Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia


Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Tajuk: Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia

Disalin oleh Mohammad Omar S.Th.I

Peruntukan tentang Bahasa

Bahasa Malaysia(Melayu) adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Sejak tahun 1957 semua pemimpin telah bersetuju bahawa Bahasa Melayu itu adalah Bahasa Malaysia. Namun kepentingan bahasa-bahasa lain tetap dilindungi dan tidak ada sesiapa pun yang boleh melarang atau di tegah daripada menggunakan bahasa -bahasa lain, selain bahasa Malaysia. Walaubagaimanapun , perlu di ingatkan bahawa bahasa Malaysia adalah bahas yang digunakan untuk tujuan rasmi. sebagai tambahan, melalui Akta Bahasa Kebangsaan ,1963/67 , Seksyen 9, tulisan rumi telah diperuntukkan sebagai tulisan Kebangsaan.

Peruntukan tentang Agama

Perkata 3 (1) dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan dan agama -agama lain boleh diamalkan secara aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan Malaysia. Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam bagi negeri baginda masing-masing. Yang Di-Pertuan Agong ialah ketua agama Islam di negeri baginda sendiri, Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak. Undang-undang Negeri dan Wilayah Persekutuan ada memperuntukkan kuasa kepada baginda untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa agama dan kepercayaan lain dalam kalangan orang yang beragama Islam. Walau bagaimanapun, kebebasan yang diberikan bagi kerja-kerja mubaligh untuk menyebarkan agama dalam kalangan orang bukan Islam.

Peruntukan tentang Kewarganegaraan

Individu yang cukup syarat dan mencapai taraf kerakyatan negara akan diterima sebagai warganegara Malaysia. Setiap warganegara diberi hak dan keistimewaan yang tertentu seperti yang telah di peruntukan dalam perlembagaan. Sehubungan  dengan itu setiap warganegara mempunyai tanggungjawab dan kewajiban-kewajiban yang tertentu yang perlu dilaksanakan terhadap bangsa dan negara. Tanggungjawab seorang warganegara ialah menjunjung dan mempertahankan perlembagaan. setiap warganegara perlu tunjukkan rasa taat setia yang tidak berbelah kepada negara  , mengundi semasa pilihanraya jika memenuhi syarat sebagai pengundi, mematuhi undang-undang negara, membayar cukai yang ditetapkan untuk faedah bersama, dan mempertahankan negara jika diancam musuh.

Sebagai warganegara setiap individu dilindungi undang-undang atau diberi hak -hak tertentu. Antaranya termasuklah perlindungan keselamatan diri dan harta benda, kemudahan pendidikan dan kesihatan, serta kebebasan beragama, bercakap dan berkumpul seperti yang dijamin oleh perlembagaan.

Peruntukan tentang Hak Asasi

Hak asasi ialah hak yang penting bagi seseorang individu mengembangkan potensi diri sama ada dari segi aspek rohani, jasmani dan emosi. Dalam perlembagaan Malaysia, istilah yang digunapakai untuk hak asasi ialah KEBEBASAN ASASI bukan hak Asasi. Kebebasan asasi ini terbahagi kepada tiga, iaitu kebebasan beragama,  kebebasan diri dan kebebasan ekonomi.

Kebebasan beragama diperuntukkan dalam perkara 11 dan 12 Perlembagaan Malaysia. Dalam hal ini setiap individu bebas mengamalkan dan menganuti agama  masing-masing, walaupun agama rasmi ialah agama Islam. Perkara 5 , Fasal (1) memperuntukkan individu yang bersalah disegi undang -undang tidak boleh diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya seperti bercakap, kebebasan berkumpul, dan kebebasan menubuhkan persatuan di negara ini. Tiada individu yang boleh diseksa, dipaksa bekerja , dihukum dan dibuang negeri selagi tidak didapati melangggar undang-undang. Setiap sesuatu tindakan yang hendak dikenakan terhadap seseorang individu ituperlu mengikut garis panduan yang ditetapkan undang-undang. Setiap individu boleh bekerja untuk mencari rezki dinegara ini selagi tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Begitu juga kebebasan ekonomi yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia. Individu juga berhak memiliki harta dan jika hartanya di ambil oleh kerajaan , pampasan yang setimpal perlu diberikan.

bersambung.

One response to “Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s