarnya, yang menjadi punca utamanya ialah kelalaian ibubapa mendidik anak-anak dengan sempurna, gejala penagihan arak dan dadah, judi dan mengabaikan hal-hal rumahtangga.

Dan masalah anak lari dari rumah yang disebabkan oleh poligami pada tahun 50an hanya dalam kadar 5% sahaja, dan punca utama dari masalah ini pada hakikatnya adalah kemiskinan.

Terdapat dua perkara untuk mengatasi pengabaian tanggungjawab setelah berpoligami, iaitu:

1. Mendidik jenarasi dengan didikan agama serta akhlak yang mulia, sehingga sepasang suami isteri dapat merasakan kukuhnya ikatan suci yang mereka bina serta dapat menumpukan terhadap asas kasih sayang yang dianjurkan oleh al-Quran.

2. Menghukum suami yang menzalimi atau tidak memberi hak-hak kepada isterinya, atau mengabaikan tugas mendidik salah seorang dari anak-anaknya sebagaimana yang telah diwajibkan.

Syed Sabiq di dalam Feqh al-Sunnah juga ada memberikan krtitikannya terhadap masalah poligami yang perlu diteliti terlebih dahulu oleh kadhi dari sudut kemampuan memberi keadilan dan nafkah.

Beliau berkata, kehidupan berkeluarga memerlukan nafkah yang besar, dan semakin ramai bilangan keluarga dengan berpoligami semakin bertambahlah nafkah yang perlu dibelanjakan. Perkara ini amat membebankan suami, dan lemahlah dia dari memberikan nafkah keluarga dan mendidik mereka agar menjadi insan yang soleh serta mampu bangkit memikul beban kehidupan dan liku-likunya. Apabila perkara ini terjadi, maka akan tersebarlah kejahilan, kerosakan dan wabak kemungkaran.

Kemudian, pada hari ini seorang lelaki tidak akan berkahwin lebih dari seorang kecuali hanya untuk melepaskan nafsu syahwat mereka atau kerana kerakusan mereka terhadap harta benda. Dia sudah tidak mengendahkan lagi hikmat poligami serta maslahah yang melatarinya. Ramai yang mencabuli hak-hak isteri dan anak-anak mereka. Darinya, terjadilah pertelingkahan antara keluarga yang berantai-rantaian sehingga ada yang sanggup berbunuhan.

Perkara di atas adalah sebahagian dari kesan poligami, dan ia telah di jadikan sebagai bukti perlunya penelitian dari kadhi sebelum dibenarkan berpoligami.

Dan mengenai masalah ini Syed Sabiq memberikan jawapan, bahawa jalan penyelesaian mengenai masalah di atas bukanlah dengan bertindak menegah sesuatu yang telah dihalalkan oleh Allah. Cara yang betul ialah dengan pengajaran dan pendidikan serta memberi kefahaman kepada manusia tentang hukum-hakam agama.

Lihat saja, bagaimana manusia telah dibenarkan mengecapi makanan dan minuman tanpa melebihi hadnya. Jika dia berlebihan di dalam makan dan minumnya, maka penyakit akan menghinggapinya. Dalam keadaan ini, makanan dan minuman tidak boleh disalahkan, tetapi sikap berlebihan dan pelahap itulah yang perlu disalahkan. Dan untuk mengatasi masalah ini, bukanlah dengan cara menegah orang dari makan dan minum, tetapi dengan mengajarnya adab-adab yang patut dijaga semasa makan agar terhindar dari penyakit.

Sesungguhnya orang yang beranggapan bahawa poligami tidak dibenarkan kecuali setelah mendapat keizinan dari kadhi dengan bersandarkan realiti yang berlaku tentang kesan negatif poligami merupakan orang-orang yang jahil atau pura-pura tidak mengerti tentang mara bahaya hasil dari pengharaman poligami. Mara bahaya hasil dari pengharusan poligami adalah lebih rendah atau lebih ringan jika dibandingkan dengan mara bahaya hasil dari pengharaman poligami. Oleh itu wajiblah menjaga yang lebih berat kemerbahayaan dari keduanya dengan cara mengharuskan yang lebih ringan.

