“Hubungkanlah Silaturahim…Allah akan panjangkan umur dan permurahkan rezki kita”


Gambar Hiasan: Hubungan Silaturahim

APAKAH amalan paling mudah semoga Allah permudahkan rezeki dan panjangkan umur? Jawapannya begitu mudah iaitu menghubungkan silaturahim.

Perkara ini dijelaskan daripada Anas bin Malik, katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud: ”Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).” (Hadis riwayat Bukhari)

Silaturahim adalah suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya. Malah, seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

Jalinan silaturahim amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya. Ia disebabkan ukhuwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.

Yang paling afdhal bersilaturahim adalah antara muslim yang punya ikatan darah dan kerabat….menyedari hal inilah tertubuhnya Group ” Ikatan Rumpun Keluarga Tok Cik Mat Diah Kampong Berangan”…sebagai satu medan mengeratkan balik hubungan antara anak cucu Tok Cik Mad Diah yang selama ini jauh antara satu sama lain…

Dengan sebab itu marilah kita saling bertaaruf, mengenali kerabat kita dengan lebih dekat dan mesra lagi, semoga kita akan peroleh keberkatan dari Ilahi atas usaha rapatkan hubungan keluarga kita ini….

3 responses to ““Hubungkanlah Silaturahim…Allah akan panjangkan umur dan permurahkan rezki kita”

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s