Subhanallah!! ; Bukti Kebenaran Al-Qur’an


Salam sejahtera buat para pembaca blog ini, malam ini Ambo akan berkongsi satu bukti kebenaran Al-Qur’an sebagai satu mukjizat yang agung, iaitu tentang CAP JARI MANUSIA, yang jelasnya telah diceritakan oleh Al-Qur’an semenjak 1200 tahun lebih dahulu…dan kini ianya telah menjadi amalan kebanyakan manusia, terutama jabatan Forensik dalam menyelesaikan jenayah…bagaimana Al-Qur’an boleh menceritakannya 1400 tahun lebih awal dari pengetahuan manusia moden?? jawapannya tentulah ianya WAHYU dari Allah Rabbu Jalil kepada Nabi kita Muhammad SAW…Firman Allah SWT:

qiyamah 3-4, ayat yang menceritakan cap jari manusia

qiyamah 3-4, ayat yang menceritakan cap jari manusia

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (Al-Qiyamaah, 3-4)

Golongan yang tidak mempercayai hari kebangkitan mempersoalkan bagaimana manusia boleh di hidupkan semula apabila tulang-temulang telah lebur ke dalam bumi dan bagaimana mereka akan dikenali pada hari kiamat. Allah menjawab bahawa DIA bukan sahaja mampu menyusun kembali tulang-temulang malah menjadikan semula hung-hujung jari dengan sempurna.

forensic-science-fingerprints

forensic-science-fingerprints

Mengapakan Al-Quran menyebut secara spesifik mengenai hujung jari? Pada tahun 1880, cap jari telah menjadi sebuah kaedah saintifik untuk identifikasi. Tiada 2 orang dalam dunia yang boleh memiliki cap jari yang sama. Maka, siapakah yang mungkin mengetahui mengenai keunikan cap jari manusia ini, jika bukan Tuhan yang maha pencipta? Maha Suci Allah SWT Sang Pencipta Agung.

2 responses to “Subhanallah!! ; Bukti Kebenaran Al-Qur’an

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s