Merealisasikan perkara ini (poligami dengan izin kadhi) bermakna menyerahkan kepada kadhi suatu perkara yang tidak boleh ditetapkan. Kerana tiada satupun neraca syarak yang memungkinkan seseorang mengetahui keadaan dan tingkah laku manusia. Bahkan kadangkala mudharatnya lebih hampir dari manfaatnya.

Orang-orang Islam dari dahulu sehingga kini telah mengamalkan poligami, dan tidak pernah sampai kepengetahuan kita bahawa mereka mengharamkannya atau membenarkannya setelah diteliti oleh kadhi. Kita perlu membenarkannya sebagaimana mereka telah membenarkannya. Dan tidak selayaknya bagi kita menyempitkan Rahmat Allah yang maha luas.

*****
Berdasarkan penjelasan di atas, saya kira soalan saudara telahpun berjawab, dengan disertai beberapa pengetahuan dan nasihat lain yang berguna mengenai poligami.

Jelasnya, berpoligami asal hukumnya adalah dibolehkan (jaiz), bukannya wajib. Cuma, dari hukum harus ini akan bertukar menjadi hukum lain – wajib, sunat, makruh dan haram. Ia adalah hukum yang mendatang, bukan hukum asal. Contohnya, jika seseorang itu sememangnya sudah tahu (dan pada realitinya begitu) tidak berkemampuan untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya nanti, maka ketika itu haram hukumnya berpoligami.

Contoh lain, jika seseorang itu mampunyai nafsu seks yang kuat, sehingga jika dia tidak berpoligami kemungkinan untuk terjebak ke lembah perzinaan adalah besar. Maka ketika itu dia wajib berpoligami (setelah memenuhi syarat-syaratnya).

Dan untuk mendapat pengetahuan lain yang berhubung kait dengan masalah poligami (giliran bersama isteri-isteri) sila rujuk jawapan soaljawab 18.

Wallahu a’lam

Rujukan
1. Al-Mughni al-Muhtaj, Syeikh Muhamad al-Khatib al-Syarbini
2. Feqh al-Sunnah, Syed Sabiq
3. Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, Dr Wahabh al-Zuhaili
4. Dr Yusof al-Qardhawi, al-Halal Wal Haram Fil Islam

Ribena Ada Kandungan Arak???


air ribena haram

air ribena haram

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. ‘Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,’ katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. ‘Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,’ katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. – Agensi

Pendustaan Punca Sifat Munafik


Pendustaan punca 3 sifat munafik
PADA zaman Rasulullah SAW, pegawai kerajaan diarahkan menyimpan apa saja yang mereka terima sebagai hasil negara dalam Perbendaharaan Awam. Rasulullah SAW turut memberi peringatan, “Wahai manusia! Sekiranya ada di kalangan kamu yang dilantik sebagai wakil pentadbir oleh kami, dan kemudian menyorokkan daripada kami walaupun hanya sebatang jarum, atau lebih, dia sudah berkhianat, dan akan membawanya di Hari Kebangkitan.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Peringatan Rasulullah SAW itu selaras amaran Allah dalam firman bermaksud: “Sesiapa yang berkhianat menggelapkan sesuatu harta (kepunyaan semua), dia akan datang menanggung apa yang dikhianatkan itu pada Hari Kiamat; kemudian akan dibalas tiap-tiap seorang apa yang dikerjakannya, sedang mereka tidak dianiayai.” (Surah Ali-‘Imran, ayat 161)

Peringatan itu penting kerana mereka yang diamanahkan untuk memerintah memiliki kuasa besar terhadap cara hasil negara dibelanjakan. Untuk mendokong sifat amanah terhadap kuasa inilah Allah merakamkan dalam al-Quran keperluan menyerahkan kerja kepada seseorang berperibadi kuat (al-qawiyy), iaitu yang berupaya serta berkebolehan (Surah al-Qasas, ayat 26).

