Ahli Bait Rasulullah Dalam Hadis..


1. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)

2. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadith yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”

3. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat

4. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku”

5. Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadith dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”

6. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’.

7. Hadis riwayat Imam Ahmad bin Hambal:

“Barangsiapa mencitaiku dan mencintai keduanya itu (yakni Al Hassan dan Al-Hussein) serta mencintai ibu dan bapa mereka, yakni Fatimah az-Zahra dan Sayyidina ‘Ali – kemudian ia meninggal dunia sebagai pengikut sunnahku, ia bersamaku di dalam syurga yang sederajat”

“Pada hari kiamat aku akan akan menjadi syafi’ (penolong) bagi empat golongan. Yang menghormati keturunanku; yang memenuhi keperluan mereka; yang berupaya membantu urusan mereka pada waktu diperlukan dan yang mencintai mereka sepenuh hati”

8. Hadis Al Hakim berasal dari Zaid bin Arqam r.a.,

“.. Mereka (ahlul bait) adalah keturunanku, dicipta dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. Kepada orang-orang seperti ini, Allah SWT tidak akan menurunkan syafaatku (pertolonganku)”

One response to “Ahli Bait Rasulullah Dalam Hadis..

  1. Semua orang Islam dituntut mencintai Rasulullah dan kelurga baginda. Tapi beza Ahlu Sunnah dgn syiah ialah Ahlu sunnah mencintai semua para sahabat, terutama khulafa’ ar-rasyidin, manakala syiah bermusuh dgn kebanyakan para sahabat, terutama omar dan abu bakar, malah mengajak dan mengajar orang lain bg mana utk bermusuh dgan para sahabat yang mulia itu. Mengapa demi utk mencintai ahlul bait kita perlu memusuhi sahabat lain? itu ajaran jahiliyah.
    Orang melayu yg terkenal dgn adab sopan amat disedihkan sekali boleh terpengaruh.
    Kita boleh datangkan beribu-ribu hujjah, tapi awas jgn termasuk golongan orang yang melaknat orang terdahulu.
    Tambahan pula sepanjang sejarah telah membuktikan apabila syiah berkuasa, maka mrk akan berlaku kejam dan zalim. yg terbaru di Iran. Ulamak sunnah hilang begitu shj tanpa dapat dikesan…. (dibunuhlahtu). Ajaran mana yang mereka ambil kalau bukan ajaran jahiliyah bertopengkan cinta rasul?

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s