Doa Keramat: Doa Kota Tauhid


Dipetik dari: http://tokuban78.wordpress.com/2011/01/12/doa-kota-tauhid/

Tuan Guruku:Tuan Guru Hj Hasyim Bin Abu Bakar Kedah

Tuan Guruku:Tuan Guru Hj Hasyim Bin Abu Bakar Kedah

Doa ini mempunyai pelbagai nama, Di Negeri Kelantan ia tersohor dengan nama Doa Kota Tauhid, mungkin kerana dalam doa tersebut ada kalimah tauhid. Selain untuk pendinding diri, keluarga, anak-anak, rumah dan harta benda boleh juga digunakan untuk mengunci pada air jampi, barang hikmah, senjata pusaka dan sebagainya. Ramai alim ulama , tok-tok guru dan para hulubalang mengamalkan doa ini. Sepanjang perjalanan saya dalam menyelusuri alam hikmat, doa ini amat memberi kelainan dan semangat yang baik pada diri.
Orang yang berdisiplin dan beristiqamah dalam mengamalkan doa ini, insyaAllah akan memperolehi banyak manafaat serta kebaikkan dan akan menghasilkan suatu anergi yang positif untuk kemajuan dan kecemerlangan diri dan lambat laung dia juga akan memperolehi suatu rahsia atau inti doa sebagai pakaian khas untuk dirinya sahaja. Sepengetahuan saya, doa ini ada beberapa versi yang sedikit berbeza, Berikut adalah matan yang sampai kepada saya, hendaklah dibaca sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang.

ﺍﻠﻟﻬﻡ ﺇﻧﻰ ﺤﻮﻂﺖ
ﻋﻠﻰ ﻧﻔﺴﻰ ﻮﺮﻓﯿﻘﻰ ﻮﺍﺒﻧﺎﺌﻰ ﻮﺃﻫﻠﻰ ﻮﻤﺎﻠﻰ ﻮﻤﺎﻤﻟﻜﺖ ﯿﺪﻱ ﺒﺴﺒﻊ
ﺪﺮﻮﺐ ﻤﻦ ﺪﺮﻮﺐ ﺍﷲ ﺴﻘﻔﻬﺎ ﻻ ﺇﻠﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ ﻮﺪﺮﻘﻬﺎ ﻤﺤﻤﺪ ﺮﺴﻮﻝ ﺍﷲ ﻮﻗﻔﻠﻬﺎ ﻘﺪﺮﺓ ﺍﷲ ﻻ ﻴﺴﺘﻔﺘﺤﻮﻦ ﺇﻻ ﺒﺈﺬﻦ ﺍﷲ ﺍﻟﻌﻠﻰ ﺍﻟﻌﻈﯿﻡ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺒﺍﺒﻨﺎ ﺘﺒﺎﺮﻚ ﺤﻴﻄﺎﻨﻨﺎ ﻴﺲ ﺴﻗﻔﻨﺎ ﻜﻬﻴﻌﺺ ﻜﻔﺎﻴﺘﻧﺎ ﺤﻤﻌﺴﻖ ﺤﻤﺎﻳﺘﻨﺎ ﻔﺴﻳﻜﻔﻴﻜﻬﻢ ﺍﷲ ﻮﻫﻭ ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ ﺍﻟﻌﻟﻳﻡ

Ertinya :-
Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah memagari diriku, teman rapatku, anak-anakku, ahli keluargaku, harta bendaku dan segala barang yang di dalam genggaman tanganku, dengan tujuh tembok dari tembok-tembok Allah, bumbungannya ialah kalimah Laa Ilaaha Illallah, kekukuhannya ialah kalimah Muhammadurrasulullah, penguncinya ialah qudrat Allah, tidak akan terbuka melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Bismillah ialah pintu kami, Tabaraka ialah pagar-pagar kami, Yasin ialah bumbung kami, Kaf Ha Ya Ain Shod ialah kepadaan kami, Ha Mim Ain Sin Qaf ialah pengawal kami, maka mencukupkan Allah Taala akan mereka itu, dan Dia Maha mendengar lagi maha mengetahui.

14 responses to “Doa Keramat: Doa Kota Tauhid

  1. minta izin copy.. tapi saya ada masalah bila paste huruf jawi jadi terbalik..yg depan duk belakang dan yg belakang jadi depan…mohon tunjuk ajar.

  2. salam .. kalu x silap sya…doa ini slalu d amal oleh arwah ayah sya dulu…dia pun mnyebutnya sbagai kota tauhid … bleh ke sya copy doa nie .. atau camane nk terimanya dgn cara berijazah …

  3. Mengikut yg saya terima secara bersanad, terdapat beberapa perbezaan pd kalimahnya. Ya, saya akui terdpt pelbagai versi yg berlainan. Contohnya yg diamalkan oleh Tok Selehong adalah berbeza

  4. Assalamu’alaikum Wr.Wb, Saya mohon diberikan izin meng-copy do’a ini.. tapi saya ada masalah sikit, kalau boleh minta dilengkapi huruf Arab nya tuh (maksud saya tanda baca, kerana saya kurang begitu faham nak baca huruf gundul…Terima kasih banyak. Wassalam.

    • wassalam saudara, coba saudara ketemu ahli bahasa arab di psantren untuk barisnya, saya sengaja tidak mmbariskan disini atas banyak sebab…saya izinkan untuk mengamalkannya tapi hendaklah dirujuk kepada guru mursyid lagi untuk tashihnya..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s