Justeru, Rasulullah SAW pernah memberi peringatan bahawa ada tiga tanda orang munafik iaitu apabila dia berbicara, dia berdusta; apabila dia berjanji, dia menyalahi janji; dan apabila dia diamanahkan, dia berkhianat.

Dalam riwayat dirakamkan Imam Muslim, ada pernyataan tegas Rasulullah SAW mengenai golongan munafik iaitu ‘dia turut puasa, sembahyang dan menganggap diri Muslim.’

Keprihatinan akhlak yang menjadi lunas Islam tidak berlawanan dengan apa yang pernah dinyatakan Marcus Tullius Cicero dalam risalahnya De Officiis, “tidak ada perbuatan aniaya yang lebih menonjol daripada perlakuan seseorang hipokrit, yang serentak dengan sifatnya yang khianat, berpura-pura berbuat kebajikan.”

Sesungguhnya, perlakuan aniaya paling membinasakan kepada diri sendiri, masyarakat dan negara berkisar kepada tiga kejahatan itu iaitu berdusta, mungkir janji, dan mengkhianati amanah.

Dunia Islam semasa, sudah lama diperingatkan untuk mengawal kejatuhan moral itu sejak Persidangan Pertama Sedunia mengenai Pendidikan Islam di Makkah, pada April 1977, apabila Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas membentangkan kertas sidang pleno mengenai The Dewesternization of Knowledge.

Beliau juga mengingatkan, walaupun tiga sifat itu kedengarannya seperti tiga perlakuan berbeza, pada hakikatnya ia adalah tiga darjat pendustaan apabila berbicara, berdusta apabila memungkiri janji, berdusta melalui perlakuan pecah amanah dan menyelewengkan kuasa.

Banyak ayat al-Quran dan hadis sahih memperkuatkan lunas Islam ini. Dalam Islam, sifat khianat adalah musuh kepada keimanan yang hakiki dan kesedaran untuk menyerahkan diri hanya kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa, tidak kepada yang selain-Nya. Seseorang Mukmin tidak mungkin berakhlak dusta atau pecah amanah.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa tidak memiliki kejujuran, tidak memiliki iman; dan sesiapa yang tidak memelihara janji, bukanlah seorang yang beragama.” (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Kesarjanaan Islam mentakrifkan insan sebagai al-hayawan al-natiq. Secara harfiah, insan adalah ‘hidupan berkata-kata,’ bermakna pertalian dengan tutur katanya, seseorang itu akan mencerminkan jiwa dalamannya.

Berkenaan perkara itu, pemikir Perancis, Michel Eyquem de Montaigne pernah menyatakan, “Sebagai manusia, kita terikat hanya dengan apa kita tuturkan.

Oleh kerana persefahaman antara seorang manusia dengan manusia lain boleh dinyatakan melalui tutur kata, sesiapa berdusta dalam tuturbicaranya adalah mengkhianati masyarakat manusia. Tutur kata adalah satu-satunya alat untuk menyampaikan iradat dan fikiran kita; tuturbicara adalah penterjemah jiwa. Dengan berdusta, tiada lagi tali mengikat antara manusia. Pendustaan memutuskan semua perhubungan masyarakat dan meleburkan semua ikatannya.”

Bijak-pandai Melayu mengungkapkan lunas akhlak bersifat alami ini menerusi pepatah ‘kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji.’

Justeru, manusia khianat pada janji dan ikatan amanah adalah lebih hina daripada kerbau dan lembu, seperti peringatan al-Quran, “Mereka itu seperti binatang, bahkan lebih sesat lagi.” (Surah al-A’raf, ayat 179)

Demi menegaskan kewajipan untuk tidak mengkhianati amanah, Allah memerintahkan orang beriman supaya menyempurnakan ikatan janji amanah yang kukuh. Al-Raghib al-Isfahani menjelaskan, tiga jenis ikatan amanah iaitu perjanjian antara insan dengan Tuhan, janji antara manusia dengan dirinya sendiri dan janji antara seseorang manusia dengan manusia lain yang serasi dengan persyaratan agama.

Misalnya, perjanjian perdagangan antara penjual dengan pembeli, persepakatan masyarakat antara pelbagai kelompok kaum, akad-nikah perkahwinan dan persetiaan antarabangsa.

Perjanjian tersirat yang perlu ditunaikan dengan saksama seperti perjanjian tersirat antara tuan rumah dengan tetamunya, pengembara dengan pengiringnya, majikan dengan pekerjanya dan seterusnya.

Abdullah Yusuf Ali menyatakan, seseorang yang meninggalkan mereka yang berada dalam tanggungjawabnya dan sebaliknya pergi ‘beribadah’ berseorangan di padang pasir adalah seorang bacul yang mengabaikan ‘uqud atau tugas wajibnya.

Tambahan pula, “Allah memerintahkan kamu supaya menyerahkan amanah kepada yang berhak.” (Surah al-Nisa’, ayat 58).

Ayat al-Quran ini merangkumi segala amanah, sama ada berkaitan harta benda, atau berkaitan dengan akhlak.

Jika ada tugas perlu ditunaikan kepada seseorang yang lain, tugas itu adalah amanah wajib ditegakkan, maka mengerjakannya dengan sempurna dan penuh tanggungjawab adalah perbuatan menyerahkan amanah kepada yang berhak.

INTI PATI

Sifat khianat adalah musuh kepada keimanan yang hakiki.

Tuturkata mencerminkan jiwa dalaman.

Pendustaan memutuskan semua perhubungan masyarakat dan meleburkan semua ikatannya.

Allah memerintahkan orang beriman menyempurnakan janji.

Tiga jenis ikatan amanah adalah perjanjian antara insan dengan Tuhan, janji manusia dengan diri sendiri dan janji manusia dengan manusia lain.

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Hadis Kelebihan Ahlu Bait Rasulullah Saw


Habib Munzir Al-Musawa

Habib Munzir Al-Musawa

 

Atas: Gambar Habib Munzir Al-Musawa salah seorang ulama keturunan Rasulullah Saw

sabda Nabi s.a.w:

يا ايُّهَا النَّاس اِنِّي قَدْ تَرَكْتُ فِيكُم مَا اِنْ أخَذْتُمْ بِهِ لَن تَضِلُّوا: كِتاَبُ الله وعِترَتِي أهل بَيتِي

“Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya: Kitab Allah dan keluargaku iaitu Ahlul Baitku”

Hadits berpegang kepada al-Quran dan Ahlul Bait ini dinamakan hadits ats-Tsaqalain. Ianya telah mencapai tahap keshahihan yang mutawatir khususnya bila kita mendapati ianya diriwayatkan oleh para ulama ulung Ahlus Sunnah menerusi kitab-kitab tulisan mereka yang menjadi rujukan utama golongan Sunni. Berikut dikemukakan sebahagian darinya:

1.Muslim: Shahih. Hadits No. 6175-6177.
2.Tirmidzi: Shahih. Hadits No. 3786 & 3788.
3.An-Nasaie: Khasais Amiril Mukminin Ali. Hadits No. 79.
4.Ahmad: Musnad. 5/181&182 & 3/26 & 5/189.
5.Ibnu Abi `Asim: As-Sunnah. Hadits No. 754, 1548-1555 & 1558
6.Nuruddin al-Haitsami: Majma`uz Zawaid. Juz 5 Hal 166
7.Ibnu Hajar al-Haitami: As-Sawa`iqul Muhriqah. Hal 223 & 229-230
8.Al-Khateeb al-Tabrizi: Misykatul Masabih. Hadits No. 6152-6153
9.Al-Hakim: Mustadrak. Hadits No. 3786-3789 & 4711
10.Ath-Thabrani: Al-Mu`jamul Kabir. Hadits No. 4968-4971 & 4922
11.Al-Muttaqi al-Hindi: Kanzul Ummal. No. 873, 874, 945 & 36340
12.As-Suyuthi: Ihya`ul Mayyit Bi Fadhail Ahlil Bait. Bil. 55-57 & Al-Jami`us Saghir Bil 2631 & Ad-Durul Mantsur Jil 7 Hal 349 (Ayat Mawaddah)
13.Ibnu Katsir: Tafsir. Jil 3 hal 453-454
14.Ibnu Sa`ad: Ath-Thabaqatul Kubra. Juz 2 Hal 194
15.Ibnu Atsir: Jami`ul Usul. Juz 1 Hal 187& Usudul Ghabah. Juz 2 Hal 13
16.Ibnu `Asakir: Tarikh. Juz 5 Hal 436
17.An-Nabhani: Al-Fathul Kabir. Juz 1 Hal 451
18.Al-Khawarizmi: Al-Manaqib. Hal 182
19.Ibnu Hibban: Shahih. 6931
20.Sulaiman al-Balkhi al-Hanafi: Yanabi`ul Mawaddah. Hal 18, 25, 29-34, 95, 115, 126, 199 & 230.
21.Mir Sayyid Ali Hamadani: Mawaddatul Qurba. Mawaddah ke-2
22.Shablanji: Nurul Absar. Hal 99
23.Nuruddin as-Sabbagh al-Maliki: Fusulul Muhimmah. Hal 25
24.Muhammad bin Yusuf al-Kanji: Kifayatuth Thalib.Bab 1 & 63.
25.Hafiz Abu Nu`aim Isfahani: Hilyatul Awliya`. Jil 1 Hal 355
26.Sibt Ibnu Jauzi: Tadzkiratu Khawasil Ummah. Hal 182
27.Abu Ya`la: Musnad. No. 1027
28.Al-Manawi: Faidhul Qadir. No 2631
29.Ad-Darimi: Sunan. Jil 2 Hal 432
30.Al-Baihaqi: As-Sunan al-Kubra. Jil 2 Hal 148
31.Al-Hamwini: Faraidus Simthain. Jil 2 Hal 268, 272 & 274
32.Muhammad Thalhah asy-Syafi`ie: Mathalibus Suul. Hal 8

Selain kitab-kitab di atas, ia juga dikeluarkan oleh Tsa`labi di dalam Kasyful Bayan, Sam`ani, Ibnu Maghazili asy-Syafi`ie dan Khatib al-Khawarizmi di dalam Al-Manaqib, Ibnu Abil Hadid dalam Syarh Nahjul Balaghah, Al-Humaidi dalam Jam`u Bainas Shahihain dan banyak lagi.

Kesucian yang Ahlul Bait miliki ada dinyatakan oleh para ulama diantaranya:

1. Ibnu Jarir ath-Thabari berkata: Sesungguhnya Allah berkehendak untuk menghilangkan السوء (kenistaan) dan الفحشاء (kekejian) dari mereka dan mensucikan mereka dari kotoran yang timbul akibat maksiat dengan sesuci-sucinya.

(Tafsir ath-Thabari: Ayat Thathhir)

2. Ibnu Hajar al-Haitami pula berkata: Ayat Thathhir ini adalah sumber keutamaan Ahlul Bait a.s kerana ianya terkandung kemuliaan dan perhatian Allah terhadap mereka, di mana ayat ini dimulakan dengan kata إنما yang faedahnya sebagai للحصر iaitu keterbatasan dan pengkhususan kehendak Allah terhadap mereka bagi menghilangkan nista الرجس iaitu dosa atau syak yang wajib aman dari mereka. Juga mensucikan mereka dari seluruh akhlak dan perihal yang keji.

(As-Sawa`iqul Muhriqah: Hal. 223)

3. Jalaluddin as-Suyuthi di dalam bukunya Al-Iklil Fi Istimbatit Tanzil mengatakan bahawa berdasarkan ayat inilah (ayat Thathhir), maka mereka (para ulama) berpendapat bahawa ijma` (persepakatan fatwa) Ahlul Bait adalah hujjah. Ini adalah kerana ar-Rijs tidak mungkin ada pada diri mereka.

(Al-Iklil Fi Istimbatit Tanzil: Hal. 178.)